|
kedah menang ke kalah ngn johorfc? |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1567 wakaka91's post
seri 1-1
seri ajek
next kat stadium selayang pulak..
seri jugak
memang perit la
Johor FC, Kedah berkongsi mata
Oleh NAN HIDAYAT NAN AZMIE
[email protected]
GERGASI Selatan, Johor FC berjaya mengikat juara bertahan, Kedah 1-1 dalam aksi Kumpulan B Piala Malaysia di Stadium J Corp, Pasir Gudang malam tadi.
Tuan rumah yang mengasak Kedah sejak minit pertama nyaris di depan apabila hantaran cantik Mohd. Dausu Jamaludin gagal disudahkan dengan baik oleh Fahruzzahar Ali pada minit ke-10.
Empat minit kemudian, Johor FC berpeluang memperoleh gol pertama, namun rembatan Fahruzzahar sedikit tersasar.
Kekecewaan Fahruzzahar akhirnya terubat apabila dia mudah menyumbat masuk gol pendahuluan tuan rumah hasil gerakan cantik Eddy Helmi Manan dari luar kotak penalti pada minit ke-18.
Seminit kemudian, pasukan pelawat yang kembali menyerang balas bagaimanapun kecewa apabila rembatan deras Ahmad Fauzi Shaari dari luar kotak penalti berjaya didakap kemas penjaga gol Johor FC, Mohd. Anis Faron.
Mohd. Anis sekali lagi bertindak cemerlang apabila berjaya menepis rembatan kencang Marlon Alex James pada minit ke-22.
Kedah berjaya menyamakan kedudukan apabila Marlon yang berjaya melepasi perangkap ofsaid tenang menolak masuk bola melepasi jangkauan Mohd. Anis pada minit ke-28.
Peluang Johor FC untuk mendahului sekali lagi hadir pada minit ke-65 apabila rembatan kencang Mohd. Syaiful Sabtu hasil sepakan percuma sekadar terkena tiang tatkala penjaga gol Kedah, Mohd. Helmi Eliza Elias sudah tertewas.
Impian tuan rumah untuk mendapatkan tiga mata punah apabila sepakan penalti Mohd. Syaiful tersasar selepas See Kok Luen dijatuhkan dalam kotak penalti pada minit-minit terakhir perlawanan.
Dua lagi perlawanan Kumpulan B menyaksikan Polis Diraja Malaysia (PDRM) menang 4-3 ke atas Sabah di Stadium Majlis Perbandaran Selayang manakala Pulau Pinang seri 1-1 dengan Kuala Lumpur di Stadium Bandaraya.
Dalam saingan Kumpulan A, Terengganu tewas 1-2 kepada Sarawak di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah manakala Selangor mencipta kemenangan 5-2 ke atas Melaka di Stadium Shah Alam.
Bagi aksi Kumpulan C, Pahang meraih mata penuh selepas menewaskan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) 2-1 di Stadium Darul Makmur.
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?...mp;pg=su_03.htm |
|
|
|
|
|
|
|
kedah pakar seri ja la nih..........  |
|
|
|
|
|
|
|
seeeriiii.......... lagik, aku rasa pikiran dorang dah mula terganggu... |
|
|
|
|
|
|
|
penat tak abih lg kot...
game back to back..
apa pun dah start meresahkan ni.. |
|
|
|
|
|
|
|
perlu menang semua game pasnih......... kalau tak babaila PM........ |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1572 jofizo's post & #1573 wakaka91's post
kena ada momentum baru nih..
biasa camtu la..
kalau start kalah, manjang kalah..
start seri..sokmo seri..
semuga kenari mampu terbang tinggi di selayang nnt |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1575 jofizo's post
|
|
|
|
|
|
|
baru nak main malam ni laa... |
|
|
|
|
|
|
|
td dengaq 2-1...
skrg tatau ler brapa dah
kalah ka menang?? |
|
|
|
|
|
|
|
Azraai legaOleh Bashah Zainol Abidin
KETUA jurulatih pasukan Kedah, Mohd Azraai Khor Abdullah menarik nafas lega apabila pasukannya mencatat kemenangan 3-1 ke atas pendahulu Kumpulan B, Polis pada aksi Piala Malaysia di Stadium Selayang, malam tadi.
Menurutnya, kemenangan ke atas Polis yang begitu gah di kedudukan teratas tepat pada masanya.
揝aya lega kerana Kedah mula mencatat kemenangan pada pusingan kedua ini setelah hanya mengutip enam mata melalui lima perlawanan pada pusingan pertama.
揔emenangan ini pasti menaikkan semangat pemain untuk terus bangkit mencerahkan harapan layak ke suku akhir.
揝aya bangga dengan semangat dan kesungguhan pemain walaupun mereka kelihatan letih setelah melalui dua perlawanan menentang Sabah dan Johor FC di tempat lawan, |
|
|
|
|
|
|
|
aku pun lega....
pas 2 hari ada games lagi kat darul aman perghhhh
ayat yg buat tak tahan
揥alaupun saya memasukkan Kyril Muhymeen Zambri pada separuh masa kedua, dia masih kelihatan letih. |
|
|
|
|
|
|
|
fuh lega nyaa....
rapat2 game depa nih....
mampuih ler penat.... |
|
|
|
|
|
|
|
Sundram kagum sentuhan Azraai
Oleh Mohd Fadzrie Hazis
[email protected]
DOMINASI Kedah dalam saingan Liga Malaysia sejak musim lalu turut mendapat perhatian bekas penyerang importnya dari Singapura, V Sundramoorthy yang masih mengikuti perkembangan pasukan lamanya itu.
Sundramoorthy yang mewakili Kedah pada 1989 hingga 1990, menyifatkan skuad Hijau Kuning yang dibimbing Azraai Khor Abdullah hari ini sebagai sebuah pasukan mantap, komited dan juga mengamalkan corak permainan pantas.
揇ominasi yang dipamerkan Kedah kini pasti mengembalikan nostalgia ketika saya bersama mereka dulu, tetapi apa yang pasti pasukan Kedah hari ini mengamalkan pendekatan bola sepak moden yang mengutamakan permainan pantas.
揝aya menonton aksi Kedah ketika perlawanan akhir Piala FA berdepan Selangor. Walaupun mereka ketiadaan dua tonggak import (Marlon Alex James dan Bernard Hugging) mereka tetap mampu menyaingi Selangor yang dibarisi pemain berpengalaman.
揔edah juga berjaya menghasilkan ramai pemain muda berkualiti, dan bagi saya ia adalah satu petanda positif buat masa depan bola sepak Kedah dan juga negara anda, |
|
|
|
|
|
|
|
phew~
aku pun tumpang lega dah..
lagi 4 game..
kedah kena pulun abih dah |
|
|
|
|
|
|
|
games esok ng penang tunda...so boleh rehat
mcm mana nak undi player kedah untuk national football award 2008
kata boleh undi melalui web FAM tapi mcm xder apa pun...sapa2 tau?
[ Last edited by bushido_ump at 8-7-2008 10:37 AM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Kedah sasar tiga lagi kemenangan ke suku akhir
KUALA LUMPUR - Selepas mengutip tiga mata dengan menewaskan pasukan pendahulu Kumpulan B, Polis Diraja Malaysia (PDRM) 3-1 dalam perlawanan Piala Malaysia kelmarin, Kedah seterusnya mensasarkan tiga lagi kemenangan di laman sendiri untuk mara ke suku akhir.
Jurulatihnya, Mohd. Azraai Khor Abdullah berkata, sasaran awal mereka selepas ini ialah layak ke suku akhir dan masih belum memikirkan sasaran yang lebih tinggi seperti menjulang Piala Malaysia musim ini.
''Siapa yang tidak mahu memenangi Piala Malaysia, tetapi untuk setakat ini sasaran kami biarlah selamat ke suku akhir dahulu dan yang lain akan difikirkan kemudian nanti,'' kata Azraai ketika dihubungi Utusan Malaysia semalam.
Jelasnya, untuk mencapai matlamat layak ke suku akhir pemain harus mencatat kemenangan sekurang-kurangnya tiga lagi baki perlawanan di tempat sendiri menentang Sabah, Pulau Pinang dan Johor F.C.
''Jika kami berjaya mencapai sasaran menang dalam tiga perlawanan tersebut peluang untuk ke suku akhir Piala Malaysia agak cerah, bagaimanapun kemenangan ke atas PDRM perlu dijadikan pembakar semangat dan kembali bangkit selepas seri serta tewas dalam dua perlawanan sebelum ini.
''Pemain mula mendapat rentak dalam perlawanan semalam tetapi mereka masih letih selepas jadual perlawanan yang padat,'' kata Azraai.
Ujarnya, selepas perlawanan semalam, pemain diberikan rehat selama dua hari ketika pemain mula menunjukkan kelesuan dan kepenatan yang ketara.
''Saya melihat sendiri wajah mereka, semua pemain kelihatan pucat dan lesu, jadi pemberian rehat selama dua hari mungkin akan dapat memulihkan kembali stamina mereka, di samping perlawanan menentang Pulau Pinang esok telah dipinda.
''Selepas ini, pemain dijangka akan kembali segar dan beberapa pemain yang cedera seperti 'Pak Long' (Ahmad Fauzi Shaari), Ronny Harun dan Victor Andrag dijangka akan kembali bermain,'' katanya.
Azraai juga mengakui bukan pasukannya sahaja dilanda masalah keletihan pemain malah pasukan lain seperti Perak dan Selangor dilihat kurang memberi persembahan terbaik dalam perlawanan sebelum ini. |
|
|
|
|
|
|
| |
|