Sorry tt, iols off topic psl Selayang Mall
Dekat Selayang Mall ni pun ada pelanggan mengamuk kat potong potong potong sampai habeh PIWimax
Gambar Pelanggan Mengamuk Di Kaunter P1 Wimax Selayang Mall Published Sunday, December 15, 2013 By melvister. Under isu semasa
95 0 Gambar pelanggan mengamuk di Kaunter P1 Wimax Selayang Mall. Isu tidak puas hati pengguna terhadap P1 Wimax semakin parah apabila ada individu sanggup menyerang sebuah kaunter cawangan P1 Wimax dilokasi Selayang Mall. Bagi yang mengikuti kisah P1 Wimax dilaman sosial, umum sudah mengetahui bahawa ramai pengguna menghadapi masalah CTOS setelah mereka gagal membayar bil internet P1 Wimax. Lebih mengeruhkan lagi keadaan apabila segelintir pihak sudah lama menghentikan kontrak perjanjian bersama P1 Wimax namun bil akaun mereka masih lagi berjalan sehinggakan pengguna dipaksa membayar jumlah terkumpul mencecah ribuan ringgit. Justeru itu, mana-mana individu yang gagal membayar bil tersebut akan diugut oleh ejen guaman (Syarikat Kutip Hutang) untuk senaraikan nama pengguna dibawah sistem CTOS. Ini menimbulkan kemarahan ramai pengguna dan ‘Facebook P1 Wimax Sucks” yang kini hampir mencecah hampir 14,000 pengguna ditubuhkan untuk memboikot P1 Wimax. CTOS atau Credit Tip Off Service adalah sebuah organisasi yang mengumpul maklumat jika terdapat bankrupsi dan saman terhadap individu atau syarikat dan maklumat tersebut akan didaftarkan ke dalam pangkalan data elektronik mereka. Apabila nama individu tersenarai dibawah CTOS, adalah sangat sukar untuk membuat sebarang pinjaman bank. Dengan itu, pengguna perlu menjelaskan hutang terlebih dahulu kepada P1 Wimax sebelum rekod nama dibersihkan daripada CTOS. Update Terkini: Penjelasan P1 Wimax Isu Pelanggan Mengamuk Di Kaunter P1 Wimax
Pihak kami telah dihubungi oleh Syarikat P1 Wimax mengenai isu yang telah kami disiarkan mengenai pelanggan mengamuk di Selayang Mall. Menerusi laporan rasmi yang kami terima, Insiden ini berlaku pada bulan Disember 2012 apabila pelanggan yang pergi ke kiosk P1 (Niche Concept) meminta bayaran balik tunai sebanyak RM100 bagi penamatan COP Private & Confidential. Powered by Packet One Networks (Cooling off Period). Berdasarkan terma, COP bayaran balik hanya boleh dikeluarkan dalam tempoh 45 hari SELEPAS penamatan dan cek hanya boleh dikeluarkan oleh ibupejabat P1. Tidak berpuas hati dengan jawapan yang diberikan, pelanggan berkenaan menunggu sehingga kiosk ditutup dan kemudiannya merosakkan kiosk tersebut. Pihak pengurusan pusat membeli-belah juga terlibat untuk membantu menyelesaikan masalah berkenaan. Gambar Pelanggan Mengamuk Di Kaunter P1 Wimax Selayang Mall
Seb bek x dibakarnya kiosk kat situ, kalau tidak, tiada lagilah tempat boya nak lepak2 kat Selayang
Last edited by boyagombak on 20-11-2014 06:09 PM
|