|
Rujuk atau teruskan hidup...saya dh mcm org giler..
[Copy link]
|
|
safiya posted on 26-6-2013 09:57 AM
maybe betul kata2 korang aku semakin jauh dgn Allah tu yg rasa hidup kosong..aku mmg salah kan takdi ...
ni aku paste ni...
ada la kena mengena kot dgn ex laki yg ko kata dpt org cantik kaya segala...
Maksud Istidraj
Ianya adalah pemberian nikmat Allah kepada manusia yang mana pemberian itu tidak diredhaiNya. Inilah yang dinamakan istidraj.
Rasullulah s. a. w. bersabda :”Apabila kamu melihat bahawa Allah Taala memberikan nikmat kepada hambanya yang selalu membuat maksiat(durhaka),ketahuilah bahawa orang itu telah diistidrajkan oleh Allah SWT.”(Diriwayatkan oleh At-Tabrani, Ahmad dan Al-Baihaqi)
Tetapi, manusia yang durhaka dan sering berbuat maksiat yang terkeliru dengan pemikirannya merasakan bahawa nikmat yang telah datang kepadanya adalah kerana Allah berserta dan kasih dengan perbuatan maksiat mereka. Masih ada juga orang ragu-ragu, kerana kalau kita hendak dapat kebahagian di dunia dan akhirat kita mesti ikut jejak langkah Rasullulah saw dan berpegang teguh pada agama Islam.
Tetapi bagaimana dengan ada orang yang sembahyang 5 waktu sehari semalam, bangun tengah malam bertahajjud, puasa bukan di bulan Ramadhan sahaja, bahkan Isnin, Khamis dan puasa sunat yang lain. Tapi, hidup mereka biasa sahaja. Ada yang susah juga. Kenapa? Dan bagaimana pula orang yang seumur hidup tak sembahyang, puasa pun tak pernah, rumahnya tersergam indah, kereta mewah menjalar, duit banyak, dia boleh hidup kaya dan mewah. Bila kita tanya, apa kamu tak takut mati? Katanya, alah, orang lain pun mati juga, kalau masuk neraka, ramai-ramai. Tak kisahlah! Sombongnya mereka, takburnya mereka.
Rasullulah s. a. w. naik ke langit bertemu Allah pun tak sombong, Nabi Sulaiman, sebesar-besar pangkatnya sehinggakan semua makhluk di muka bumi tunduk di bawah perintahnya pun tak sombong! Secantik-cantik Nabi Yusof dan semerdu suara Nabi Daud, mereka tak sombong. Bila sampai masa dan ketikanya, mereka tunduk dan sujud menyembah Allah.
Manusia istidraj – Manusia yang lupa daratan. Walaupun berbuat maksiat, dia merasa Allah menyayanginya. Mereka memandang hina kepada orang yang beramal. “Dia tu siang malam ke masjid, basikal pun tak mampu beli, sedangkan aku ke kelab malam pun dengan kereta mewah. Tak payah beribadat pun, rezeki datang mencurah-curah. Kalau dia tu sikit ibadat tentu boleh kaya macam aku, katanya sombong.” Sebenarnya, kadang-kadang Allah memberikan nikmat yang banyak dengan tujuan untuk menghancurkannya.
Rasullulah s. a. w bersabda: “Apabila Allah menghendaki untuk membinasakan semut, Allah terbangkan semua itu dengan dua sayapnya” (Kitab Nasaibul’Ibad)
Anai-anai, jika tidak bersayap, maka dia akan duduk diam di bawah batu atau merayap di celah-celah daun, tetapi jika Allah hendak membinasakannya, Allah berikan dia sayap. Lalu, bila sudah bersayap, anai-anai pun menjadi kelkatu. Kelkatu, bila mendapat nikmat(sayap), dia akan cuba melawan api. Begitu juga manusia, bila mendapat nikmat, cuba hendak melawan Allah swt.
Buktinya, Firaun. Nikmatnya tak terkira, tidak pernah sakit, bersin pun tidak pernah kerana Allah berikannya nikmat kesihatan. Orang lain selalu sakit, tapi Firaun tidak, orang lain mati, namun dia masih belum mati-mati juga, sampai rasa angkuh dan besar diri lantas mengaku dirinya tuhan. Tapi dengan nikmat itulah Allah binasakan dia.
Namrud, yang cuba membakar Nabi Ibrahim. Betapa besar pangkat Namrud? Dia begitu sombong dengan Allah, akhirnya menemui ajalnya hanya disebabkan seekor nyamuk masuk ke dalam lubang hidungnya.
Tidak ada manusia hari ini sekaya Qarun. Anak kunci gudang hartanya sahaja kena dibawa oleh 40 ekor unta. Akhirnya dia ditenggelamkan bersama-sama hartanya sekali akibat terlalu takbur. Jadi kalau kita kaya, jangan sangka Allah sayang, Qarun lagi kaya, akhirnya binasa juga.
Jadi, jika kita kaji dan fikir betul-betul, maka terjawablah segala keraguan yang mengganggu fikiran kita. Mengapa orang kafir kaya, dan orang yang berbuat maksiat hidup senang /mewah. Pemberian yang diberikan oleh Allah pada mereka bukanlah yang diredhaiNya. Rupa-rupanya ianya adalah bertujuan untuk menghancurkannya. Untuk apa hidup ini tanpa keredhaanNya?
Tetapi jangan pula ada orang kaya beribadat, masuk masjid dengan kereta mewah kita katakan itu istidraj. Orang naik pangkat, istidraj. Orang-orang besar, istidraj. Jangan! Orang yang mengunakan nikmatnya untuk kebajikan untuk mengabdi kepada Allah bukan istidraj. Dan jangan pula kita tidak mahu kekayaan. Kalau hendak selamat, hidup kita mesti ada pegangan. Bukan kaya yang kita cari, juga bukan miskin yang kita cari.
Tujuan hidup kita adalah mencari keredaan Allah. Bagaimana cara untuk menentukan nikmat yang diredhai Allah? Seseorang itu dapat menyedari hakikat yang sebenarnya tentang nikmat yang diterimanya itu ialah apabila dia bersyukur nikmatnya. Dia akan mengunakan pemberian ke jalan kebaikan dan sentiasa redha dan ikhlas mengabdikan diri kepada Allah. Maka segala limpah kurnia yang diperolehi itu adalah nikmat pemberian yang diredhai Allah. Bila tujuan hidup kita untuk mencari keredhaan Allah, niscaya selamatlah kita di dunia dan akhirat.
|
|
|
|
|
|
|
|
Sabar ya safiya.... kalau boleh jgn ambil tahu pasal ex ko sangat ... nanti depressed .... fokus pada yg berada depan mata, anak2 ... berat mata memandang berat lagi bahu memikul .... kuat kan diri ya...
|
|
|
|
|
|
|
|
sekrg ni aku bangkit sikit hbskan duit sikit pg facial+buat rambut manjakan diri...sibukkn diri..br rasa dunia ni luas skit..
|
|
|
|
|
|
|
|
safiya posted on 26-6-2013 09:57 AM
maybe betul kata2 korang aku semakin jauh dgn Allah tu yg rasa hidup kosong..aku mmg salah kan takdi ...
kalo ex asben dah ditimpa musibah br puan puas hati dan akan bangkit sebangkit2nya ke?
|
|
|
|
|
|
|
|
ana_una posted on 26-6-2013 12:05 PM
kalo ex asben dah ditimpa musibah br puan puas hati dan akan bangkit sebangkit2nya ke?
ade juga fikir mcm 2..kdg2 pandang langit minta Allah timpa kn sikit musibah supaya dia tersedar..bkn teruk2 hanya yg kecil je..
|
|
|
|
|
|
|
|
kuatkan semangat ko..fikir mase depan ko ngan anak2.
xkan ko nk kembali ke kisah lame ko.
cukup la..bg peluang kat diri ko sendiri.laki ko 2 manjang je x keje.
u have to move on...
bile hati ko x tenang,mcm2 ko pk..
x bole solat..ko istigfar byk2...zikir byk..byk2 bersabar.
Firman Allah,Surah Az-Zumar ayat 10
Katakanlah (wahai Muhammad akan firmanKu ini, kepada orang-orang yang berakal sempurna itu): "Wahai hamba- hambaKu yang beriman! Bertaqwalah kepada Tuhan kamu. (Ingatlah) orang-orang yang berbuat baik di dunia ini akan beroleh kebaikan (yang sebenar di akhirat). Dan (ingatlah) bumi Allah ini luas (untuk berhijrah sekiranya kamu ditindas). Sesungguhnya orang-orang yang bersabarlah sahaja yang akan disempurnakan pahala mereka dengan tidak terkira"
|
|
|
|
|
|
|
|
aku baca sikit2 jer kisah ko...
aku just nk bagi sikit nasihat..sekarang ko cantikkan diri ko macam masa muda2 dulu ataupun lebih lagi...tumpukan perhatian pada anak2 ko. Dan selalu mengadu pada ALLAH apa jer msalah ko..ko akan rasa sangat tenang dan kembali bahagia. Bekas suami ko tu aku rasa ko jangan rujuk lah sebabnya aku percaya ALLAH nak berikan ko lelaki yang lebih baik dan bertanggungjawab utk menyayangi serta menghargai ko dan anak-anak ko... |
|
|
|
|
|
|
|
adoiii la...berbaloi ke bagi nasihat kat safiya ni?
dah berpage2 org bagi nasihat & pandangan...tapi masih kata hidupnya huru hara..
dia nak ex dia eksiden mcm citer forumer lagi satu tu kot baru dia rasa puas hati...
kdg2 pandang langit minta Allah timpa kn sikit musibah supaya dia tersedar
ko dah ditimpa musibah dah pon tapi tak sedar2 jugak...mcm mana plak tu ek? |
|
|
|
|
|
|
|
adoiii la...berbaloi ke bagi nasihat kat safiya ni?
dah berpage2 org bagi nasihat & pandangan...tapi masih kata hidupnya huru hara..
dia nak ex dia eksiden mcm citer forumer lagi satu tu kot baru dia rasa puas hati...
kdg2 pandang langit minta Allah timpa kn sikit musibah supaya dia tersedar
ko dah ditimpa musibah dah pon tapi tak sedar2 jugak...mcm mana plak tu ek? |
|
|
|
|
|
|
|
maksud aku bkn musibah yg besar2..cukup dia demam pun dh ok supaya dia tahu sape yg btl2 sentiasa ade dgn dia..
aku pun bknlah jahat sgt utk mendoakan org yg pernah hidup dgn aku utk binasa..lg pun mmg aku akui msh syg dia lagi.. |
|
|
|
|
|
|
|
safiya posted on 26-6-2013 12:13 PM
ade juga fikir mcm 2..kdg2 pandang langit minta Allah timpa kn sikit musibah supaya dia tersedar.. ...
Astaghfirullah...hmmm... itu maksudnya spt puan tak puas hati dgn ALLAH SWT sebab tak tunaikan apa yg puan nak..
|
|
|
|
|
|
|
|
amazed posted on 26-6-2013 06:06 PM
LMFAO.... @bukan musibah besar - demam sikit pun jaaaaaaaaaaaaadi ler!! haha...
JH. ...
Penat jah ko memaki secara terang-terangan...jenuh juga org2 duk berjemaah cuba sedarkn dia betapa dia dh jauh dgn allah...malangnya takde sekali pun dia rasa nk balik ke pangkal jalan...
|
|
|
|
|
|
|
|
Safiya, aritu bel ada tgk movie 99 kali cinta...byk kata2 yg menyentuh hati dlm tu...
Tahu tak apa allah buat bila dia rindukan hambanya?
Allah akan menyuruh malaikat mengirimkan ujian kepada hambanya itu.
Allah nak dgr rintihan hambanya, keluh kesah hambanya, nk hambanya meminta2 dgn nya....
Dgn ujian yg ko dpt ni safiya....allah nk ko kembali meminta dgn dia...
Jgn merajuk dgn allah safiya...jgn juga buruk sangka dgn allah...buruk padahnya nnt
Aku takut kut2 ko tak sempat bertobat je nnt... |
|
|
|
|
|
|
|
Tak abih lagi ke si Piah nie.... |
|
|
|
|
|
|
|
Ex ko nak kat ko balik ke Piah? |
|
|
|
|
|
|
| |
|