CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Goldkey

Puisiku: Tinta Hati Menitip Kata

 Close [Copy link]
 Author| Post time 4-5-2011 08:32 PM | Show all posts
Jika bahagia kamu akan temui
setelah mengalirkan selaut airmata
maka menangislah jangan pedulikan apa-apa lagi
curahkan selebat-lebatnya
tewaskan hujan pada musim tengkujuh di pantai timur
teriaklah kalahkan halilintar
biar seluruh alam mendengar kamu mengejar bahagia
jika kamu tak mampu lagi keluarkan airmata
biar aku bantu pipiskan lada ke matamu
mahu?....

~Goldkey, 4/5/11, 19.36 pm~
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 4-5-2011 09:56 PM | Show all posts
Fikir-fikir

Kita ini manusia
dalam keadaan normalnya
walau;
berbeza jantina
berbeza bangsa
kita punyai persamaan
ehh!!! jangan fikir bukan-bukan dulu.

Sama di sini dari sudut pandangan saya
pertamanya,
sudah tentu kita dilahirkan oleh wanita
setuju?

keduanya,
ketika lahir kita semua berkaki ayam
aik! aik! jangan putar-putar
maksud saya tak berkasut atau berselipar
macam mana setuju?

ketiga,
jika anda muslim
kita akan disemadikan juga dengan berkaki ayam
ada setuju?

ada anda fikir macam saya fikir?
kita hadir ke dunia atas izin-Nya
jika pergi dari dunia atas kehendak-Nya
kita sama, akan kembali kepada-Nya.

~Goldkey, 4/5/11, 21.49 pm~

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-5-2011 01:53 PM | Show all posts
Sejarah hidup kita
kitalah yang kartografikan
di atas topografi alam
kita ada penanda aras
kita punya sumber rujukan
tinggal lagi
perkiraan bearing haluan perlu tepat
memilih jalan yang selamat
agar hala perjalanan kita
akan tiba ke destinasi yang benar.

~Goldkey, 5/5/11, 13.50 pm~
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-5-2011 07:03 PM | Show all posts
Kesakitan yang menimpa
adakah mungkin?
ianya suatu peringatan
tentang kebiasaan yang kita jalani
harus dihentikan
cuma akal singkat yang buta
tetap asyik masyuk
terarak oleh nafsu
yang gagal
menghidu haruman kebenaran.

~Goldkey, 5.5.11, 18.55 pm~
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-5-2011 09:01 PM | Show all posts
Wahai Pembesar-pembesar!!!
sama ada berbadan besar atau kecil
sedarkah?
bintang-bintang kebesaran
yang tersemat di dada
mahupun tergantung di leher
tiada kuasa magik
ala-ala Harry Potter
untuk melindungi diri
dari ketentuan ajal dan maut.

Dari itu saya sebagai pacal yang hina
ingin berpesan
marilah kita naik saksi bahawa
Muhammad itu Rasulullah
dan tiada Tuhan selain Allah
semoga apa yang kita miliki
adalah demi cinta kita kepada Ilahi
yang limpah kurnia-Nya tak terperi
menyelamatkan kita
di dunia dan akhirat nanti.

~Goldkey, 5.5.11, 20.13 pm~

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-5-2011 09:04 PM | Show all posts
Kunci

Dengan kunci kita mampu buka segala pintu
dan mahukah kamu jadi kunci?
berkhidmat kepada tuanmu
tanpa mempersoal
walau ke mana sekalipun dicampakkan
akhirnya
kamu juga dicari
kerana tanpa kamu
perjalanan hidup tuanmu terhenti.
untungnya kunci
walau hanya sekeping besi.

~Goldkey, 5.5.11, 20.51 pm~
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 5-5-2011 10:59 PM | Show all posts
Kaca Cinta

Berderai kaca cinta
dihempap ketulan dusta
perlahan-lahan bercantum di pelantar jiwa
dibajai alunan ayat-ayat doa
disirami air mata redha
dipagari dawai-dawai waspada
terhindar dari barah cinta
yang bisa meranap rasa
ke dasar sengsara.

~Goldkey, 5.5.11, 22.55 pm~
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-5-2011 02:21 PM | Show all posts
Sebelum terbukanya mata
alam gelita dalam kandungan bonda
sembilan purnama sepuluh hari lamanya
dibawa dengan segala siksa
jangan sesekali melupa
ibu itu besar jasa
bertarung nyawa
titiskan air mata
semata
lihat kita bernyawa
dan membuka mata
melihat dunia
tidak mampukah kita panjatkan sebaris doa?

~Goldkey, 6/5/11, 14.18 pm~
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 6-5-2011 06:21 PM | Show all posts
Muka yang bermuka-muka
tak suka tengok muka
tak sanggup bersemuka.

Muka yang bermuka-muka
pamirkan kekelatan rupa
ingat orang tak tahu dia bermuka-muka.

Muka yang bermuka-muka
selalu buat muka
orang pun tak suka.

Muka yang bermuka-muka
selalu mengada-ngada
nak dilayan macam raja.

Muka yang bermuka-muka
maaflah saya tak tega
buang masa.

~Goldkey, 6/5/11, 18.55 pm~

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-5-2011 10:52 AM | Show all posts
Bila Dia Pergi

Bila dia pergi
dua puluh empat purnama lamanya
kupujuk hati
terima hakikat dia takkan kembali
yang tinggal cuma
kenangan bersama dia
betapa dalam kasih dia
menetap kekal dalam memori
duhai bonda
moga takdir memihak
pertemukan keluarga kita
di bawah limpahan rahmat-Nya.

~Goldkey, 7/5/11, 10.45 am~
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-5-2011 06:59 PM | Show all posts
Di atas tapak kaki modul bina insan
aku berdiri menyiram rangkap-rangkap kata
kepada anak-anak didik yang kehausan ilmu
dalam larian mendaki anak-anak tangga kejayaan
menuju puncak menara gading.

Bangkitlah duhai anak-anakku
pendekkan lena dibuai mimpimu
masa yang berbaki
ragutnya sepenuh hati
jangan lepaskan tanpa erti
sehingga tawaran ke Universiti kau genggami.

~Goldkey, 7/5/11, 11.33 am~

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-5-2011 08:12 PM | Show all posts
Aku dengar cerita
makin lama makin mengada-ngada
kau tak baca perlembagaan negara?
jangan nak tiup bara
nanti api marak menyala
membakar yang tak berdosa
berpada-pada
diberi betis nakkan paha
celaka!!!

~Goldkey, 7/5/11, 20.09 pm~
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-5-2011 10:14 PM | Show all posts
Sempena hari ibu
ingin daku ucapkan
terima kasih.

Duhai ibu
tanpamu takkan daku melihat dunia
walau ibu telah tiada
haruman kasihmu mewangi sentiasa
bersemadilah
daku utuskan doa
sejahteralah di sisi Yang Esa.

Duhai isteriku
tanpamu takkan ada anak-anakku
sekalung kasih daku serahkan
moga amanah ini
sama-sama kita jaga
didik mereka
jadi insan mulia di sisi Yang Esa.

~Goldkey, 7/5/11, 22.11 pm~

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-5-2011 08:44 PM | Show all posts
Pada ikatan satu lafaz
terjalin hubungan suci
dua insan suami isteri.

Pada tangkai rindu
menguntum kelopak kasih
mengharumkan haruman cinta.

Pada jambangan asmara
terbina tautan dua hati
memadu kasih membara.

~Goldkey, 8/5/11, 20.42 pm~

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-5-2011 09:44 PM | Show all posts


Hidup biar berteman
kerana telah ditentukan
kejadian makhluk berpasangan
terimalah seadanya teman
jangan dilihat hanya pada kekurangan
lihatlah pada apa yang disumbangkan
takkan mampu hidup berseorangan
susah senang sakit demam
perlukan perhatian
pasangan.

~Goldkey, 8/5/11, 20.54 pm~

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-5-2011 09:45 PM | Show all posts


Bersalahkah aku?
dikatakan memasang perangkap
sedangkan itu rumahku
berdosakah aku?
kiranya ada yang menemui ajal
pada jaringan wilayah taklukku
aku hanya labah-labah
hidup di tali-tali siratan
yang aku ciptakan.

~Goldkey, 8/5/11, 21.38 pm~

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 8-5-2011 09:48 PM | Show all posts


Bulan bagai bibir di muka langit
tersenyum memandang ke bumi
siniskah?
hanya Tuhan yang mengetahui
apakah pengertian di sebalik semua itu?
Ya Rabbi hanya Engkau
maha mengetahui yang terang dan yang tersembunyi.

~Goldkey, 8/5/11, 21.12 pm~

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-5-2011 10:11 PM | Show all posts


Adakah hidup ini sekadar
berlegar-legar mencari makan
mengejar pasangan melempias nafsu
memburu kekayaan dengan jalan belakang.

Kawan,
kita ada agama untuk berpegang
usah terlalu mengikut nafsu syaitan
kelak kita yang menanggung kerugian
hadir di hadapan Ilahi dengan kegagalan.

~Goldkey, 8/5/11, 22.05 pm~

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-5-2011 12:07 AM | Show all posts
Kemenjadian tiada kepastian
kemenjadian tiada jaminan
kemenjadian perlu diusahakan
kemenjadian perlu pengorbanan
kemenjadian perlu kesabaran
malam yang tak menjadi
bawa mimpi ngeri
baiki diri
mungkin mengubah tragedi
tak berulang kembali.

~Goldkey, 9/5/11, 0.05 am~
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-5-2011 07:48 PM | Show all posts
Segugus kasih yang meranum
mewangikan setaman hati yang mekar
menyuburkan putik cinta
di tangkai jiwa
yang bergayutan pada pohon asmara
menunggu paduan dua sukma
memetik ke singgahsana.

~Goldkey, 9/5/11, 19.30 pm~
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-2-2025 03:06 AM GMT+8 , Processed in 0.118040 second(s), 41 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list