CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: sitoYoL

/ Presidential Suite 24/ AHMAD SHAHIR /CHE AHMAD hoi hoi hoi / JUARA AF8 /

  [Copy link]
Post time 1-5-2011 09:14 AM | Show all posts
Post Last Edit by Rorine at 1-5-2011 09:16

Hormati maruah saya - Shahir



KALAU sekadar mahu mengusik, saya tak kisah. Tapi janganlah keterlaluan sangat, saya pun ada maruah. Saya tak suka bila kena fitnah,?reaksi awal Shahir mengulas tentang pertemuannya dengan jelitawan itu sehingga mencetuskan kontroversi baru-baru ini.

Penyanyi Kebahagiaan Dalam Perpisahan ini dikatakan berjumpa dengan Rozita di Genting Highlands, Pahang sekitar pukul 3 pagi. Pertemuan berlaku usai menghadiri acara majlis anugerah, awal bulan lalu.

Kesannya, dia berdepan dengan persoalan demi persoalan. Tambahan pula sebelum ini banyak cerita kurang manis melibatkan figura awam pernah dicatatkan di kawasan hotel.

憫Ahli keluarga saya termasuk nenek terkejut bila dapat tahu tentang pertemuan tersebut. Berulang kali mereka bertanya tentang kebenaran cerita itu. Sedihnya, ada juga pihak yang mula percaya.

憫Memang tak ada pun pertemuan antara kami. Saya ke lobi hotel untuk bertemu kelab peminat lain. Cuma kebetulan Rozita ada di situ bersama penerbit yang juga saya kenal. Jadi kami berjalan seiringan.

憫Di sinilah terletak salah faham. Saya bukan berduaan dengannya tapi beramai-ramai. Saya ada bukti bergambar. Bersama dengan peminat saya sebelum pulang ke bilik kira-kira pukul 6.30 pagi,拻 hujah Shahir.

Juara rancangan Akademi Fantasia Kelapan ini juga kesal apabila masih ada pihak beria-ia mengesahkan kewujudan hubungan cintanya dengan Rozita.

Gambaran diberikan seolah-olah memang pasti hubungan cinta itu. Meski pun berulang kali mengatakan bahawa sekadar hubungan sesama rakan artis.

Apabila ada khabar mengatakan Rozita mendesak penerbit untuk menggandingkan dirinya dengan Shahir dalam telefilem berjudul Summer Camp. Bakal menjalani penggambaran di Ladang Tebu, Perlis pada awal Mei ini, Shahir mengatakan dia tak menahu berhubung perkara itu.

Apatah lagi ia merupakan gandingan kali pertama Rozita dengan Shahir. Mahu dilihat ada keserasian sewaktu melakonkan watak cikgu.

憫Kisah cinta antara saya dengan Rozita ada macam-macam versi. Hakikatnya saya cuma bersahabat baik dengan dia. Saya juga tak kisah dengan gosip antara saya dengan Rozita. Tapi tolonglah, jangan sampai menjatuhkan maruah saya,拻 kesalnya.

Pada masa yang sama, Shahir turut menyatakan pandangan peribadinya terhadap Rozita. Bagi Shahir, wanita yang dikaitkan dengannya itu secara luaran sangat moden. Namun, dalamannya penuh ciri-ciri ketimuran.

Tambahan pula dengan status ibu tunggal dibawa Rozita, menambahkan rasa kagum. Ketabahan membesarkan anak dan bekerja sebagai anak seni.

Pertaruhan pertama

Menyentuh tentang filem pertama lakonannya Karak, nada lelaki berusia 23 tahun ini bertukar ceria. Katanya, itu adalah pengalaman pertama bekerja dengan Yusry KRU yang bertindak sebagai pengarah di layar lebar.

Melakonkan watak Nik, seorang lelaki yang tabah dan taksub dengan perkara mistik. Kegemarannya mengkaji paranormal dan berkongsi hasil pertemuan dengan kawan-kawan. Minat itu kemudian bertukar kepada mimpi buruk sehingga menakutkan kekasihnya Zura (lakonan Shera Aiyob).

Bayangkan, saya yang kayu?ini kena berlakon dengan wanita. Bertambahlah 慿ayu? Tapi saya cuba atasi rasa gemuruh saya itu.

Disebabkan terlalu penat juga saya tertidur semasa kamera sedang rakam. Sedar-sedar saya dengan suara abang Yusry surah saya berlakon, katanya yang selesai menjalani pengambaran filem seram sekitar Julai tahun lalu.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-5-2011 09:19 AM | Show all posts
Post Last Edit by Rorine at 1-5-2011 09:21

Shahir skeptik cinta veteran




ADA jawapan dibiarkan kosong oleh Shahir. Meskipun sudah banyak pembayang dan jawapan yang diberikan, namun maksud yang benar-benar mahu disampaikannya, barangkali hanya insan tertentu sahaja yang mengerti.

"Saya tidak berani cakap yang saya tidak akan bercinta dengannya (Rozita) pada masa depan kerana soal jodoh hanya Allah yang tentukan. Kalau ada jodoh, saya tidak menolak tetapi apa yang ingin saya tegaskan (buat masa ini), saya memang tidak bercinta dengan dia dan saya hanya mahu fokus kepada kerjaya dahulu kerana ia (kerjaya) baru permulaan bagi saya," kata Shahir.

Itu jawapan Shahir seperti menidakkan perasaan tentang kasih yang barangkali sudah berpupuk di hati.

Benar, Shahir, 23, sudah cukup matang membuat keputusan atau menurut kata hati tetapi jawapan-jawapan kepada persoalan cintanya terhadap jelitawan Rozita Che Wan, 38, tidak membentuk garisan selari.

Bekas pelajar Universiti Islam Antarabangsa Malaysia ini sedang berkembang. Empayar dan pengaruhnya sebagai bintang baru yang paling popular menurut Shahir memasang strategi mapan.

Bukan Shahir tidak sedar, soal penafian tentang cinta bukan kali pertama berlaku kepada anak-anak wayang di mana sahaja. Dia sedia maklum terhadap perkara itu. Permainan hati adalah resam dalam karier anak seni, dan permainan adalah sebahagian daripada populariti.

"Dulu, semasa saya mengikuti perkembangan berita hiburan, selalu juga saya beranggapan jawapan-jawapan yang diberikan oleh artis apabila berdepan gosip cinta adalah klise," katanya.

Seperti sedikit tergelincir daripada jawapan yang dimahukan, Rozita seperti mengiyakan manakala Shahir masih berdolak-dalik. Jurang yang dibiarkan kosong itu pantas terisi oleh spekulasi.

"Saya pernah mengambil langkah untuk berdiam diri apabila berdepan dengan kontroversi tetapi apabila saya bertindak begitu, orang kata saya senyap dan tiada perkembangan.


MASIH mengelak bercakap soal hati, fokus Shahir kini kepada karier.

"Sebenarnya, saya serba-salah. Fikir-fikir, saya buat kesimpulan, ada baiknya orang selalu bertanyakan khabar saya, maknanya saya masih diterima. Saya tidak pernah cuba cipta kontroversi, ia datang dan saya anggap itu lumrah.

"Tentang Rozita pula, saya hanya boleh katakan, dia adalah wanita dan teman artis yang paling rapat dengan saya ketika ini. Saya sudah mengenalinya ketika dia mula-mula masuk ke program realiti Akademi Fantasia 8 (AF8) sebagai artis jemputan. Hubungan kami berlanjutan kerana kami ada keserasian. Kami sekepala," ujar Shahir penuh hati-hati.

Mengkehendaki huraian yang lebih, penyanyi bersuara lunak itu diintai pandangannya. Sejauh mana sifat wanita bernama Rozita terlekat di matanya.

"Secara luarannya, dia (Rozita) nampak seperti wanita moden yang lain, tetapi dalamannya, dia sangat tebal dengan nilai-nilai kemelayuan, masih banyak ketulenan dan masih ada nilai tradisional dalam sifatnya terutama dalam bab pemakanan.

"Sebagai seorang wanita, dia seorang yang tabah, dengan anak-anak yang dijaganya, saya lihat dia seorang yang bekerja keras," ungkapnya seperti terlalu kenal hati budi wanita 'solo' beranak dua itu.

Rezeki atau kebetulan, Shahir dan Rozita yang pernah ditemukan dalam drama Lawaknya Fantasia Raya serta klip video terbaru Shahir berjudul Pendam.

Pasangan adik dan kakak ini sekali lagi akan berganding dalam sebuah drama berjudul Summer Camp.

"Dalam drama itu, kami digandingkan sebagai guru sekolah. Saya memang gemarkan lakonan Rozita, lakonannya sangat berkesan. Masa buat klip video baru-baru ini, saya boleh sebak tengok penghayatannya," puji Shahir tinggi menggunung.

Memerhati plot awal permainan hati antara Shahir dan Rozita, ia ibarat membaca helaian pertama tetapi biasan muka surat terakhir sudahpun ditembusi.

Sudah ada bayangan terbentuk terhadap garisan berbeza antara penafian Shahir mahupun luahan Rozita.

Tidak mustahil setiakawan bertukar menjadi sayang. Untuk Shahir, jika terkocak sebuah rasa, berdepanlah rasa itu atas pegangan seorang lelaki.


Jadi hero filem Karak



SHAHIR dan Shera Aiyob bergandingan sebagai pasangan kekasih dalam filem Karak yang bakal ke pawagam 26 Mei ini.


TINGGALKAN seketika sensasi Shahir-Rozita yang masih jauh daripada penamat, penyanyi yang sedang popular dengan single berjudul Luar Biasa itu sedang gemuruh menantikan filem pertama lakonannya. Sebuah filem seram berjudul Karak, filem itu dilakonkan dalam tempoh dua bulan selepas bergelar juara AF8.

Shahir bakal teruji dengan filem sulungnya itu, sebuah filem seram terbitan KRU Studio抯, arahan Yusry Abdul Halim.
揗emang saya tidak ada asas lakonan, cuma dapat belajar serba sedikit tentang disiplin itu dalam kelas Cikgu Que Haidar serta Cikgu Fatimah semasa di AF.

揔arak adalah filem pertama, saya tidak berani memberikan banyak janji, apa yang boleh saya katakan, tengok dahulu, kemudian barulah buat penilaian. Karak banyak memberikan pendedahan, banyak ilmu yang saya serap ketika berada di lokasi filem berkenaan,
Reply

Use magic Report

Post time 1-5-2011 11:25 PM | Show all posts
wah hari ni meriah dgn citer2 shahir kat paper...tahniah. ttg rozita tu hmmm..mmg reputz fonen suker...............meluatttsssssssssssssss baper kali nak tanya daaa????
Reply

Use magic Report

Post time 2-5-2011 03:01 PM | Show all posts
HARI NI LUAR BIASA NO.3@CARTA MENUMUZIK HOTFM
Reply

Use magic Report

Post time 2-5-2011 03:02 PM | Show all posts
hari ni LUAR BIASA no.3@carta menumuzik hotfm...jom, undi lagi untuk tiga2 carta terus....
http://www.hotfm.com.my/menumuzik/tkc/
http://www.hotfm.com.my/zon/
http://www.hotfm.com.my/hotfm30/
http://www.era.fm/Program/Carta-20G-Era.aspx
Reply

Use magic Report

Post time 2-5-2011 04:23 PM | Show all posts
Assalamualaikum sume warga2 rumah shahir !! Amani dtg dr rumah Akim.. Hehe
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-5-2011 08:31 AM | Show all posts
Assalamualaikum sume warga2 rumah shahir !! Amani dtg dr rumah Akim.. Hehe
AmaniGafimmers Post at 2-5-2011 16:23



    heloo..selamat berkenalan...
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2011 10:39 AM | Show all posts
Assalamualaikum sume warga2 rumah shahir !! Amani dtg dr rumah Akim.. Hehe
AmaniGafimmers Post at 2-5-2011 16:23


w'salam amani thanks sudi singgah....maaflah rumah ni bersawang sikit
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-5-2011 10:49 AM | Show all posts
heloo..selamat berkenalan...
junjai Post at 3-5-2011 08:31



    hang tinggal jejak je ke
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2011 01:48 PM | Show all posts
motippp dah tengahari tp xde orang lagi?:@semua dok bertapa kat kubu le ni
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2011 02:27 PM | Show all posts
motippp dah tengahari tp xde orang lagi?semua dok bertapa kat kubu le ni
redvictorinox Post at 3-5-2011 13:48



ting tong 3x
As Salam    Shahirianz
ari ni btl2 bz   selamat petang nox
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2011 02:28 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2011 02:30 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2011 02:31 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2011 02:34 PM | Show all posts
Preview Filem KaraK @ AEON Jusco Cheras Selatan - 29 / 04 / 2011
Credit:  Razman Nordin

Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2011 02:35 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-5-2011 02:35 PM | Show all posts
ting tong 3x  
As Salam    Shahirianz  
ari ni btl2 bz   selamat petan ...
Rorine Post at 3-5-2011 14:27



    hai rorine adakah semua melepak kat kubu sebab dok dengar pendam,dia yang kau pilih ngan cerita kita???
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2011 02:36 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2011 02:36 PM | Show all posts
Rorine Post at 3-5-2011 14:35



    rajin rorine...tepek2 lagi
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2011 02:36 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-2-2025 10:45 AM GMT+8 , Processed in 0.071089 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list