|
[Negeri Sembilan]
Rumah Borak Negeri Sembilan #88
[Copy link]
|
|
Author |
Post time 24-5-2022 10:15 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 24-5-2022 10:16 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
page 80 |
|
|
|
|
|
|
|
mama pernah nmpak kat pasar pagi kat sini dulu
tapi mama x pernah beli pasal kaum C yg jual
|
|
|
|
|
|
|
|
abg mama pn marah
tapi tu kawan dia kn
nk wat cmne
|
|
|
|
|
|
|
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Baru separuh camtu
|
|
|
|
|
|
|
|
Cam nok habis ja...
|
|
|
|
|
|
|
|
Good morning, have a wonderful day |
|
|
|
|
|
|
|
MEMOIR 34 : ULAMA HJ MOHD YATIM KADI REMBAU LANTIKAN DATO’ IPAP, UNDANG REMBAU.
Mukim Gadong bertuah kerana seorang anak watannya pernah menjadi Kadi Daerah Rembau suatu ketika. Berlatar belakangkan ilmu agama Allahyarham Haji Mohd Yatim Bin Zainal Abidin (1903 – 1979) berada pada kedudukan yang begitu mulia walaupun dilahirkan dalam suasana kampong yang serba dhaif . Allahyarham yang popular dengan panggilan Long Atin dalam kalangan sanak saudra dilahirkan pada tahun 1903 bersamaan 1320 Hijrah di Kampung Tanah Datar, Kota dalam Daerah Rembau. Bapanya dari suku Biduanda Gadong Baroh manakala ibunya dari suku Tanah Datar Gadong, waris Biduanda. Long Atin Beliau anak pertama dari dua adik beradik. Pendidikan Menurut sumber yang layak dipercayai, Long Atin mula mendapatkan pendidikan di Sekolah Melayu Kota sehingga Darjah Empat. Bapanya Hj. Zainal menyimpan hasrat supaya anak lelakinya itu menjadi orang alim dalam agama. Lalu beliau menghantar anaknya, mengaji agama di pondok- pondok di Kedah dan Kelantan ketika usianya menjangkau 20an. Mengikut riwayatnya, Long Atin pernah berguru dengan Allahyarham Tok Kenali tokoh ulama terbilang dari Kelantan.
Sekembalinya ke kampung halaman, Long Atin bertemu jodoh dengan Hajjah Aminah Binti Haji Taha. dan ketika usianya telah 32 tahun. Mereka dikurniakan anak lelaki dalam tahun 1936. Long Atin kemudian belayar membawa bersama isteri dan anak kecilnya menunaikan rukun Islam kelima. Long Atin bertekad untuk menetap di Mekah untuk melanjutkan pengajian agamanya, dan menuntut di Darul Ulum Masjidil Haram Al Makkahtul Mukarramah. Suami isteri ini dikrniakan anak perempuan di sana tetapi Allah SWT lebih menyayangi puterinya ini dan meninggal dunia dalam usia masih kecil. Sumber yang layak dipercayai menyebut Long Atin menuntut di Mekah selama hampir 4 tahun sebelum balik ke tanah air. Long Atin memutuskan untuk membuka Madrasah Sekembalinya dari Mekah, Long Atin menubuhkan sekolah pondok di kampong tempat Long Atin brsemenda, iaitu di Kampung Ulu Gadong. Tiga tahun kemudian LongA tin begitu prihatin dengan kedhaifan anak-anak yatim lagi miskin kerana kekurangan dalam pengajian agama.
Dengan tekad dan sokongan penduduk kampung, Long Atin akhirnya mendirikan Madrasah Itthihadiah Ulu Gadong lengkap dengan asrama untuk dihuni oleh anak-anak yatim dan miskin secara percuma. Long Atin menumpukan seluruh perhatian dan tenaganya untuk menghidupkan madrasah yang telah didirikan. Di samping itu Long Atin turut mengajar agama (isitilah yang digunakan di kampong itu ialah Baca Kitab) di sebelah malamnya di surau-surau atau masjid sekitar Daerah Rembau sehingga akhir hayatnya. Long Atin juga adalah pengasas Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Dan Miskin Ulu Gadong. Atas kegigihan dan kealimannya maka YAM Dato' Haji Ipap bin Haji Abdullah, Undang Luak Rembau ketika itu telah melantik Long Atin menjadi Kadhi Daerah Rembau bagi tahun 1954 hingga 1968.
Perawakan Long Atin menurut anak-anaknya, lemah lembut, tekun dalam mencari ilmu dan mendidik, mudah tersenyum dan penyabar. Sikap ini tentu menepati gaya peribadi unggul seorang guru dan alim pula dalam agama. Long Atin juga bersikap sederhana dalam berpakaian dan sering berserban, berbaju Melayu dan berkain pelekat sahaja. Dengan isterinya Hajjah Aminah Binti Haji Tahadan, mereka dikurniakan 11 orang cahaya mata iatu 4 lelaki dan 7 perempuan. Setelah isterinya meninggal dunia, Long Atin berkahwin kali kedua dengan Hajjah Sarah Binti Haji Maarof tetapi tiada memperolehi anak.Long Atin telah menghabiskan sebahagian usianya untuk pendidikan ilmu agama dan akhirnya Long Atin dijemput Allah SWT kembali ke sisi-Nya pada 13 April 1979 pada usia 76 tahun. Sempena pemergian dan khismat baktinya menegakkan syiar Islam sekolah agama yang didirikannya telah diambil alih oleh Kerajaan dan ditukar namanya kepada Sekolah Menengah Agama Haji Mohd Yatim.
Long Atin juga telah dianugerahkan Pingat Khidmat Lama ( PKL) dan dinobatkan sebagai Tokoh Ulama Silam Negeri Sembilan sempena Sambutan Maal Hijrah 1423 yang lalu. Kita berdoa semoga ulama yang gigih ini diberkati Allah SWT jua atas sumbang bakti beliau dalam mendidik anak bangsanya. Al-Fatihah. (Dipetik dengan ehsan daripada blog Orangtuo).
Saya sering mendengar emak bercerita tentang hubungan pasang surut anntara Long Atin dengan adik lelakinya satu ayah berlainan ibu . Adiknya ini bernama Haji Yassin Bin Hj. Zainal (1907 – 1984). Orang kampong memanggil Hj. Yassin ini “Yassin Ana” dan popular dengan panggilan Ngah Asin. Sebab orang meanggilnya Yassin Ana kerana Ngah Asin membahasakan dirinya “Ana”. Isteri Ngah Asin, iaitu ibu saya, Minah Wahab, sering memberikan penjelasan tentang hubung kait antara Long Atin dengan Ngah Asin terutama yang merujuk kepada kekeluargaan. Menurut Minah, Long Atin dan Ngah Asin berbapakan Haji Zainal Abidin dari Suku Biduanda Gadong Baroh. Haji Zainal nama penuhnya Haji Zainal Abidin bin Lamit.
Haji Zainal popular dengan panggilan Dang Sena adalah orang suku Biduanda Gadong Baroh yang bersemenda dengan suku Tanah Datar apabila beliau berkahwin dengan wanita darpada suku berkenaan. Adik perempuannya bernama Lamah bte Lamit. Lamah ini adalah ibu mentua kepada Cikgu Abbas Bin Ali dari Chengkau, seorang guru sekolah King George Ke-V, Seremban. Cikgu Abbas pernah menterjemahkan buku “Rembau, Sejarah Perlembagaan Adat dan Istiadatnya, karangan C.W.C Parr and W.H. Mackray dalam JS, 1910.
Menurut cerita Minah, madrasah yang didirikan di Ulu Gadong itu diasaskan bersama kedua adik-beradik ini dengan antara tenaga pengajarnya termasuklah beberapa ustaz terkenal di daerah itu, seperti Ustaz Ahmd Serol, Legong, Ustaz Ahmad Anwar, Ustaz Ahmad Munir dan Ngah Asin sendiri. Asalnya madrasah ini ditempatkan di Surau Ulu Gadong sebelum dipindahkan ke lokasinya yang ada sekrang. Adik Long Atin, Ngah Asin juga pernah belajar agama di Kedah dan Kelantan. Semasa di Kelantan Ngah Asin juga belajar dengan Tok Kenali. Ngah Asin telah kembali ke Rahmatullah pada tahun 1984. Kedua-dua adik beradik ini ke Mekkah secara berasingan. Ngah Asin ke Mekah ketika masih kecil, dibawa oleh emak saudaranya, Hajah Meja (Anjang), isteri kedua Undang Rembau Ke-17 Dato' Haji Sulong Miah Lela Maharaja.
Penulis Memoir A.F.Yassin ini adalah anak saudara kepada Long Atin. Semasa kecil kami saling berkunjungan, iaitu mengunjungi anak Long Atin bernama Haji Fuzi di Seremban, Haji Hamdan yang tinggal di Bongek, dan Hajah Rahah yang menetap di Sri Kendong.
19 Mei 2008.
CnP |
|
|
|
|
|
|
|
Adat Perpatih
Adat Perpatih adalah amalan hidup yang jauh lebih lama daripada Common Law yang hanya bermula sekitar tahun 1066 Masihi. Adat ini berasal dari Alam Minangkabau. Adat Perpatih telah dibawa dan diterima pakai di Negeri Sembilan oleh para perantau yang mula meneroka wilayah ini sekitar abad ke-12. Walaupun Adat Perpatih yang diamalkan oleh masyarakat pedalaman Negeri Sembilan telah melalui proses pengubahsuaian, namun dasar adat ini masih kekal iaitu menjuraikan keturunan berdasarkan sistem nasab ibu atau matrilineal.
Adat Alam Minangkabau telah melalui tiga bentuk perkembangan utama iaitu Undang-undang Nan Tigo, Adat Tarik Baleh dan Adat Tuah Disakato susunan Datuk Perpatih Nan Sebatang. Kesan perkembangan ini telah mewujudkan dua (2) sistem nasab iaitu:
nasab bapa (patrilineal) yang dikaitkan dengan Datuk Ketemenggungan.
nasab ibu (matrilineal) yang dikaitan dengan Datuk Perpatih Nan Sebatang
Berikutan dengan kewujudan dua (2) sistem ini, wujud konsep Laras Nan Dua iaitu Bodi-Cianago dan Kota-Piliang di Minangkabau. Melalui pemuafakatan antara kedua-dua orang pemimpin ini yang ditandai dengan batu batikam dan batu baling, dua (2) sistem (nasab ibu dan nasab bapa) telah menjadi satu Adat Tuah Disakato. Penggabungan dua sistem menjadi satu yang digunakan sehingga kini dikenali sebagai Adat Alam Minangkabau.
Di Negeri Sembilan, kedua-dua laras ini digabungkan menjadi satu Adat Perpatih, Adat Perpatih Negeri Sembilan adalah variasi adat Alam Minangkabau, Adat Perpatih melestari kehidupan masyarakat tempatan melalui prinsip kerukunan hidup termasuk konsep dan amalan budi, undang-undang, perlembagaan, kuasa adat, kepentingan hartanah, kekeluargaan, alam semula jadi dan aspek-aspek kehidupan yang lain.
Adat Perpatih adalah satu sistem kemasyarakatan yang lengkap. Sistem ini tidak statik, tetapi dinamik kerana memberi ruang, peluang dan peraturan untuk mengubahnya mengikut masa, keadaan dan zaman. Kedinamikan adat ini termaktub dalam perlembagaannya yang dipaparkan dalam bentuk puisi.
‘Baik diterima dek muafakat,
Buruk ditolak dek rundingan,
Tak ada yang keruh yang tak jernih,
Tak ada yang kusut yang tak selesai.
Usang-usang diperbaharui,
Lapuk-lapik dikajangi.
Sekali air bah,
Sekali tebing berubah,
Sekali raja mangkat,
Sekali adat beralih,
Sekali tahun beredar,
Sekali musim bertukar.’
Institusi Kepimpinan Dalam Masyarakat Adat Perpatih
Masyarakat Adat Perpatih dibahagikan kepada beberapa kelompok kekeluargaan iaitu suku yang dipecahkan kepada kelompok Perut, diikuti oleh kelompok ruang dan yang paling kecil adalah kelompok kekeluargaan rumpun. Setiap kelompok ini mempunyai pemimpinnya tersendiri:
Kodim iaitu ketua kelompok kekeluargaan rumpun (sublineage)
Besar iaitu ketua kelompok kekeluargaan ruang (lineage)
Buapak - ketua kelompok kekeluargaan perut (subclan)
Lembaga iaitu ketua kelompok kekeluargaan suku (clan).
Suku-suku di Negeri Sembilan
Biduanda Paya Kumboh Tanah Datar
Batu Hampar Tiga Nenek Anak Acheh
Mungkal Sri Melenggang Anak Melaka
Sri Lemak Batu Belang
#sumbergoogle
#carigalibahansejarah |
|
|
|
|
|
|
|
Seronok pula baca tentang adat Pepatih |
|
|
|
|
|
|
|
ooo.
org c amalkan tu la kan.
|
|
|
|
|
|
|
|
mama sempat guna iron mcm tu eh masa kecik?
|
|
|
|
|
|
|
|
tp xpe kuasa membeli ada di tangan pembeli
buat juai mahal kita cari kedai lain je
|
|
|
|
|
|
|
|
morning cikseri
udah sarap ke tu?
|
|
|
|
|
|
|
|
tulah...skip je part tu, tuka cenel sat.
|
|
|
|
|
|
|
|
sempat lg kalu sy nk start tgk
|
|
|
|
|
|
|
|
bunga2 nk abih tu
|
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|