|
Gangnam University College - PENGUMUMAN BERSEJARAH SETIAP 9.00 PM BERMULA ESOK
[Copy link]
|
|
Edited by naqibnasuha at 27-2-2016 02:42 PM
Quiz: lecturer 4
1. Pilih salah satu kategori terbaik/popular top 5 yang anda tahu tentang perihal calon-calonnya.
Kemudian, KUPASKAN secara logik mengikut fikiran anda , apakah yang membuatkan calon-calon tersebut boleh menduduki top 5 kategori tersebut setelah ianya dipilih oleh fans kdrama Malaysia secara konsesus? Siapakah anda rasa layak memenangi kategori tersebut ?
Anda boleh gunakan info daripada teks berkenaan atau dari sumber luar. Anda juga boleh bandingkan dengan cari kdrama awards sebelum ini.
CARI Kdrama Popular's Choices
[SBS] Pinocchiopemilihan cerita dgn tajuk utama pinocchio merujuk kepada choi inha(Park shi hye) yang mengalami masalah sendu..choi inha di sini apabila menyembunyikan sesuatu dia akan tersendu..sendunya akan hilang apabila meluahkan apa yang dia sembunyikan. dengan memfokuskan dunia reporter sebagai tema cerita dan dapat lihat camana seorang pinocchio melalui liku2 kehidupan sebagai reporter antara the truth and lies..drama ini merujuk kepada dunia penyiaran yang ditunjukan sangat jelas dan mcmana sesuatu berita itu dimanipulasi yang menyebabkan orang lain yang menjadi mangsa keadaan..di sini kita dpt lihat camana keluarga dalpo(Lee jong suk) iiaitu ayahnya dikambing hitamkan atas sebab berita yg membawa kepada kehancuran sebuah keluarga yg bahagia. di tambah pula dgn permainan sebenarnya dtg dari golongan atasan atas sebab kepentingan masing2....
[MBC] She Was Pretty
Mengisahkan tentang bagaimana dua kenalan/rakan yg berjumpa semula di mana masing2 telah berubah secara luarannya. Heroin (Kim Hye Jin) yg dulunya cantik-menarik-kau-mmg-the-bomb, telah berubah menjadi huduh (mengikut kriteria org Korea) bila meningkat dewasa. Heronya (Ji Seong Joon) plak berubah dari gemuk & pemalu kepada lelaki yg kurus & kacak. Masing2 x dpt melupakan first love mereka. Dengan berlatarbelakangkan office penerbitan majalah fesyen, mereka bertemu sebagai stranger dan kisah cinta mereka pun bermula.
[tvN] Twenty Again
his drama is all about a journey of self-rediscovery dan transformasi Ha No Ra, 38thn.. married..
Kehidupan HNR berubah 360 darjah setelah berkahwin dgn Kim Woo Chul @wonto dan mempunyai seorg anak lelaki - Min Soo. Apatah lagi ketika itu HNR baru sahaja berumur 18thn dan terpakse berjauhan dari neneknya yg merupakan satu-satunye ahli keluarga dia. Segala minat.. impian dan cita-cita HNR pd bidang tarian hilang begitu sahaja.. malah diri dan personaliti HNR yg bright juga turut hilang.. dari seorg yg aktif.. lively menjadi seorg yg pendiam.. pasif.. clueless.. takda pendapat sendiri.. Bagi HNR, KWC dan MS adalah dunia dia.
[MBC] Kill Me Heal Me
Drama ini menyingkap psikologi manusia melalui perkembangan isu DID/Multiple Personaliti Disorder. Sekali lagi Ji Sung dan Hwang Jung Eum menjadi pasangan utama dalam siri ini. Namun begitu keserasian mereka agak tenggelam berbanding pasangan kembar HJE dan Park Seo Joon. Menonton drama ini tidak dapat tidak pasti terpaksa membandingkan lakonan JS dan HJE di dalam Secret Love. Kisah dimulakan dengan babak-babak di hospital di mana pelbagai kerenah pesakit mental ditampilkan sebagai cabaran tugas seorang doktor psikiatri. Kerenah pesakit Heo Sook Hee membawa pertemuan ORJ bersama DHJ di sebuah kelab berprestij.
[SBS] Yong Pal
Permulaan cerita yang sangat menarik dengan latar belakang kim tae hyun yang mana dari kecil berkerja keras untuk mengubati penyakit adiknya dan tekun belajar dan menjadi doctor.disebabkan dgn latar belakang familynya yang miskin ditmbh dengan bebanan hutang yang byk akibat dari meminjam wang dari lintah darat bagimengubati adiknya yang sakit menyebabkan dia terjerumus dalam pekerjaan yang melanggar etika sebagai seorang doktor.dia menjadi yong pal secara rahsia iaitumenjadi doctor kepada gangster2 secara haram demi duit.disebakan dgn kerjapengalaman beliau ini menjadi dia seorang doctor yang sgt hebat melibatkan operasi pembedahan. cerita yang menarik ditambah dgn aksi2 yong pal menyelamatkan geng2 gangster ni.namun begitu hidupnya mula berubah apabila rahsianya diketahui chief lee dan bermulalah kisah gelapnya dalam wad vvip dan berjumpa dgn anak orang kaya yang koma selama 3 tahun iaitu dan bibit perkenalan dgn yeo jin yang akhirnya mereka sama2 jatuh cinta..jalan citer dari kisah doctor terus jadi kisah perebutan kuasa presiden dalam syakt hashin..
pemilihan drama-drama ini adalah tepat kerana kelima2 drama mencapai rating tinggi semasa ditayangkan di korea..di tambah pula dgn popularitynya di seluruh dunia dgn rangkaian pelakon yg mantap dan popular..di tambah dgn faktor pelakon jalan cerita turut menjadi faktor fans malaysia memilih 5 drama ini dicalonkan sebagai CARI Kdrama Popular's Choices pilihan forumer cari kdrama..pada 13/2/16 yang lalu telah diadakan award ini dan pemenangnya adalah drama dari [MBC] Kill Me Heal Me.memang tepat pilihan forumer kerana kelainan pada jalan cerita kerana memaparkan isu berkaitan personality DID/Multiple Personaliti Disorder dan ditambah faktor pelakon ji sung yang ramai bilangan peminatnya dalam forumcari kdrama ini..watak beliau sgt berat kerana memaparkan 7 personaliti..tahniah kill me heal me team...
2. Cari SATU 'trivia' menarik yang sesuai untuk gabungkan segala maklumat mengenai CARI Kdrama Awards. Pastikan trivia itu belum lagi disebut di dalam benang ini: CARI K Drama Awards (Results & Trivias)
1.Park shi hye pertama kali terpilih calon top 5 kategori best actress..sebelum ni hanya tercalon kategori popular sahaja.
soalan lecturer 4 ni plg susah nas nk jawab..
@dauswq @ismaha
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Edited by naqibnasuha at 27-2-2016 02:41 PM
setel semua... yes!! finally dh merdeka....sedih nak berpisah dgn kawan2 sekelas dan lecturer2 dan tmpt lepak kat library so ji sub yg dh terbakar dan bilik prof@dauswq @ismaha |
|
|
|
|
|
|
|
naqibnasuha replied at 27-2-2016 02:40 PM
setel semua... yes!! finally dh merdeka....sedih nak berpisah dgn kawan2 sekelas dan lecturer2 ...
Note....tq nas..
Merdeka!!! Merdeka!!! |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by plasterhati at 27-2-2016 04:22 PM
KUIZ 6
TAJUK DRAMA: SHINIER THAN SUN
GENRE: KEKELUARGAAN, SUSPENS, ROMANTIK KOMEDI,AKSI
SLOT: WINTER
PELAKON: - ZO IN SUNG sebagai HAN TAE YONG (bekas perisik berprofil tinggi)
- Serius, jaga kesihatan dan badan, mahir martial arts, pakar dalam senjata kompleks, tidak mahir dalam cinta
- MOON CHAE WON sebagai LEE HAN BYUL pelajar post grad (26 tahun)
-periang, keluarga biasa, bijak, banyak kerja part-time
- OK TAECYEON sebagai JUSTIN HWANG MIN JOON (pegawai Interpol) (31tahun)
- kunci kepada menyelesaikan kes, tangkas, anak saudara kepada prof Myung Soo, keturunan perintis Jejoongwoon dan mudah mesra.
- CHAE JUNG AHN sebagai JUNG HYE YOUNG (bekas teman wanita Min Shik) (30an)
- Pakar bidang fizik, elegant, bersama Tae Yong menghalang pembinaan prototype kemudian jatuh cinta dengan Tae Yong
- PARK HEE SOON sebagai HONG MIN SHIK (lewat 30an)
- KIM GAP SOO sebagai PROFESSOR HAN DAE YONG
SINOPSIS: Berkisar tentang Tae Yong yang kelihatan normal tetapi sebenarnya adalah bekas perisik yang mempunyai kelasnya tersendiri di arena espionage yang bisa membunuh dalam 5 saat. Setelah berhenti daripada Harimao Agency kerana merasakan hidupnya tidak bermakna dan hilang identity setelah direkrut sejak remaja semasa di KAIST. Walaubagaimanapun, pergerakannya dihidu oleh Interpol setelah seorang expatriate Perancis ditemui mati semasa tidur di Jepun pada Summer 2013. Setelah menemui bukti mengatakan mangsa adalah berkemungkinan penjenayah antarabangsa, pihak polis Jepun mendapatkan bantuan Interpol dan meletakkan purple notice terhadap kes ini. Interpol menghantar pasukan Hwang Min Joon.
Hwang Min Joon, berbangsa korea diadopt oleh keluarga Caucasian. Bapanya bekerja di kedutaan beberapa negara. Dia terkenal dengan ketangkasan menyelesaikan kes dan dikatakan mampu recreate babak jenayah kompleks. Dia dihantar bertugas ke Jepun kerana selain ketangkasan dan ketenangannya dalam menyelesaikan kes, juga kerana dia Asian dan merasakan orang Jepun akan lebih mesra dengan sesama Asia.
Semasa penyiasatan, Minjoon menemui bukti menyatakan ia kerja perisik dari Korea yang jenayah mereka sedang diperhatikan oleh Interpol. Dia ke Korea pada 2016 untuk mencari dalang jenayah ini setelah seorang lagi warga China dilaporkan hilang dan bukti menyatakan dia sedang dalam perbincangan untuk menjual prototype senjata. Bagi Harimao Agency, mereka melakukan tugas mempertahankan negara arahan kerajaan, namun bagi Interpol, ia adalah jenayah terancang. Maka wujudlah pertembungan diplomatik dan undang-undang di sini.
Pada 2016, setelah dua tahun berhenti kerja, Tae Yong berpindah ke Incheon berdekatan dengan ibu bapanya untuk mencari dirinya yang hilang dan membaiki hubungannya dengan keluarganya yang renggang dan membuka book cafe yang cozy untuk belajar bergaul dan blend-in dengan masyarakat, serta mencari seseorang yang sukakan kopi dan maklumat tempat terakhirnya adalah di Incheon, dalam kawasan IFEZ (Incheon Free Economic Zone).
Book Cafe milik Tae Yong mempunyai 3 orang pekerja; Kim Kiyoung barista yang pelik, Park Haneul pelayan maknae cum tukang cuci cum pelaris kedai yang beberapa kali fail audition untuk menjadi idol dan patisserie cum chef Kim Hong Gik umur 40an yang berhenti kerja hotel kerana stress dan watak yang paling normal di cafe tersebut. Dek kerana rungutan Haneul yang merasakan dia seorang melakukan kerja-kerja rencam dan entertain customer, Han Byul yang sedang mencari kerja akhirnya bekerja di situ.
Drama ini membawa tema kekeluargaan di mana penceritaan perjalanan Tae Yong menjadi rapat dengan keluarganya dan pelajaran yang diperolehi daripada perjalanan menemui arahtuju hidupnya; iaitu keluarga. Semasa dalam pencariannya, dia didatangi bapanya dengan serius menyuruhnya berhenti daripada apa yang sedang dilakukannya sekarang. Tetapi dek kerana norma seorang penyiasat, dia menjadi lebih ingin tahu bagaimana bapanya seorang pensyarah sastera biasa-biasa tahu tentangnya. Pada mulanya dia ditentang, namun setelah dua beranak ini belajar mengenal sifat dan kehendak masing-masing, mereka akhirnya bergabung menyelesaikan misteri dan menghalang kerosakan muka bumi ini. Hubungan Tae Yong dan Han Byul bergenre romantik komedi. Hye Young mula jatuh hati kepada Tae Yong setelah banyak menghabiskan masa bersama dan suggest mereka bercinta. Tae Yong yang merasakan mereka sehaluan dan rapat selain mengenangkan Min Shik menerima cadangan itu dan bertunang sebelum menyedari yang dia sebenarnya mencintai orang lain. Tae Yong kemudian dalam dilemma menafikan perasaan kepada Han Byul yang jauh lebih muda darinya, walaupun perasaannya terhadap Hae Young tidak sedalam cintanya terhadap Han Byul, namun dia tidak pula tidak sukakan Hae Young yang baik, cool, bijak dan dia sendiri mengambil berat terhadap Hae Young.
TAHUN 2013
BABAK 1 Tae Yong membuka sampul surat berlilit tali dan mengeluarkan catatan dan dokumen seperti persamaan kimia, jaringan molekul, dokumen bahasa Inggeris, Perancis, Jepun, Arab, dan lukisan seperti gambar manuskrip korea zaman purba. Tae Yong kemudian meneliti setiap gambar bersaiz 4R yang dikeluarkan daripada sampul itu. Antaranya terdapat gambar Hye Yong sedang menyampaikan kuliah. Walaubagaimanapun, dia masih oblivious tentang Hye Young sebagai orang penting dalam hidup Min Shik.
Dengan nada mengeluh dalam ingin tahu, “Sebab inikah kau pergi sahabat?....”.
Lalu menyandarkan kepala di kerusi dan pejamkan mata
Ost
BABAK 2 Boss kepada Min Joon menggunakan kpop untuk menghantarnya ke Jepun;
Lokasi: Pejabat Interpol Perancis
Dialog bahasa Inggeris kerana ketua kepada Justin Hwang Min Joon bukan orang perancis.
Boss: Justin, people in Japan need you. They think they found the lead to yakuza and mafia intel
Min Joon: But why me? I’m not good in intel. I think you point to wrong person, sir.
Boss: Hey..do you know people in Japan are crazy about kpop? Kpop concert tickets there are always sold out! My daughter are so crazy about them and I think, i myself will be crazy because of my daughter.
Min Joon: (Sambil kerutkan dahi) Then.......what’s the connection with me..................
Boss: You’re Korean right?
Min Joon: From Korea, yes but I’m French by nationality
Boss: Your face is Korean. Its enough for us
Maka sampailah Min Joon ke Jepun dan menyiasat kematian warga perancis tersebut.
BABAK 3 Pertemuan terakhir Tae Yong dan Min Shik di sebuah restoran lama yang sunyi tentang dia mahu berhenti, kembali ke pangkuan keluarga, kemudian berumahtangga dan ada anak, buka restoran dan menjalani hidup normal. Tiga minggu kemudian, Min Shik meninggal dunia dalam keadaan mengerikan, di-incinerate sebelum dihantar abunya kepada keluarganya. Semasa pertemuan terakhir itu, dia ada menyebut tentang kajian gila yang sedang dibangunkan dan sekiranya berjaya, mereka yang terlibat sama ada menjadi super kaya atau mati seorang demi seorang. Akibat mimpi mayat mengerikan Min Shik dan scene restoran tersebut sentiasa bermain di kepalanya, dia akhirnya sedar apa yang dimaksudkan Min Shik dulu, mahu mati di samping keluarga semasa melihat sebuah pasangan warga emas bersama seorang budak lelaki sedang makan ais krim.
Scene di restoran guksu
Min Shik: “Yaa, Han Tae Yong!! Harimao jenis apa ni lambat datang date sendiri?”
Tae Yong: “Date kaki kau! Kau ingat kau perempuan cantik? Dahlah makan tak tunggu aku..Ajumma, guksu satu!”
Min Shik kemudian melempar satu sampul surat A4 agak tebal kepada Tae Yong
Tae Yong: Apa?
Min Shik: Calon isteri
Tae Yong: Serius laa
Min Shik: Betul lah tu...(sambil senyum)
Tae Yong: “Dah kenapa senyum aje manjang..Tak pernah-pernah senyum manis macam terlebih gula ni..Dahlah, jangan buang tebiat” (Sambil meletakkan sampul surat tadi di sebelah setelah guksu sampai)
Min Shik: “Tanda tengah bahagia...Sampul tu tolong jaga sekejap..” (kemudian gelak-gelak kecil sambil hirup air)
Semasa Tae Yong membuka ikatan envelope, Min Shik bersuara
Min Shik: “Tae Yong ah, ko tak nak kawen?” Soalan itu mengejutkan Tae Yong lalu tidak jadi membuka envelope itu.
“Aku rasa aku nak berhenti...kahwin...buka restoran..kemudian ada anak..Hmmmm.. buka di kampung dekat dengan keluarga aku pun ok kan?” (Kemudian makan guksu)
“Rasanya di Busan pun ada university bagus”
Tae Yong: Tadi kata nak pencen nak buka restoran?
Min Shik: Bukan aku...
Tae Yong: Ko serius dah jumpa perempuan yang ko suka?
Min Shik hanya diam dan tersenyum penuh makna lalu Tae Yong gelak besar. Setelah lap mulutnya, Min Shik meminta diri dan berpesan. “Simpan tu..nanti tuan dia akan cari” Kemudian Min Shik membayar makanan mereka dan keluar. Tae Yong menghabiskan Guksunya sambil memandang sampul itu, selesai makan, dia berlalu dengan membawa sampul misteri itu.
Masuk ke keretanya; “Tuanlah sangat..padahal gambar perempuan!” dan kemudian melemparkannya ke dalam dash board kereta dan berlalu.
BABAK 3: Dari jauh kelihatan ibu, adik perempuan dan adik lelaki Min Shik sedang membuang abu mayatnya di atas bukit sambil diperhatikan oleh keluarga adiknya.
Adik perempuannya meraung meracau-racau dan adik lelakinya bersuara lemah bagaikan bercakap dengan Min Syik. Kemudian isterinya meletakkan tangan di bahunya tanda memberi kekuatan.
Kembali kepada Tae Yong:
-memerhati, menunjukkan ekpresi pilu hatinya tidak dapat menjalankan upacara seperti orang normal untuk kawannya dek kerana tugasnya. Kakinya terasa ingin bersama-sama keluarga Min Shik ketika ini.
TAHUN 2014
BABAK 4 Di tengah-tengah kesibukan kota, sebuah sedan berwarna hitam parkir di di tepi jalan. Di dalamnya, Tae Yong dan 2 rakan sepasukannya kelihatan sedang memerhati sekeliling. Pandangan mata Tae Yong kemudian secara tidak sengaja terarah kepada sepasang warga emas bersama budak kecil sedang makan ais krim.
Rakan 1: (setelah berpaling ke arah pandangaan Tae Yong) “Hyung, teringin nak makan aiskrim ke? Panas betul kan sekarang?”
Tae Yong tersenyum sambil menggilingkan kepala.
Rakan 2: Tae Yong mana makan aiskrim. Makanan tak sihat katanya. Aigooo...sape lah yang malang dapat Tae Yong yang jenis jaga badan macam nak hidup 200 tahun.. bukan!! bukan!! Apalah faedahnya kalau tak ada tempat nak tunjuk 6pack tu?
Tae Yong masih lagi lihat 3 beranak ini.
Dan kemudian datang seorang pemuda ke arah mereka lalu meriba budak lelaki itu. Kemudian budak itu menyuap ais krim kepada lelaki itu dan wanita tua juga menyuapkan ais krim kepada pemuda tersebut
Tae Yong masih memerhati mereka dari kereta kereta.
Rakan 1 dan 2 masih lagi berborak kosong tentang Tae Yong tanpa Tae Yong hiraukan.
Kemudian datang wanita bersama seorang budak perempuan sekolah rendah. Wanita itu memeluk budak lelaki itu dan lap mulut bapa dan anak itu.
Mereka berenam kemudian beredar berjalan beriringan mereka ketawa bersama-sama dan kadang-kadang budak perempuan itu memuncungkan mulut.
Rakan 2: Aigooooo...seronoknya mereka boleh jalan-jalan dengan keluarga. Hyung kamu ni dah 2 minggu tak jumpa anak bini, jumpa mak kt kampung setahun sekali masa memorial day bapak saja....
Rakan 1: Hyung...(dengan nada risau)..Adakah saya juga akan macam tu? Sekarang ni pun sibuk sampai tak ada masa nak ada girlfriend!
Rakan 2: Sapa suruh kau jadi Harimao..Hadap lah sampai ke pencen kalau tak mati
MATI...
Setelah mendengar perkataan MATI itu, seakan masanya berhenti; dia tidak dengar lagi perbualan keduanya sehingga mendapat panggilan telefon berlalu pergi.
**Scene ini penting kerana di pengakhiran scene episode finale, scene keluarga ini akan kembali dipaparkan semasa Tae Yong bersama keluarga dan isterinya yang mana keadaan dirinya pada ketika itu jauh berbeza dengan sekarang. Tae Yong mengenang kembali gambaran keluarga idaman Min Shik
FALL 2016
BABAK 5: Scene di pejabat bapa Tae Yong di university
Professor Han Dae Yong didatangi seorang lelaki lewat enam puluhan ke pejabatnya. Setelah pelawaan untuk ke cafe ditolak, mereka berbicara di pejabatnya sahaja. Setelah bertanya khabar masing-masing, lelaki itu kemudian berkata;
Kawan: Dae Yong, kau masih simpan buku yang Prof Myung Soo bagi pada kita dulu?
Han Dae Yong: Buku? Banyak buku..hyung nak yang mana satu? Nanti saya cari
Kawan: Tak..(sambil giling kepala) Aku tak nak, aku hanya nak tau di mana buku tu sekarang
Han Dae Yong: Buku mana?
Kawan: Manuskrip Joseon yang hampir kita bakar dulu.............
Han Dae Yong: (senyap beberapa saat sebelum membuka mulut) Kenapa hyung? Ada apa yang berlaku?
Kawan: Ada orang cari pulak sekarang, setelah sekian lama. Aku risau... (ekspresi risau dan serius)
“Mereka orang bahaya. Mereka nak musnahkan manusia. Yang lain aku boleh agak kenapa, tetapi dia....(sambil memegang foto yang diambil dari jarak jauh).
“Dia berbahaya. Aku tak tahu kenapa dia cari..... Manusia sekarang gila”
BABAK 6 Prof Han Dae Yong mengeluh sambil memerhati gambar (Tae Yong) yang tidak jelas di tangannya lalu meletakkan di mejanya. Kemudian meraup mukanya 2-3 kali sebelum bersandar ke kerusi dan memejamkan mata. Kelihatan berita seorang sasterawan negara meninggal di usia 70an. Gambar berita menunjukkan hyungnya itu meninggal.
Ingatannya belayar ke 35 tahun lalu, ketika dia dan rakannya berada di pejabat kemudian prof mereka masuk dan mengeluarkan buku seakan manuskrip lama lalu menunjukkan kepada mereka berdua. Mereka teruja sehinggalah prof mereka bermuka serius meminta mereka mendengar sebuah cerita sambil memegang manuskrip itu. Profnya bercerita tentang zaman Joseon, perang, pakatan sulit, kajian rahsia kerajaan joseon sehinggalah kepada manuskrip di tangannya dan cerita perihal buku itu, kepentingan dan curse yang dibawanya. Profnya sempat berpesan jagalah buku ini seperti nyawa mereka dan berpesan jika terjadi sebarang kejadian kepadanya, ambil buku ini dan bawa lari, simpan di tempat yang mereka sendiri tidak sangka akan simpannya di situ. Dia tiada keturunan untuk diwariskan kepada mereka seperti nenek moyangnya, kerana sejak akhir-akhir ini keturunan keluarganya diburu dan seakan banished dari dunia. Rupanya prof mereka adalah keturunan pelopor saintis hebat joseon sebelum zaman jaejoongwoon dan keluarga mereka sering diburu oleh organisasi gelap.
Setelah Prof meninggal seminggu selepas itu, mereka mula panik dan cepat-cepat ke kubur adik prof yang meninggal semasa kanak-kanak dan mengambil manuskrip itu dan mula ketakutan kerana terasa seperti diperhatikan. Di bilik study Dae Yong muda ketika itu, mereka telah bersedia untuk membakar manuskrip itu sebelum Tae Yong yang masih kanak-kanak masuk bilik dan berlari ke arah bapanya dan memberitahu ibu menyuruh ayah dan samchunnya makan malam. Mereka menyimpan buku itu dan keluar dari bilik itu sebelum sempat membakarnya. Selepas itu, manuskrip itu berada dalam simpanan Dae Yong kerana rakannya tidak mahu menerima nasib yang sama seperti prof mereka dan dia menyangka Dae Yong membakarnya setelah dia pulang dari makan malam di rumahnya 35tahun dulu.
Manuskrip karangan zaman joseon tersebut adalah jawapan kepada persoalan mengapa kajian para saintis masih gagal menghasilkan pemusnah genetic yang tidak dapat dikesan oleh sebarang ujian sekali pun iaitu perkiraan masa yang tepat untuk melancarkan serangan menggunakan jam astronomi tetapi mengubah beberapa skala dan pemboleh ubahnya dan mengambilkira faktor gravity dan pergerakan planet dan bulan. Masa yang tepat adalah faktor yang crucial kerana mikroorganisme ini bertindakbalas dengan bahan kimia khas pada masa kiraan tepat ini sahaja. Ini bermakna, sebelum wujud keadaan yang tepat ia hanyalah sekadar air minuman biasa. Setelah fasa masa yang tepat yang hadir dalam tempoh beberapa ratus tahun sekali ini, senjata ampuh ini tidak dapat dikesan kerana kembali menjadi air seperti biasa tetapi parasit dan virus yang telah masuk dalam tubuh manusia telah menjadikan manusia perumahnya, bermutasi bersama DNA manusia dan akhirnya berlaku mutasi gen DNA, dipasskan kepada keturunan mereka dan akhirnya terhapus manusia dia kawasan yang airnya dicemari virus dan parasit pendam ini. Ia adalah suatu yang belum di-discover oleh para santis moden. Manuskrip itu sememangnya dicari oleh organisasi gelap sejak zaman joseon lagi.
EPISODE 2
BABAK 1 Hwang Min Joon sampai ke korea. Setelah keluar dari balai ketibaan, dia keluar mendapatkan teksi dan ke hotel. Sepanjang ke hotel, Min Joon bermonolog sambil melemparkan pandangan ke luar tingkap.
Monolog Min Joon:
Sampai juga aku ke tanah tumpah darahku akhirnya. Adakah ini kebetulan atau sememangnya suratan? Tanah ini yang menyambut kelahiranku dan tanah ini juga yang membuang aku jauh dari asalku. Mum, do you really think that i should find my destiny while i’m here? Do you really think that my real parents still exist and if they are, do they want me?
Destiny..Fate..Unmyeong..apakah ini semua..
BABAK 2 Bermula babak membuka cafe, kemudian suasana cafe yang biasanya lengang dan Tae Yong sentiasa berada di sudut yang boleh melihat semua pelanggan di cafenya, pekerjanya Haneul yang banyak membebel, baristanya yang sentiasa muka tidak berperasaan dan chef yang sentiasa memasak walaupun tiada pelanggan lalu memaksa mereka semua makan masakannya.
EARLY WINTER 2016
BABAK 3 Dari luar nampak salji pertama tahun ini. Han Byul sedang merenung laptopnya sambil terkumat kamit ayat yang dia saja fahami. Dia baru saja terlepas peluang menjadi R.A proffnya. Jika dia dapat post tersebut, selain tidak perlu risau akan kewangan, dia juga boleh bekerja sambil menyiapkan papernya kerana ia berkaitan. Kemudian dia nampak kekosongan di cafe tersebut dan dia diterima bekerja oleh Tae Yong kerana dia pelajar post grad membuat kajian berkaitan sains di university di kawasan Incheon.
BABAK 4 Minjoon menjejak penjenayah ke korea, kemudian berkira-kira mencari leluhurnya. Kemudian dia bertemu Han Byul yang menjadi tourist guidenya untuk melawat Seoul. Sebagai orang pertama di luar tugas yang ditemuinya, dia consider Han Byul kawannya setelah dioffer Han Byul yang mesra alam. Persahabatan mereka menimbulkan bibit cinta dipihak Min Joon.
BABAK 5 Jung Hye Young adalah penyelidik dan pensyarah di Incheon Universiti yang baru berpindah selepas melarikan diri daripada kenangan bersama Min Shik. Semasa di seminar, dia terjumpa kawan lama dan kawannya bercerita tentang cerita urban legend di kalangan penyelidik di korea tentang virus pemusnah DNA. Ia membuatkan dia teringat kekasihnya Min Shik yang meninggal demi menghalang pembinaan mutasi virus ini dan masih mencari rakan baik Min Shik yang sering diceritakan olehnya. Kemudian dia teringat tentang petak peringatan Min Shik dan bergerak ke sana untuk meletakkan tanda kepada Tae Yong yang dia sedang mencarinya.
Insert song:
Babak akhir episode 2 Paparan gambar berframe Min Shik memeluk envelope misteri itu dan tersenyum kepada fotografernya. Dari pakaian dan latar belakang dalam restoran sama, jelas bahawa ia adalah di hari pertemuan terakhirnya dengan Tae Yong....
Preview ep3 ost
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
habis la zanie...
|
|
|
|
|
|
|
|
research tu kan, mmg kelam kabut buat.. sbb taip dalam dlm masa 30 minit sebelum minut2 akhir...
|
|
|
|
|
|
|
|
zanierpk replied at 27-2-2016 08:07 PM
habis la zanie...
Xpe zanie...de masa lg ni.. |
|
|
|
|
|
|
|
tgh cari quiz 4, 5, 6 tak jumpa...
|
|
|
|
|
|
|
|
zanierpk replied at 27-2-2016 08:22 PM
research tu kan, mmg kelam kabut buat.. sbb taip dalam dlm masa 30 minit sebelum minut2 akhir... {:d ...
Tp dh okay..prof byk bg markah...blh naikkn gred..hehehe...nas punya lg ringkas...buntu x tau nk buat sape.....lega dh abih..hahahaha..lth bljr blk balik ni.. |
|
|
|
|
|
|
|
zanierpk replied at 27-2-2016 08:24 PM
tgh cari quiz 4, 5, 6 tak jumpa...
Cek page satu je..kt stu prof dh senaraikn setiap lecturer.. |
|
|
|
|
|
|
|
Nas... zanie rasa zanie dapat F ... cam byk jer dah tertinggal ketapi....
kalau la ada pakwe macam yoo jung (cheese in the trap) boleh pinjam nota dia.... sighhhh...
nas... definitely zanie kena repeat sem..
|
|
|
|
|
|
|
|
tak mungkin zanie leh dpt F
kecuali klu tak buat research project & final exam
final exam ade lg..
good luck
|
|
|
|
|
|
|
|
congratz dh siapkan sume esemen
cc. assoc prof @ismaha
|
|
|
|
|
|
|
|
kerlastt cerita kak plasterhati..dr garapan yg agak details dlm dialong dan penceritaan , mcm sesuai jd scriptwriter..
misteri dan ade pengaruh sains yg boleh bawa kecelakaan jika didedahkan 'pemusnah' di khalayak manusia @naqibnasuha
so hero ni cari the truth behind kematian min shik yg mgkn kaitan dgn kehilangan manuskrip joseon tu?
perisik dr perancis ape jadahnye dtg ke korea? psl manuskrip tu kah?
satu lg, umpan moon chae won tu agak berjaya wlpn nk jdkn wtk dia ala2 perisik gak..
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by ismaha at 28-2-2016 09:46 AM
Research Project: masdiana-ana
1. Padat dan jelas (20%) - 20
2. Tempting / Menarik perhatian (20%) - 18
3. Kredibiliti (10%) - 10
Komen: masdiana berjaya mengupas secara terperinci mengenai lakonan dan kejayaan pelakon-pelakon pilihannya, Joo Won dan Han Hyo Joo. Menariknya, tema "Putera Drama dan Ratu Filem" agak sesuai untuk diperbandingkan tentang tahap populariti dan kejayaan masing-masing berpandukan hujahan - versatiliti, kejayaan box-office dan "ratings" serta cabaran dihadapi pada tahun 2014. Hujah-hujahnya begitu lancar dalam membandingkan naik turun pelakon dan bagaimana mereka berjaya mengekalkan status populariti dalam bidang masing-masing. Cuma, ada kekurangan sedikit pada pandangan saya tentang cara tarikan untuk pembacaan penonton, mungkin artikel ini boleh diolah lebih kreatif dan dibaurkan ke dalamnya kesemua aspek termasuk trivia dan olahan lakonan secara mampan.
Research Project: Masdiana-ana
1. Padat dan jelas (20%) - 20
2. Tempting / Menarik perhatian (20%) - 20
3. Kredibiliti (10%) - 10
Komen: Research project yang lengkap
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by ismaha at 28-2-2016 09:45 AM
Research Project: runaway_dida
1. Padat dan jelas (20%) - 19
2. Tempting / Menarik perhatian (20%) - 17
3. Kredibiliti (10%) - 9
Komen: Artikel agak jelas tentang perkembangan mengenai Doo Joon dan bagaimana dia meniti perlahan-lahan menceburi bidang lakonan sehingga lakonannya mula mendapat kritikan positif. Walaupun jargon rojak english yang dicampurkan sekali tidak pembacaan malah kadang-kala ia kelihatan menarik, tetapi untuk membolehkan artikel ini dinilai dengan adil penggunaan bahasa melayu dengan minimal english adalah sangat digalakkan. Kapsyen gambar dan rujukan di mana penulis lampirkan fakta juga seharusnya dipuji. Good effort!
Research Project: Runaway_dida
1. Padat dan jelas (20%) - 20
2. Tempting / Menarik perhatian (20%) - 20
3. Kredibiliti (10%) - 10
Komen: Pengenalan dimulakan kupmpulan kpop idol -Beast yang mana Yoon Doo Joon merupakan salah seorang ahli anggota kumpulan tersebut. Tema tajuk yang bertepatan dengan research project dibentangkan....serta ulasan yang lengkap dari setiap drama lakonan Yoon Doo Joon dan diserta kejayaan Yoon Doo Joon capai sepanjang dalam bidang lakonan. Penutupan yang menarik dengan mengharapkan perhatian dari pembaca-pembaca untuk terus menyokong Yoon Doo Joon.
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by ismaha at 28-2-2016 09:42 AM
Research Project: blueberri
1. Padat dan jelas (20%) - 20
2. Tempting / Menarik perhatian (20%) - 20
3. Kredibiliti (10%) - 9
Komen: Artikel sangat lengkap kerana ditulis dengan penuh jiwa. Penulis juga sertakan video hasil gubahannya sendiri menjadikan presentasi artikel. Usaha-usaha penulis semenangnya diberikan pujian. Cuma pada pandangan saya, mungkin gaya bahasa artikel boleh diperbaiki dalam bentuk sedikit formal dan sumber juga perlu disertakan untuk menguatkan kesahihan.
Research Project: Blueberri
1. Padat dan jelas (20%) - 20
2. Tempting / Menarik perhatian (20%) - 20
3. Kredibiliti (10%) - 10
Komen: Langkap dan padat...huraian yang bersahaja tapi bersemangat yang menampakan pengarang begitu obses dengan bahan ujikaji beliau.
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by ismaha at 28-2-2016 09:40 AM
Research Project: naqibnasuha
1. Padat dan jelas (20%) - 11
2. Tempting / Menarik perhatian (20%) - 14
3. Kredibiliti (10%) - 5
Komen: Tidak kelihatan penulis mengupas trio ahjumma dari perspektif sendiri.
Research Project: naqibnasuha
1. Padat dan jelas (20%) - 15
2. Tempting / Menarik perhatian (20%) - 17
3. Kredibiliti (10%) - 6
Komen: Menarik tajuk trio yang diberikan disebabkan penulis begitu kagum dengan lakonan ahjumma2 ini...cuma kurang pengulasan dari pendapat penulis sendiri.
|
|
|
|
|
|
|
| |
|