CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: nur_ieyfa

Hasad dengki adik beradik sendiri

[Copy link]
Post time 23-12-2014 07:58 AM From the mobile phone | Show all posts
berrygurl posted on 20-12-2014 08:44 PM
cik es?  seram babe

Akk pun seram bila dgr "cik es" berry....


Tt...sila sambung lagi...best cite ni....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-12-2014 01:58 PM From the mobile phone | Show all posts
tt thanks sudi berkongsi cerita utk dijadikan teladan.. moga tt sentiasa dlm lindungan yg Esa dan dijauhi dri terjadi perkara2 buruk..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-12-2014 11:00 PM | Show all posts
Hi semua..Dah lama tak berkongsi cerita..busy sikit dengan kerja..sesiapa berminat nak apply personal loan boleh contact..hehehe..sempat lagi kan..momod jangan maree..okay lah..hari ni nak cerita pasal kisah seram memandangkan kat forum misteri kan..

Cerita ni dah pernah post dekat benang orang tapi kalau-kalau ada sesiapa yang tak pernah baca boleh baca la..Sebab ni benang sendiri kan..

Saya dulu belajar kat sekolah kat area muadzam shah, pahang. Area org asli, pernah la diowg kat sekolah cerita yang sekolah tu sebenarnye tapak orang asli and ada satu bilik yang kami duduk tu tapak org asli buang benda-benda yang tak elok. Tapi tak pasti kebenaran kisah tu. Tapi yang bab histeria memang banyak sangat-sangat berlaku kat sekolah and asrama. Tak kira aspura ataupun aspuri.

So saya cerita kisah yang kakak saya(Zara) sendiri alami . Masa tu dia form 2..owh lupa nk cakap saya sama sekolah dengan kakak saya. Tapi masa tu saya tak masuk lagi la sekolah tu. Kakak saya form 5 baru saya masuk situ.

Mula-mula kakak saya boleh kena histeria bila satu petang ni, diowg semua get ready nak pergi solat maghrib lepas makan petang. Kira time pkul 6 sampai pkul 7.15 memang time makan la. So akak saya ni dah siap makan nak balik la  bilik dulu nak tukar baju and ambil wudhu siap-siap so tak perlu berebut time kat surau nanti. Tapi on the way dia balik dari dewan makan tu dia nampak macam ada puting beliung kecil datang berputar-putar depan dia. So dia menjerit-jerit la bagitau ada puting beliung and dah siap lari-lari nak selamatkan dari. Tapi puting beliung tu makin dekat dengan dia and lepas tu dia tak sedar langsung ape yang jadi.

Bila dia sedar dia ada kat hospital dah and doctor ikat tangan dan kaki dia semua. Bila dia tanya warden yang ikut dia sekali, rupanya warden terpaksa bawak akak sy ni keluar dari kawasan sekolah sebab selagi dia ada kat kawasan sekolah akan ada 6 org yang lain akan histeria jugak. Kira aspuri ni ada dua bangunan setiap bangunan 3 level. So wakil setiap level akan kena histeria serentak dengan my sis ni.

So kakak saya ni memang paling kerap kena histeria kat sekolah tu sampai ada seorang senior pernah cerita punya la takut bila kakak saya ni histeria diowg even datang bulan pown akan baca or pegang yassin.

Pernah jugak sekali kakak saya ni study lewat malam, biasa lah student kan, memang suke stay up. Disebabkan hostel ni pkul 11 dah wajib tutup lampu, so akak sy ni punya la nak study so dia buat kerja depan pintu bilik sebab ada lampu kat koridor. Tengah dia study tu dia nampak ada makhluk besar kat depan mata dia tinggi sangat-sangat and pandang tajam kat dia dah la mata merah. So my sis ni terus menjerit ketakutan. My sis cakap dia sedar semua yang orang sekeliling dia buat, ada yang baca yassin, baca ayat kursi tapi mende tu tetap pandang kakak sy sambil gelak-gelak dan mengatakan tak guna pown diowg baca kalau sebutan pn salah.(pss.bukan sekali kejadian mende tu gelakkn bacaan kami ni. ada masa sy cerite kisah lain plak).

Bila ustaz datang ustaz tu pown pandang mende tu sedangkan student yang lain tak nampak pon. Ustaz baca something and hembus baru mende tu blah. Lembik jugk la my sis time tu. Tu tak termasuk dia histeria dalam dewan tengah perhimpunan. Bila suruh mengucap dia mintak microphone. Ada jugak my sis menyanyi bahasa asli, english and macam-macam bahasa lagi yang keluar.

Panjang pulak rasanya, takpe saya habiskan pasal my sis yea. So sebab dah terlalu teruk so cikgu suruh family bawak akak balik berubat. Kami dulu naik van vannette je. Tak tau eja betul ke salah. So time ambil tu akak terus duduk seat belakang sekali side kanan. Time ambil tu hanya arwah mak dan abah je yang pergi. Lepas sampai area umah, arwah mak berhenti kat satu gerai ni untuk beli popia basah. Memang feberet dia tu, so mak cik gerai tu tegur, kak..bawak nenek tua mana tu? yang mak dah terkejut. Mak cakap tu anak saya tu amek dari sekolah. Mak cik tu terus mengucap panjang kata sumpah kak saya nampak orang tua berserabut rambutnya. So mak pun senyum and terus bawak my sis balik umah.

Di sebabkan oleh saya tak mempunyai kesedaran diri lagi masa tu, bila akak smpai umah je saya nak tegur tapi parents cakap akak sakit. Jangan kacau. Anak patuh dan taat, so saya biarkan jelah.

Malam tu parents bawak kakak pergi berubat. tapi orang yang berubat tu just scan je dulu and then suruh parents balik and suruh bawak 5 bijik limau purut. So esok tu parents bawak la 6 bijik. tapi ustaz tu cakap tak boleh berubat kalau bawak lebih limau tu sedangkan limau yang extra sebijik tu ada dalam kereta. tak tau la macam mana ustaz tu tau. So malam tu pulang dengan kecewa tapi ustaz tu cakap kakak tak kan kene histeria malam tu. parents pown percaya jela.

Esok malam tu baru bawak cukup-cukup je 5 bijik. So ustaz tu mulakan la proses dia, and malam tu baru la tau kisah akak saya ni sebenarnya.

Arwah mak saya ni dulu meniaga kedai makan kat daerah kuantan. Bukan kat bandar tapi area Kuantan lah. Rahsia lokasi sebab tempat tu dah tak ade dah. So kat area arwah mak meniaga dulu lokasi org buang macam-macam. Ada satu pokok besar kat situ lokasi menda-menda ni melepak. So ada la seekor dah terlepas masuk dalam badan kakak. Tapi dia tak ganggu lagi. Bila kakak ni balik hostel dia, mende kat ostel dia pulak terpikat dengan yang dalam badan ni. So lahir lah sebuah family. Sebab tu lah kenapa bila akak kena histeria, student lain ppn berkait2 jugak. Berderet lah ustaz tu tarik keluar seekor demi seekor. Kalau tak silap ada 6 kot..

Lepas berubat tu baru lah akak okay. Tapi semangat dia tetap lemah and ustaz tu bekalkan dia seketul kemenyan besar. So kira kalau dia dah rase takut sangat pegang kemenyan tu. Katanya kemenyan dari tanah arab. Tak ingat plak yang tu. Tapi sampai sekarang akak tak penah putus berubat. Katanya kalau berubat nanti bila dah okay kene putus berubat takut jadi ape-ape. Tapi Alhamdulillah tak ade yang pernah masuk badan dia dah.

So, tu cerita Zara time sekolah lah..Kat sekolah tu ada je lagi kisah-kisah yang lain..Nanti saya kongsikan lagi kat sini..So benang ni sebenarnya bukan setakat kisah dengki adik-beradik la..Ada la kisah-kisah seram atau misterius lain yang saya akan kongsikan..

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-12-2014 08:36 PM | Show all posts
Hari ni saya nak berkongsi cerita histeria oleh kawan saya dekat sekolah yang sama dengan kakak saya Zara..

Time ni saya baru form 1, baru-baru masuk dapat duduk sebilik dengan kakak. Biasa la adik senior kan so dapat kelebihan duduk sebilik. Yang tak bestnye bilik tu adalah bilik yang diowg cakap tapak org asli buang mende-mende tu. Kalau tak silap saya ada seorang ustaz pernah datang sekolah tu sebab parents ajak datang tengok asrama tu. Ustaz yang sama buang jin berbas-bas kat kat UUM tu. Ustaz tu salah seorang kenalan parents la. Ustaz tu cakap masa jalan2 kat sekeliling asrama tu, ada satu port banyak sangat mende-mende tu melepak.

Salah satu tempat nya kat belakang bilik kitorg. Bilik kitowg ni sebelah bilik basuh. So kira antara hujung blok la tu. Ustaz tu cakap time dia jalan mende-mende ni duk mengikut je dia. Dh la time dia ronda tu time lepas maghrib. Kental betul jiwa ustaz ni.

Okay, so berbalik pada kisah kawan saya yang saya nk cerita ni. Kawan saya ni memang bestfriend saya lah sampai sekarang. Time tu sebelum rehat, kitowg dalam kelas dah mengantuk, ustazah mengajar memang boring sangat. Tibe-tibe kawan saya ni tanya kat member kitowg yang lain, ko nampak ape kat buku aku ni. Yang member cakap mne nampak ape-ape pown.

Kawan saya cakap ada muka mende bertanduk lidah menjelir keluar mata merah la. Macam real. Sape lukis yea kat buku aku ni. Yang member dah cuak cakap menggigil-gigil, tak ade pape la Ayu(bukan nama sebenar). Pastu bestfriend saya ni (Ayu) angguk je terus tunduk macam nak tido pastu tibe-tibe bahu dia bergerak-gerak, macam orang menangis tersengguk-sengguk tu la.

Disebabkan posisi meja diowg ni kat belakang sekali so tak ade sesiape yang perasan kejadian tu. Saya pulak duk sebelah member lain kat depan. Si member yang duduk sebelah Ayu tu dah ingatkan Ayu ni menangis. Sebab  dengar bunyi teresak-esak. Lame kelamaan makin kuat then tibe2 je Ayu ni bangun and menjerit sekuat=kuat nya. Padahal suara dia ni kalau dalam kelas slow ya amat. Sampai cikgu stress kalau tanya dia.

Lepas dia jerit tu dia boleh tolak kerusi meja habis terbalik-balik. Padahal kurus melidi je. Yeala budak form 1 besar mane la sangat kan.

Ustazah terus terkejut, ingatkan si Ayu ni cari pasal dalam kelas dia. Saya palak terus melompat pergi pegang Ayu ni dari mengamuk. Dia pandang mata saya sambil gelak-gelak. Cuak jugak time tu tapi dalam fikiran nk tolong member je. So pegang jela kan. Then budak-budak perempuan yang lain keliling dia sambil baca ayat kursi. Dia boleh gelak-gelak je sambil baca sekali sambil menganjing budak-budak perempuan yang baca. Pastu siap cakap, tak payah la korang susah-susah nak baca kalau bacaan tunggang langgang. Aku pun boleh baca la bodoh.

Saya time tu dah bersirap la darah sebab mende ni kuat menganjing sangat. Di sebabkan time tu saya duk kat kepala Ayu sambil tutup mata dia sebab takut jugak dia masuk ikut pandangan mata kat orang lain. Ustaz penah cakap mende-mende ni masuk paling senang ikut mata. Lagipun mata si Ayu ni merah terbeliak time tu. So tutup untuk tak la menakutkan orang kat situ sekali.

Time saya tengah bengang tu teringat satu ayat seorang ustazah pernah ajar untuk elak gangguan jin dan syaitan. So saya baca banyak kali kat telinga dia. Menjerit-jerit lah member saya cakap panas oii..bodoh panas la...Aku keluar nanti aku masuk badan ko bodoh!! Cuak gak saya time tu. Tapi sebab panas hati sangat kan so terus je baca. Time tu tak fikir ape-ape kesan la pulak.

Ase cam lame je nak tunggu ustaz datang time 2. Ayu pn dah lembik time tu sebab saya baca tak berhenti dalam masa yang sama kitowg panggil seorang lagi kawan kitowg nama dia Ika(bukan nama sebenar) datang. Si Ika ni hafizah so bacaan kira memang tiptop la and si Ika ni memang Qariah wakil daerah la. Bila dah form 3 dia jadi wakil negeri. So Ika ni baca la ayat qursi dengan tajwid semua  yang betul la. Sampai la ayat terakhir Ayu menggigil panas. Rupanya ayat terakhir kat Ayat Kursi ni la penawarnya. Sebab tu la sebelum tidur kalau tak nak baca ayat kursi tujuh kali just baca ayat kursi penuh sekali and ulang lagi 6 kali ayat terakhir ni sebagai pelindung diri.

Ok back to story, ustaz pown datang. Bermula la sessi soal menyoal. Ustaz baca surah An-Nas. Kalau tak silap la, dh ingat2 lupa la,(sorry ustaz j) Annas ni maksud dia manusia. So sampai satu ayat ni Minal Jinnatiwannas..Lebih kurang camtu lah ejaannye. Si Ayu ni menjerit memang aku jin!! So ustaz pown tanya la kalau kau ni jin, ko jin islam ke tak sempat tanya habis Ayu dah jerit Kaffirrr!! Ustaz dah menggeleng kepala dah.

Ustaz suruh kami bukak kasut dan socks dia then sumbat socks dia tu kat celah2 antara ibu jari kaki dia, dua2 belah so that ustaz cakap senang dia nak keluar. Sebab selalu jin ni pandai masuk tak pandai nak keluar. Yang saya ni buat nakal saya la time tu. Kan saya tengah tutup mata Ayu ni, so saje la time tu bukak sikit jari nak tengok dia ni, bila terasa saya bukak jari je laju Ayu ni bukak mata. Bila saya tutup dia pown tutup mata balik.

Pastu ustaz baca ayat something la. Termasuk sekali ayat yang saya baca mula-mula tu. Ayu dah menggeliat panas pastu jerit aku keluar..Panas.. Pastu Ayu terus lembik. Terkulai. Saya time tu tak berani lagi nak angkat tangan saya. Tapi ustaz suruh time tu so bukak la. Time tu Ayu lembik sangat. Tapi, sebelum saya angkat tangan saya, saya nampak mulut Ayu tersenyum simpul. Dah pelik dh time tu.

Saya tengok je. At the same time Ayu pun pandang saya tajam sangat and saya perasan tu bukan pandangan mata Ayu. Nak cakap tapi Ayu terus cakap dahaga, nak air. Ustaz pown bagi air yang dia baca something kat Ayu, Ayu amek tapi macam pura-pura tumpahkan air tu. Dia cakap tak larat sangat. Ustaz suruh dia mengucap time tu. Dia pun mengucap la, tapi saya perasan sangat-sangat bila dia sebut ila haillallah la rasulullah. Lebih kurang cm tu lah. Sebabkan suara si Ayu ni slow sangat-sangat and saya betul-betul kat sebelah dia so saya memang dengar jelas dia sebut macam tu.

Semua org time tu dah lega. Saya ni pulak yang rasa tak puas hati, cakap kat dia Ayu ko mengucap elok-elok sikit. Aku dengar ape ko sebut. Sambil terus pegang tangan dia sebab memang tak puas hati gile la. tak tau la time tu keberanian datang dari mana. Tibe-tibe je Ayu jerit bodoh!!manusia mmg bodoh!! Macam mana kau boleh tau??Terus pusing pandang saya. Cuak takut ertkejut semua ada. Ustaz pon tersentak. Ingat dah settle. Tapi panjang lagi rupanya..

So lepas si Ayu sambung balik menjerit dia, tiba-tiba je ada seorang senior form 3 menjerit jugak kat kelas dia. Block dia depan block kitorg je. Budak form 1 memang kena duk bangunan belakang sekali masa tu. Time kakak tu menjerit si Ayu ni gelak-gelak je siap cakap, ni angkara budak ni la jadi macam ni. Kitowg dah pelik la ape salah yang si Ayu ni buat.

Sebabkan Ayu tak teruk sangat menjerit-jerit just gelak-gelak je, ustaz pon pergi la dekat kakak yang terjerit-jerit tadi. Rupanya yang masuk dalam badan kakak tu mende yang sama dalam badan Ayu. Mende tu main pindah-pindah pulak untuk susahkan kerja sang ustaz. Time tu tak tahu kenapa diowg tak mintak tolong Ustaz-Ustaz yang lain kat sekolah tu..

Bila ustaz ajak borak dengan mende tu, baru la mende tu cerita kenapa dia masuk badan dua orang ni..Rupa-rupanya, si Ayu ni datang bulan entah macam mana darah dia tu kakak senior ni terpijak. So dia dah bawak darah tu merata-rata kat sekolah ni sampai mengundang mende tu datang and mende tu macam mencari sape punya darah sebab tu la si Ayu ni terkena histeria tiba-tiba.

Mula-mula ustaz tak percaya cerita mende tu, yeala bukan boleh percaya sangat cerita puak-puak ni kan tapi mende tu soh ustaz check tapak kasut kakak tu. So ustaz check memang betul ada darah kat tapak kasut tu. Saya time tu tak pergi la kat kelas kakak tu tapi kawan saya pergi dia yang menyebok and bercerita kat kitowg. Saya tak leh pergi sebab kena pegang si Ayu ni.

Entah macam mana mende tu masuk balik dalam badan Ayu and Ayu meronta-ronta mintak lepas dan ntah macam mane boleh terlepas so laju je Ayu ni lari. Dia lari pusing-pusing habis satu sekolah, semua orang kejar tapi tak dapat tangkap plus si Ayu ni memang sprinter sekolah. Sekejap-sekejap ada kat tingkat 1 pastu kat tingkat 3. Yang paling tak boleh lupa dia lari depan kelas kakak saya time tu masuk kelas jumpa kakak saya and pastu cakap, aku tau kisah kau..Pastu blah.

Yang kakak saya dah takut menggigil-gigil siap menangis ketakutan. Kakak saya memang paling lemah semangat dalam family. Last-last si Ayu ni dapat la di tangkap oleh sprinter lelaki sekolah. Walaupon time tu senior tu dah macam semput mengejar akhirnya dapat jugak tangkap. Yang best part bila Ayu boleh gelak-gelak tak ade semput lansung sedangkan mamat sprinter tu dah semput mencari udara.

So bila dah dapat tangkap diowg bawak si Ayu ni pergi surau. Tapi Ayu cakap, ko ingat aku takut kat surau kau. Aku dah dapat tuan rumah, aku tak kan keluar la. Memang surau tu macam dah hilang aura nya sebab ada kes pernah jadi tapi tak perlu la cerita, menjatuhkan maruah sekolah pulak kan..

Ntah ape yang ustaz buat, keadaan jadi reda. Kakak senior tu pun dah okay sikit. And si Ayu pown okay la tak menjerit dah. Saya time tu tak ikut sebab nak bersiap-siap untuk PREP petang. Tambahan pulak time tu lapar sangat lepas habis energy melayan Ayu.hehe

Balik bilik je direct kena marah dengan kakak sebab saya tolong si Ayu. Padahal saya tak ade cakap pun kat akak yang saya tolong. Akak cakap dia boleh rasa. Lepas ni jangan tolong dah. Memang tak tolong dah la sepanjang akak saya sekolah kat situ tapi bila dia habis je memang selalu la jugak menyebok..hehe

By the way, gangguan kat Ayu tak terhenti kat situ je. Banyak lagi kisah-kisah dia since dia dah jadi perumah untuk mende tu.And mende tu saja je kacau kakak sebab nak bagi kakak takut. Kan memang dah tugas diowg untuk menakutkan dan mnyesatkan anak-anak ADAM...

So sampai situ kisah kawan saya..Nanti saya sambung pasal lain pulak..
Reply

Use magic Report

Post time 31-12-2014 11:50 AM | Show all posts
nur_ieyfa replied at 30-12-2014 08:36 PM
Hari ni saya nak berkongsi cerita histeria oleh kawan saya dekat sekolah yang sama dengan kakak saya ...

citer la kisah surau tu..jgn mentioned nama sekolah..pliiiiiisssz
Reply

Use magic Report

Post time 31-12-2014 04:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Tt cite lah mcmana tt berubat selepas disihirkan kakak....
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 1-1-2015 04:03 PM | Show all posts
jazaa replied at 31-12-2014 04:41 PM
Tt cite lah mcmana tt berubat selepas disihirkan kakak....

Sebenarnya tak ade berubat ape pown...sebab dia bagi kami minum air tu..bila kami minum kami akan hilang kesedaran diri..maknanya tak boleh nak fikir secara waras la..akan dengar je cakap dia..So once kitowg berhenti minum air tu baru minda boleh proses balik..macam waktu saya kena tu, ada time saya menangis sebab rindu bf sebab menyesal buat macam tu..tapi once minum je air tu terus tak ade rasa ape-ape..sebab tu kakak suruh minum air tu nonstop..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-1-2015 04:04 PM | Show all posts
berrygurl replied at 31-12-2014 11:50 AM
citer la kisah surau tu..jgn mentioned nama sekolah..pliiiiiisssz

ish..bahaya la @berrygurl sebab sekolah tu kalau sebut kat area muadzam tu orang mesti tahu..hehe..kalau nak tau, pm saya yea..hehe
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-1-2015 04:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Mcmana tt  bina semula kerjaya?....hari tu tt .kata dpt sokongan dari bf kan....

Harap tt berjodohan dgn bf...
Reply

Use magic Report

Post time 1-1-2015 04:27 PM | Show all posts
nur_ieyfa replied at 1-1-2015 04:04 PM
ish..bahaya la @berrygurl sebab sekolah tu kalau sebut kat area muadzam tu orang mesti tahu..hehe. ...

Ada couple berkhalwat kat situ ke?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-1-2015 04:33 PM | Show all posts
jazaa replied at 1-1-2015 04:26 PM
Mcmana tt  bina semula kerjaya?....hari tu tt .kata dpt sokongan dari bf kan....

Harap tt berjodo ...

sekarang ni tengah slowly nak naik balik..cari je dulu mane-mane kerja untuk stabilkan keadaan dalam masa yang sama try jugak apply kerja yang elok untuk terus jadi platform..Tu lah..bf la yang banyak tolong sekarang ni..Duit belanja hari-hari pown dia yang bagi sebab memang sehelai sepinggang je saya ni..Kalau tak memang ikat perut jela hari-hari..kalau ada interview ke ape dia yang akan tolong hantarkan semua..Memang rasa bersyukur sangat-sangat..Thanks yea doakan semua masalah kami settle jugak akhirnya nanti..


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-1-2015 04:37 PM | Show all posts
kaogi replied at 1-1-2015 04:27 PM
Ada couple berkhalwat kat situ ke?

erk....no komen bole tak?? hehe
Reply

Use magic Report

Post time 1-1-2015 04:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Baiknya dia.....harap family dia blh maafkan tt sbb kes hari tu....iyalah sikit sebanyak tercalar jugak nama emak bf kan....


Tt bernasib baik sbb Allah lindungi tt dari disihir teruk oleh indon tu....indon tu tak le power sgt sbb bila tak minum air dia bg, tt blh ok dgn srndiri.....sesetengah tu kena cari penawar baru ok....

Tt....sila sambung lg...akk tanya sbb  excited sgt nk tau mcmana tt blh lepas dari sihir tu....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-1-2015 04:47 PM | Show all posts
jazaa replied at 1-1-2015 04:40 PM
Baiknya dia.....harap family dia blh maafkan tt sbb kes hari tu....iyalah sikit sebanyak tercalar ju ...

Tu lah kan..Tapi nak menghadap mak dia tu kecut perut sikit lah..Biasa la dah buat silap kan..Tapi bf pernah cerita, lepas break dengan saya time tu ada jugak la try bawak gadis lain nak kenalkan dengan mak dia..Mak dia terus reject..hehe..Lepas korek dengan mak saudara bf rupa-rupanya mak dia still sayang saya cuma hati orang tua marah and terasa dengan perbuatan kita..Tapi tu lah..saya yang tak berapa berani lagi nak menghadap..Kena bagi life stabil dulu betul-betul baru boleh..Kalau tak lagi la mak dia marah sebab kerja dah elok-elok berhenti lepas tu kerja pulak orang cakap lagi bawah dari kerja yang dia tolong..
Reply

Use magic Report

Post time 1-1-2015 04:55 PM From the mobile phone | Show all posts
nur_ieyfa replied at 1-1-2015 04:47 PM
Tu lah kan..Tapi nak menghadap mak dia tu kecut perut sikit lah..Biasa la dah buat silap kan..Tapi ...

Alhamdulillah lah klu mcm tu....tt byk-byk berdoa ek....

Cuba dptkn kerja dulu pastu slowly explain kat dia kata masa tu otak tak berapa stabil & mintak maaf....

InsyaAllah dia akn tlg carikan kerja...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-1-2015 04:59 PM | Show all posts
Okay hari ni nak bagi short story je sebab sebenarnya hari ni tak berapa sihat sangat..Patutnya kena kerja tapi MC..Hari ni nak try bagi tajuk..hehe

BILA ENCIK SETAN JADI CIKGU

Cerita ni dialami oleh kakak saya yang nama Zara tu..So ni diceritakan oleh dia la..

Time ni Zara form 5, so time tu Zara and dua orang lagi kawan dia ni tengah relax santai-santai kat bilik asrama, ialah hari Sabtu mmg hari relax kan kalau kat asrama. So diowg borak punya borak smpai la tertido..Nama pown borak atas katil kan. Zara time ni tido atas katil tu berhimpit 3 orang. Saje konon nak ala-ala manja gitu. Posisi nye,dua mengiring dan seorang lagi terlentang.Terlentang tu duk tengah-tengah..Si Zara ni la yang tido terlentang tu..

Tengah-tengah tido tu tibe-tiba akak rase berat sangat sampai rasa susah nak bnafas dan plus mende tu jadi secara tibe-tibe kira tak sempat nak ready ke ape terus gedebuk kene tindih. Nak sebut ape-ape pown tak boleh and nak bergerak pown tak boleh..Siap berpeluh-peluh lagi time tu..Time tu Zara cakap tak nampak ape-ape pown just rase berat,dengan susah payah dia nk panggil kawan-kawan dia yang kat sebelah-menyebelah dia tu. Tapi semua lansung tak sedar padahal katil dah siap bergoncang-goncang. Last-last akak tawakal jela sambil sebut Allahuakbar dalam hati. Nak sebut lisan memang dah tak boleh dah.

Kakak cakap lame dia kene tindih macam tu smpai dia jadi terlalu penat siap semput semua tapi kawan-kawan dia still lansung tak tersedar. Last-last akak rase ringan dah lega la tu. Tapi sebab terlalu penat kakak tertido balik. Bila dia bangun je tido tengok-tengok peha dia lebam banyak sangat2...

Dia pown cakap kat member dia yang dia kene tindih and tanya sama ada kawan-kawan  dia tu tak sedar lansung ke katil dah  bergoyang-goyang??

Kawan dia cakap yang diowg nampak Zara macam tengah sedap je tido. Tak ade macam kene tindih pown. At the same time rupa-rupanye tiga-tiga orang atas katil tu semua kene tindih tapi diowg nampak masing-masing tengah tido..Dan bukan kakak seorang je yang mendapat gigitan cinta tu..Kawan-kawan dia pon dapat jugak..

Bila risik-risik balik, diowg ni tertido lepas Asar. So timing diantara lepas Asar nak ke Maghrib kan memang tak elok tido jadi Encik Setan telah memberi satu pengajaran kepada mereka..Kira Encik Setan dah jadi cikgu la ni..

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 1-1-2015 05:06 PM | Show all posts
jazaa replied at 1-1-2015 04:55 PM
Alhamdulillah lah klu mcm tu....tt byk-byk berdoa ek....

Cuba dptkn kerja dulu pastu slowly exp ...

Terima kasih sangat-sangat..Sekarang ni tengah mencari kerja dekat area Selangor ni..Dalam masa yang sama ade kerja lain tapi just untuk tanggung hidup sekarang la..Bukan untuk settle down lagi la kerja sekarang..Saya kalau boleh tak nak la menyusahkan bf or family dia dah..Nanti takut terhutang budi susah jugak kan..Usaha and doa jela sekarang mintak Tuhan permudahkan jalan..
Reply

Use magic Report

Post time 2-1-2015 01:31 AM | Show all posts
Agak mengerikan gak hasad dengki antara adik beradik ni....
Moga anda tabah ye...
Blh pm kn cerita psal skolah tu?

Comments

oit.. hang kat mana? mana hapdet? da btahun neh tunggu...  Post time 2-1-2015 10:32 AM
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-1-2015 08:03 PM | Show all posts
Edited by nur_ieyfa at 2-1-2015 08:10 PM

Salam semua..Hari ni nak cerita pasal kisah Aki ieyfa...Yang ni tok lelaki belah mak..

Aku bukan untukmu

Chewah tajuk kemain lagi..hehe..

Aki ieyfa meninggal time tu ieyfa still tengah belajar diploma lagi..So macam dah 5 ke 6 tahun lepas la..Aki ieyfa ni nak kata jenis alim ulamak tu tak lah..Tapi dia ni memang menjaga la solat dia semua..Kalau kami adik beradik mengaji tak betul laju aje dia tegur panjang pendek..Even dia tak pegang Al-Quran..Tak kira la surah ape pown kami baca..Time dia sakit tu ieyfa kebetulan tengah cuti semester tapi dah nak habis la..Pagi tu kami semua breakfast satu family ramai-ramai. Bilik aki ni dekat dapur so bising la riuh rendah dengan suara kami nak-nak pulak arwah mak ada lagi time tu memang seronok sangat sebab mak ni kalau 5 orang anak dia ada kat rumah, dia nak lima-lima orang tu jugak lah ada sarapan sama-sama. Aki bangun nak pergi toilet then time dia tengah jalan nak pergi balik kat bilik dia tibe-tibe aje dia jatuh and menjerit Allah..Ieyfa kat sebelah dia kebetulan masa tu tengah pegang pinggan terus campak sambut aki..Arwah mak pown dari jauh meloncat tengok ayah dia tiba-tibe je jatuh..Bayangkan meja kami meja bulat yang bole pusing-pusing kat tengah tu..dengan semua orang penuh keliling meja arwah mak boleh melompat sambut aki..tak tau macam mana mak boleh keluar laju-laju terhalang dengan kerusi orang lain sebab mak duduk seberang meja..ala, tak reti la plak nak explain..harap-harap paham la yea..hehe

So start la aki duk kat hospital dalam seminggu macam tu.Ieyfa yang tukang jaga tiap-tiap hari..Yang Ieyfa perasan walaupun aki tak boleh cakap since dia disahkan kena strok and umur dia pulak dah banyak angka, memang susah la nak elok kan..Kami satu family sedar bab tu..Tapi tiap-tiap masa ieyfa nampak mulut aki ni tak berhenti sebut Allah Allah Allah..

Lepas seminggu aki kat ospital, doc kata baik bawa balik rumah sebab dah tak ade pape yang diowang boleh buat dah. Duduk hospital lame-lame pown kos jugak untuk family..Aki pulak masa ni tiap-tiap 4 jam kene bagi minum susu and ubat dia. Sebab dia guna tiub masuk ikut hidung so mulut dia macam kering la. Masa tu ieyfa perasan la sebab ieyfa yang kena jaga semua kan. Muka aki masa tu dah jatuh semua dah..Time tu pun dia dah tak ade sebut Allah Allah Allah dah..Mata dia tepat pandang kat atas je..Macam berjaga-jaga je..Dia memang tak pandang tempat lain dah..Hanya kat atas je..

So ieyfa ada seorang pakcik yang pandai berubat and ada sixth sense, so dia ni satu hari tu datang kat umah.Tapi dia tak naik. Setakat duduk kat tangga je. Katanya tak boleh naik. Nanti bergaduh. Kami pelik campur hairan lah, sebab sebelum ni elok je dia naik umah kami kan..Dia cakap dia tak mampu nak tolong, panggil la orang yang lebih kuat dari dia..Kesian kat ayah(aki) tu. Arwah mak pun panggil la sorang ustaz ni nama dia Pak Leh(nama sebenar)hihi..

So petang tu Pak Leh datang and dia duk sebelah aki sambil baca Yassin. Sampai la Maghrib dia baca Yassin, pastu dia solat Maghrib kat sebelah aki. Kami adik beradik katanya duduk la bawah dulu time dia tengah solat tu. Sebab dia buat solat hajat,taubat semua sekali smpai la Isya'. Dah settle semua dia cakap, berani ke nak duduk dapur ni?Naik la semua kat atas. Kami pun mencicit la semua naik atas.

Time dia start tu dia bg aki minum air Yassin yang dia buat time antara Maghrib and Isya tu kot..Pastu dia macam bercakap something and ieyfa nampak badan aki yang tak boleh nak bergerak lansung tu bergegar-gegar tanpa ada sape-sape sentuh. Pastu Pak Leh ni guna kain pelikat kat bahu dia untuk libas something then terus aki senyap and baru la nmpak mulut dia gerak-gerak sebut Allah balik..

Honestly ieyfa tak la nampak secara total semua ape yang Pak Leh tu buat sebab ieyfa rase kesian kat aki masa tu..Ieyfa tahu dia terseksa sangat. Yeala, dia memang tak membela and even tak berkawan lansung tapi nak dekat-dekat akhir hidup dia jadi macam tu pulak kan. Pak Leh ni cakap, rupanya mende tu dah lama nak kat aki ni. Dari aki muda. Tapi aki tak nak lansung. Walau mende ni cakap boleh bagi duit, wanita semua la. Aki tetap tak nak. Mende ni datang dari tanah seberang. Ikut aki time dia kecik sebelum dia merantau ikut ayah dia datang Tanah Melayu ni..Bayangkan dah berapa lame mende ni tunggu aki. Time aki meninggal umur aki 100 lebih dah..

So sebabkan aki tak nak kat dia, and aki agak kuat la solat semua tu jadi mende ni tak boleh nak control aki. Bila aki dah sakit terbaring tu, masa tu lah dia dapat control aki. Sebab dah tak dapat nak solat and keadaan badan dah kotor. Yeala, pakai pampers kan. Kami memang la mandikan dia. Tapi bukan tau kalau ada part yang masih tak bersih. Rupanya dia duduk kat atas aki betul-betul straight kat atas kepala aki. Patut la aki pandang atas je tak lepas-lepas..

Pak Leh cakap mende ni memang kuat. Tu yang sampai badan aki bergegar-gegar..Kalau orang lain katanya boleh terapung badan sebab kuatnye mende ni. Lagipun kat rumah kami memang banyak mende-mende ni. Tapak rumah ni memang ada sejarahnye. Pasal rumah lain kali la cerita.

Dua hari lepas berubat dengan Pak Leh aki akhirnya meninggal. Tapi mende tu pergi sepak abang ieyfa yang ieyfa panggil Budin tu plak time dia tengah tido. Katanya oii bangun. Ko nak bela aku tak?Aku boleh bagi ko duit yang banyak. For your information, abg ieyfa ni kira cam tak senang sangat la kalau nak compare dengan adik beradik yang lain..Sebab tu lah gamaknya mende ni nak pancing abang ieyfa tu dengan duit. Direct je si Budin ni sound, ko blah lah nanti aku bersilat nanti mati ko. Aku tak minat nak bela ko syaitan..Terus Budin ni sambung tido. Budin ni memang tau bersilat and dah banyak kali jugak dia duk bersilat dengan mende-menda yang kacau dia time dia tido..

Okay lah..sampai sini je..enjoy..
Reply

Use magic Report

Post time 2-1-2015 08:29 PM From the mobile phone | Show all posts
nur_ieyfa replied at 2-1-2015 08:03 PM
Salam semua..Hari ni nak cerita pasal kisah Aki ieyfa...Yang ni tok lelaki belah mak..

Aku bukan  ...

So tt..benda tu tak pergi  ke sesapa lah iya?....

Knp pak leh kata tak takut ke duduk kat dapur?.



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-12-2024 06:11 PM GMT+8 , Processed in 0.077455 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list