CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: changa=famri7

Yusof Haslam Anggap Wardina Tidak Matang Komen Isu Buli

[Copy link]
Post time 12-11-2014 12:59 PM | Show all posts
Part shark tikam perut fadhil dlm kl gangster tu tak sesuai ditonton kanak kanak
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-11-2014 01:05 PM | Show all posts
Yusof Haslam patut cakap, tolong la jangan kutuk filem gangster, ni saja yang kami tahu buat, ni saja yang ada level2 filem Hollywood
Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2014 01:20 PM | Show all posts
Nie ULASAN DARI BEKAS WARTAWAN, MUSTAFFA A.R mengenai komen DY HASLAM & ROSYAM NOR :

AGAK menarik, artikel saya "FFM26 Semakin Mengarut" dalam Mingguan Malaysia 28 September 2014 menjadi kenyataan. Itulah sebabnya, filem-filem gangster, seram dan sakit jiwa saya pertikaikan pencalonannya, dan tidak sepatutnya mendapat tempat istimewa dalam Festival Filem Malaysia FFM26, kerana buruk padahnya.

Unsur-unsur negatif dalam filem yang menjadi ikutan anak-anak remaja terutamanya haruslah dihindarkan, kerakusan mencari keuntungan cara begitu tidak membawa kebaikan, malah memudaratkan masyarakat kita apabila rakyatnya, terutamanya orang Melayu, terdidik ke arah keburukan, mengatasi kebaikan.

Apa yang diluahkan oleh Wardina, lahir dari kelembutan hati nuraninya, dalam Facebook, merupakan kebimbangan seorang isteri dan ibu yang prihatin terhadap kejadian kes buli yang sejak akhir-akhir ini sudah sampai ke peringkat melampau.

Benar apa yang dikatakan Wardina, filem sangat besar pengaruhnya terhadap anak-anak remaja. Mereka mudah sangat terikut-ikut dan tertiru-tiru. Kebiasaannya, bukan yang baik tetapi lebih cenderung kepada yang buruk.

Saya pernah terkena, apabila cucu saya meletakkan penumbuknya kemuka saya (bergurau), kerana terpengaruh dengan "Ultraman", saya tidak boleh marah, umurnya baru 4 tahun. Apalah dia tahu. Takkan saya nak letakkan penumbuk saya ke mukanya pula.

Apa pun, madu yang diberikan Wardina racun pula dibalas Rosyam Nor. Mentang-mentanglah membawa dan berlagak gangster dalam filem yang mencapai box office pula, komennya pun macam gangster juga. Ternyata dia bersikap bongkak dan sombong.

Katanya: "Penonton hari ini yang menonton filem kisah gangster bukan dalam kalangan mereka yang bodoh yang tidak tahu menilai baik dan buruk." Jelas, Rosyam Nor menganggap luahan hati Wardina itu, 'rubbish'.

Komen begini memperlihatkan betapa bodoh dan tololnya Rosyam Nor. Penonton dikalangan anak-anak muda mana mereka tahu menilai baik dan buruk, orang dewasa mungkin, itu pun sekadar mungkin sahaja. Tetapi belum tahu, mereka boleh menilai.

Wardina dah kata: Bila ada peluang... nah keluarlah aksi yang telah dirakam dan disimpan dalam kepala. Ya, betul, mereka masih mentah, belum boleh berfikir mana yang baik mana yang buruk.

Rosyam Nor ada anak dan cucu, kalau sudah terkena kepada batang hidung sendiri, baru dia tahu dan sedar, betapa kebimbangan Wardina itu berpijak di bumi nyata. Baru dia tahu dan sedar, langit itu tinggi atau rendah.

"Pembuat filem seharus mendidik masyarakat, bukannya semarakkan sifat agresif remaja melalui penghasilan filem ganas seperti gangster," ujarnya Wardina.

Ini nasihat cukup baik yang disampaikannya dengan ikhlas kepada pembikin-pembikin filem. Sepatutnya, nasihat seperti itu datangnya dari Finas dan Lembaga Penapis Filem bukannya dari Wardina.

Paling berkesan sekiranya, Ahmad Shabery Cheek, selaku Menteri Komunikasi Dan Multimedia, yang cakap macam yang Wardina cakapkan itu. Dan seterusnya, melarang filem-filem genre gangster itu jangan dibuat lagi.

Bila membaca komen Yusof Haslam pula, saya sangat-sangat berdukacita, kasar dan tidak berdiplomasi, macam gangster juga. Kemarahannya itu, sudah mengiyakan yang filem bercorak gangster salah satu penyebab mengapa berlakunya buli.

Lagi pun, Wardina tidak tujukan khas kepada sesiapa. Cuma orang yang makan cili merasa pedasnya. Ramai produser mengeluarkan filem gangster, Rosyam Nor pun bukan satu-satunya pelakon berperanan gangster.

"Anak Ku Sazali" filem gangster, "Samseng" filem gangster dan "Seruan Darah" pun filem gangster. P.Ramlee, Jins Shamsudin dan Ahmad Mahmood pun pernah membawa peranan gangster.

Justeru itu, sepatutnya Yusof Haslam tidak terburu-buru melatah dan mengecam Wardina yang pada hemat saya, niatnya cukup ikhlas dan jujur. Memanglah, apabila kepentingan kita diusik, melentinglah jawabnya.

Tetapi bak kata Yusof Haslam sendiri, "gunakanlah akal fikiran yang waras sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan." Nampaknya, cakap tak serupa bikin.

Mengenai Yusof Haslam mengeluarkan filem (siri tv) kepolisan, itu bukan isunya. Wardina tidak pun menyentuh hal tersebut, dan tidak perlu ditimbulkan.

Ingat, filem gangster bukannya mendorong berlakunya kes buli sahaja. Ia juga penyebab terjadinya bunuh, rogol, rompak, pecah rumah dan berbagai-bagai lagi genjala sosial yang kini berleluasa.

Wardina pernah merasai rumahnya dipecah. Yusof Haslam pun demikian, nasib baik dia ada pistol. Rosyam Nor saya tidak tahu, minta-minta dijauhi Allah, tidak akan berlaku apa-apa yang buruk.

Kepada Yusof Haslam, jika ada rancangan untuk mengeluarkan filem "KL Gangster 3" lupakanlah. Cukuplah setakat "KL Gangster 1" dan "KL Gangster 2". Duit bukan segala-galanya, di suatu masa nanti, apa yang kita bawa ke dalam kubur?

Terimalah luah hati atau nasihat Wardina itu, walaupun sukar untuk ditelan. Mengalah tidak semestinya kita kalah dan hilang maruah, malah sikap itu akan dihormati dan dipuji pula.

FFM26 sudah memilih "KIL" sebagai Filem Terbaik, dan sangat membimbangkan akan terdengar pula nanti, ada anak-anak remaja kita yang menggunakan exhaust kereta untuk cuba bermain 'bunuh diri', yang akhirnya akan membawa maut...


Credit :Blog Beliau Filem Klasik Melayu
Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2014 01:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Mmg. Adik saya bila lepas tgk filem kl gangster tu. Aktif kemain. Melompat sana sini tendang sana sini sambil ulang skrip cerita tu.
Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2014 01:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Xrasa bersalah pon kuarkan filem blasah/rogol/buli...huhu.bagus lah tapis sume aksi ganas.ni asyik nk tunjuk terrer hero blasah sampai darah2
Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2014 01:55 PM | Show all posts
nampaknye Rosyam Nor sgt menggelupur dgn komen Wardina
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-11-2014 02:29 PM | Show all posts
hensem2012 posted on 12-11-2014 01:20 PM
Nie ULASAN DARI BEKAS WARTAWAN, MUSTAFFA A.R mengenai komen DY HASLAM & ROSYAM NOR :

AGAK menarik ...

raseyer nak keluar cita gangster lg...tajung dia tailong..kisah tailong dalam kl gangster 2 kot hehehe....

Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2014 06:04 PM | Show all posts
antara faktornya.... mmg la bukan sumer... tp antara penyumbangnya adalah filem berunsur ganas nie la...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-11-2014 07:11 PM | Show all posts
Setuju 100% dgn bekas wartawan tu, hope rosyam nor baca... Kena stepek kt muka dia...
Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2014 09:56 PM | Show all posts
AzzaAzman posted on 12-11-2014 01:39 PM
Mmg. Adik saya bila lepas tgk filem kl gangster tu. Aktif kemain. Melompat sana sini tendang sana si ...

jgn adik yu ols..
ai ols pun sekali

hafal dah skrip tuhh



Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2014 12:39 AM From the mobile phone | Show all posts
Syd posted on 12-11-2014 01:56 PM
jgn adik yu ols..
ai ols pun sekali


ini tol lawak...
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2014 12:47 AM From the mobile phone | Show all posts
bgs tol sharifah amani da bersuara...terkuzat berok le tu si anak usop selam tu
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2014 01:33 AM From the mobile phone | Show all posts
hensem2012 posted on 12-11-2014 05:20 AM
Nie ULASAN DARI BEKAS WARTAWAN, MUSTAFFA A.R mengenai komen DY HASLAM & ROSYAM NOR :

AGAK menarik ...

padankn muka rosyam nor n usop selam tu...plg terkesan bila penulis ni tulis...ape yg akn dibawa dlm kubur??? kena bertepek2 kt drg ni..sesuailah ngn korang..
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2014 02:30 AM From the mobile phone | Show all posts
Anak dato usop dah besar..tp besar2 pon asyik buat citer gangster..blakon gangster. Jd camner didikn dato.dato rasa?

Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2014 02:40 AM | Show all posts
Naru posted on 8-11-2014 11:29 PM
kalu ikut statemen Wardia; saya parafrasa... dia cuma cakap movie2 gangster Melayu ni CUMA ANTARA FA ...


Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2014 07:18 AM | Show all posts
mommymonster82 posted on 13-11-2014 02:30 AM
Anak dato usop dah besar..tp besar2 pon asyik buat citer gangster..blakon gangster. Jd camner didikn ...

dato' dan anak2 dia dapat panduan cerita tuh
dari polis2 gak

boleh bayang tak polis gangster mcm mana?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-11-2014 08:38 AM From the mobile phone | Show all posts
Geli yg rosyam nor rogol shira tu. Yukss. Mental aku tgk scene. Malu.
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2014 09:17 AM | Show all posts
pobedah posted on 12-11-2014 02:29 PM
raseyer nak keluar cita gangster lg...tajung dia tailong..kisah tailong dalam kl gangster 2 kot he ...

harap Datuk Menteri Shabery Cheek haramkan filem berunsur ganas dan Kongsi Gelap..Kementerian yg berkenaan need to do something about this..kalau x buat something alamatnye penuh le filem2 gangster..rempit..bohsia menanti tayangan kt panggung
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2014 09:18 AM | Show all posts
September14 posted on 12-11-2014 07:11 PM
Setuju 100% dgn bekas wartawan tu, hope rosyam nor baca... Kena stepek kt muka dia...

Rosyam Nor nie mcm x sedar diri la..x lame lagi bakal dpt cucu..sudah2 la tue nk jd gangster
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2014 09:29 AM | Show all posts
bravo pd wartawan tu...

aku bc wardina pnye artikel mcm seorg ibu yg syg risaukan anak tentang gejala sosial...aku mmg sering fkrkan benda yg sme..


yg pelakon tu nk  melenting asal? bkn effect kt die pn..die berlakon je...bru mengarah drama dh nk poyo2 uat statement..mmg setepek la kene psl isu ni kt die..memalukan je bg statement yg xde otak mcm tu..

eh rosyam..ko igt org xth ke sape bini ko tu dlu yg ko nk kondem2 org...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
...AZAM TAHUN 2025...
seribulan...AZAM TAHUN 2025...
Views : 54094 Replies : 8
...BYE 2024, HELLO 2025...
seribulan...BYE 2024, HELLO 2025...
Views : 54264 Replies : 2
Jenazah bayi didakwa ditahan selama dua minggu dan diletakkan dalam peti sejuk kerana bapa tidak mampu membayar bil hospital swasta rm3600.Ibunya tak boleh discaj selagi bil tak dijelaskan
YgBenarJenazah bayi didakwa ditahan selama dua
Views : 43427 Replies : 450
Tak bayar cukai budaya kito, lebih 200 ribu orang disekat ke luar negara
maklukpenggodaTak bayar cukai budaya kito, lebih 200 r
Views : 38640 Replies : 26
Edisi Rumah Pantun
telracsEdisi Rumah Pantun
Views : 50035 Replies : 164
Tahniah Ina ! selamat pengantin baru sekali lagi UPDATE : DAH SELAMAT DIIJABKABUL 8Nov
anony-mousTahniah Ina ! selamat pengantin baru sek
Views : 145804 Replies : 2469
Sebab aku taknak duduk dengan B40..Penyanyi Mengadu Masalah Parkir Rumah Flat
YgBenarSebab aku taknak duduk dengan B40..Penya
Views : 39558 Replies : 48
Hafidz Roshdi vs. Ngai
maklukpenggodaHafidz Roshdi vs. Ngai
Views : 276652 Replies : 8079
'Hutang WAJIB bayar'
maklukpenggoda'Hutang WAJIB bayar'
Views : 38725 Replies : 32
Pulau Pinang jadi pusat perumahan mampu milik terbesar di Malaysia
AbahmungPulau Pinang jadi pusat perumahan mampu
Views : 42900 Replies : 1

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-12-2024 03:38 PM GMT+8 , Processed in 0.102183 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list