|
[UNSOLVED MYSTERIES] Empat Kes Misteri Oleh KILL_NANCY #1611-#1614 (21 Januari
[Copy link]
|
|
ada blogger cilok tulisan sini tanpa kredit kat tuan tanah.
plagiat = babi tonyok.
|
|
|
|
|
|
|
|
ada cerita baru x..lama x baca cerita best2 mcm kt sini |
|
|
|
|
|
|
|
Hahaha... tp babi tonyok lebih mulia kot, tak mencuri dan capitalize usaha org lain.
Semoga dia org enjoy lah hendaknya setiap sen yg ai tak halalkan
|
|
|
|
|
|
|
|
dani-rox replied at 3-12-2019 11:12 PM
Hahaha... tp babi tonyok lebih mulia kot, tak mencuri dan capitalize usaha org lain.
Semoga dia ...
oh kalau begitu plagiat ni lebih hina lah ya dari babi tonyok?memang zizik kirana lah kan kalau macam tu.
jangan halalkan dani .... biar kembung perut dia makan hasil haramjadah tu.
sudahlah bebal mencuri pula.kalau tak reti menulis minta tolong saja inspektor nahu ajarkan bukan kau cilok hak orang kau credit nama kau.
hei bebal plagiarism can involve uncited ideas, even if paraphrased laa, taking someone else's words, ideas, clauses or even a pile of shit pehtu presenting them macam bapak kau punya reta sama je macam pencuri lah dol.
ingat idea tu macam taik ayam agaknya, jalan sikit berak, jalan sikit berak ....
|
|
|
|
|
|
|
|
happy new year semua.
TT takde citer baru ke???? hehehe sis dah ulang ulang baca kes yang sama banyak kali ni.
|
|
|
|
|
|
|
|
MISTERI BILIK HOTEL BERNOMBOR 1046
Pada 2 Januari 1935, pukul 1.20 petang, seorang lelaki mendaftar masuk bersendirian di Hotel President, yang terletak di bandaraya Kansas City.
Lelaki tersebut tidak membawa sebarang beg bagasi, hanya satu sikat dan sebatang berus gigi – Dia meminta untuk sebuah bilik di salah satu tingkat atas hotel. Mendaftar masuk dengan nama Roland T. Owen, lelaki itu sempat merungut dengan salah seorang pekerja di situ, bellhop bernama Randolph Propst mengenai sebuah hotel yang berdekatan kerana menawarkan harga bilik yang terlampau mahal. Setelah mendaftar masuk dan menerima biliknya yang bernombor 1046 di tingkat 10, Owen pun keluar dari hotel itu dan hanya beberapa kali kelihatan sepanjang penginapannya di situ.
Ronald T. Owen
Bilik 1046
Walaupun perlakuan lelaki itu nampak aneh di mata pekerja-pekerja Hotel President, mereka menganggapnya sebagai sebahagian daripada pekerjaan yang bertemu dengan pelbagai jenis manusia. Tambahan pula, mereka sudah biasa menerima tetamu yang datang dari bandar lain dan ahli-ahli perniagaan, yang mungkin mencari ‘teman’ lewat malam secara senyap-senyap – Mereka faham tetamu-tetamu ini lebih selesa menjauhkan diri daripada pekerja hotel.
Para pekerja Hotel President tidak mengendahkan perihal Owen sehinggalah enam hari kemudian, apabila lelaki itu ditemui mati, bilik hotel itu berubah menjadi lokasi jenayah kejam dan misteri. Ketika pekerja-pekerja disoal siasat oleh polis, barulah mereka menyedari betapa peliknya perangai Roland T. Owen sebelum kematiannya.
Pada 3 Januari, sehari selepas Owen mendaftar masuk, tukang kemas bilik bernama Mary Soptic singgah untuk membersihkan biliknya. Waktu itu sekitar 12 tengah hari – Kebanyakan tetamu dijangka keluar untuk bersiar-bersiar, makan tengah hari atau menjalankan urusan. Namun, setibanya di bilik Owen, Soptic mendapati pintu dikunci dari dalam.
Dia pun mengetuk pintu dan Owen membukanya, lantas menyuruh wanita itu untuk datang mengemas pada petang nanti. Apa pun, Soptic berkeras untuk masuk juga - Bilik itu dalam kegelapan dengan langsir tertutup rapat dan satu-satunya sumber cahaya datang daripada lampu meja yang agak malap.
Ketika Mary Soptic sedang membersihkan biliknya, Owen memberitahu bahawa seorang rakannya akan datang melawat tidak lama lagi dan meminta agar wanita tersebut untuk mengunci pintu. Soptic menjawab dengan akur, dan Owen pun meninggalkan bilik itu.
Empat jam kemudian, Mary Soptic kembali ke bilik 1046 dengan beberapa tuala bersih. Dia menemui pintu itu masih tidak berkunci selepas dia habis membersihkan bilik itu tengah hari tersebut. Apabila Soptic masuk, dia melihat Owen sedang tidur dalam pakaian lengkap di atas katil yang masih kemas. Secebis nota di atas meja bersebelahan tertulis: “Don, aku akan balik dalam masa 15 minit. Tunggu.”
Keesokan paginya, 4 Januari, penemuan dan interaksi aneh Mary Soptic dengan bilik 1046 berterusan.
Pada pukul 10.30 pagi, Soptic menjalankan tugas seperti biasa dan mendapati pintu bilik Owen dikunci dari luar seperti tetamu-tetamu yang lain. Beranggapan Owen tiada di dalam, wanita itu pun membuka pintu dengan kunci induk. Soptic sangat terperanjat melihat Owen sedang duduk di atas kerusi di sudut bilik dalam kegelapan. Namun, dia cuba berlagak biasa dan menjalankan tugasnya. Sewaktu Soptic sedang mengemas, telefon pun berdering dan Owen menjawab panggilan itu.
“Tidak, Don, aku tak mahu makan. Aku tak lapar. Aku baru saja bersarapan,” kata lelaki itu. Seketika kemudian, dia mengulang,”Tidak. Aku tak lapar.”
Selepas meletakkan gagang telefon, Owen mula menyoal Soptic mengenai pekerjaan dan hotel itu – Itulah kali pertama kedua-duanya berbual-bual. Dia bertanyakan berapa banyak bilik yang dipertanggungjawabkan kepadanya, jenis-jenis tetamu yang menginap di Hotel President, dan sekali lagi mengadu harga bilik hotel bersebelahan.
Soptic menjawab dengan tergesa-gesa, menyiapkan tugasnya dan meninggalkan Owen bersendirian. Apabila keluar dari bilik, wanita tersebut barulah tersedar sesuatu: Oleh kerana pintu itu terpaksa dibuka dengan kunci, bermaksud seseorang telah mengunci Owen dari luar.
Lewat tengah hari, Mary Soptic datang semula membawa tuala-tuala bersih, untuk menggantikan tuala yang telah dikumpul dan diambil pagi itu. Namun, sewaktu dia mengetuk pintu bilik 1046, wanita itu terdengar dua suara sedang berbual-bual di dalamnya. Apabila Soptic memberitahu dia menghantar tuala baru, satu suara lantang dan garau mengarahkannya untuk beredar, sambil menyatakan yang mereka mempunyai tuala yang mencukupi.
Walaupun Soptic yakin yang dia telah mengeluarkan semua tuala di bilik tersebut pagi itu, dia pun akur dengan jawapan itu, lantas meneruskan tugasnya ke bilik lain. Jelas sekali kedua-dua lelaki di dalam bilik itu enggan diganggu perbualan mereka yang kedengaran seperti amat penting dan rahsia.
Pada petang hari yang sama, Hotel President menerima dua orang lagi tetamu. Individu-individu ini akan menyumbang elemen misteri yang besar ke atas apa yang bakal berlaku di dalam bilik bernombor 1046.
Individu pertama, Jean Owen (tiada pertalian dengan Roland). Wanita itu tiba di Kansas City dengan menaiki kereta, untuk menemui teman lelakinya. Oleh kerana berasa tidak sihat secara tiba-tiba dan perjalanan agak jauh untuk kembali ke kampung halaman, Jean memutuskan untuk bermalam di bandar tersebut dan mendaftar masuk ke Hotel President. Dia diberikan kunci bilik bernombor 1048 – bersebelahan dengan bilik Roland.
Berdasarkan dokumen keterangan dengan polis, Jean mendengar beberapa bunyi kekecohan.
“Saya mendengar pelbagai bunyi bising, datang dari tingkat yang sama, suara tinggi lelaki dan wanita yang saling menengking dan penuh sumpah seranah,” menurut Jean dalam keterangannya. “Apabila bunyi bising itu berpanjangan, saya ingin membuat membuat aduan kepada penyambut tetamu yang bertugas. Namun, saya tukar fikiran dan membiarkannya saja.”
Kemudian dia terdengar seperti pergelutan dan bunyi seseorang sedang tercungap-cungap. Jean menganggapnya sebagai bunyi dengkuran.
Individu kedua pula bukanlah tetamu hotel tetapi disyaki seorang pelacur. Seorang bellhop yang juga operator lif, Charles Blocher memberitahu polis mengenai aktiviti wanita misteri tersebut pada malam yang sama. Menurut Charles, wanita itu biasa dilihat berada di hotel kerana ramai tetamu lelaki yang melanggannya. Namun pada malam 4 Januari itu, wanita itu mencari seorang lelaki yang menginap di bilik 1026. Blocher lantas menekan butang lif dan membawa wanita itu ke tingkat 10. Walau bagaimanapun, lebih kurang 5 minit kemudian, wanita itu masuk semula ke dalam lif. Dia memberitahu Blocher bahawa lelaki yang dicarinya tiada di dalam bilik. Wanita itu berasa keliru kerana setiap kali dia datang ‘melawat’ sejak beberapa malam sebelum itu, lelaki itu sentiasa menunggunya.
Selepas menghabiskan satu jam mencari lelaki itu di semua tingkat hotel, wanita tersebut berputus asa dan pulang ke rumah. Adakah lelaki bilik 1026 (dan juga wanita itu) mempunyai perkaitan dengan apa yang bakal ditemui keesokan harinya?
Polis juga syak wanita itu barangkali tersilap nombor bilik, atau melindungi alibinya dan sebenarnya mencari bilik nombor 1046? Ini kerana menurut seorang bartender, dia pernah melihat Owen bersama wanita itu dalam keadaan yang mesra.
Keterangan Jean dan kehadiran wanita yang tidak dikenali itu menimbulkan banyak persoalan mengenai nasib si lelaki di dalam bilik 1046.
Pada keesokan paginya, bellhop Randolph Propst yang mengiringi Owen ke biliknya pada hari dia mendaftar masuk, menerima panggilan daripada operator telefon hotel, Della Ferguson. Della memberitahu bahawa telefon bilik 1046 tidak dapat dihubungi selama 10 minit, berkemungkinan gagang tidak diletakkan dengan betul. Maka Propst pun pergi memeriksa keadaan Owen di biliknya, tetapi dia melihat kad “Do Not Disturb” telah digantung pada tombol pintu.
Dia pun mengetuk pintu, dan terdengar suara Owen menyuruhnya masuk. Namun apabila Propst mengatakan pintunya berkunci, dia tidak menerima sebarang jawapan. Bellhop tersebut mengetuk pintu itu sekali lagi, dan menjerit kepada Owen agar meletakkan gagang telefon dengan betul – dia beranggapan Owen tengah mabuk dan mungkin terlanggar meja telefon atau tersalah letak gagang.
Walau bagaimanapun, hampir dua jam kemudian, Della Ferguson menghubungi Randolph Propst lagi. Gagang telefon bilik 1046 masih tidak diletakkan ke tempat asal. Kali ini Propst terus masuk ke bilik Owen dengan menggunakan kunci induk.
Lelaki itu kelihatan mabuk dan sedang berbaring di atas katil dalam keadaan bogel. Tidak mahu memanjangkan masalah, Propst pun menuju ke arah telefon dan meletakkan gagang ke tempat asal. Kemudian sebelum keluar, dia mengunci pintu bilik itu dari dalam.
Apa yang memeranjatkan, sejam kemudian Della menghubunginya dan menyatakan bahawa telefon itu tidak diletak dengan betul lagi.
Sebaik saja Propst membuka pintu 1046, dia melihat bilik itu penuh dengan percikan darah terutamanya dinding, tuala dan selimut. Owen dijumpai sedang duduk mengerekot di sudut bilik, sambil kedua-dua tangannya melindungi kepala. Badannya telah menerima beberapa tikaman.
Randolph Propst lantas menghubungi pihak polis dengan segera, yang kemudiannya membawa Owen terus ke hospital. Para doktor mendapati Owen telah diseksa dengan kejam – kedua-dua lengan, kaki dan leher diikat dengan sejenis kawat, dan dadanya ditikam beberapa kali. Dia juga mengalami paru-paru bocor dan tengkorak retak.
Roland T. Owen diisytiharkan mati tidak lama selepas tiba di hospital.
Pihak doktor juga menemui beberapa luka besar pada badan Owen yang diterimanya sebelum lawatan pertama si bellhop Propst ke biliknya pagi itu. Mereka berpendapat Owen mungkin berkali-kali cuba membuat panggilan untuk meminta tolong, tetapi akibat kecederaan seriusnya itu dia cuma mampu mengangkat gagangnya saja.
Apabila para penyiasat memeriksa bilik tersebut, kes itu menjadi semakin aneh. Tiada pakaian yang dapat ditemui termasuklah pakaian Owen pada hari dia mendaftar masuk. Kemudahan bilik hotel seperti sabun dan ubat gigi juga hilang. Begitu juga dengan senjata yang mengakibatkan kematian Owen. Penyiasat hanya menemui empat cap jari kecil, berkemungkinan besar kepunyaan seorang wanita, pada telefon. Pemilik cap jari itu akhirnya gagal dipastikan identitinya.
Tidak lama selepas kes mendapat perhatian orang ramai, seorang lelaki bernama Robert Lane tampil dan memberitahu polis berkenaan peristiwa pelik yang berlaku pada dirinya. Pada malam kejadian pukul 11 pada 2 Januari (malam selepas Owen mendaftar masuk) Lane sedang memandu keretanya di kawasan bandar Kansas City. Seorang lelaki hanya memakai baju t dan seluar dalam melambai dan menahan keretanya, menyalah anggap kereta Lane sebagai teksi. Lane menjelaskan yang dia cuma seorang pekerja perbandaran tetapi dia bersetuju menghantar lelaki itu ke tempat yang dia boleh mendapatkan teksi. Robert Lane perasan akan kecederaan pada lengan lelaki tersebut dan berkata kepadanya,”Awak nampak dalam keadaan teruk.” Penumpangnya itu cuma mengangguk dan bersumpah akan membalas dendam pada “seseorang” esok. Siapa pun lelaki ini, kata Lane, cara percakapannya agak kasar.
Polis meminta Lane untuk mengenalpasti mayat Owen yang disyaki sebagai lelaki yang menumpang keretanya. Dia serta merta melihat calar yang sama pada lengan mayat dan mengesahkan pada polis bahawa Owen adalah lelaki yang menaiki keretanya pada malam itu.
Menambahkan kebingungan kepada para penyiasat, nama Roland T. Owen tidak pernah wujud. Tiada sebarang rekod lelaki mempunyai nama itu yang tinggal mana-mana kawasan di Amerika Syarikat, dan mereka mula menggesa orang awam yang mempunyai maklumat mangsa misteri itu agar membantu siasatan polis.
Hotel berdekatan yang dikutuk Owen kerana harga biliknya yang mahal, memberitahu polis: pada 1 Januari, mereka pernah menerima tetamu lelaki yang sepadan dengan rupa dan fizikal mangsa bunuh itu. Dia memperkenalkan dirinya sebagai Eugene K. Scott di hotel tersebut. Namun sekali lagi, seperti nama “Roland T. Owen” penyiasat menemui jalan buntu kerana tiada rekod kewujudan “Eugene K. Scott”.
Dua bulan seterusnya, beberapa individu mengakui mangsa sebagai ahli keluarga dan orang tersayang mereka, dan cuba menuntut mayatnya tetapi tiada satu pun yang dapat membuktikannya. Akhirnya, setelah lama tiada perkembangan kes, pihak polis pun mengebumikan mayatnya. Ketika mereka sedang merancang majlis pengebumian yang kecil, sejambak bunga beserta wang derma untuk membantu kos pengebumian telah dihantar ke rumah pengurusan mayat. Sekeping surat yang dikirim bersama, tertulis: “Love for ever – Lucille.”
Dalam masa yang sama rumah pengurusan mayat itu menerima panggilan-panggilan misteri yang mendedahkan kononnya Owen dibunuh kerana mencurangi tunangnya, dan menipu status sebenar dengan teman wanitanya. Kedua-dua wanita itu dikatakan telah membuat perhitungan dengan Owen di Hotel President. “Pasangan curang sentiasa mendapat balasan!” Kata si pemanggil misteri sebelum meletakkan telefon.
Setahun kemudian, seorang wanita bernama Ruby Ogletree menghubungi polis dan menyatakan bahawa Owen/Scott adalah anaknya, yang telah lama menghilangkan diri. Nama sebenarnya adalah Artemus Ogletree, berusia 19 tahun.
Kali terakhir Artemis dilihat keluarganya pada 1934, sewaktu dia pergi mengembara ke California. Kata Ruby apa yang pelik, anaknya itu selalu mengirim surat bertaip kepadanya walaupun hakikatnya dia tidak tahu menggunakan mesin taip. Malah cara penulisannya dalam itu sangat kekok. Surat terakhir yang diterimanya adalah pada Mei 1935 untuk memberitahu yang Artemus ingin melihat dunia dan belayar ke Eropah. Sehinggalah pada satu hari dia menerima satu panggilan pelik.
Pada bulan Ogos 1935, seorang lelaki bernama “Jordan” menelefon Ruby Ogletree, mengatakan Artemus telah menyelamatkan dirinya, dan dia telah mengahwini seorang wanita kaya dan menetap di Kaherah, Mesir. Namun, apabila pencarian dijalankan, pihak berkuasa dan kedutaan gagal menemui Artemus di situ. Kata “Jordan” lagi Artemus tidak lagi dapat menulis dan mengutus surat kerana salah satu ibu jarinya terpotong ketika menyelamatkan dirinya.
Apa yang menarik gambar-gambar terbaru Artemus yang dikirim oleh “Jordan” kepada Ruby dan polis, sangat menyerupai dirinya termasuklah parut di wajahnya. Seandainya individu itu adalah Artemus yang masih hidup, maka ia mengesahkan keaslian surat-surat bertaip kepada Ruby Ogletree dan panggilan telefon berlaku selepas pembunuhan Owen/Scott.
Adakah identiti sebenar Roland T. Owen, Artemus Ogletree? Jika ya, bagaimana dia boleh berada di Kansas City? Adakah Jordan yang misteri adalah “Don” – lelaki yang didengar berbual dan dilihat bersama Owen di Hotel President? Adakah dia yang membunuh Artemus dan menghantar surat serta menelefon keluarga Ogletree selepas kematiannya? Sekiranya benar, kenapa? Atau, adakah “Don” sebenarnya untuk nama panggilan bos mafia? Siapa Lucille? Siapa wanita yang suaranya didengar oleh Jean Owen di bilik sebelah?
Sehingga ke hari ini, kes tersebut masih tidak dapat dirungkaikan. Polis Kansas City masih membuka failnya setiap tahun kerana ada saja petunjuk dan bukti baru ditemui. Buat masa sekarang, tiada siapa yang tahu apa sebenarnya yang berlaku pada Owen/Scott, Artemus Ogletree dan bilik 1046.
Hotel President hari ini
Nota kaki: Kes nih banyak details dan laporan yg bercanggah
- Owen dijumpai di sudut bilik, atau berbaring atas katil dan ada versi mengatakan dia ditemui duduk di dlm tab mandi
- Ada yg mengatakan pelacur tuh dilihat bersama seorg lelaki tak dikenali dan ada yg tulis dia balik tanpa jumpa sesiapa
- ada laporan yg mengatakan kakak Owen/Artemus, Eleanor, bukan mak dia org Ruby yg mula2 menghubungi polis
- ada tulis nama pengirim "Lucille", ada yg tulis "Louise"
- Owen dikatakan tak sedarkan diri dan terus jatuh koma, tp ada melaporkan dia sempat disoal oleh polis:
A detective was summoned to the hotel room. Artemus was still conscious. When the detective questioned, "Who did this to you?" , the young man replied, "Nobody". "What's your name?".
Unitelligible response. "Who was here with you?" Response: "Nobody". "How did you get hurt?" Response: "I fell against the bathtub". "Did you try to commit suicide?". Response: "No".
https://en.wikipedia.org/wiki/Murder_of_Artemus_Ogletree
https://www.findagrave.com/memorial/172315577/artemus-w_-ogletree
https://www.mentalfloss.com/article/545298/love-forever-louise-mystery-room-no-1046
https://allthatsinteresting.com/room-1046-murder-roland-t-owen
https://mysteriousuniverse.org/2018/12/a-bizarre-death-and-the-mysterious-room-1046/
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Selamat Tahun Baru semua
Kes di atas ai mula tulis awal tahun lepas kunun nak share sebelum CNY, tp oleh kerana malas dan kurang motivasi ai peram sampai sekarang. Syukur ai dpt post jua sebelum CNY 2020 |
|
|
|
|
|
|
|
wah ulang2 baca... terharu iols
membaca jambatan ilmu konsepnya
|
|
|
|
|
|
|
|
Yezaa.. Tq Dani... Sambung baca |
|
|
|
|
|
|
|
Thank you!! update citer baru.
hahaha.. sebab cara pembunuhan semua macam tak masuk akal normal.
|
|
|
|
|
|
|
|
Yayyyyyyyyyyyyyyyy... @dani-rox kembaliiiiiii...sblm ni tertunggu2 jgk kupasan kes..siap cek kt page lg..tp xde update..huhu |
|
|
|
|
|
|
|
Jadinya, banyak versi kes Owen ni ya.
Dani, ada kes budak cantik, Janbanet ke namanya, dia dibunuh sampai parents disyaki pembunuh tapi sampai sekarang kes tu unsolved.
Polis yang kendalikan kes tu sekarang ni dah tua dan dia masih siasat. Andaiannya, tu kes pedo.
|
|
|
|
|
|
|
|
kisah acik jepun bunuh org dgn letak racun dlm kari? ai pernah tengok bideo psl kes nih, masumi berdendam katanya sbb dia dipandang hina (atau perasan) sbb laki dia cuma keja insect exterminator. bukan kes misteri rasanya sis, more like mass murderer.
|
|
|
|
|
|
|
|
JonBenet Ramsey? personally ai syak abang dia yg bunuh, mengamuk sbb JonBenet termakan potongan nenas dia. Dan makpak dia ada kaitan. Tapi entahlah byk nau plot twist dan teori. apapun ai akan coba usahakan, sister. buat masa sekarang, ai tgh baca info dan artikel psl dua-tiga kes. kalau diikutkan byk jugak kes rare nan menarik dlm list yg ai kumpul dari thn2 lepas, nak menulisnya tu yg tetiba malas
|
|
|
|
|
|
|
|
dani-rox replied at 6-1-2020 02:34 AM
kisah acik jepun bunuh org dgn letak racun dlm kari? ai pernah tengok bideo psl kes nih, masumi be ...
O...tp x patut kan..kanak2 pon terlibat.. |
|
|
|
|
|
|
|
Wah ada cerita baru. Thanks Dani.
Selamat tahun baru 2020 semuaaaaa |
|
|
|
|
|
|
|
izinkan saya sponsor 4 cerita dalam thread ni ya TT.
Kisah Pelik Tentang James "Mike" DeBardeleben
Pada awal 1980-an, terdapat satu Badan Rahsia yang ditugaskan untuk menyiasat satu operasi palsu (berkenaan bil-bil palsu, invois palsu dan sebagainya), dikendalikan oleh seorang individu dan penyebaran lakaran wajah suspek rancak diedarkan di kedai-kedai sekitar bandar tersebut.
Secara kebetulan, ketika pegawai-pegawai tersebut sedang asyik mengedar risalah-risalah dan lakaran suspek di sebuah restoran, salah seorang di antara mereka perasan tentang tindak tanduk seorang lelaki yang mencurigakan. Lelaki itu didapati menghulurkan bil palsu pada kaunter kononnya untuk membuat pembayaran.
Menyedari tingkah lakunya diperhatikan, lelaki tersebut melarikan diri namun berjaya ditangkap oleh pegawai-pegawai Badan Rahsia tadi. Lelaki itu diheret hingga ke keretanya dan apa yang memeranjatkan, dia telah mendedahkan beberapa perkara yang membuatkan pegawai-pegawai itu terkesima. Ini secara tidak langsung menjadikan jenayah yang dilakukannya sangat serius.
Pegawai-pegawai badan rahsia itu telah menemui sebuah beg bagasi yang dipenuhi dengan beribu-ribu wang palsu, video-video lucah, pelbagai jenis dadah, plat-plat kereta yang disyaki dicuri, lencana polis palsu, lampu-lampu yang digunakan oleh polis dan pelbagai barangan yang dibeli dengan wang tunai palsu. Siasatan lanjut membawa mereka berdasarkan penemuan nama-nama palsu yang digunakan OKT ke sebuah apartmen.
Pegawai-pegawai tersebut termangu-mangu dan sedikit kecewa apabila bukti yang diharapkan langsung tiada kena mengena dengan kes yang mereka siasat. Di dalam apartmen tersebut terdapat sebuah penjara mini yang dilengkapi dengan alatan penyeksaan. Selain itu, mereka telah menemukan lebih banyak wang tunai, gari, lencana-lencana polis, nama dan beberapa alamat wanita dan pelbagai kegiatan seksual dan penculikan.
Bukan itu sahaja, malah mereka juga menemukan collar chocker, dildo, KY Jelly, tali-tali kasut dan pita-pita (vhs) tentang penyeksaan seksual terhadap wanita-wanita yang tidak dikenali. Pita-pita itu memaparkan seorang wanita yang diseksa dengan alat sulit dan duburnya dirodok dengan besi panas sehinggakan wanita itu merayu untuk ditamatkan nyawanya.
Kes ini telah diambil alih oleh pihak polis di bandar itu. Pihak polis telah mengenal pasti lelaki tersebut sebagai James Mitchell DeBardeleben II yang mempunyai rekod jenayah lampau dalam kes penipuan, liwat, penculikan dan cubaan membunuh.
James Mitchell DeBardeleben II
Profil James kemudiannya dikemaskini hasil siasatan polis daripada seorang suspek baru, iaitu pembantunya. Suspek terlibat dengan pelbagai jenayah iaitu merogol, pembunuh bersiri dan seksual sadistik. James juga dipercayai menculik beberapa orang wanita dan menjadikan mereka sebagai tahanan, merogol, menculik dan meliwat mereka tanpa belas kasihan. Kemudian ada di antara mereka ditinggalkan di sebuah tempat asing dan ada juga yang dibunuh dengan kejam. Antara modus operandi James dan pembantunya, mereka berusaha untuk menyamar sebagai anggota polis bagi memancing mangsa.
Beberapa orang bekas isterinya juga hadir bertemu ejen yang menyiasat akan kes ini. Rata-rata mereka menyatakan pelbagai bentuk perbuatan seksual ganas dan pelbagai bentuk penyeksaan yang dilakukan kepada mangsa oleh James. Pun begitu, ternyata rekod laporan yang mencetuskan penyiasatan yang lebih serius terhadap kes ini adalah dengan penyaluran maklumat daripada isteri keempatnya, wanita tersebut yang menjadi sumber rujukan James untuk menyiapkan skrip penyeksaan gilanya.
James "Mike" DeBardeleben telah disabitkan atas pelbagai tuduhan penculikan, rogol dan penipuan tetapi terlepas daripada tuduhan membunuh. Dia dijatuhi hukuman penjara lebih 300 tahun dan hukuman yang panjang ini sebagai alasan untuk mengelakkan beberapa buah negara yang ingin campur tangan dalam kes tersebut.
James tidak pernah mengakui sebarang jenayah yang dilakukan sepanjang hidupnya dan pada tahun 2011, penjenayah sadistik bangsat ini telah meninggal dunia pada usia 74 tahun. Motif sebenar jenayah terancang yang dilakukan oleh James tidak diketahui sehingga hari ni namun pihak berkuasa tempatan mengesyaki dia pernah membunuh mangsa-mangsanya dengan keadaan yang sadis sayangnya mereka tiada bukti kukuh untuk menyabitkan kesalahan itu terhadap James.
Fakta Sisipan
James DeBardeleben dilahirkan pada 20 Mac 1940 di Little Rock, Arkansas.
Hidupnya sekeluarga berpindah randah disebabkan bapanya seorang Navy di Amerika Syarikat.
Pernah tinggal di Texas, Kentucky dan Jerman.
Pada usia 16 tahun, dia secara fizikal menyerang ibunya, Mary Lou.
Tidak lama selepas itu, dia kemudiannya ditangkap atas beberapa jenayah serius, termasuk kecurian, liwat, penculikan, dan cubaan membunuh.
Apabila usianya mencecah 17 tahun, dia ditangkap kerana memandu melulu dan diusir dari sekolah menengah.
James pernah menyertai Angkatan Udara, tetapi diheret ke mahkamah tentera pada tahun berikutnya atas beberapa kesalahan ketika dia dalam 2 bulan perkhidmatan, dipenjara dan dikenakan denda sebanyak 155 dolar.
Tidak lama selepas itu James ditamatkan perkhidmatannya serta merta oleh Tentera Udara Amerika Syarikat.
Pernah membuat rayuan untuk kembali le sekolah menengah namun, dibuang selepas dua bulan.<<< terejal hanat ni ya.
DeBardeleben bertemu dengan Wanda Faye Davis. Dia mula memikat Wanda dan kedua-duanya berkahwin pada September 1964.
Wanda memuji-muji James, dia seorang yang romantik, berkarisma, kemas dan manis berbicara.
James memujuk Wanda untuk mengambil gambar bogelnya dengan aksi-aksi seks BDSM (Bondage/ Discipline / Dominance / Submission / Sadism / Masochism).
James mengugut Wanda untuk bekerjasama dengannya sebagai rakan jenayah. Wanda isteri keempatnya itu terpaksa akur kerana takut dengan tindakan James yang brutal, ganas dan tidak berperikemanusiaan.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Magdalena Solis Si Dewi Inca Moden
Pada akhir 1962 dan awal 1963, penyangak Santos dan Cayetano Hernandez (bersaudara), tiba di kampung kecil yang dikenali sebagai Yerba Buena.
Pada ketika itu Yerba Buena dihuni oleh lima puluh penduduk yang miskin dan kebanyakannya buta huruf, buta seni, buta perut, buta hati dan seumpamanya.
Sebagai sebahagian daripada penipuan, penyangak bersaudara itu telah mengisytiharkan diri mereka sebagai nabi dan para wali daripada "tuhan-tuhan Inca yang maha kuasa dan diasingkan" di hadapan umum. Penduduk kampung itu tidak pernah mempersoalkan mereka, malah mereka menyambut penyangak-penyangak tersebut dengan tangan terbuka, terutama apabila mereka dijanjikan ganjaran emas dan harta karun jika mereka taat, menyembah dan memberikan perkhidmatan seksual kepada Santos dan Hernandez. Maka mazhab baru telah diperkenalkan di Yerba Buena!
Penyangak bersaudara itu mendakwa harta karun Inca kononnya disimpan di dalam sebuah gua berdekatan desa Yerba Buena. Maka berpusu-pusulah penduduk-penduduk kampung dongok ini ke gua tersebut. Mereka terlebih dahulu diberikan dadah dan setibanya di dalam gua, Hernandez Bersaudara mengambil kesempatan dengan menjalankan pesta seks beramai-ramai, mereka dijadikan hamba seks sementelah pula dalam keadaan khayal. Malangnya, penduduk-penduduk kampung masih belum mendapat ganjaran harta karun yang dijanjikan. Mereka sudah mula rasa curiga dengan Hernandez Bersaudara ....
Dua penyangak itu gusar akan rancangan jahat mereka terdedah lantas mereka mencipta idea baru dengan bergegas ke Monterrey untuk mencari seorang pelacur sebagai watak baru dalam "cerita" kotor mereka. Di Monterrey mereka bertemu dengan Magdalena Solis bersama abangnya, mereka bersetuju dengan pelawaan Hernandez Bersaudara dan bersama-sama menuju ke Yerba Buena semula.
Semasa salah satu ritual gua dijalankan, menggunakan skrin asap, Hernandez Bersaudara memperkenalkan Solis sebagai penjelmaan semula dewi Inca. Di bawah pengaruhnya, ritual-ritual itu menjadi lebih parah dan sesat kerana Solis menjadi ekstrem dengan pengambilan darah dan sadomasisme (kecenderungan psikologi atau amalan seksual yang dicirikan oleh sadism dan masochism).
Bunuh Dengan Penyeksaan
Magdalena akhirnya mengambil alih kepimpinan dalam gerakan ini. Ini adalah permulaan tragis yang sebenar bakal menimpa penduduk kampung tersebut . Dua penduduk kampung, yang gusar dengan penderaan seksual, mencuri-curi keluar meninggalkan Yerba Buena namun perbuatan mereka telah dihidu terlebih dahulu oleh Solis dan Henandez Bersaudara. Maka mereka dibawa kepada "High Priest" (Solis) untuk diadili. Hukuman Solis adalah jelas dan mudah : Mereka dihukum mati !!!
Selepas berlakunya pembunuhan pertama tersebut, jenayah kultus itu semakin berkembang dan menjadi lebih ganas. Bosan dengan ritual seks beramai-ramai, Solis menggila dengan menuntut pengorbanan nyawa manusia. Dia mencipta satu "Upacara Berdarah" iaitu ahli-ahli kultus yang tidak bersetuju dengan ritual dan amalan mereka akan dipukul dengan kejam, dibakar, dicacatkan anggota badan dan direjam kerikil-kerikil tajam oleh ahli kultus yang lain tanpa belas ehsan.
Darah-darah mereka yang telah mati akibat diseksa dengan teruk ditadah dengan cawan yang dicampur dengan darah ayam (ritual juga termasuk pengorbanan haiwan dan penggunaan narkotik seperti ganja dan peyote). Solis memulakan upacara itu dengan meneguk secawan darah yang terhidang di hadapannya kemudian dia menyerahkan kepada pembantunya (Hernandez Bersaudara dan Eleazar Solis) dan begitu juga dengan ahli-ahli kultus. Ritual karut ini kononnya sebagai kuasa tambahan yang akan hadir pada tubuh badan mereka secara semula jadi.
Ritual ini berlangsung selama enam minggu secara berterusan pada tahun 1963, satu tempoh di mana 4 orang telah mati dibunuh dengan kaedah yang kejam. Sehinggalah ritual terakhir mereka iaitu melapah dada ahli-ahli kultus hidup-hidup lalu hati mereka dikeluarkan !!!
Rentetan Pendakwaan dan Perbicaraan
Pada bulan Mei 1963 apabila seorang penduduk tempatan berusia 14 tahun, Sebastian Guerrero, secara kebetulan menyaksikan salah satu upacara yang sedang berlangsung. Dia ketakutan.
Sebastian berlari lebih dari 25 km menuju bandar Villa Gran dan mencari balai polis terdekat.
Keesokan harinya, seorang pegawai penyiasat (Luis Martinez) menghantarnya pulang ke Yerba Buena dan pada masa yang sama Luis menyiasat kultus yang diterjemahkan oleh Sebastian sebagai Vampire. Dan ...
Itu adalah hari terakhir Sebastian Guerrero dan Luis Martinez dilihat hidup !!!
Pada 31 Mei 1963, polis dan segerombolan tentera dikerah untuk operasi di Yerba Buena itu. Eleazar dan Magdalena Solis ditangkap di sebuah ladang di bandar itu, mereka didapati memiliki sejumlah besar dadah jenis ganja. Santos Hernandez pula ditembak oleh peluru polis dalam operasi penangkapan ini. Manakala Cayetano Hernandez dibunuh oleh salah seorang ahli kultus, yang digelar Yesus Rubio dalam krisis perebutan pangkat High Priest sebagai perlindungan mutlak daripada terkena Upacara Berdarah yang dijalankan oleh Solis, Si Dewi Inca.
Dalam siasatan berikutnya, pihak berkuasa mendapati penemuan mayat-mayat Sebastian Guerrero dan Luis Martinez di mana badan mereka diukir simbol-simbol ritual dengan menggunakan pisau belati. Mayat-mayat mereka dijumpai di sebuah ladang di mana saudara-saudara Solis ditangkap (mereka telah menghapuskan hati Sebastian dan Luis mengikut upacara pengorbanan Aztec). Polis juga menemukan mayat ahli-ahli kultus yang telah dicerai-ceraikan anggota badan mereka di sekitar gua-gua di kampung itu.
Magdalena dan Eleazar Solis dijatuhi hukuman 50 tahun penjara kerana kononnya mereka hanya terlibat dalam dua pembunuhan (Sebastian dan Luis), pihak berkuasa tidak dapat mengesahkan penyertaan mereka dalam enam lagi siri pembunuhan kerana semua anggota kultus yang ditahan enggan memberi keterangan terperinci.
Ramai anggota kultus ditembak dalam operasi tersebut, mereka bersenjata dan dengan keras mereka mengekang pihak polis dan tentera daripada menerobos ke dalam gua. Ahli-ahli kultus yang ditahan dihukum penjara selama 30 tahun atas enam pertuduhan membunuh dalam bentuk "pembunuhan secara berkumpulan".
Selang beberapa tahun kejadian yang menimpa Yerba Buena itu, beberapa bekas ahli-ahli kultus mula berani bercerita tentang kultus dan penindasan yang mereka lalui dahulu.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
|