CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Leafumi

Misteri kawan yang PSYCHO

[Copy link]
 Author| Post time 4-1-2015 03:10 AM | Show all posts
Edited by Leafumi at 4-1-2015 03:56 PM

Kenalan Lelaki Mendakwa Ada Ilmu Kebal

Hai ada nak update citer baru nih. hmm.. tak ada la baru pun sebenarnya  dah lama gak. citer ni sumber dari seorang member tt. Disebabkan tt rasa benda ni pelik so tt nak share lah buat tatapan pembaca MPS yang kebosanan. Alkisah seorang mamat yang pernah dikenalinya ketika dia berumur 15 tahun- form 3 (sekitar tahun 2009). tapi mamat ni tak ada kaitan pun dengan sekolah menengahnya sebab diorang kenal melalui chat di handphone. so tt namakan member tt- Nita. mamat tu- Man (of course bukan nama sebenar ! )

Diorang berkenalan melalui portal chat di handphone. lepas bertukar nombor handphone memasing, diorang pun selalu main mesej duk berbalas sms. sekali-sekala duk on the phone tengah2 malam. makin lama diorang makin rapat. tapi tt tak nak cerita soal hubungan diorang banyak2. ni nak cerita benda misteri bukannya cinta . Apa yang tt nak cerita ni berdasarkan dari apa yang diceritakan Nita kat tt. Apa yang dia cerita tu lak Man yang cerita kat dia. Menurut member tt tu, Man ni masa tu seorang remaja berusia 18 tahun masa tu & bekerja sendiri. katanya Man tu yatim piatu & hidup membawa diri sendiri. misteri Man ni ialah dia selalu bagitau yang dia semacam kebal. kebal tu bila dia accident atau kena pukul tak rasa sakit & tak luka/berdarah.


Menurut Man, dulu dia tinggal di kampung dengan mak ayah. Man ni cakap  masa dia kecik, dia nampak sendiri mak ayah dia mati dibunuh di hadapan dia. katanya ada orang cari keluarga dia then bunuh mak & ayah dia. tak silap tt ayah dia bergaduh dengan orang tu dengan pisau. disebabkan Man ni kecik lagi masa tu mungkin dalam usia budak tadika, dia dijaga oleh seorang pakcik. maybe pakcik dari kalangan keluarga dia jugak. Sampailah masa umur dia kira-kira 12 tahun, dia dipanggil kembali ke rumah lama dia di mana parents dia mati dibunuh. dia cakap ada sorang tua macam tok guru nak jumpa dia & nak bagi something.

Katanya, tok guru tu suruh duduk bersila dengan tok guru tu untuk mulakan upacara menurun. so Man pun duduk bersila berhadapan dengan tok guru tu. Tok guru menurun & ambik beras pastu jampi2 sikit. lepas jampi dia baling2 kat Man. Man yang pelik & tak tau apa2 lama2 jadi geram sebab apahal lak orang tua tu duk baling2 kat dia (dia ada panas baran) tapi baru dia nak bangun marah, tok guru tu suruh duduk balik. lepas tu tok guru tu bagi dia botol air yang ada label 'IQ'. apa benda 'IQ' tu tt tak tau. katanya tok guru tu dulu jugak tok guru kepada arwah ayahnya. so tok guru tu cakap giliran Man pulak untuk simpan air tu & buat minum. Man pun balik & mengamalkan minum air 'IQ' tu. kata Man walaupun dalam IC nama penuhnya tak tertulis 'IQ' tapi sebenarnya nama keluarganya bermula dengan 'IQ' di depan. termasuk nama bapaknya.

Menurut Man lagi, masa dia umur 7 tahun, dia pernah melintas jalan pastu kena langgar dengan kereta. tapi yang ajaibnya Man langsung tak sakit. badannya okay & tak ada luka mahupun darah. dia boleh bangun & berdiri macam biasa seolah-olah tak ada apa yang berlaku. pakcik yang langgar dia tu pun pelik & bawak jumpa ustaz. Ustaz cakap Man ni special. tu aje. apa lagi yang ustaz tu cakap Man tak kasi tau pulak.

Man pun cakap, ada sekali dia bergaduh dengan housemate dia, diorang bertekak. housemate Man ni cakap something yang menyakitkan hati Man. So Man hayunkan penumbuk dengan sekali hayun ke arah muka housemate dia tu. membuatkan gigi housemate dia patah. Masa tu bulan puasa, Nita tanya Man puasa ke tak. Man cakap dia tak boleh puasa sebab sakit perut. sakit perut sangat2. so ubatnya adalah air 'IQ' tu yang tok guru bagi. tetiap kali sakit perut, dia akan minum air tu. Man ni jugak suka race motor & bet untuk menang duit race tu. katanya sebab dia kebal so kalau eksiden ke apa dia tak takut.


ditakdirkan, Man & Nita lost contact buat sementara waktu. berbulan-bulan jugak lah. Satu hari tu, Man contact balik Nita dengan nombor fon baru. Man cakap dia mintak maaf sebab fon rosak. n jumpa number Nita di dalam list active10 nombor lamanya. So diorang kembali contact cam biasa. kali ni Man cakap dia tengah berubah untuk bersolat. maksudnya sebelum ni dia tak solat. Nita pun rasa baguslah ada perubahan positif. tak lama lepas tu, Man dah tak contact Nita lagi. Nita hairan. 1 hari tu, Nita cuba contact Man dengan menggunakan nombor phone baru yang Man taktau. Nita risaukan Man, yelah entah2 mati merempit ke mana tau. Man jawab call tapi dia tak kenal nombor baru Nita. Nita off call. dia malas nak kacau Man lagi memandangkan Man macam  dah tak pedulikan dia. Nita pun rasa Man banyak menipu dia. lebih2 lagi kisah kebal Man tu. macam tak logik pun ada. macam dah dikencing Man.


Nita cakap sebenarnya masa diorang baru kenal tu, Man cakap dia baru putus cinta dengan awek dia yang jugak 1st love dia. tu yang maybe membuatkan Man berhubung dengan Nita. mungkin sebab sunyi & tak boleh lupakan ex-gf. so Nita ni macam option untuk Man lupakan ex-gf nya itu & mengubat kesunyian. Nita ni pun pernah cuba stalk myspace Man, tapi Man taktau. dalam myspace tu ada gambar2 Man dengan pompuan yang nampak sangat awek Man. adalah gambar2 dengan motor EX-5 nya. dengan gambar2 logo persatuan apa tah macam pelik2.


Sampai sekarang Nita tak pasti kesahihan cerita kebal Man tu. adakah ia betul & wujud atau sekadar rekaan semata-mata ? Kalau rekaan pun apa motif dia mereka yang bukan2 ? Ke sebenarnya mamat ni psycho sebab tak ada sesiapa dalam hidup, plus baru putus cinta & hidup tak ada arah ? Nita cakap bila  teringat balik kisah Man tu, macam kelakar pun ada. Amenda mamat tu merepek. sekian perkongsian tt.







Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-1-2015 12:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Klu dlm alam maya cyber ni mcm2 identiti ado.kite pun dlm generasi chat mirc dulu...kot dengar buleh tapi percaye tu jgn terus....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-1-2015 01:51 PM | Show all posts
anno_miss replied at 4-1-2015 12:12 PM
Klu dlm alam maya cyber ni mcm2 identiti ado.kite pun dlm generasi chat mirc dulu...kot dengar buleh ...

haha betul2
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2015 03:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku xsangka ramai jugak ade pengalaman dgn psiko ni..
Aku pon nak cite jugak... Mase aku study kat kolej dulu.. Memang aku ade roomAte yg senang kene sampuk.. Sebab family die ada saka.. N roomate aku ni xtau.. Ade org turunkn saka dekat die

Yg roomate aku ni aku percaya memang die bukan psiko.. Die memang ade gangguan.. Tapi yg masalahnye ade roomate aku yg lain.. Aku gelarkan die A la.. Yg ade saka.. Aku gelarkan Z..

Setiap kali.. Si Z ni kene histeria.. Mesti si A ni pon buat2 nak tumbang.. Konon2 die kene jugakk.. Mula2 kitorg melayan jugak.. Sebab xdapat kesan lagi penipuan si A ni.. Tapi lama2 kitorg dapat detact jugak la.. Die siap pesan lagi, kalau si Z ni kne sampuk ke pe.. Asingkan die dengan Z.. Oh please.. Dala kitorg ni penat nak jage si Z histeria.. Mengamuk2.. Nak layan pulak die konon2 wat pengsan tu.. Lame2 kitorg wat xlayan je..  
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-1-2015 03:54 PM | Show all posts
lady_bonia replied at 4-1-2015 03:43 PM
Aku xsangka ramai jugak ade pengalaman dgn psiko ni..
Aku pon nak cite jugak... Mase aku study kat  ...

haha macam ni pun ada gak. orang kene rasuk diapun menyibuk buat2 kena rasuk
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2015 02:22 PM | Show all posts
lady_bonia replied at 4-1-2015 03:43 PM
Aku xsangka ramai jugak ade pengalaman dgn psiko ni..
Aku pon nak cite jugak... Mase aku study kat  ...

dasyatnye la hai...

ada gak yang pura2 histeria..

kalo jadi betul2, mau naya je badan..

tapi camne leh detect tipu tuh??

story la skit..

hihihi...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-1-2015 03:02 PM | Show all posts
Zielathefatlady replied at 4-6-2014 06:00 PM
bila baca cerita ni teringat kisah salah seorang roommate kawan aku di ipt pantai timur. Nama dia sy ...

sara nak bljr nurse.. member ko pun same.. adekah nurse2 nanti........?

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-1-2015 03:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Haha.. Bersangka baik hihi..

Urmm pasal Sarah tu masa bulan 10 lepas, dia ada contact tt n kawan2. Dia cakap dia rindu kat kami. haha kitorang memula dah cuak dah. Tapi mimi yang rapat dengan dia siap nasihat dia jangan buat camtu lagi. Sarah cakap takde la dia tak buat dah perangai psiko dia tu.

Harap2 lah dia dah ok. Kesian lak bila perangai camtu orang dah tak nak dekat.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 5-1-2015 03:25 PM From the mobile phone | Show all posts
orang2 yang suka buat2 pengsan tu apa kata letak bagi baring kat taik lembu. Takpun letak tepi jamban. Tak pun letak tengah jalan tengok berani ke tak nak buat2 pengsan2. Hahhaa
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2015 08:19 PM | Show all posts
Ramai yg psiko sbnrnya...aku pun dikelilingi dgn org2 yg psiko jgk...huhu...tua muda..sama2 psiko smpai aku pun rasa nak jd psiko gak...

Aku ada cerita gak psl psiko ni. Masa tu aku dlm surau kat sebuah pasaraya. Dah abis solat tu aku lipat2 kain n sejadah. Tiba2 dtg seorg prmpn kat aku. Main terjah2 je x salam ke dulu. Terkejut aku. Dah la tak kenal. Dia bleh tnya aku apa perasaan kalu mak mertua x suka. Dia cite laki benci dia la. X berenti2 bercerita..aku ni terpinga2 la. Last2 aku x tau nak mngelak mcmana aku ckp aku nk cepat ada org tggu kat luar surau.  Dia buat muka sedih...pastu dia pegi plak kat org lain aku tgk...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2015 08:25 PM | Show all posts
selalunya orang yang psiko ni inginkan perhatian...

aku pun tak tahan dengan orang macam ni..
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2015 09:12 PM | Show all posts
gorgoro replied at 11-8-2014 06:36 PM
aku ada jg sorang kawan gini. time tu aku keje kat sebuah news agency sbgai wartawan penyiaran. mama ...

Ko staff btv ke?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-1-2015 12:50 AM | Show all posts
melzal replied at 6-1-2015 08:19 PM
Ramai yg psiko sbnrnya...aku pun dikelilingi dgn org2 yg psiko jgk...huhu...tua muda..sama2 psiko sm ...

scary la plak dah la tak kenal
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-1-2015 12:53 AM | Show all posts
Ipo replied at 6-1-2015 08:25 PM
selalunya orang yang psiko ni inginkan perhatian...

aku pun tak tahan dengan orang macam ni..:diz ...

kalau sikit2 tak pa ni sampai melampau2
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2015 01:41 AM | Show all posts
annehuda replied at 15-8-2014 12:08 PM
dulu kan ms aku duduk matriks aku ade roommate mcm ni. matriks aku tu 1 bilik 4 org tp aku punye h ...

so uols dengan F tu dah meniti hari bahagia kah?
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2015 02:54 AM | Show all posts
share jugak la.

kawan aku A ni psiko. ceritanya dia gaduh dengan B. suatu malam dia datang bilik aku cerita pasal masalah dia dengan B. bila cerita sah2 la part kesian tu dia punya. aku dengan naif nya simpati la kat dia dan mula tak suka dengan B.

suatu hari member aku sorang lagi ada bagitau pasal si A ada luah perasaan kat dia pasal masalahnya dengan B. aku terkejut. eh..A pun ada cerita kat aku gak. lepas tu try tanya yang lain..eh, A ada cerita kat diorang gak. celake. sorang2 dia datang cerita problem dengan B. cara cerita tu pulak mmg si A akan buat macam ko sorang je tahu cerita ni. padahal sorang2 dia datang. strategi baik punye nak tarik orang jadi geng dia dan ramai2 benci kat B.

itu kes gaduh. ada lagi kes awek, kes menunjuk2..tapi modus operandi sama. datang cerita kat sorang2 dan buat macam ko sorang je tahu cerita ni. tapi tak la sampai benci kat A. member tetap member

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-1-2015 11:13 AM | Show all posts
Leafumi replied at 7-1-2015 12:50 AM
scary la plak dah la tak kenal

Tu la...dah la x kenal...masa tu naif lg...jd mcm menakutkn jgk....ksian plak bila pikir mungkin dia terlalu tertekan...
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2015 11:39 AM | Show all posts
anwarnuwa replied at 7-1-2015 02:54 AM
share jugak la.

kawan aku A ni psiko. ceritanya dia gaduh dengan B. suatu malam dia datang bilik  ...

Ini pun berlaku kat aku...ni lebih kpd nak perhatian....eh ni panggil psiko gak ke...hehe....

Aku ada sedara yg agak psiko aku rasa....suka laga2kn org pastu nangis2 kata dia dianiaya....huhu......dpn aku dia mengumpat org dan disuruhnya sampaikn apa yg diumpatkn kat org tu. Bila org tu tahu dan tnya dia nafikn plak
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2015 10:01 PM From the mobile phone | Show all posts
SyaAnis replied at 5-1-2015 02:22 PM
dasyatnye la hai...

ada gak yang pura2 histeria..

Camne detact?? Hihi..
Kalau orang kene histeria ni.. Die pejam mata..maksud aku bile pengsanla kan..memang betol2 macam orang tdo.. Tapi si A ni.. Die pejam mata.. Tapi mata die bergerak2.. Ko pernah tengok x dekat tv..kalau org tu berlakon tido.. Xnampak real tdo..mata die mcm bkelip2 tu..macam tu la..

Kitorang perasan bila every time si Z ni pengsan@histeria.. Si A ni pon buat2 nak pengsan jugakla..lagi 1 die nakkan pehatian dari lelaki.. Yela.. Kalau pengsan kan.. Ramai yg caring gittew...

Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2015 11:06 PM | Show all posts
gorgoro replied at 11-8-2014 06:36 PM
aku ada jg sorang kawan gini. time tu aku keje kat sebuah news agency sbgai wartawan penyiaran. mama ...

kawan ko tu amik dadah tu. tengah high la tu yg jadi merapu meraban
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-2-2025 01:31 AM GMT+8 , Processed in 0.232746 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list