|
DaNaU MaHaRaJa SePaH ~ CHaPTeR II ~ PRoGRaM RaYa SePaH Page 85 ~
[Copy link]
|
|
khenn..tu yg pelik sangat..3 peper tapi kua cite yg berbeza..
las2 skalik dgr stetmen s ...
bungasakura Post at 17-8-2011 11:36 PM ![](http://mforum6.cari.com.my/images/common/back.gif)
mmg mengong sgt :@
kekdah temubual tuh dibuat dah pagi (1 pagi ke 2 pagi ker abis shooting tuh)
ntah2 reputs tu ngantuk...
motip la ketiga2 reputs nak ngantuk berjemaah pastu tulis sesuka hati diorang jah...
penat kiter neves2 gundah gulana khennn ![](static/image/smiley/default/3bruce.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
motip iols minat oren uols minat oren gak (sesuai ke emots nih )
selain oren iols mina ...
viscose Post at 18-8-2011 00:05 ![](http://mforum.cari.com.my/images/common/back.gif)
iols oren pastu merah...
2 taun lps tema bj raye weols wrna oren..
hadek2 iols punyala bangkang..
las2 skalik mak iols suruh ikot iols..
haha!puas.. |
|
|
|
|
|
|
|
ngape adek2 uols tak minat warna oren kah
oren la warna terunggul di dunia
viscose Post at 18-8-2011 01:03 ![](http://mforum.cari.com.my/images/common/back.gif)
hadek iols tak bape sgt..katanya split ngn personalti deyols..
deyols ni hayu2 giteww..hrs ske warna cam biru, pink..
iols lak suma apa sajok kaler yg vibrant,ceria, terang...
sbb tu iols ske oren......![](static/image/smiley/default/shy.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
munkin ramai yg sopin kek spore kot...
iols tade tema taun nih..
hadek iols dh b ...
bungasakura Post at 18-8-2011 12:44 AM ![](http://mforum6.cari.com.my/images/common/back.gif)
barang suma makin mahal tu yang orang bersederhana sajok kot...
iols dapat rasakan hari raya makin lama makin tak meriah ![](static/image/smiley/default/sweat.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
barang suma makin mahal tu yang orang bersederhana sajok kot...
iols dapat rasakan hari raya ma ...
viscose Post at 18-8-2011 01:10 ![](http://mforum.cari.com.my/images/common/back.gif)
raye cuma meriah taim knk2 sajok..
dh besar mmg felin tuh dh kureng jahhh |
|
|
|
|
|
|
|
jep bg stetmen yang bukan2 sbb duk atas basikal sambil cakap sambil nak imbangkan basikal kot ...
viscose Post at 18-8-2011 01:21 ![](http://mforum.cari.com.my/images/common/back.gif)
tula..mesti jep tertanya-tanya khen..
teringat fb adek jep khen kata yg deyols tk pecah..
maka betol la tu..
satu stetmen dr adek jep
stetmen kedua darik shuib n sarah..
yg iols pelik tuh..pas kua brite tu..
nape tade sorg reputz pon nk reinterbiu blk khen..
naseb asteruk awani tanya (gala tibi nih darik awani, tp tyg kek ria)
malas tol reputz msia nih |
|
|
|
|
|
|
|
Morningg~~~~~~~ hope sumo sehattt |
|
|
|
|
|
|
|
amik darik utusan hari nih...
Mamat kahwin tahun depan?
Oleh ABD. AZIZ ITAR
[email protected]
Gambar JEFFRI IRAN
FIDA dan Mamat tidak menolak permintaan
jurugambar bergambar bersama pada rakaman
rancangan Melodi Raya terbitan TV3 di PWTC,
Kuala Lumpur baru-baru ini.
--------------------------------------------------------------------------------
ANGGOTA kumpulan Sepah, Mamat yang kini sedang menjalin hubungan intim bersama pelakon baru, Fida tidak menolak jika ditakdirkan ditemukan jodoh dengan pasangannya itu pada tahun depan.
Mamat atau Mohd Noor Murad, 26, berkata, dia bukan sahaja tidak menolak soal jodoh, sebaliknya sudah bersedia untuk memikul tanggungjawab sebagai suami dan bapa dalam sebuah keluarga.
"Bagi saya jodoh ditentukan Allah. Kalau ditakdirkan tahun depan jodoh dah sampai, saya akan terimanya dengan hati terbuka. Saya sedia menerima ketentuan itu walaupun saya sedar ia satu tanggungjawab yang amat berat.
"Bukannya senang mahu memikul tanggungjawab sebagai suami. Berkahwin bukan untuk hidup berdua sahaja tetapi juga soal keluarga kedua belah pihak dan juga anak-anak.
"Apa pun, saya memang sudah bersedia berkahwin. Selepas berkenalan dengan Fida saya dapati ada keserasian antara kami berdua walaupun karakter kami yang agak berbeza. Saya seorang yang 'gila-gila' dan dia pula sopan santun orangnya.
"Saya rasa perbezaan itulah yang boleh 'menyeimbangkan' perhubungan kami. Malah, sehingga kini pun kami masih mengenali hati budi masing-masing," katanya kepada Hits sewaktu dihubungi kelmarin.
Menurut pelawak berasal dari Kampung Kulai, Johor ini, kesediaannya untuk mendirikan rumahtangga bukanlah perkara baru, sebaliknya sebelum dia berkenalan dengan Fida.
Jelas Mamat, sebelum berkenalan dengan Fida dia pernah berkawan rapat dengan penyanyi dan bassis kumpulan rock, Butterfly iaitu Nor Adha atau lebih dikenali sebagai Ada.
Bagaimanapun katanya, hubungan selama sembilan bulan yang dirancang untuk ke gerbang perkahwinan terputus di tengah jalan kerana tiada persefahaman lagi di antara mereka.
Mula rapat
"Saya harap dengan penjelasan ini terutama mereka yang menabur fitnah kononnya Fida perampas kekasih orang, hentikanlah kerja yang tidak berfaedah itu.
"Saya mula rapat dengan Fida setelah putus dengan Ada. Dalam soal ini tidak timbul merampas saya daripada sesiapa. Sebagai manusia saya ada naluri sendiri tentang siapa pasangan saya," ujarnya.
Tambah Mamat yang baru tiga tahun bergelar artis, dia tertarik dengan sifat lemah lembut Fida dan sikap prihatin terhadap dirinya di saat ramai orang tidak menyedarinya.
Antaranya kata juara pertandingan Maharaja Lawak itu, Fida merupakan orang pertama yang menyedari tandatangannya adalah dalam tulisan Jawi di mana ia tidak disedari oleh sesiapapun termasuklah ahli-ahli keluarganya sendiri.
"Fida adalah orang pertama yang perasan tandatangan saya dalam tulisan Jawi dan dia juga boleh membacanya. Tandangan itu saya cipta sejak saya di tingkatan lima Sekolah Agama Kulai," ceritanya.
Sementara itu, Fida yang ditemui tidak menafikan menyenangi sikap dan ciri-ciri kemelayuan yang dimiliki oleh Mamat sehingga hubungan mereka semakin intim akhir-akhir ini.
Hubungan itu bukan sahaja tidak menjadi rahsia lagi di kalangan para peminat dan media massa, malah kemesraan mereka itu dapat dilihat sewaktu rakaman rancangan Melodi Raya terbitan TV3 baru-baru ini.
Semasa ditemui pada rakaman yang diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) itu, Fida atau nama sebenarnya Rafidah Ibrahim tidak menafikan dia kini sedang dalam proses mengenali hati budi pelawak itu.
"Sebenarnya saya baru enam bulan mengenali Mamat. Hubungan kami kini semakin rapat. Kami dalam proses mengenali hati budi masing-masing. Terus terang saya katakan, saya memang berminat untuk mengenalinya secara lebih dekat lagi," katanya.
Menurut pelakon drama bersiri Kasih Alia yang kini disiarkan setiap Isnin hingga Khamis pukul 7 malam di TV3 ini, dia tidak menyangka perkenalan sebagai kawan biasa akhirnya menjadikan mereka semakin rapat.
Jelas Fida, dia tertarik dengan Mamat kerana jejaka tinggi lampai itu mempunyai banyak ciri-ciri kemelayuan yang menjadi idamannya selama ini.
"Saya dapati Mamat seorang lelaki yang jujur. Sebab itu, pada awal perkenalan kami, saya memberi ruang dan peluang dia mendekati saya. Kami berkenalan terlebih dahulu. Semakin lama saya mengenalinya, saya dapati dia mempunyai banyak ciri kemelayuan.
"Antaranya, saya tertarik dengan tandatangannya yang ditulis dalam tulisan Jawi. Jarang saya tengok lelaki sekarang yang menulis tandatangan dalam tulisan Jawi. Sekarang ini kami terus berhubung melalui telefon dan SMS (khidmat pesanan ringkas)," ujarnya.
Hubungan itu katanya, secara tidak langsung akan menambahkan lagi kemeriahan sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini yang akan disambut bersama keluarganya di Kampung Baru, Kuala Lumpur.
Fida yang sebelum ini pernah berlakon dalam drama popular Cinta Tikar Sejadah bersama Farid Kamil berkata, dia sudahpun membuat persiapan raya lebih awal termasuklah membeli pakaian raya.
"Saya sudah beli pakaian raya sejak awal puasa lagi tetapi kalau saya rasa tidak cukup saya akan beli lagi. Ini kerana saya mahu bercuti raya lebih awal. Tahun ini, saya akan bercuti sehingga raya yang kelima," kata Fida yang akan ke lokasi drama Amin Roger-Roger pada raya keenam.
Sewaktu pertemuan itu, Fida dan Mamat tidak menolak ditemu bual dalam rancangan Melodi Raya yang akan disiarkan pada Hari Raya yang keenam dan ke-13 pukul 12.30 tengah hari hingga 1.30 petang di mana ia turut dijayakan hampir 500 artis popular tanah air. |
|
|
|
|
|
|
|
dari metro..tak tahu bile..
Soseh Soseh: Dah tiada jodoh
MANIS masa bercinta! Begitulah bunyinya sebaris lagu yang pernah didendang�kan penyanyi Haida sesuai untuk digambarkan kisah percintaan anggota kumpulan Sepah, Mamat dan penyanyi utama kumpulan Butterfly, Nursyuhaada Baharudin atau Ada.
Sewaktu pertama kali diperkenalkan sewaktu Sepah mengadakan pelancaran La La Li Tamplom di Morib awal tahun, Mamat dan Ada kelihatan sangat bahagia. Kalau tidak salah SS, ada juga pernah terbaca bahawa mereka berdua merancang untuk mengakhiri ikatan percintaan dengan perkahwinan awal tahun depan.
Ingatkan panas hingga ke petang rupanya hujan di tengah hari. Kecoh juga jadinya sewaktu menghadiri majlis berbuka puasa dan rakaman Melodi Raya di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) apabila Mamat memperkenalkan kekasih hati barunya iaitu pelakon dan pengacara, Rafidah Ibrahim atau Fida.
SS sendiri sudah membaca berita mengenai kebahagiaan pasangan ini di kebanyakan akhbar tempatan. Sebenarnya apa yang SS hendak ceritakan ini perihal Ada yang kebetulan terserempak dengan salah seorang teman SS yang menghadiri majlis diadakan rancangan terbitan TV3 itu.
Pada awalnya dia tidak mengenali Ada, kerana adik kepada pemain gitar utama kumpulan Kristal itu memakai tudung dan kelihatan cukup manis.
Pada awalnya, teman SS tidak tahu pun Ada dan Mamat sudah berpisah kerana sudah lama tidak bertemu, jadi teman SS tadi bertanyakan kepada Ada bagaimana dia dengan Mamat tapi Ada terus menggelengkan kepala dan matanya berkaca. Bila ditanya lanjut, dia mula hendak menangis. Katanya, susah untuk dia bercerita.
Waktu itu teman SS sudah dapat rasakan bahawa mereka baru saja putus cinta kerana melihat dari kesedihan dirasai Ada masih dalam. Kata orang, perasaan kasih dan sayangnya pada Mamat masih tebal.
Kebetulan pula mereka berada di majlis sama kerana Ada menjadi suara latar untuk sesi persembahan dan kedua-duanya memakai baju sedondon.
Sempat juga teman SS bertemu Mamat bertanyakan apa yang sudah berlaku sebenar�nya. Teman SS difahamkan, perasaan sayang antara mereka masih ada tetapi tiada jodoh dan Mamat sendiri enggan mengulas panjang.
SS sendiri tidak tahu sama ada mahu bersedih atau gembira untuk Mamat kerana sudah bertemu pengganti Ada. Cuma apa yang boleh SS katakan, kehidupan harus diteruskan.
Pada Ada, mungkin ada lelaki yang lebih baik berbanding Mamat akan datang dalam hidupnya, sementara untuk Mamat pula hargailah cinta barunya bersama Fida. Pengacara dan pelakon itu sendiri pun nampaknya begitu menyayangi Mamat. |
|
|
|
|
|
|
|
ni picca deyols lagik..korang buhsan tgk picca deyols sajok??..hade iols kesahhh
kredit:manggaonline..
comelll |
|
|
|
|
|
|
|
Morning olls~..
dah lama jdik SR jerk..
tiba masa iols munculkan diri balik..
heheheh..![](static/image/smiley/default/1.gif) |
|
|
|
|
|
|
| |
|