CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: eise

[MERGED]Medical Card/Insurance Kesihatan...... What U should know...

  [Copy link]
Post time 9-6-2017 09:55 AM | Show all posts
Untuk orang perempuan, memang saya tekankan supaya mereka mengambil pampasan sakit kritikal yang tinggi. Kenapa?

Berikut merupakan top 10 claim pampasan sakit kritikal pada tahun 2014, mengikut turutan

1. Cancer of breast (361 kes)
2. Heart attack (148 kes)
3. Kidney failure (109 kes)
4. Stroke (104 kes)
5. Coronary artery disease (98 kes)
6. Other types of cancer (93 kes)
7. Cancer of small intestine & colon (85 kes)
8. Cancer of bronchus, trachea & lung (80 kes)
9. Nasopharyngeal carcinoma (juga sejenis kanser, 80 kes)
10. Cancer of cervix uteri (79 kes)

Cuba kira, daripada top 10 claim di atas, berapa daripadanya adalah kanser?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-7-2017 02:37 PM | Show all posts
Sila buat pilihan.

1) Stop Takaful untuk bergaya dengan kereta mewah, melancong, beli barangan rumah mahal2.

2) Kurangkan kos diatas untuk bayar takaful yang mengandungi manfaat pampasan kematian/lumpuh kekal 5-10 tahun gaji, pampasan sakit kritikal 3-5 tahun gaji, pampasan kecacatan kemalangan 5 tahun gaji, & manfaat kad perubatan berjumlah 1-4juta?

3) Nak Teruskan pilihan No.1, & akan jual kereta, rumah & asset2 yg ada untuk bayar kos rawatan jika ditakdirkan sakit kritikal. Dan kegunaan sepanjang lumpuh kekal.

Buatlah pilihan anda masing2, saya hanya sampaikan kebaikan buat persediaan takaful. Sape2 yang buat pilihan No.2 boleh segera hubungi saya. Saya bantu anda siapkan permohonan takaful.
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2017 04:39 PM | Show all posts
Kalau anak ada G6PD, pastikan bagitahu kepada agen sebelum sign up polisi, kena declare.

Tahun 2013 semasa di unit peadiatrik, saya pernah jumpa seorang kanak2 telah dimasukkan kedalam wad akibat kencing berdarah kehitaman.

Mengalami hemolytic anemia, Hb drop.

Transfused blood.

Bila disiasat, budak tu ada G6pD dan ayahnya tersalah bagi makan kacang parang semasa dalam perjalanan ke pulau pinang.

kredit: Muhammad Rahmat
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2017 12:58 PM | Show all posts
Insuran/Takaful ni kita akan nampak kegunaan dia bila ada malapetaka. Selagi tak dak malapetakan, rasa beban saja nak bayar. Tapi, at least it gives you peace of mind.
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2017 04:26 PM | Show all posts
Elaun Hilang Upaya sementara
------------------------------------------
Tahukah anda? Dalam setiap polisi Takaful ada menawarkan elaun hilang upaya sementara. Manfaat ini "optional". Setengah polisi ada dimasukkan dan setengah polisi tiada manfaat ini*.

Hilang upaya sementara nie asalkan melibatkan kemalangan SAHAJA. Tak semesti nya hilang upaya kena patah kaki, patah tangan, patah bahu ker apa. Kalau kemalangan dan menyebabkan kaki bengkak, pi jumpa dr dalam tempoh 24 jam dan ada cuti sakit @ mc, dah boleh buat tuntutan dibawah manfaat elaun hilang upaya sementara.

Alhamdulillah, klien saya dah pun dapat tuntutan ini. Klien saya terlibat dengan kemalangan 3 minggu lepas dan menyebabkan kaki die bengkak. Dr bagi MC 11 hari.

Jangan ingat Takaful nie pasal Kad perubatan saja. Banyak lagi manfaat Takaful nie. Salah satunya apa yang saya tulis nie.

* mohon semak polisi masing-masing untuk manfaat ini (jika ada)
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2017 10:00 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-9-2017 11:27 AM | Show all posts
Pernahkah anda meneliti quotation PruBSN Warisan 5 tahun pembayaran ?

mmg sesuai sebagai duit Pencen
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2017 07:08 PM | Show all posts
Pernahkan anda bertanya ejen anda ... jikalau anda tak mampu bayar sumbangan bulanan , berapa lama Polisi Medikal Kad anda boleh bertahan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-9-2017 12:04 PM | Show all posts
Hari ini dapat surat cinta dari Syarikat Takaful. Permohonan untuk sijil Takaful DITOLAK kerana DIABETES DAN OBESITI. Klien saya nie sanggup BAYAR LEBIH asalkan pihak TAKAFUL COVER PENYAKIT nya.

Walaupun saya tahu hakikat permohonan nya akan ditolak, saya tetap teruskan menolong klien saya nie memohon takaful. Hasilnya.. REJECTION DARI PIHAK TAKAFUL SENDIRI.

Nampak tak kesan dari surat cinta nie?
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2017 12:28 PM | Show all posts
Jari terkepit pintu kereta

Pernah terkena tak? Sakit sangat-sangat. Bila dah berdenyut tuh, Allah sahaja yang tahu. Nie saya nak kongsi cerita klien kawan. Jari klien kawan saya nie terkepit di pintu kereta. Dah pi klinik dan terima 17 jahitan. Tapi, klien nya tak boleh tidur kerna bekas jahit tue membengkak.So, dia pun pi lah hospital dan warded dan kena operate semula. Rupa-rupanya, ada saraf yang berlubang dan terputus.

Tauladan yang kita boleh ambil dari kisah ini:-
1. Bersyukur ada kad perubatan yang boleh digunakan bila waktu kecemasan. (kes nie memang cemas).
2. Kalau terjadi begini, ia dikategorikan "accident". Medikal kad boleh pakai terus tanpa tempoh bertenang (waiting period).
3. Resit yang kat klinik tuh, boleh kita buat tuntutan sama ada melalui tuntutan perubatan kemalangan atau melalui tuntutan kad perubatan (emergency treatment).
4. Jika berlaku kemalangan, pastikan dapat rawatan dalam tempoh 24 jam untuk tuntutan kemalangan

MOHON SHARE STATUS INI JIKA IA BERMANFAAT. TQ

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2017 11:11 AM | Show all posts
Compare dan nanti dulu .........

"Tak apa lah. Biar lah isteri dan anak saya hidup seadanya lepas saya tak ada. Saya rasa mereka ok kot. Saya ada hutang kereta , rumah dan komitmen bulanan belikan makanan kering dengan basah untuk rumah, bagi mak abah sikit kat kampung dengan bayar pengasuh anak. Susu/napkin semua wife saya yang bayar. Dia willing nak bantu sementara dia kerja ni "

"Nanti lah saya fikir kan.Nak COMPARE dulu "

Muhammad bagitahu penasihat takaful yang jumpa dia bulan April 2015.

Konsep yang dia amalkan, redha dan berserah. Tak sign polisi dengan sesiapa pun dan tak compare pun . Cari alasan je untuk loloskan diri.

September 30,2015 ....

Allah nak uji. Motorsikal dari tempat kerja di Kelana Jaya nak balik rumah di Subang jaya terhimpit dengan lori ais di LDP. Dia jatuh masa tu juga terhimpit bawah lori.
Takdir tuhan ......

Dia lumpuh tak boleh berjalan. Bed ridden untuk satu tempoh yang doktor pun tak dapat nak pastikan. Yang cuma tahu doktor kata memang akan lumpuh seluruh badan.
Kesimpulan :

1. Kau rasa Muhammad tahu ujian Allah nak datang kepada dia dan keluarga yang di sayangi dalam masa 5 bulan yang kedepan ?
2. Dalam keadaan lumpuh macam ini, kau rasa tempat kerja Muhammad di Kilang akan simpan Muhammad untuk tempoh berapa lama ?
3. Hutang dan komitmen Muhammad yang dia ada tu, pihak BANK bagi FREE ke atau bagi TANGGUH BAYAR SAMPAI SIHAT ?
3. Isteri Muhammad kerja. Anak hantar pengasuh. Siapa pula nak jaga Muhammad yang terlantar ?
4. PESAN AKU, BUKA MATA. BUKA HATI. DENGAR DULU. FIKIR DALAM DALAM. DAN RANCANG KEHIDUPAN KAU DENGAN DAN TENANG . BIAR KELUARGA TENANG.
5. Kena ADIL dengan anak dan isteri. Kalau dulu Mak Abah bagi kau makan ayam seminggu dua kali, kenapa perlu sekat keinginan anak dan bini untuk hidup seolah macam kau masih ada dan kerja kuat ????
6. Sentap ? Biar. Supaya senang aku hamburkan emosi yang ini supaya masuk dalam hati. Bukan hanya di bibir saja.
7. Ada kawan kawan yang sedang buat takaful kan ? Whatsapp tanya kan plan kau orang.
Ingat !!! Takaful bukan hanya Medikal Kad !! Dia lebih dari itu fungsinya

Credit to Kak Tiqah

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2017 12:51 PM | Show all posts
"Saya risau kalau dimasa akan datang saya tak mampu untuk membayar caruman ni, macam mana yer?, boleh stop ke?, ada return balik ke?berapa % yer?"

Segelintir prospek yang saya temui berfikir terlalu berat apabila membuat keputusan untuk mengambil takaful, antara soalan yang mereka tanya;

"Saya risau kalau dimasa akan datang saya tak mampu untuk membayar caruman ni, macam mana yer?, boleh stop ke?, ada return balik ke?berapa % yer?"

"Macam mana kalau dalam tempoh 10-15 tahun saya bayar, tak berlaku apa2 claim?takkanla tak dapat apa2 kan?rugilah kalau tak dapat apa2."

Walaupun sudah diakses keadaan kewangan dan caruman yg dicadangkan mengikut kemampuan , mereka masih bertanyakan soalan diatas.

Kadang-kadang saya tanya balik;

"Pernah tak risau bila bayar bil astro yg sebulan maybe 50 hingga 100 lebih tu tapi sehari tengok berapa jam je, kdg2 tak tengok langsung?tak rasa rugi?"

"Boleh ke call astro minta balik duit sebab sehari tengok tv 2 jam je?"

"Pernah tak rasa kerisauan melampau apabila bayar installment kereta 500-700 sebulan, tapi guna 2-3 jam je, itupun weekend sahaja, weekdays naik motor pergi keje".

"Boleh ke call balik bank minta diskaun duit sebab seminggu naik kereta 4 jam je?"

Ini adalah contoh sahaja.

Saya faham tak boleh bandingkan perlindungan takaful dengan perkhidmatan lain secara 100%.

Namun itulah takaful, anda bayar caruman skrg, ianya berfungsi bila2 masa anda memerlukan.

Walau bagaimanapun ada sedikit percentage dalam caruman yang dilaburkan tapi pulangan masih tidak dijamin.

So kalau kalau belum pernah buat apa2 claim, alhamdulillah bersyukurlah...anda masih sihat dan belum diuji.

kredit:
Shakir Abdul Ghafar
INFAQ Consultancy.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2017 10:31 AM | Show all posts



Buat pertama kali saya lihat Kelantan tiada dalam carta.

Sebab itulah kebanyakan Takaful dan Insurans operator dah tak ambil pemohon yang dah ada Diabetes. Banyak risiko yang akan datang.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2017 02:00 PM | Show all posts
Banyak ejen promote income replacement. Bukan tak bagus, ia bagus untuk buat hibah secara takaful. Pada pandangan saya, selain income replacement, income protection pun perlu. Situasinya, bila didiagnosed penyakit kritikal, kita masih perlu bayar hutang dan perlu duit untuk pebelanjaan harian. Amat jarang dapat bantuan kerajaan untuk bayarkan hutang kita, apatah lagi bank nak 'waived' hutang piutang kita.

idea asal: Ahmad Huzaimi
mbk
0192853910
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2017 03:02 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2017 11:21 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-12-2017 02:38 PM | Show all posts
Lahir jer anak, bukak akaun facebook atau Instagram. Katanya nanti anak bila dah besar, moment-moment indah dah ada dalam tue. Boleh dilihat dan dikongsi balik.

Kan elok kalau, bila anak dah lahir terus bukak akaun Takaful , atau akaun Tabung Haji ker atau akaun pendidikan. Bila dah besar, tak perlu dah nak buat moment-moment sign borang PTPTN.
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2017 11:19 AM | Show all posts

Kenapa income replacement penting untuk keluarga?


Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2017 12:24 PM | Show all posts
Dalam polisi ada tak manfaat ADD? (Accident death & disablement)

Hilang penggunaan sebelah kaki akibat kemalangan, tak semestinya putus, boleh jadi lumpuh sebelah kaki sahaja.

Tidak boleh untuk kerja.

Dikira TPD tak?
Tidak.

ADD ?
dapat 100%.
Reply

Use magic Report

Post time 26-12-2017 01:55 PM | Show all posts
Kelebihan apply takaful hari ni.

1) Untunglah #harini anda sudah ada #backup,sbb esok belum tentu lagi hidup anda mcm mana.

2) Siapa yang apply tahun ni boleh claim #taxrelief for next year.

3) #Hargatakaful takkan sama pada tahun depan.Korang ingat rumah dan barang makan je ke naik harga ?Dalam takaful,inflasi medikel kadlah paling tinggi..
Pastu..
Benefits takaful ni berbeza ikut harga, harga takaful plan rm150 takkan sama benefitsnya jika apply tahun depan.

Siapa yang belum anda takaful hari ni?
Beraninya anda menghadapi hidup ini tanpa sebarang back up plan...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Kesihatan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-6-2024 07:22 AM GMT+8 , Processed in 0.181960 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list