|
mace sedap jah
PUDING KENTANG
source : MyResepi
sharing : Iza Akma SSK
BAHAN-BAHAN :
1 peket agar-agar
4-5 biji kentang sederhana besar
2 biji telur
1 tin susu cair
1 cawan santan pekat
1 sudu teh esen vanila
1 sudu teh garam
1 1/2 cawan gula (boleh tambah/kurang)
5 cawan air
CARA MENYEDIAKAN :
❀ Kupas kentang, kemudian potong 4 dan rebus. Bila dah empuk, tutup api, tos dan ketepikan.
❀ Masak agar-agar dengan air hingga hancur. Masukkan gula, masak lagi hingga gula hancur.
❀ Sementara itu, masukkan kentang, telur, santan pekat, susu cair, esen vanila dan garam ke dalam blender. Blend hingga hancur.
❀ Masukkan kentang yang diblend tadi ke dalam agar-agar tadi sambil dikacau di atas api yang kecil.
❀ Kacau dalam 2 - 3 minit...tutup api, tuang puding ke dalam loyang dan sejukkan. Kemudian masukkan ke dalam peti sejuk.
❀ Boleh diwarnakan/dimarblekan jika suka. Jika nak marblekan, sendengkan (tinggikan sebelah) loyang. Kemudian ambil 2-3 senduk adunan puding, tuang dlm loyang. Lepas tu ambil lagi 2-3 senduk lagi adunan warna yang lain, tuang ke dasar loyang yang senget tu. Teruskan dengan warna-warna yang lain. Buat sampai abis. Bila dah habis ratakan semula loyang dan lorek-lorekkan supaya nampak bercorak. |
|