|
93 pengusaha bot dapat bantuan Fleetcard petrol
Oleh HARIS FADILAH AHMAD
WAN AMIZAN Wan Abdul Razak (empat dari kanan) bersama sebahagian daripada pengusaha bot yang menerima kupon subsidi (fleetcard) petrol di Taman Negara Kuala Tahan, Jerantut, kelmarin.
--------------------------------------------------------------------------------
JERANTUT 10 Nov. - Seramai 93 orang pengusaha bot penambang di Taman Negara Kuala Tahan dan Hulu Tembeling dekat sini lega apabila memperoleh kupon subsidi (fleetcard) petrol yang dapat mengurangkan beban mereka.
Dengan memperoleh fleetcard itu, penantian mereka sejak sebelum Pilihan Raya Umum Ke-12 lalu berakhir.
Baru-baru ini, kerajaan menerusi Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) menyerahkan kupon subsidi (fleetcard) kepada mereka.
Majlis perasmian dan penyerahan kupon subsidi petrol berkenaan dilakukan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri Tahan, Datuk Wan Amizan Wan Abdul Razak di Woodland Resort, Taman Negara Kuala Tahan dekat sini, semalam.
Hadir sama Pegawai Daerah Jerantut, Ismail Mohd. Ali dan Pengarah KPDNHEP Pahang, Abu Samah Shahbuddin.
Dengan kupon tersebut, pengusaha berkenaan boleh menggunakannya untuk membeli bahan api dengan kadar RM1.93 seliter di stesen minyak terpilih dan mereka diperuntukkan pembelian sebanyak 510 seliter sebulan.
Penyerahan subsidi bahan api itu merupakan projek perintis untuk pengusaha bot penambang di Semenanjung.
Sebelum ini, kerajaan hanya mengeluarkan subsidi minyak diesel untuk 17 jenis kenderaan darat dan bot nelayan pantai.
Kebanyakan pengusaha bot penambang Sungai Tembeling dan Sungai Tahan berkenaan terdiri daripada penduduk Kuala Tahan, Kampung Pagi, Kuala Sat, Bantai, Gusai dan Mat Daling.
Pengerusi Pengusaha Bot Penambang Kuala Tahan, Abdullah Salleh, 52, berkata, pengusaha bot Taman Negara bersyukur dan berterima kasih kepada kerajaan dan wakil rakyat yang merealisasikan janji yang dibuat sebelum pilihan raya lalu untuk memberi subsidi petrol.
''Kemudahan ini memberi keselesaan kepada kami untuk meneruskan perkhidmatan membawa penumpang termasuk pelancong tanpa tekanan dari segi kos bahan api.
''Kita amat menghargai subsidi ini dan menunjukkan kerajaan prihatin dengan masalah kos pengangkutan sungai yang dihadapi penduduk Hulu Tembeling selama ini," katanya kepada Utusan Malaysia di Kuala Tahan baru-baru ini. |
|
|
|
|
|
|
|
Selamat malam buat puak gerabak dan kaum kerabat di Jerantut...
Agaknya esok ramai dah mula cuti....nak uruskan kenduri kendara...moga semuanya berjalan lancar........ |
|
|
|
|
|
|
|
Selamat Bercuti...hujan dah mula dah weh..nak musim pejo dah ni... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by pepalih2 at 11-11-2008 09:46 PM
Selamat Bercuti...hujan dah mula dah weh..nak musim pejo dah ni...
ujan ternyet-nyet....... |
|
|
|
|
|
|
|
tapi petang tadi tak hujan pulak weh!!! |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by pepalih2 at 11-11-2008 09:46 PM
Selamat Bercuti...hujan dah mula dah weh..nak musim pejo dah ni...
popalih weh..besiak sediele kite..koi haghak mudoh2an tak jadi boh besor...maghu memikir |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by original_la at 13-11-2008 09:04 PM
popalih weh..besiak sediele kite..koi haghak mudoh2an tak jadi boh besor...maghu memikir
jangan jadi can boh taun 71 dah le.... ghumah kah seseta air ataih lantai.... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by original_la at 13-11-2008 09:04 PM
popalih weh..besiak sediele kite..koi haghak mudoh2an tak jadi boh besor...maghu memikir
Bukannye bende weh..kah ni takut kat Pahang ni air boh..cuti habih kena beku... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by I-chi-ban at 13-11-2008 10:36 PM
jangan jadi can boh taun 71 dah le.... ghumah kah seseta air ataih lantai....
dengor cite mak ayah kome....bukan lagi takat seseta....ampoh ke paras atap aki weh..... |
|
|
|
|
|
|
|
salam makteh....senyap je seharian nih.... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by monorail at 14-11-2008 09:53 PM
salam makteh....senyap je seharian nih....
ada......ntah nape sehari dua ni banyak pulak urusannye..... |
|
|
|
|
|
|
|
salam warga jerantut........ |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by monorail at 15-11-2008 06:55 AM
salam warga jerantut........
salam mono & rodong jtut |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by I-chi-ban at 11-11-2008 02:31 PM
93 pengusaha bot dapat bantuan Fleetcard petrol
Oleh HARIS FADILAH AHMAD
WAN AMIZAN Wan Abdul Razak (empat dari kanan) bersama sebahagian daripada pengusaha bot yang menerima kupon sub ...
teringat kat penulis ni....rasanya dia ni cikgu kan??? jika ya....makteh cukup respek kat cikgu Haris Fadilah ni....... |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|