CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: nemobarracuda

✿ KPH - VILLA 96TH ~ BANZAIIIIII ABPBH JOM ✿

 Close [Copy link]
Post time 30-1-2012 01:53 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-1-2012 01:56 AM | Show all posts



AF TALENT
Awan Nano dan Congrats Hafiz sudah menjadi Trending! Tahniah! #AwanNano #ajl26
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2012 01:59 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2012 01:59 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2012 02:00 AM | Show all posts
damia....ko dah jenguk bod gosip tak?...
as expected....mesti org akan korek citer ni....
delima Post at 30-1-2012 01:44


errr... pasal "kronisme" ke??

aku tak selak abih page tu tadi.. esok ler .... <lgpun mek dah amik cuti >
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2012 02:00 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-1-2012 02:00 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2012 02:01 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-1-2012 02:02 AM | Show all posts


AF TALENT
Tu dia.. Hafiz sanggup berkampung di Stadium Putra Bukit Jalil untuk Awan Nano! #ajl26
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2012 02:05 AM | Show all posts
errr... pasal "kronisme" ke??  

aku tak selak abih page tu tadi.. esok ler ....
damia76 Post at 30-1-2012 02:00

pasal sapa BH tu la....
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2012 02:07 AM | Show all posts
delima Post at 30-1-2012 01:47


Tahniah to the trio Datuk M Nasir, Buddhi Hekayat & Hafiz!!

Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2012 02:08 AM | Show all posts
pasal sapa BH tu la....
delima Post at 30-1-2012 02:05


  oh .. ye yg nie aku ada terbaca ..

takde sapa2 lagi reply to tht post kan .... takut pulak benda tu meleret nanti ...

harap2 ler diorg abaikn
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2012 02:29 AM | Show all posts
pasal sapa BH tu la....
delima Post at 30-1-2012 02:05


aiseyy mmennn .. aku baru ternampak thread tu ..

adehhhh .. harap2 ler "mendap" cepat
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2012 02:49 AM | Show all posts
Post Last Edit by delima at 30-1-2012 02:54

Juara Lagu ke-26 milik Awan Nano - Hafiz  

Ditulis oleh Tajul   



Hafiz...pemenang Juara Lagu 26 dan Vokal Terbaik AJL26



Kalau dah rezeki memang takkan ke mana. Itulah perkataan yang sesuai ditujukan buat Hafiz, apabila diangkat sebagai juara pada Anugerah Juara Lagu edisi ke-26 (AJL26) menerusi lagu Awan Nano.

Kemenangan lagu ciptaan M.Nasir (komposer) dan Budi Hekayat (lirik) itu membolehkan mereka membawa pulang trofi dan wang tunai berjumlah RM35,000. Hafiz turut memenangi kategori Vokal Terbaik dan membawa pulang trofi dan wang tunai RM10,000.

Naib juara, lagu Beribu Sesalan nyanyian 3 Suara (Shila Amzah, Ning Baizura dan Jaclyn Victor) pula meraih wang tunai berjumlah RM 15,000 dan trofi.

Manakala, tempat ketiga pula dimenangi oleh Faizal Tahir (Karma) dengan hadiah wang tunai berjumlah RM 12,000 berserta trofi.

Kategori Persembahan Terbaik pula dimenangi oleh Alyah menerusi lagu Kisah Hati. Alyah membawa pulang trofi dan wang tunai RM10,000.

Selain itu, kategori baru juga telah diperkenalkan iaitu Juara Mobil Celcom yang telah dimenangi oleh lagu Sedetik Lebih ciptaan Edry Abd Halim.

Hadiah kepada semua pemenang telah disampaikan oleh Ketua Pegawai Operasi, Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad, Ahmad Izham Omar.

Majlis anugerah terbitan TV3 yang berlangsung pada 29 Januari 2012 ini bersiaran secara langsung ekslusif di TV3 dari Stadium Putra Bukit Jalil. Seramai 13,000 peminat muzik tanahair telah hadir membanjiri stadium untuk menyaksikan artis kesayangan mereka bertarung merebut gelaran juara anugerah berprestij yang dicetuskan oleh Celcom.




Credits: manggaonline.com.my
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2012 03:01 AM | Show all posts
AJL26: Awan Nano Muncul Juara

30 Jan 2012, 01:50am   |   Dhiya



Anugerah penuh berprestij, Anugerah Juara Lagu 26 selamat melabuhkan tirainya malam semalam dengan menyaksikan karya ciptaan M Nasir dan lirik hasil tulisan Budi Hikayat diangkat menjadi pemenang keseluruhan edisi ke 26. Lagu nyanyian Hafiz ini menewaskan 11 finalis yang lain.

Kemenangan Awan Nano membolehkan komposer Datuk M.Nasir dan penulis lirik, Budi Hekayat membawa pulang hadiah sebuah trofi dan wang tunai RM35,000. Hafiz turut memenangi gelaran Vokal Terbaik dan menerima sebuah trofi dan wang tunai RM10,000.

Naib Juara diraih lagu Beribu Sesalan ciptaan Kevin Chin dan penulis lirik Tinta. Lagu tersebut dipersembahkan oleh 3 Suara, yang dianggotai Ning Baizura, Jaclyn Victor dan Shila Amzah. Mereka menerima sebuah trofi dan hadiah wang tunai berjumlah RM15,000.

Sementara, pemenang tempat ketiga berjaya diraih oleh lagu Karma, ciptaan Faizal Tahir dan lirik oleh Audi Mok dan memenangi sebuah trofi dan hadiah wang tunai RM12,000.

Pemenang Persembahan Terbaik diraih oleh Alyah menerusi lagu Kisah Hati. Hadiah disampaikan oleh Ketua Pegawai Operasi Kumpulan, Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad, Ahmad Izham Omar.

Ulasan persembahan


Persembahan pembukaan
Jamal Abdillah - Senandung Semalam
Awie - Bujang Senang
Sheila Majid - Warna

Persembahan pembukaan dimulakan dengan Raja Pop Malaysia, Jamal Abdillah yang menyampaikan lagu berhantunya, Senandung Semalam. Tampil segak berpakaian lagak Michael Jackson, Jamal membuktikan kelantangan vokal beliau menerusi persembahan penuh penghayatan. Vokal Jamal memang sukar ditandingi. Lemak suara jantan beliau menghidupkan lagi segmen ini.

Selepas itu, Awie muncul dengan Bujang Senang. Bersesuaianlah dengan gelaran Raja Rock Malaysia, persembahan bertenaga Awie mendapat tepukan gemuruh sekalian dewan. Persembahan yang begitu bertenaga bagaikan membawa kita kembali ke era 90 an di mana lagu2 sebegini mendapat hati di kalangan peminat muzik tanah air.

Ratu Jazz Malaysia, Datuk Sheila Majid mengubati kerinduan para peminat beliau dengan mengalunkan lagu Warna. Tampil anggun dengan gaun merah,  Sheila berjaya mewarnai kemeriahan AJL 26 dengan persembahannya yang cukup ceria.

Pemilihan Cheryl Samad dan Faizal Ismail selaku pengacara AJL usah dipertikai lagi. Cheryl bijak mengawal majlis manakala lawak selamba Faizal mencuit hati penonton. Ternyata pengalaman membuatkan mereka matang di pentas AJL.

Wanita Seluruh Dunia

Lagu dendangan Project Pistol membuka tirai anugerah juara lagu kali ini. Serba ringkas dalam mempersembahkan lagu mereka, Project Pistol berjaya memberikan persembahan bertenaga. Lagu ciptaan Boy Clifford ini berjaya membangkitkan 'mood' juara lagu kali ini. Lebih penting lagi, Wanita Seluruh Dunia berjaya membuatkan penonton wanita di stadium bersorakan!

Jaclyn Victor - Sedetik Lebih

Jaclyn Victor yang diberi mandat menyanyikan lagu Sedetik Lebih ciptaan Edry Abdul Halim membuktikan beliau selayaknya berada di pentas AJL kali ini. Dengan diiringi kumpulan koir serba putih, ia bagaikan mengimbau kembali kegemilangan beliau sewaktu menyampaikan lagu Gemilang pada tahun 2005.

Kekanda Adinda

Bagaikan sebuah pesta layaknya, persembahan Atilia dan Monoloque menerusi lagu ciptaan sepenuh Monoloque ini amat mengujakan. Gabungan elemen muzik tradisional, bak joget lambak membawa 1001 kelainan kepada persembahan duo ini. Atilia tampil serba ringkas tetapi cukup menarik dalam kebaya ungu. Gaya nyanyian Monoloque yg selamba menjadikan persembahan mereka cukup bersahaja.

Gadis Semasa

Tampil serba menawan dengan rekaan beronakan hijau pucuk pisang, Yuna memukau seisi Stadium Putra Bukit Jalil dengan kekuatan vokal beliau. Dengan persembahan yang cukup bersederhana, Yuna membuktikan imej bertudung tidak sesekali menghalang beliau berkarya dengan kreatif.

Kalau Berpacaran

Mengambil konsep kabaret sebagai elemen utama persembahan mereka, trio Sohaimi Mior Hassan, Ana Rafalli dan Altimet meneruskan kemeriahan AJL 26. Persembahan mereka kali ini seakan tiada elemen kejutan. Sungguhpun begitu, Ana Rafali tampil anggun dengan busana tradisional hijau yang cukup menawan.

Cinta Muka Buku

Walaupun anak gadis berusia 16 tahun ini pertama kali beraksi di pentas AJL, keyakinan beliau menyanyikan lagu ciptaannya sendiri wajar diberikan pujian. Tetingkap YouTube yang mengiringi persembahan beliau menyerlahkan imej Najwa Latif sebagai seorang bakal pelapis industri hiburan tanah air.

Karma

Faizal Tahir bukanlah nama asing di pentas AJL. Sering tampil dgn persembahan yang hebat, Faizal tampil dengan konsep api kali ini. Dramatik. Itulah perkataan yang sesuai menggambarkan keseluruhan persembahan Faizal menerusi lagu Karma ciptaan Audi Mok ini. Faizal berjaya memberi emosi yang diperlukan lagu ini.

Kisah Hati

Penampilan istimewa Along Raja Lawak pada permulaan persembahan Alyah mencuit segenap hati penonton. Tampil dengan konsep 'music box' , Alyah kekal fokus melantunkan vokal emas beliau walaupun terpaksa beraksi sebagai patung di atas pentas. Kelantangan vokal Alyah sedikit sebanyak menambah kekuatan tersendiri pada lagu tersebut. Kemunculan Remy Ishak melengkapkan lagi kemenangan Alyah selaku pemenang Persembahan Terbaik AJL kali ini.

Sungai Lui

Kreatif, segar dan unik cukup untuk menggambarkan bagaimana istimewanya persembahan Aizat menerusi lagu Sungai Lui. Persembahan seni pasir halus yang mengiringi persembahannya mencipta saat saat keindahan bersamanya. Aizat bijak memilih konsep persembahan yang ternyata terkini dan sesuai dengan aliran muzik semasa.

Penakut

Sememangnya lagu ini dicipta oleh Yuna dan untuk Yuna sendiri. Permainan emosi dan penghayatan yang cukup mendalam membawa penonton menjelajah setiap erti kata lirik lagu ini. Diiiringi lampu-lampu yang menaikkan emosi persembahan ini, Yuna membuai perasaan penonton dengan dinamik vokalnya yang cukup membuai syahdu.

Awan Nano

Mengambil inspirasi klip video asalnya, Hafiz tampil serba ringkas dalam kemeja T biru. Cukup baik mengawal vokalnya, tidak hairanlah Hafiz mengungguli kategori Vokal Terbaik buat tahun kedua berturut-turut. Kemunculan Herman Tino di akhir persembahan Hafiz melengkapkan pementasan penuh emosi ini.

Beribu Sesalan


Seakan diatur, Beribu Sesalan yang menjadi persembahan terakhir edisi Juara Lagu kali ini menutup malam gemilang AJL dengan gabungan vokal mantap yang tidak dpt dinafikan lagi. Jaclyn Victor, Ning Baizura, dan Shila Amzah berjaya melunaskan amanat Kevin Chin dan Tinta dengan cukup baik sekali. Sekali pandang, kelihatan trio ini membawa kegemilangan era Mariah Carey, Whitney Houston dan Celine Dion ke atas pentas AJL. Cukup menawan dengan busana serba ungu, mereka membuktikan Beribu Sesalan bukanlah suatu penyesalan sebaliknya suatu pengakhiran kegemilangan anugerah penuh berprestij ini!

Persembahan Interlude

Black - Hidup Bersederhana (Basikal Tua)

Hazama - Balik Kampung

Azlan Typewriter - Chow Kit Road

Pemilihan Black , Hazama dan Azlan Typewriter untuk melengkapkan segmen interlude kali ini cukup bijak. Memberi penghargaan kepada penghibur nombor 1 Malaysia, Allahyarham Sudirman Haji Arshad, vokal mantap jejaka-jejaka ini sememangnya membawa hadirin menelusuri imbauan kenangan Allahyarham Sudir.  Saat penonton turut sama menyanyikan lagu Chow Kit Road seakan mengulang kembali kenangan konsert Allahyarham Sudir di Jalan Chow Kit, 26 tahun yang lepas. Diakhiri dengan penghayatan dan interpretasi penuh perasaan menerusi Salam Terakhir, seluruh penonton di stadium nyata tersentuh dan kelihatan ada yang mengalirkan air mata.

Keseluruhannya, AJL 26 kali ini membawa tahap penganjuran anugerah ini ke satu peringkat yang lebih baik. Pencahayaan yang begitu cemerlang mengiringi set yang cukup menarik. Seluruh kru produksi AJL 26 seharusnya berbangga atas pencapaian yang telah mereka kecapi berkat kerja keras dan penah lelah mereka.

Awan Nano diangkat menjadi naskhah terhebat edisi kali ini. Sungguhpun ramai yang mungkin menyangka kemenangan akan berpihak kepada Penakut karya Yuna, puitis lirik nukilan Budi Hikayat ternyata mengatasi karya-karya yang lain. Sentuhan Datuk M Nasir ternyata masih menyengat. Dengan melodi penuh melankolik mengiringi keindahan liriknya, Awan Nano berjaya menempatkan diri bersama-sama 25 pemenang lain ke dalam Hall of Fame Juara Lagu! Tahniah GUA ucapkan!


Keputusan Penuh AJL 26

Juara Lagu - Awan Nano (Hafiz)

Tempat Ke 2 - Beribu Sesalan ( 3 Suara)

Tempat Ke 3 - Karma ( Faizal Tahir)

Persembahan Terbaik - Alyah (Kisah Hati)

Vokal Terbaik - Hafiz ( Awan Nano)




Credits: gua.com.my
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2012 03:06 AM | Show all posts
Isnin Januari 30, 2012

Hafiz Menang AJL26, Gondol RM45,000

Oleh FERIDE HIKMET ATAK

KUALA LUMPUR: Lagu Awan Nano dinobatkan sebagai juara Anugerah Juara Lagu ke-26 di Stadium Putra Bukit Jalil, di sini, Ahad.

Dengan kemenangan Awan Nano ciptaan komposer M.Nasir dan penulis lirik, Budi Hekayat, nyanyian oleh Hafiz telah berjaya membawa pulang hadiah berupa trofi dan wang tunai keseluruhan sebanyak RM35,000.

Hafiz turut memenangi vokal terbaik dengan menerima trofi dan wang tunai RM10,000.

Awan Nano telah berjaya mengalahkan 11 buah lagu lain iaitu Cinta Muka Buku (Najwa Latif), Kalau Berpacaran (Ana Raffali, Sohaimi Mior Hassan, Altimet), Karma (Faizal Tahir), Penakut (Yuna) dan Sedetik Lebih (Jaclyn Victor).

Diikuti dengan lagu Wanita Seluruh Dunia (Projek Pistol), Beribu Sesalan (3 Suara), Kekanda Adinda (Atilia & Monoloque), Sungai Lui (Aizat), Kisah Hati (Alyah) dan Gadis Semasa (Yuna).

Sementara bagi naib juara dimenangi oleh lagu Beribu Sesalan ciptaan Kevin Chin serta lirik oleh Tinta yang dinyanyikan oleh Tiga Suara (Jaclyn Victor, Shila Amzah dan Ning Baizura) sekaligus membawa pulang hadiah trofi dan wang tunai RM15,000.

Dalam pada itu, pemenang tempat ketiga berjaya dimenangi oleh lagu Karma ciptaan Faizal Tahir dan lirik oleh Audi Mok nyanyian Faizal Tahir yang turut berjaya menggondol hadiah trofi dan wang tunai sebanyak RM12,000.

Bagi pemenang persembahan terbaik diraih oleh Alyah menerusi lagu Kisah Hati dengan menerima trofi dan wang tunai berjumlah RM10,000.

Hadiah disampaikan oleh Ketua Pegawai Operasi Kumpulan, Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad, Ahmad Izham Omar.

Persembahan 12 finalis AJL25 diadili seramai 30 juri profesional dari pelbagai latar belakang dalam bidang muzik iaitu Johan Nawawi, Cat Farish, Ajai, Dimas (Hujan), Taja (Meet Uncle Hussein), Fauzi Marzuki dan Azmeer selaku ketua juri.

Penjurian dilakukan berdasarkan markah sebanyak 80 peratus yang diadili terlebih awal manakala 20 peratus lagi melalui persembahan pada malam kemuncak.

Sementara itu, bagi kategori yang baru diperkenalkan, Anugerah 'Juara Mobile'bagi mengiktiraf lagu yang mendapat muat turun Nada Dering Pemanggil (Call-Me-Tones) terbanyak menerusi The Cube dimenangi oleh lagu Sedetik Lebih, ciptaan sepenuhnya oleh Edry Abdul Halim.

Pertandingan bertemakan air yang menterjemahkan simbolik aliran dan prestasi industri muzik tempatan itu dihoskan oleh gandingan tiga pengacara hebat iaitu Faizal Ismail dan Cheryl Samad.

Selain menyaksikan finalis-finalis yang bertanding, AJL turut menjemput penyanyi tersohor Awie, Datuk Shiela majid dan Jamal Abdillah untuk persembahan pembukaan, manakala nyanyian Black, Azlan & The Typewriter dan Hazama pula pada segmen interlud dengan iringan muzik orkestra bimbingan pemuzik hebat Datuk Ramli MS.




Credits: mstar.com.my
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-1-2012 03:11 AM | Show all posts
AJL 26 Milik Awan Nano



Teks Oleh: zyzamani
Foto Oleh: Mazlan Yunos Photography


KUALA LUMPUR, 29 JAN 2012: Lagu Awan Nano ciptaan Datuk M.Nasir dan Budi Hekayat menerusi nyanyian Hafiz dipilih sebagai juara di Anugerah Juara Lagu Ke-26 (AJL 26) yang diadakan di Stadium Putra Bukit Jalil, sebentar tadi.

Dengan kemenangan tersebut, mereka membawa pulang wang tunai RM 35, 000 dan trofi.

Hafiz juga turut mempertahankan kemenangan yang dimenanginya tahun lalu menerusi kategori Vokal Terbaik apabila berjaya memenanginya sekali lagi tahun ini.

Menerusi kemenangan tersebut, juara Akademi Fantasia musim ketujuh itu, membawa pulang wang tunai RM 10,000 dan trofi.

Trio gandingan penyanyi wanita mantap Ning Baizura, Jaclyn Victor dan Shila Amzah menerusi lagu Beribu Sesalan pula menyandang gelaran naib juara AJL 26.

Kemenangan lagu ciptaan Kevin Chin dan Tinta itu, menyaksikan mereka membawa pulang wang tunai RM 15,000 dan trofi.

Manakala lagu Karma nyanyian dan ciptaan Faizal Tahir dan Audi Mok merangkul tempat ketiga dan memenangi wang tunai RM 12,000 dan trofi.

Alyah pula diiktiraf sebagai persembahan terbaik menerusi lagu Kisah Hati dengan kemenangan itu, penyanyi tersebut membawa pulang RM 10,000 dan trofi.

Seramai 10 orang juri telah menilai persembahan malam tadi antaranya Datuk Siti Nurhaliza, Hattan, Afdlin Shauki serta Azmeer selaku ketua juri AJL 26.

AJL 26 menyaksikan persembahan pembukaan daripada Awie, Jamal Abdillah dan Datuk Shiela Majid menerusi lagu Bujang Senang, Senandung Semalam dan Warna.

Azlan & Typewriter, Hazama dan Black pula muncul menerusi segmen interlude tribute kepada Allahyarham Datuk Sudirman Arshad menerusi lagu Hidup Sederhana (Basikal tua), Balik Kampung dan Salam Terakhir.




Credits: murai.com.my
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2012 03:45 AM | Show all posts
Post Last Edit by delima at 30-1-2012 03:47

Awan Nano ungguli Anugerah Juara Lagu Ke-26


JUARA lagu dan juara kategori Vokal Terbaik, Hafiz bersama pencipta lagu, Datuk M. Nasir dan penulis lirik Awan Nano, Budi Hekayat (tengah) meraikan kejayaan pada Anugerah Juara Lagu Ke-26 di Stadium Putra Bukit Jalil, Kuala Lumpur, semalam.




KUALA LUMPUR 29 Jan. - Anugerah Juara Lagu Ke-26 (AJL26) memperlihatkan kehebatan lagu Awan Nano nyanyian Hafiz apabila dipilih sebagai juara di Stadium Putra di sini malam ini.

Berbekalkan lirik lagu yang mantap melayakkan penyanyi itu membawa pulang wang tunai berjumlah RM35,000 beserta trofi.

Lagu Beribu Sesalan nyanyian gandingan tiga suara pula meraih kedudukan naib juara.

Untuk itu, Shila Amzah, Ning Baizura dan Jaclyn Victor membawa pulang hadiah kemenangan wang tunai RM15,000 dan trofi.
Lagu Karma dendangan Faizal Tahir pula muncul tempat ketiga dan meraih wang tunai RM12,000 beserta trofi.

Bagi kategori Persembahan Terbaik pula, anugerah tersebut dimenangi Alyah yang mendendangkan lagu Kisah Hati sekali gus membawa pulang wang tunai RM10,000 dan trofi.

Vokal mantap sewaktu menyampaikan lagu Awan Nano melayakkan Hafiz memenangi kategori Vokal Terbaik dan membawa pulang hadiah wang tunai RM10,000 dan trofi.

AJL26 turut diserikan dengan persembahan pembukaan oleh Jamal Abdillah melalui lagu Senandung Semalam, Awie dengan lagu Bujang Senang serta Datuk Sheila Majid dengan lagu Warna.

Selain itu Black, Hazama dan Azlan & The Typewriter turut mempersembahkan lagu Hidup Sederhana (Basikal Tua), Balik Kampung, Chow Kit Road dan Salam Terakhir sebagai tribute kepada Allahyarham Datuk Sudirman Arshad.




Credits: utusan.com.my
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-1-2012 08:57 AM | Show all posts
TAHNIAH HAFIZ... BANZAIIII...

U DID IT VERY2000XXXXXXX WELL..........

BANZAIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIII...........



AWAN NANO : ANUGERAH JUARA LAGU AJL26


VOKAL TERBAEKKKK...... (THUMB UP!)
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2012 09:02 AM | Show all posts
good morning uoollss!

thankss de5 for all articless...@perrgghh hari ini sure swarm by Awan Nano news..

pssttt... villa kita berantu lagik
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-2-2025 11:01 AM GMT+8 , Processed in 0.739028 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list