NADMA dapat RM600 juta hadapi banjir
Anggota Angkatan Pertahanan Awam meninjau kawasan rumah yang terjejas akibat banjir ketika tinjauan di sekitar daerah Hilir Perak semalam. - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR: Peruntukan hampir RM600 juta disediakan untuk Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) sebagai persiapan mendepani musibah banjir. Ini termasuk lebih RM300 juta yang telah disediakan untuk persiapan sekiranya berlaku bencana pada bila-bila masa. Peruntukan ini bagi membolehkan pengurusan bencana negara terus ditambah baik di samping menyegerakan pelaksanaan projek tebatan banjir melibatkan kerjasama semua kontraktor. Perkara itu diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika membentangkan Belanjawan 2025 di Dewan Rakyat, hari ini.
Dalam pada itu, RM20 juta geran padanan disediakan segera kepada Yayasan GLIC dan GLC untuk memperhebat respons dan penyaluran bantuan kepada mangsa di kawasan terjejas banjir. "PBT serta warga bandar perlu bersama-sama memastikan longkang dan parit tersumbat yang mengakibatkan banjir kilat dapat ditangani segera. "Pada masa yang sama pengurusan bencana negara terus ditambah baik di samping menyegerakan pelaksanaan projek tebatan banjir melibatkan kerjasama semua kontraktor," katanya. Sementara itu kerajaan memperuntukkan RM150 juta kepada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS). Peruntukan itu adalah bagi membolehkan kerja-ke pembersihan longkang dan pengorekan sungai di bandar-bandar yang terkesan. Anwar berkata, peruntukan berkenaan adalah langkah segera dalam menghadapi musibah banjir kilat yang melanda ibu kota dan beberapa bandar lain. "Pada masa sama, pengurusan bencana negara terus ditambah baik di samping menyegerakan pelaksanaan projek tebatan banjir melibatkan kerjasama semua kontraktor," katanya.
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2024/10/1312688/nadma-dapat-rm600-juta-hadapi-banjir
|