Cari sinar bahagia
Oleh Mohd Helmi Irwadi Mohd Nor [email protected]
“Seboleh-bolehnya benarkan saya tenang seketika dan mengecapi kebahagiaan seperti mana orang lain dapat,” kata pelakon, Sharnaaz Basir Ahmad, 28.
Itu permintaan pelakon berbakat besar menerusi drama Juvana yang ditanyakan keadaannya selepas dia dikatakan membuat keputusan melupakan terus kekasihnya, Shila Amzah, 24, selain enggan dikaitkan lagi dengan keluarga penyanyi itu.
Sharnaaz yang dihubungi semalam berkata, dia tidak mahu terus memikirkan kontroversi menimpanya bersama Shila dan bapa penyanyi itu, ND Lala, 52, sebaliknya berusaha mencari kebahagiaan.
Dia yang kini berada di rumah keluarganya di Pulau Pinang, menegaskan sekiranya jodohnya dengan atau bukan bersama Shila, dia masih berpendirian sama dan inginkan kebahagiaan.
“Saya cuma nak bahagia... dengan atau bukan bersama Shila...Saya tetap mau (mahu) bahagia..end (tamat),” katanya yang turut mengirimkan mesej khidmat pesanan ringkas (SMS).
Menurut Sharnaaz, dalam keadaan yang ‘tenat’ ini, dia berharap biarlah masa yang menentukan segala-galanya.
“Jangan risau keadaan saya, Alhamdulillah saya ok.. no answer (tiada jawapan), salam my brotha,” sambungnya lagi menerusi SMS.
Ditanya sama ada akan bertemu Shila atau ND Lala untuk memohon maaf terhadap kontroversi lalu, Sharnaaz berkata, dia belum membuat perancangan.
“Saya mahukan ketenangan dan jangan dikaitkan lagi isu itu dengan saya,” katanya.
Sharnaaz turut memaklumkan dia tidak tahu menahu mengenai sidang media yang bakal dijalankan Shila dan ND Lala selepas usaha wartawan di Pulau Pinang menemu bual penyanyi itu dihalang, Isnin lalu.
Harian Metro 31 Januari lalu melaporkan kisah percintaan Sharnaaz dan Shila ‘ditimpa malapetaka’ apabila ND Lala menyifatkan pelakon itu sebagai biadab dan tidak menghormati keluarganya menerusi kenyataan bahawa Shila sebagai bakal isteri.
kenyataan sharnaz tu cam 'bg peluang' nak sambung balik jerr..agaknya minah tu dah baca tak kenyataan bekas cinta hati dia..
apa perasaan nd lala skrg yer tengok ank dara dia 'meroyan'...youtube..lagu utk sharnaz..mlm nihh galaksi mmg panas..kiah propa..hihi
shilalat
udah2 ler dok bagi hints seolah2 ko nak sambung balik dgn si habang bulus tu.....simpan2 ler apa jua ko nk luahkan tu kat dlm hati...tak pun tulis ler dlm diary, tak perlu dipropakan utk tatapan umum......
mizkajura posted on 15-2-2013 01:59 PM
nama pon retis...sikit2 buat press conperence bagai...
nyampah jah
I pun da start nyampah ...
I bukan dia puny fan pun hehehhehe.. tp yelah selalu gak beli majalah ada gak lah baca kisah-kisah depa ni...
I remember one thing, even my husband yg tak reti hal restis restis ni pun leh comment 'dua org ni, rapat nk mampus, awat parent mereka tak kahwinkan aje, karang 'B' kang sape yg malu' this is ayat yg paling sgt i igt...
perembes posted on 14-2-2013 04:46 PM
ade jugak yg menyalahkan nd lala dan membenarkan sanaz...sapa sebenarnya sanaz nih pada shila? dan ...
setttuuuujuuuuu sesangat ngan uolss!!! Basically, kalau lelaki/pompuan x hormat kluarga you..maksudnya dia sebenarnya x menghormati you in reality..now can see oledi...salah satu basic lam memilih pasangan hidup...bukan takat ensem muka or poketnye ajer...
wartawan pun sudah2lah tu. Ya Allah xpt shila shanaz xdpt shanaz bapak shila xdpt bapak shila cedok kat twiter pun jadilah. Tak blh ke bg ruang deme brtenang dulu. Ini memekak xhengat. cuba kena btg idung sndiri.
lampu_liplap posted on 15-2-2013 03:10 PM
shilalat
udah2 ler dok bagi hints seolah2 ko nak sambung balik dgn si habang bulus tu.....simpan2 l ...
shilalat ni agaknya tak pernah jumpa dgn jantan selain adik beradik n bapak dia.. sbb tu bagi dia si nenas ni terbaik utk dia..nnti klu satu hari dia terjumpa lelaki yg hormat dia sebagai wanita baru dia menyesal mempertahankan nenas..!