|
[Tempatan]
Polis masih siasat kehilangan Acap
[Copy link]
|
|
Remyda replied at 12-4-2019 12:09 PM
Video yang aku tengok haritu dia habaq general. Tapi dia habaq luaq hutan kes hilang tu. Tak tahu ...
Ooo.. Trying her luck juga la tu sebenarnya sebab ni dlm hutan tua Banjaran Titiwangsa.. |
|
|
|
|
|
|
|
chanteksekali replied at 13-4-2019 04:26 PM
Benang ni laku keras iklan bertempek2
oh... sebab tu ke? dorang tengok how active, number of views and replies rupanya... |
|
|
|
|
|
|
|
NURMIMIE replied at 12-4-2019 12:11 PM
emas betul la.. seketul bongkah gitu. kalau ikut pakcik orang kampung tuh, besar juga lah sebab di ...
Berat tu kalau dua penumbuk. Mana pakcik tu dapat emas tu agaknya? |
|
|
|
|
|
|
|
Acikgomen replied at 12-4-2019 12:47 PM
Jin bajang tu ekceli jin yg pernah doter d campak masa berubat orang lain
Kiranya jin bajang tu t ...
Jin Bajang yg kes abang colleague anak dia yg dah 6 tahun sakit tu ek? Ok. Faham. |
|
|
|
|
|
|
|
Acikgomen replied at 12-4-2019 12:47 PM
Jin bajang tu ekceli jin yg pernah doter d campak masa berubat orang lain
Kiranya jin bajang tu t ...
Jin Bajang yg kes abang colleague anak dia yg dah 6 tahun sakit tu ek? Ok. Faham. |
|
|
|
|
|
|
|
Ibu berat hati terpaksa tinggalkan lokasi pencarian Acap
Oleh Farah Suhaidah Othman
[email protected]
Share
GOPENG: Ibu kepada Mohammad Ashraf Hassan atau lebih dikenali Acap, terpaksa pulang ke kampung bagi mendapatkan rawatan susulan penyakit jantung dihidapinya, walaupun `berat hati’ untuk meninggalkan lokasi pencarian anaknya itu di sini.
Abang Acap, Mohammad Zahiruddin, 35, berkata ibunya, Siti Maznah Khamis, 62, diminta pulang ke kampung mereka di Muar bagi meneruskan rawatan susulan.
Katanya, ibunya akan menelefonnya setiap hari untuk bertanyakan perkembangan operasi mencari dan menyelamat (SAR) Mohammad Ashraf yang sudah memasuki hari ke-22, hari ini.
ADVERTISEMENT
“Kakak ambil emak tiga hari lalu untuk pulang kerana kesihatan emak tidak menentu, namun dia sempat beritahu saya yang dia sangat rindukan Acap.
“Emak pada mulanya agak `berat hati’ untuk meninggalkan kawasan operasi namun kami adik-beradik menasihatkan supaya emak pulang demi kesihatannya,” katanya ketika ditemui di pusat operasi di Kampung Pintu Padang, di sini.
Kehilangan Mohammad Ashraf yang hilang ketika menyertai Gopeng Ultra Trail 2019 (GUT19) pada 23 Mac lalu masih misteri berikutan tiada petunjuk baharu ditemui pasukan penyelamat.
Mohammad Zahiruddin berkata, pelbagai kenyataan dikeluarkan di media sosial berhubung kehilangan adiknya namun dia dan ahli keluarga tidak mempedulikan segala kenyataan negatif mahupun fitnah membabitkan kehilangan Acap.
“Bagi saya, selagi kenyataan yang dikeluarkan itu berlandaskan pegangan agama, saya ambil perkara itu dari sudut positif dan yang mana memfitnah serta mengeluarkan kenyataan tidak elok itu, saya tidak ambil tahu.
“Ahli keluarga hanya mahu fokus mencari Acap dan kalau boleh pihak luar yang tidak tahu apa yang sebenarnya berlaku di sini. Hentikanlah sebarang khabar angin atau fitnah mengaitkan kehilangan Acap,” katanya.
Sepanjang 22 hari kehilangan adiknya, dia berkata, setakat ini tiada istilah putus asa dalam dirinya dan selagi usaha itu mampu diteruskan, dia akan teruskan.
“Macam-macam saya rasa. Sedih dan kadangkala penat, namun saya tidak putus asa demi mencari adik,” katanya. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Rasanya sama saja kan dgn sblm ni cuma pakai anggota professional untuk cari... anyway, any probabilities dia dah ada di negeri lain? atas apa alasan pun la kan...
Elok jugak buat notis orang hilang in case dia dibawa ke tempat lain.. skrg ni banyak sangat berita sensasi jadi tak semua bagi perhatian.. letak notis di semua tempat biar orang ingat rupa dia kot2 ternampak di mana2... |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
- tiasa rekod serangan binatang buas- dah cari kat paya, lombong tinggal, anak sungai
- dah cari kat jalan shortcut
- radius pencarian dah diluaskan
tapi masih belum ditemui... sedih la pulak...
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Tapi boni zaman sekarang memang demanding agaknya. Kalau betul boni la..haha.. sebab iols pernah dengar boni mintak kambing golek la, minta handphone, topup..haha |
|
|
|
|
|
|
|
milo_888 replied at 13-4-2019 05:50 PM
Rasanya sama saja kan dgn sblm ni cuma pakai anggota professional untuk cari... anyway, any probabil ...
Unsur jenayah tadak. Khianat tadak. Kemungkinan di serang binatang buas tadak.
Probabilities ke negeri lain itu ada jika acap sudah bergerak semakin dalam masuk ke hutan tebal. |
|
|
|
|
|
|
|
Kak-Leen replied at 13-4-2019 04:34 PM
Jangan dilayan spesis gitu. Ada yg melayan, lagi panjang dan leret2 pulak nanti.
Itulah. Hahahaha klu reply mcm x ada penghujung. Nak menang sesaja. |
|
|
|
|
|
|
|
Duta lover replied at 13-4-2019 02:40 PM
Hmm. Rembes lak kat denny lang. Mata kuyu gittew.
Tak boleh ke klu dia balik KL menunggu saja berita dr rumah..ye lah dia pun Ada komitmen..ahkak kesian tgknya mcm sgt2 penat..biarlah polis yg cari saja,..huhu |
|
|
|
|
|
|
|
Source: https://www.malaysiakini.com/news/472159?utm_source=dlvr.it&utm_medium=facebook
Polis yakin Acap tak diserang binatang buas.
Polis Perak percaya peserta Gopeng Ultra Trail yang hilang sejak 23 Mac lepas, Mohammad Ashraf Hassan atau dikenali dengan panggilan Acap tidak diserang bintang liar.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) negeri, SAC Yahya Abd Rahman berkata keyakinan tersebut dibuat berdasarkan kepada tiada sebarang kesan dan petunjuk ke arah itu setakat ini.
"Kita ada kaji kalau dari segi haiwan buas, setakat ini tak ada rekod walaupun kita tengok ini kawasan hutan tapi kita yakin kawasan ini selamat tidak ada binatang-binatang liar yang menjadi ancaman.
"Rekod-rekod lampau pun tak ada jika ada (haiwan liar) kita pasti jumpa (Mohammad Ashraf) dengan kekuatan yang ramai, setakat ini tak ada," katanya kepada pemberita selepas selesai operasi mencari Mohammad Ashraf di tapak perkhemahan Gua Tempurung di Gopeng hari ini.
Seramai 170 pegawai dan anggota Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) Bukit Aman terlibat dalam Operasi Khas Op Kesan bermula dari pukul 7 pagi hingga 2 petang.
Pada operasi yang diketuai Yahya itu, dua ekor anjing dari Unit Anjing Pengesan (K9) Bukit Aman turut digunakan.
Mengulas mengenai operasi tersebut, Yahya berkata pihaknya melakukan pencarian di sekitar kawasan paya, lombong dan anak sungai namun tiada sebarang petunjuk baru ditemui setakat ini.
"Bagaimanapun, kami tidak kecewa kerana ini adalah sebahagian daripada komitmen JSJ untuk berusaha membantu pasukan penyelamat lain yang telah bertungkus-lumus melakukan operasi pencarian mangsa," katanya.
Yahya berkata pihaknya masih melakukan siasatan di bawah kes orang hilang dan hasil siasatan setakat ini mendapati tiada sebarang unsur khianat dikesan dalam kejadian berkenaan.
"Kes ini berlainan dengan kejadian orang hilang yang disiasat polis sebelum ini yang biasanya mempunyai kaitan dengan kes melarikan diri seperti masalah keluarga,” katanya.
Tambahnya, pihak polis akan mengkaji faktor geografi laluan trek dan kawasan persekitaran selain maklumat-maklumat berkaitan yang boleh dijadikan petunjuk baru kehilangan mangsa yang memasuki hari ke-22 hari ini.
"Kita akan mengumpul lebih ramai lagi kekuatan anggota penyelamat serta kita akan pergi ke kawasan pencarian yang lain pula selepas ini mengikut keperluan semasa," katanya.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Bila ikut cerita acap ni, teringat2 movie sembunyi/amukan azazil lakonan diana danielle & remy ishak..semoga cepat la jumpa balik |
|
|
|
|
|
|
|
Hmmm mana la acap ada ni
Meols percaya benda mistik ni tapi at the same time meols pun macam ada teori sendiri la,tak tahu la betul ke tidak
Meols relate dengan statement bil acap cakap lutut acap sakit kan,agaknya acap lari2 sampai tak tahan sakit sangat dah,heols pun slow down,then heols cari 1 port nak duduk kejap,mebi la heols nak cari shortcut bukan nak tipu tapi sebab tak tahan lagi dah kaki sakit,then kebetulan lak time cari tu tak dengar bunyi hp sebab dalam beg,so acap pun cari2 pusing2 dalam hutan tu,then rehat tengok hp tengok ada miscall banyak,tapi nak call tak boleh pulak sebab takde coverage,so heols mebi pk cari tower terdekat,so by the time sampai situ tu berjaya kesan ping heols tu
Then agaknya masa cari signal,heols tergelincir ke apa,hmmm
Ni la meols fikir la,habis fikir dah ni
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
jejarihalus replied at 13-4-2019 05:59 PM
Tak boleh ke klu dia balik KL menunggu saja berita dr rumah..ye lah dia pun Ada komitmen..ahkak ke ...
Nanti kalau die balik menunggu je org kecam pulak... |
|
|
|
|
|
|
|
prizadane replied at 13-4-2019 06:02 PM
Source: https://www.malaysiakini.com/news/472159?utm_source=dlvr.it&utm_medium=facebook
Polis yak ...
harap2 statement ni betul..sekurang-kurangnya masih ada harapan utk keluarga..
Ya Allah bagilah petunjuk.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|