CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: HangPC2

Kedah Darul Aman FC (KDA FC)

 Close [Copy link]
Post time 15-7-2008 04:58 PM | Show all posts
innalillah..
takziah utk keluarga Arwah..

game malam ni?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-7-2008 05:27 PM | Show all posts
al fatihah di ucapkan kepada family beliau
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2008 07:43 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2008 08:24 AM | Show all posts
Originally posted by tulip.purple at 15-7-2008 04:58 PM
innalillah..
takziah utk keluarga Arwah..

game malam ni?


Game semlm tetap ada. Khabarnya menang besar ngan Sabah. Kenduri gol beb!
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2008 08:57 AM | Show all posts
5-1............. tahniah

tp satu mesti ada gak......... mcm dulu2 gak
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2008 09:01 AM | Show all posts
yeay~ menang..
5-1
hadiah untuk 50tahun jubli emas dan juga penghargaan utk arwah..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-7-2008 09:47 AM | Show all posts
al-fatihah buat allahyarham DAB, semoga rohnya dicucuri rahmat..... aminnnnnn
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2008 09:49 AM | Show all posts
menang 5-1

50 pemerintahan sultan kedah
15 julai tarikh pemergian DAB
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-7-2008 11:09 AM | Show all posts

Belasungkawa: Ahmad Basri ikon bola sepak

Pingat emas Sukan Sea 1989 peninggalan terakhir untuk Malaysia

BAIT pembuka lagu 'Biar Jasa Jadi Kenangan' - lagu menunjangi setiap cabaran aksi skuad Kedah - cukup jadi gambaran wibawa dimiliki penulis liriknya, Allahyarham Datuk Paduka Ahmad Basri Akil.

Berita kepulangan Allahyarham ke rahmatullah, petang semalam, hadir jelas sebagai kejutan. Kerana selama lebih dua dekad sebelumnya, kelibat dan wajah hitam manis miliknya diakui begitu sinonim dengan bola sepak negara.



Sayanginya - itulah rasa dikongsi ratusan ribu warga negeri Jelapang Padi yang berbangga apabila penantian sekian lama buat merangkul Piala Malaysia jadi kenyataan julung kalinya, 18 tahun lalu.

Ada juga yang pernah membenci, terutama mereka yang sesekali jadi mangsa kelantangan kecamannya. Tetapi seperkara pasti, Allahyarham adalah tokoh sukan yang kini wajar diingati dengan penuh rasa disegani.

Allahyarham bukan pemain bagus, tetapi peminat yang setia. "Saya suka bermain bola sepak, tetapi bukannya bagus. Tetapi saya cintakan sukan ini dan tidak pernah mahu menyisihkan diri daripadanya," katanya suatu ketika dahulu.

Penghormatan selaku 'Bapa Pembangunan Bola Sepak Kedah' memang paling layak miliknya. Menerusi visinya, Hijau Kuning bangkit untuk kini berdiri sama tinggi dalam kelompok barisan gergasi.

Satu bukti pengorbanan Allahyarham, yang tidak pernah dicanangkan, ialah kesediaan meletakkan kebajikan pemainnya selaku agenda utama - terbukti menerusi kesanggupan mengambil pinjaman peribadi pada hampir setiap hujung musim demi memastikan gaji pemain dibayar ketika sedar wang geran dan penajaan sering terlewat.

Malah sehingga kini, Allahyarham kekal dengan pengiktirafan selaku pengurus skuad negara terakhir mencipta bangga apabila memimpin pasukan memenangi pingat emas Sukan Sea - pencapaian diraih di Stadium Merdeka pada 1989.

Allahyarham juga menginspirasikan plan dasar pembangunan belia - ketika mempengerusikan Jawatankuasa Belia Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) - yang menyaksikan mula kewujudan akademi bola sepak di setiap negeri.

Perwatakan mesranya, selain sikap merendah diri, diakui jadi kunci kemampuan Allahyarham mudah bergaul di segenap lapisan masyarakat. Juga, gigih sentiasa bekerja keras dan tidak mudah mengalah - ramuan turut membutirkan kejayaan dalam pelbagai bidang dijelajahinya.

Daripada hanya Penolong Pegawai Daerah Langkawi pada awal 1960-an, Allahyarham mendaki laluan yang dicambahkannya dengan lorekan pencapaian gemilang untuk bersara selaku Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah pada pertengahan 1990-an.

Selain Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Kedah, dan pengurus paling lama skuad negeri itu, Allahyarham juga pernah sepenggal berbakti selaku Naib Presiden FAM daripada 1996 hingga 1998.

Namun bukan bola sepak sahaja bertuah merasai jasanya. Allahyarham juga pernah membuktikan wibawa sepanjang tempoh memimpin persatuan olahraga, renang, skuasy dan bowling negeri itu.

Tidak ramai juga yang tahu betapa Allahyarham, dengan bakat melukis dimilikinya, pernah juga dipilih selaku Presiden Angkatan Pelukis Kedah. Jasanya juga ketara ketika memimpin Persatuan Bulan Sabit Merah Kedah.

Allahyarham juga punya hubungan rapat dengan Sultan Kedah, Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah - peminat bola sepak nombor satu Kedah.

Lantas, di sebalik kesedihan, tidak salah menyifatkan pemergiannya pada ketika menghadiri majlis di Istana Anak Bukit, petang semalam, jelas tempat terbaik melambangkan keakraban hubungan itu.

Semoga roh Allahyarham Datuk Paduka Ahmad Basri Akil, 69 tahun pada 25 April lalu, dicucuri rahmat oleh Yang Esa. Al Fatihah.


Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2008 11:10 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2008 11:12 AM | Show all posts
Tahniah Kedah..menang 5-1
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2008 01:02 PM | Show all posts
Originally posted by cak! at 16-7-2008 11:09 AM
Pingat emas Sukan Sea 1989 peninggalan terakhir untuk Malaysia

Satu bukti pengorbanan Allahyarham, yang tidak pernah dicanangkan, ialah kesediaan meletakkan kebajikan pemainnya selaku agenda utama - terbukti menerusi kesanggupan mengambil pinjaman peribadi pada hampir setiap hujung musim demi memastikan gaji pemain dibayar ketika sedar wang geran dan penajaan sering terlewat.



....................
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2008 02:43 PM | Show all posts
Pejuang bola sepak sejati
Oleh Azahar Md Taib




ANDAI masa boleh berputar, mahu saya kembali pada tahun 2000, memperbaiki kesilapan yang pernah saya buat sehingga Datuk Ahmad Basri Akil digantung empat tahun oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).

Itu kata-kata saya pada hari beliau digantung kali kedua, enam tahun kemudian dan untuk tempoh tiga tahun lagi.

Namun degan tegas, beliau menjawab: 慉zahar kalau you tak tulis hal sebenar, selama itu FAM akan berterusan membuat kesilapan
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2008 05:51 PM | Show all posts
MLM ni KEDAH turun tanpa mieyeh...dan beberapa g pemain utama....tp semagat kedah tetap sama..mari kita mendoa kan kejayaan kedah menetang harimau kumbang...ehhh penang...


my predict : KEDAH 2-0 PENANG

Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2008 10:45 PM | Show all posts
sekarang pasukan kenari dah ada majalah kenari..kat majalah ni dia org paparkan aksi pemain ngan berita terkini..td tgk kat web hijau kuning ada banner untuk majalah kenari..kalu nak tau lg kau org tgk kat sini..
http://buletinkenari.kce.com.my
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2008 12:37 AM | Show all posts
Kedah 6

(Fadly Baharom m-32, 40, Khyril Muhymeen Zambri m-51, 72, Nelson San Martin m-59, Marlon James m-74)

Pulau Pinang 2

(Farizal Rozali m-9, V. Thirumurugan m-17 gol sendiri)


BUAT julung kalinya dalam kempen Piala Malaysia kali ini, Kedah mengecap nikmat menduduki tangga teratas Kumpulan B selepas bangkit daripada ketinggalan 2-0 untuk membelasah Pulau Pinang 6-2 di depan penyokong sendiri malam tadi.

  Penyerang muda Fadly Baharom dan penggempur kebangsaan Khyril Muhymeen Zambri masing-masing menyumbat dua gol manakala Nelson San Martin dan Marlon James melengkapkan malam cemerlang buat Sang Kenari yang kini mengumpul 18 mata daripada sembilan perlawanan.

   Bagaimanapun pasukan pelawat yang membuka langkah seawal minit kesembilan apabila Farizal Rozali pantas menyambar peluang.

   Nasib Kedah bertambah parah apabila bek kanan V. Thirumurugan tertampan bola ke gawangnya sendiri pada minit ke-17.

  Namun anak buah Azraai Khor Abdullah tidak hilang arah, sebaliknya Fadly merapatkan jurang pada minit ke-32.

  Peluang Kedah melebarkan penguasaan terhidang apabila Farizal dikenakan kad merah selepas mengasari Victor Andrag lima minit kemudian. Insiden itu menjadi detik kebangkitan Kedah yang tidak menoleh ke belakang, sebaliknya mengganas menerusi gandingan serangan pantas membabitkan Baddrol Bakhtiar, Fadly, Khyril, Nelson dan Marlon.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-7-2008 02:18 AM | Show all posts
Syukur2..menang juga. Tp kan best klau blh nengok live kat tv..
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2008 07:32 AM | Show all posts
ngtantuk giler masa aku nengok smalam........ jaga2 dah 0-2...... terkujat den
terus cerah mata balik........

bila negok cara penang main aku pon heran camner dorang leh leading....... jd langsung aku tak risau... kompem bleh menang la....... tup2 gol fazli....... lepas tuh aku tau habislah penang

pastu ada mamat kena kad merah....... dah boleh ucap selamat tinggal.......

cuma pengajaran pada kedah..... dlm ghairah nak menyerang tuh hati2 dgn pertahanan

cuma memang cara permainan kedah memang best sbb serang... serang... dan serang.... tak jemu

tak kira tengah leading ka apaka........ terus serang....

TAHNIAH KEDAH
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2008 08:34 AM | Show all posts
congratzz..

kenari terbang tinggi
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2008 09:12 AM | Show all posts
tahniah atas kemenangan mlm tadi.......

3,4,5,6........... pasnih game last boleh boh 7 gol plak kot.............
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-6-2024 04:10 AM GMT+8 , Processed in 0.372318 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list