|
orang Pekan ni
Inna lillahi wainna ilaihi raji'un
tiga sahabat maut uji kereta
Oleh Mohd Fauzi Abdullah dan Shahrul Nizam Mohamad
[email protected]
KUANTAN: Kegembiraan seorang posmen melaram kereta baru dibeli empat hari lalu bersama empat rakan berakhir tragedi apabila tiga daripada rakannya itu maut selepas terbabit kemalangan di Jalan Teluk Cempedak di sini, pagi semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 3.30 pagi, kereta mangsa dipandu seorang rakan yang baru mendapat lesen memandu dipercayai hilang kawalan sebaik tiba di persimpangan Datuk Abu Samah sebelum terbabas dan merempuh sebatang pokok.
Difahamkan, ketika kejadian kelima-lima mangsa dalam perjalanan pulang ke Pekan selepas makan malam di Teluk Cempedak.
Mangsa yang maut semua penumpang belakang, Mohd Herry Razali, 23, dari Kampung Sungai Mat Dulang, Pekan; Mohd Hafiz Jantan, 24, dari Padang Polo, Pekan dan Sharifah Nor Jannah Syed Mohammad, 18, dari Kampung Parit, Pekan.
hmetro |
|