CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Buritan

BORAK KOSONG, CHAT, GOSIP, LUAHAN DAN BERSANTAI DI BOARD PERUBATAN VOLUME 26

 Close [Copy link]
Post time 5-12-2020 05:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Scheherazade replied at 5-12-2020 03:01 PM
Semlm adik den kata dah tatau mana p kittens tu semua. Sedih den. I hope they're not being bitten  ...

Sorry to hear that... ni kat grup taman ada org tgh cari kucing hilang.. mak dia cari ank2 dia siang mlm tp xjumpa.. kesian
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-12-2020 05:17 PM | Show all posts
Fwd-

kelantan : tamat
kecuali KB, machang, pasir mas, tanah merah diteruskan pkpb 7-20 disember

KL - teruskan pkpb 7-20 disember

putrajaya - tamat semua sekali

selangor - dilanjutkan 7-20 disember kecuali kuala selangor, sabak bernam, hulu selangor

N9 - ditamatkan kecuali
seremban dan port dickson 7-20 disember

penang - ditamatkan pkpb
kecuali 1 mukim di barat daya, 1 mukim di timur laut

perak - tamat
kecuali daerah kinta, mukim teja dan mukim changkat jong 7-20 disember

johor:
mersing - tamat
kota tinggi - teruskan 7-20 disember
pkpb: JB, batu pahat, kulai 6-19 disember

sabah teruskan pkpb 7-20 disember

labuan tamat semua pkpb
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2020 05:18 PM From the mobile phone | Show all posts
seribulan replied at 5-12-2020 05:02 PM
Haah...
Ayah Dafi live ni...

Xtgk.. bz tlg ank buat homework seni
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2020 05:19 PM | Show all posts
keypochino replied at 5-12-2020 04:18 PM
Xtgk.. bz tlg ank buat homework seni

Perak boleh JJCM
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2020 05:22 PM From the mobile phone | Show all posts
seribulan replied at 5-12-2020 05:08 PM
Perak xde dah...

Perak tamat kecuali Daerah Kinta, Mukim Teja  & Mukim Changkat Jong.. pkpb 7/12 - 20/12

PkPD kat Depoh Tahanan Imigresen Langkap start 6/12 - 19/12
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2020 05:25 PM | Show all posts
keypochino replied at 5-12-2020 04:22 PM
Perak tamat kecuali Daerah Kinta, Mukim Teja  & Mukim Changkat Jong.. pkpb 7/12 - 20/12

PkPD ka ...

Tunggu apdet berapa digit kes Covid lak...sambung TDrama...dah nyangkut marathon ni
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-12-2020 05:27 PM From the mobile phone | Show all posts
keypochino replied at 5-12-2020 04:06 PM
Hahaha byk ke tu..ke dah habis

SGGGGG...

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2020 06:07 PM | Show all posts
keypochino replied at 5-12-2020 04:18 PM
Xtgk.. bz tlg ank buat homework seni

Sidang Media MB Perak @ tv1 pulak...

Selamat berkraftangan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-12-2020 06:24 PM | Show all posts
Buritan replied at 5-12-2020 09:31 AM
Tq tq....... hang mmg cekap bab ni

Pada hari ini, 5 Disember 2020, negara kita telah merekodkan kes harian baharu sebanyak 1,123 kes. Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia sebanyak 71,359 kes. Manakala, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 pula adalah 10,775 kes. Daripada jumlah kes baharu berkenaan, terdapat lima (5) kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara manakala penularan COVID-19 dalam negara pula adalah 1,118 kes.
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2020 06:25 PM | Show all posts
Negeri-negeri di Lembah Klang melaporkan jumlah kes harian sebanyak 490 kes (43.6 peratus). Negeri Sabah melaporkan jumlah kes harian tertinggi iaitu 391 kes (34.8 peratus) dan diikuti oleh Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sebanyak 265 kes (23.6 peratus).

Sebanyak 40 kes (3.6 peratus) yang dilaporkan pula adalah berkaitan kluster-kluster di Pusat Tahanan Sementara (PTS) dan penjara yang membabitkan Kluster PTS Sibuga (27 kes) dan Kluster Tembok (13 kes).
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2020 06:26 PM | Show all posts

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2020 06:27 PM | Show all posts
Dukacita dimaklumkan terdapat pertambahan empat (4) kes kematian COVID-19 pada hari ini, menjadikan jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 380 kes (0.53 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

Ringkasan kes kematian hari ini adalah seperti berikut:

No. Kematian        Kes No.        Negeri        Jantina (warganegara)        Umur (tahun)        Hospital        Latar Belakang

377        41277        Sabah        Lelaki (WN)        75        Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu        Penyakit darah tinggi

378        68003        Johor        Lelaki (WN)        61        Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom, Kluang        Penyakit asma

379        68326        Sabah        Lelaki (WN)        64        Jenazah beliau dibawa ke Hospital Tawau        Penyakit kencing manis, darah tinggi, dan strok

380        61367        Selangor        Lelaki (BWN)        46        Hospital  Shah Alam        Penyakit kencing manis dan darah tinggi

*WN merujuk kepada warganegara dan BWN merujuk kepada bukan warganegara.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2020 06:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by seribulan at 6-12-2020 10:55 AM

MAKLUMAT TERKINI BERKAITAN KLUSTER-KLUSTER

Sehingga 5 Disember 2020, terdapat sebanyak 385 kluster telah dilaporkan termasuk empat (4) kluster baharu yang dilaporkan pada hari ini. Jumlah kluster yang telah tamat pula adalah sebanyak 198 kluster termasuk lima (5) kluster yang tamat pada hari ini iaitu Kluster Fores, Kluster Aero, Kluster Sungei Way, Kluster Baki dan Kluster Seladah. Ini menjadikan jumlah kluster aktif yang dipantau adalah sebanyak 187 kluster. Daripada jumlah tersebut, sebanyak 49 kluster melaporkan pertambahan kes pada hari ini. Kluster-kluster yang melaporkan pertambahan kes baharu tertinggi adalah Kluster Tapak Bina Bulatan (162 kes), Kluster Ria-30 (51 kes) dan Kluster Batu Tujuh (39 kes).

KLUSTER BAHARU

KKM juga ingin memaklumkan terdapat empat (4) kluster baharu yang telah dikenal pasti pada hari ini iaitu;

KLUSTER BATU TIGA
Kluster ini melibatkan daerah Tawau di negeri Sabah. Kes indeks (iaitu kes ke-49006) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 17 November 2020 hasil saringan individu bergejala. Sehingga 5 Disember 2020, sejumlah 28 individu telah disaring, di mana 28 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

KLUSTER JALAN DOMIS
Kluster ini melibatkan daerah Penampang, Kota Kinabalu dan Tongod di negeri Sabah. Kes indeks (iaitu kes ke-63267) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 29 November 2020 hasil saringan kontak rapat. Sehingga 5 Disember 2020, sejumlah 132 individu telah disaring, di mana 12 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

KLUSTER ANDALAS
Kluster ini melibatkan daerah Klang di negeri Selangor. Kes indeks (iaitu kes ke-68771) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 3 Disember 2020 hasil saringan individu bergejala. Sehingga 5 Disember 2020, sejumlah 43 individu telah disaring, di mana 16 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

KLUSTER TAPAK BINA BULATAN
Kluster ini melibatkan daerah Cheras, Titiwangsa dan Lembah Pantai di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Kes indeks (iaitu kes ke-67708) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 2 Disember 2020 hasil saringan sebelum ke luar negara. Sehingga 5 Disember 2020, sejumlah 319 individu telah disaring, di mana 163 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
@ipes2 upah plisss
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2020 06:29 PM From the mobile phone | Show all posts

Perincian 1,123 kes positif COVID-19 baharu yang dilaporkan di Malaysia pada 5 Disember 2020 adalah seperti berikut:

Sabah: 391 kes
106 kes daripada kluster-kluster, termasuk tiga (3) kes daripada kluster-kluster baharu iaitu Kluster Batu Tiga dan Kluster Jalan Domis;
188 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
97 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur: 265 kes  
228 kes daripada kluster-kluster, termasuk 162 kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Tapak Bina Bulatan;
18 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
19 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
Selangor: 221 kes
94 kes daripada kluster-kluster, termasuk tiga (3) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Andalas;
58 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
Lima (5) kes import dari luar negara; dan
64 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
Johor: 66 kes
51 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
Lima (5) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
10 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
Pulau Pinang: 44 kes
32  kes daripada kluster-kluster sedia ada;
10 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
Dua (2) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
Perak: 39 kes
28 kes  daripada kluster-kluster sedia ada;
Lapan (8) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
Tiga (3) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
Kelantan: 35 kes daripada kluster sedia ada.
Kedah: 30 kes
27 kesdaripada kluster-kluster sedia ada;
Satu (1) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
Dua (2) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
Negeri Sembilan: 10 kes
Lapan (8) kes daripada kluster-kluster sedia ada; dan
Dua (2) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
Wilayah Persekutuan Labuan: 10 kes
Tiga (3) kes daripada kluster-kluster sedia ada;
Dua (2) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
Lima (5) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
Wilayah Persekutuan Putrajaya: Empat (4) kes
Dua (2) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
Dua (2) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
Pahang: Dua (2) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
Sarawak: Satu (1) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2020 06:55 PM | Show all posts
Ringkasan kes harian COVID-19 negeri Selangor yang dikemaskini sehingga 5 Disember 2020 jam 12.00 tengahari.

Pertambahan 182 kes discaj direkodkan hari ini.

Pertambahan 221 kes baharu hari ini (216 tempatan dan 5 luar negara). Butiran kes baharu mengikut daerah dan mukim adalah seperti berikut:

DAERAH GOMBAK (20 KES)

Batu – 10 kes lokal
Saringan Bergejala – 3 kes
Saringan Kontak Rapat – 6 kes
Saringan Pekerja – 1 kes

Hulu Kelang – 6 kes lokal
Saringan Kontak Rapat – 5 kes
Saringan Pekerja – 1 kes

Kuang – 2 kes lokal
Saringan Bergejala – 2 kes

Rawang – 1 kes lokal
Saringan Bergejala – 1 kes

Setapak – 1 kes lokal
Saringan Pekerja – 1 kes

DAERAH HULU LANGAT (43 KES)

Ampang – 6 kes lokal
Saringan Bergejala – 3 kes
Saringan Kontak Rapat – 1 kes
Saringan Pekerja – 2 kes

Cheras – 3 kes lokal
Saringan Kontak Rapat – 1 kes
Saringan Pekerja – 2 kes

Hulu Langat – 2 kes lokal
Saringan Kontak Rapat – 2 kes

Kajang – 25 kes lokal
Saringan Bergejala – 4 kes
Saringan Kontak (Kluster Hentian) – 8 kes
Saringan Kontak Rapat – 8 kes
Saringan OKT – 2 kes
Saringan Pekerja – 3 kes

Semenyih – 7 kes lokal
Saringan Kontak (Kluster Hentian) – 1 kes
Saringan OKT – 3 kes
Saringan Pekerja – 3 kes

DAERAH KLANG (74 KES)

Kapar – 22 kes lokal
Saringan Bergejala – 1 kes
Saringan Kontak (Kluster Bah Manggis) – 1 kes
Saringan Kontak (Kluster Perigi) – 2 kes
Saringan Kontak (Kluster Teratai) – 4 kes
Saringan Pekerja (Kluster Bah Manggis) – 1 kes
Saringan Pekerja (Kluster Teratai) – 3 kes
Saringan PKPD (Kluster Teratai) – 10 kes

Klang – 52 kes lokal
Saringan Bergejala – 1 kes
Saringan Bergejala (Kluster Dallas) – 1 kes
Saringan Kontak (Kluster Awan Baru) – 1 kes
Saringan Kontak (Kluster Bah Manggis) – 10 kes
Saringan Kontak (Kluster Dallas) – 2 kes
Saringan Kontak (Kluster Perigi) – 2 kes
Saringan Kontak (Kluster Usaha) – 2 kes
Saringan Kontak Rapat – 7 kes
Saringan Pekerja – 13 kes
Saringan Pekerja (Kluster Bah Manggis) – 1 kes
Saringan Pekerja (Kluster Perigi) – 11 kes
Saringan Swasta – 1 kes

DAERAH KUALA LANGAT (30 KES)

Morib – 1 kes lokal
Saringan Kontak (Kluster Perigi) – 1 kes

Tanjung Dua Belas (1) – 5 kes lokal
Saringan Bergejala – 1 kes
Saringan Kontak Rapat – 4 kes

Tanjung Dua Belas (2) – 2 kes lokal
Saringan Kontak Rapat – 2 kes

Telok Panglima Garang – 21 kes lokal
Saringan Kontak (Kluster Batu Sembilan) – 1 kes
Saringan Kontak (Kluster Gangsa) – 16 kes
Saringan Kontak (Kluster Perigi) – 1 kes
Saringan Kontak (Kluster Teratai) – 1 kes
Saringan Kontak Rapat – 2 kes

Import A (Azherbaijan) – 1 kes

DAERAH KUALA SELANGOR (4 KES)

Ijok – 2 kes lokal
Saringan Bergejala – 1 kes
Saringan Pekerja – 1 kes

Jeram – 1 kes lokal
Saringan Pekerja – 1 kes

Kuala Selangor – 1 kes lokal
Saringan Pekerja – 1 kes

DAERAH PETALING (44 KES)

Bukit Raja – 12 kes lokal
Saringan Bergejala – 1 kes
Saringan Kontak Rapat – 8 kes
Saringan Pekerja – 2 kes
Saringan Pra-kemasukan hospital – 1 kes

Damansara – 22 kes lokal
Saringan Bergejala – 2 kes
Saringan Kontak Rapat – 9 kes
Saringan Pekerja (Kluster Sri Jujur) – 10 kes
Saringan Pra-penerbangan – 1 kes

Petaling – 4 kes lokal
Saringan Kontak (Kluster Kasah) – 1 kes
Saringan Kontak Rapat – 2 kes
Saringan Pra-pekerjaan – 1 kes

Sungai Buloh – 4 kes lokal
Saringan Bergejala – 1 kes
Saringan Pra-pekerjaan – 2 kes
Saringan Swasta – 1 kes

Import A (Singapore) – 1 kes
Import A (UAE) – 1 kes

DAERAH SABAK BERNAM (1 KES)

Import A (Nepal) – 1 kes

DAERAH SEPANG (5 KES)

Dengkil – 1 kes lokal
Saringan PKPD (Kluster Bah Medan) – 1 kes

Labu – 1 kes lokal
Saringan Kontak Rapat – 1 kes

Sepang – 2 kes lokal
Saringan Kontak (Kluster Kaya) – 2 kes

Import A (India) – 1 kes

#Elak3SAmal3W
#BersamaHentikanWabakCOVID19
#SihatMilikSelangor

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2020 07:05 PM From the mobile phone | Show all posts
.  fwd- Yg area PKPD xbleh rentas negeri..klu PKPP/PKPB boleh jer rentas negeri..kena check betul2 arahan ni...

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-12-2020 07:16 PM | Show all posts
Rentas daerah dan negeri tidak lagi dilarang berdasarkan garis panduan baru yang dikeluarkan oleh kerajaan.

Menteri Pertahanan Ismail Sabri Yaakob berkata pengecualian dikenakan bagi kawasan di bawah perintah kawalan pergerakan diperketatkan (PKPD).

Individu yang ingin membuat perjalanan ke Sabah perlu menjalani ujian Covid-19 tiga hari sebelum masuk ke negeri itu.

Hanya mereka yang tidak mempunyai gejala dan mempunyai keputusan ujian negatif yang akan dibenarkan masuk.

Jelasnya, tidak akan ada lagi sekatan jalan raya polis mulai Isnin, tetapi akan meningkatkan penguatkuasaan prosedur operasi standard (SOP) penjarakan sosial.

Sementara itu had dua orang untuk setiap kereta juga tidak akan dikuatkuaskan lagi, dan jumlah penumpang bergantung pada kapasiti kenderaan.

Namun, Ismail mengatakan, kenderaan yang melebihi kapasiti akan ditahan kerana melanggar peraturan jalan raya.

Ismail juga berkata sekiranya perintah kawalan pergerakan bersyarat (PKPB) diteruskan, KDNK negara akan kehilangan RM300 juta sehari.
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2020 08:10 PM From the mobile phone | Show all posts
seribulan replied at 5-12-2020 06:07 PM
Sidang Media MB Perak @ tv1 pulak...

Selamat berkraftangan

Tgh dgr Buletin Utama..
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2020 08:11 PM From the mobile phone | Show all posts
seribulan replied at 5-12-2020 05:27 PM
SGGGGG...

Hahaha x nyempat2 nak pi SG ye..
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2020 08:12 PM | Show all posts

Sian nonton live MB Perak.tadi...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Kesihatan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-1-2025 05:47 PM GMT+8 , Processed in 0.512617 second(s), 39 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list