Op Global Fasa 4: 280 premis diserbu; 156 ditahan, 187 mangsa diselamatkan
KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerusi Op Global Fasa 4 bermula kelmarin, telah menyerbu 280 premis di semua negeri Semenanjung yang berkait GISB Holdings. Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain, berkata 59 premis terbabit berjaya diserbu, manakala 221 lagi didapati kosong dipercayai selepas ditinggalkan ahli GISBH yang disyaki melarikan diri. "Melalui Op Global Fasa 4, seramai 156 individu terdiri daripada 80 lelaki dan 76 wanita ditangkap. Mereka berusia antara 18 hingga 65 tahun dan ke atas. "Selain itu, seramai 187 mangsa berumur 18 tahun ke bawah berjaya diselamatkan," katanya pada sidang media di Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Kuala Lumpur, di sini, hari ini.
Beliau berkata, kesemua 156 individu yang ditahan dalam Op Global Fasa 4 itu direman mulai hari ini hingga 18 September ini. Berita lanjut menyusul
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2024/09/1302009/op-global-fasa-4-280-premis-diserbu-156-ditahan-187-mangsa
|