|
Originally posted by MsCinderella at 31-3-2008 02:12 PM
simpati aku betul kat dia...
tak ada ka muslim2 kat london tu yg kaya raya nak tolong dia?
2 la pasai.........pelik sungguh aku.........
mak dia mana p..........
pak dia dah mmg tau kena penjara.......
adek beradik dia mana? |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1661 noret's post
MIA la kot..
dulu ada gak cter yg adik2 dia pun bijak mcm dia..
tak p sekolah...la ni tak tau apa cter..
nak sangat sufiah jd org dewasa waktu dulu..nah sekarang mmg berlagak jd dewasa betul la... |
|
|
|
|
|
|
|
Kisah Sufiah resahkan ibu
LONDON: Pendedahan mengenai kisah pelajar pintar matematik, Sufiah Yusof, 23, yang dilaporkan menjadi pelacur untuk menyara kehidupannya, mengejutkan ibunya, Halimaton Yusof.
Halimaton, seorang rakyat Malaysia, dikatakan berada dalam keadaan tertekan dan enggan melayan panggilan wartawan yang tidak berhenti-henti cuba mendapatkan ulasannya.
Presiden Kesatuan Melayu United Kingdom, Hamidi Abdul Rahman, yang rapat dengan Halimaton berkata, laporan akhbar tabloid |
|
|
|
|
|
|
|
Demi cinta, pasangan mati bersama
|
|
|
|
|
|
|
Kosmo!Online Mati dipanah petir ketika bermain bola |
Oleh SITI KAMILAH MUSTAPHA
[email protected]
3 April 2008
Link to original article
ANAK saudara mangsa, Taufiq Attan (kanan) bersama adik arwah, Muhamad Amin menunjukkan tempat mangsa mati disambar petir di Kodiang kelmarin. Gambar kecil - Khairon
|
ALOR STAR - "Saya nampak ada satu cahaya terang sebelum disusuli dengar bunyi dentuman kuat. Lepas itu saya tak tahu apa-apa kerana pengsan selama beberapa minit".
Demikian cerita Rozaimi Johari, 26, mengenai kejadian petir yang berlaku petang kelmarin sehingga mengorbankan seorang rakannya, Mohd. Khairon Fadzli Md. Isa, 27.
Sebelum kejadian pukul 7 petang, Rozaimi, Mohd. Khairon dan beberapa orang pemuda lain sedang bermain bola sepak di padang Sekolah Kebangsaan Tengku Bendahara, Kodiang, Kedah.
Katanya, cuaca masa itu baik dengan tidak ada tanda-tanda mahu hujan.
Bagaimanapun, menurutnya, dalam sekelip mata terdengar petir yang amat kuat dan terkena Mohd. Khairon.
"Saya yang paling hampir dengannya pengsan dan melecur di beberapa bahagian badan dan apabila saya sedar Mohd. Khairon sudah tiada,'' katanya yang masih dirawat di Hospital Tunku Fauziah (HTF) di sini semalam.
Jelasnya, Mohd. Khairon yang bujang itu baru dua bulan bertugas sebagai pemandu jentera berat di sebuah syarikat binaan di sini.
Jenazah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Damai di Kodiang, Kedah.
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Bunyamin, Baddrol ke Chelsea (bangga aku jd anak kedah)
KUALA LUMPUR |
|
|
|
|
|
|
|
Azraai puas hati prestasi pemain muda (bangga aku kat anak muda kedah)
KUALA LUMPUR |
|
|
|
|
|
|
|
posting bnyk plak............
[ Last edited by noret at 4-4-2008 12:59 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
posting bnyk plak.............
[ Last edited by noret at 4-4-2008 12:59 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
[table=100%,black][tr][td]
[table=96%,white][tr][td]
- negara -
Tertembak anak sendiri yang disangka pencuri
Kosmo!Online
9 April 2008
Link to original article
ALOR STAR
|
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1667 oobi's post
ler...bapa dia kata dia guna lampu suluh...karan tak dak ka...?
aku pun jd musykil lak kalau org rumah guna lampu suluh dlm rumah sendiri padahal karan ada....peti ais depa besaq kot.... |
|
|
|
|
|
|
|
assalamualaikom.........
Kawasan setinggan hangus, 32 tinggal sehelai sepinggangOleh Omar Osman
SUNGAI PETANI: Seorang suri rumah hanya sempat menjerit kepada jirannya agar segera lari meninggalkan rumah selepas rumah yang didiami mereka musnah sama sekali dalam kebakaran di Tanjung Dawai semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 11.30 pagi semalam, sebanyak lapan rumah setinggan yang terletak berhampiran dengan pekan Tanjung Dawai, di sini musnah sama sekali selepas disambar api menyebabkan kerugian lebih RM 100,000.
Akibat kejadian itu, seramai 32 mangsa daripada lapan keluarga tinggal kini sehelai sepinggang kerana tidak sempat menyelamat apa-apa dan menumpang di rumah saudara masing-masing.
Seorang suri rumah, Wan Rohaya Abdullah, 29, berkata ketika kejadian berlaku dia sedang memasak di dapur apabila terhidu bau asap lalu keluar melihatnya dan terkejut mendapati api marak menyambar sebahagian rumah jirannya, kira-kira beberapa meter dari rumahnya.
Katanya, dia hanya mampu menjerit kepada semua jiran agar segera melarikan diri selepas melihat api sedang marak menyambar satu demi satu rumah jirannya sebelum masuk semula ke dalam rumah dan menelefon bomba.
sapa ada info lengkap.... rumah tok aku kat situ... tp takdak tipon... jd takdak khabar brita... tak tau belah mana terbakaq... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1669 rambutan's post
Wasalam...
x tau lak sapa2 yg kat sini duk Tanjung Dawai...
kalau nak tau jugak..kena call bilik berita tu dptkan info |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1670 MsCinderella's post
TQ........... |
|
|
|
|
|
|
|
Utusan Online Stesen bas ekspres Sungai Petani RM10 juta |
Link to original article
SUNGAI PETANI 14 April - Bandar Sungai Petani akan mempunyai satu lagi mercu tanda baru apabila Kerajaan Kedah bersetuju membina sebuah stesen bas ekspres yang dilengkapi pusat membeli-belah di Jalan Kuala Ketil di sini, tidak lama lagi.
Projek yang dinamakan Dataran Usahawan bernilai RM10 juta itu akan dibina menggantikan stesen bas ekspres sedia ada yang makin usang.
Pelaksanaan projek yang mengambil masa kira-kira 14 bulan dikendalikan oleh Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK) dan kerja-kerja pembinaan dimulakan pada bulan Jun ini.
Jurutera Reka Bentuk PKNK, Mohd. Sobri Mustafa berkata, stesen bas tersebut akan dilengkapi dengan sembilan lorong terminal yang membolehkan bas ekspres berhenti dengan 32 kaunter tiket.
"Projek ini mempunyai keluasan sebanyak 5,632 meter persegi dan sebanyak 65 kedai-kedai turut disediakan bagi memudahkan para penumpang serta orang ramai membeli-belah apabila siap kelak,'' katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis lawatan kerja dan taklimat projek berkenaan di sini, baru-baru ini.
Hadir bersama ialah Ahli Parlimen Sungai Petani, Johari Abdul.
Menurut Mohd. Sobri, bagi memudahkan pelaksanaan projek, kaunter tiket dan gerai-gerai di stesen bas ekspres sedia ada akan dipindahkan sementara ke tapak Pasar Jumaat yang terletak di seberang Jalan Kuala Ketil.
"Tapak Pasar Jumaat tersebut akan beroperasi sebagai stesen bas ekspres sementara dan kita memberikan jaminan semua kemudahan yang ada di situ adalah sama dengan keadaan sekarang,'' katanya.
Dalam pada itu, Johari berkata, pihaknya berharap PKNK dapat menyediakan kemudahan menunggu bas lebih selesa di stesen bas ekspres sementara itu.
"Kita menerima rungutan daripada orang ramai yang menyatakan mereka kurang selesa semasa menunggu bas.
"Ini kerana tempat menunggu bas yang disediakan tidak berbumbung dan lampu juga tidak mencukupi,'' jelasnya.
Johari juga meminta PKNK supaya menyediakan kemudahan talian telefon dan bekalan elektrik bagi memudahkan pengusaha bas menjalankan urusniaga di situ.
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Berita Harian Online Utara: Lelaki dakwa cicit pahlawan Kedah |
Oleh Zulfa Mohamad
Link to original article
BUKTI: Ku Bhadur menunjukkan gambar moyangnya, Tunku Mohammad Saad yang juga anak saudara Sultan Ahmad Tajuddin II.
|
Ku Bhadur ikut jejak moyang Tunku Muhammad Saad sembunyi identiti
SUNGAI PETANI: Seorang lelaki mendakwa dirinya adalah cicit kepada Almarhum Tunku Muhammad Saad Almarhum Tunku Bagus, pahlawan Kedah yang mengusir tentera Siam dalam Perang Singgora (1838-1869).
Ku Bhadur Ku Abdullah, 58, dari Kampung Bukit Petai, Simpor, Tikam Batu di sini, yang mendakwa memencilkan diri sebelum ini, berkata sudah tiba masanya untuk mendedahkan identitinya yang sebenar.
Selama ini, beliau memencilkan diri kerana mengikut jejak moyangnya bagi melindungi identiti sebenar selepas keturunannya diburu tentera Siam.
Ku Bhadur mendakwa moyangnya, Tunku Muhammad Saad memencilkan diri di Pulau Tiga, Semeling di sini, selepas mengusir tentera Siam dari Kedah, Pulau Pinang dan Selatan Siam.
Dakwanya, moyangnya turut memusnahkan peralatan termasuk lambang kebesaran kerana tidak mahu identitinya diketahui, selain kecewa dengan perebutan untuk memegang tampuk pemerintahan Kedah.
"Selepas kejayaan itu, moyang saya sentiasa diburu tentera Siam yang mahu menghapuskan keturunannya. Berikutan itu, moyang saya tidak menggunakan nama Tunku pada anaknya, sebaliknya hanya menggunakan Ku bagi mengelak dikesan.
"Malah, saya juga menjalani kehidupan seperti orang kampung selepas tamat perkhidmatan dalam Rejimen Askar Melayu Diraja pada 1994 bagi mengelak daripada dikenali," katanya kepada Berita Harian.
Ku Bhadur yang turut mengaku anak saudara kepada Perdana Menteri Malaysia Pertama, Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, mendakwa masih menyimpan gambar moyangnya.
"Keris Lindungan Bulan yang mempunyai hubung kait dengan Kesultanan Kedah juga masih berada dalam simpanan abang keduanya, Ku Sabri," dakwanya.
Mengikut sejarah, Tunku Muhammad Saad yang juga anak saudara Sultan Ahmad Tajuddin II mengetuai Perang Singgora bersama saudaranya Tunku Muhammad Taib yang bergerak dari Kuala Merbok ke Trang sebelum berjaya mengusir tentera Siam yang mahu menawan Kedah.
Beliau turut terbabit mempertahankan Kota Kuala Kedah bersama Tunku Abdullah, Tunku Kudin, Taib Itam dan Datuk Muhammad Ali yang ingin ditawan Siam, Acheh, Bugis, Inggeris, Portugis dan Belanda.
Ku Bhadur berkata, kini beliau sedia mendedahkan identitinya kerana mempunyai bukti kukuh termasuk makam moyangnya di Sungai Pasir, Tikam Batu.
"Cuma saya sebagai cicitnya berasa sedih kerana moyang saya tidak mendapat tempat dalam takhta Kedah, apatah lagi harta walaupun dia pejuang," dakwanya.
Seorang penduduk Kampung Bukit Petai, Zainab Yahya, 67, berkata dia memang mengenali Ku Bhadur iaitu cicit kepada pahlawan Kedah itu tetapi menjalani kehidupan seperti orang biasa.
Sementara itu, Pengerusi Persatuan Sejarah Kedah, Datuk Wan Shamsudin Mohd Yusof, berkata Tunku Muhammad Saad memang seorang pahlawan Kedah.
"Dia menyembunyikan identitinya kerana diburu tentera Siam yang mahu membunuh seluruh keturunannya. Dalam catatan sejarah, nama Tunku Muhammad Saad memang tertera sebagai pejuang Kedah mengusir Siam," katanya.
|
|
|
|
|
|
|
|
|
JERAI 21 April - Jika selama ini strawberi sering dikaitkan denganCameron Highlands, namun tidak mustahil dalam tempoh terdekat ini, buahtersebut pula bakal menjadi tarikan baru di kawasan peranginan GunungJerai.
Gunung Jerai yang merupakan gunung tertinggi di negeri ini, bakalmenjadi tumpuan pelancong apabila 1,500 anak pokok strawberi dari baka'Chandler' Amerika Syarikat dan 'Cama Rosa' dari Belanda mula disemaidi kawasan tanah tinggi tersebut.
Pembantu Pertanian, Jabatan Pertanian Kuala Muda, Zainol Hashimberkata, setelah menjalani kursus tanaman strawberi di Jepun pada awaltahun 1990-an, dia mula memikirkan mengenai prospek tanaman itu dinegeri ini.
"Sia-sia jika ilmu yang saya peroleh tidak digunakan sebaik mungkin.Akhirnya setelah puas mencuba, projek tanaman strawberi di Gunung Jeraiini menjadi kenyataan dengan kerjasama daripada pelbagai pihak.
"Projek yang dimulakan pada 27 Januari 2008 bakal menjadi tarikanpelancong dari dalam dan luar untuk datang ke sini," katanya ketikaditemui di Gunung Jerai di sini hari ini.
Zainol yang juga penasihat bagi projek Taman Strawberi Gunung Jeraimemberitahu, strawberi yang ditanam menggunakan kaedah fertigasi adalahpaling mudah dan hasilnya boleh dituai dalam tempoh 70 hari.
"Kami menjangkakan hasil pertama akan dapat dituai pada awal Julaiini, dan projek ini adalah langkah awal Jabatan Pertanian dalammemajukan industri pertanian negara ini.
"Dengan suhu dan kawasan persekitaran yang sesuai untuk strawberi,kami yakin hasil yang bakal diperoleh tidak lama lagi setanding denganstrawberi yang dihasilkan di kawasan tanah tinggi yang lain," katanya.
Bagi pengusaha tanaman strawberi Gunung Jerai pula, ZulkifliMuhyiddin, dia yakin tanaman strawberi di puncak Gunung Jerai bakalmemberi nafas baru kepada industri agro-pelancongan di negeri ini.
Menurut Zulkifli, beliau mengambil keputusan untuk mengusahakantanaman strawberi kerana menyedari, tanaman tersebut mampu memberikeuntungan yang tinggi kepada pengusahanya.
"Apabila hasil dapat dituai, saya mencadangkan pengunjung sendiri dapat merasai keseronokan memetik sendiri buah strawberi.
"Saya pasti tanaman strawberi ini dapat menjadikan Gunung Jerai popular seperti Cameron Highlands," katanya. |
|
|
|
|
|
|
|
The Star Online Strong winds hit 11 villages | [table=98%,lemonchiffon][tr][td]
Link to original article
TWISTER-like winds swept through 11 villages in Pendang and Kubang Pasu districts in Kedah, ripping off roofs and damaging about 60 houses.
Among the villages hit by the strong winds that occurred between 4pm and 7pm on Tuesday were Kampung Assam Jawa, Kampung Padang Pusing and Kampung Batu 20 in Pendang, and Kampung Kodiang Lama, Kampung Bendahara and Kampung Kolam Tok Arang in Kubang Pasu.
Sungai Tiang assemblyman Suraya Yaacob, who visited the victims in Pendang yesterday, said that 33 houses were partially damaged during the storm in Pendang.
揂lthough some of the houses lost only one or two roof sheets, the heavy rain that accompanied the strong winds damaged electrical appliances ,
|
|
|
|
|
|
|
|
Kosmo! Online Anak bapa dibelasah tidak pernah ke sekolah |
MOHD. AZRI agak kebingungan apabila diminta membaca akhbar Kosmo! kerana tidak tahu membaca dan menulis serta tidak pernah bersekolah.
|
KANGAR - "Kami sebenarnya cemburu apabila melihat rakan-rakan sebaya saya bergembira ke sekolah dan boleh membaca tetapi saya dan adik beradik lain tak pernah nikmati alam persekolahan."
Demikian keluhan pilu Mohd. Azri Ali, 16, anak tiri kepada Allahyarham Hatib Leman, 35, yang mati selepas dibelasah kira-kira 20 orang penduduk selepas dituduh mengintai dan cuba mencabul seorang kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun di Kampung Belakang Kilang Ais, Kuala Perlis di sini Ahad lalu.
Kakak dan adiknya lain yang tidak bersekolah ialah Hayati, 17, dan Haliza, 11. Dua adiknya lagi masih kecil iaitu Ismail, 5, dan Nurul Hatib, dua bulan.
Mohd. Azri berkata, dia dan adik beradiknya yang lain bukan enggan bersekolah tetapi terpaksa terima hakikat masalah kesempitan hidup keluarga menghalang mereka berbuat demikian.
Malah menurut beliau, mereka dari kecil lagi terpaksa keluar melakukan pekerjaan setakat yang terdaya bagi membantu keluarga.
"Kami malu pada rakan-rakan lain kerana kami langsung tidak tahu membaca,'' katanya kepada Kosmo! di sini semalam.
KERATAN KOSMO! semalam.
|
Berikutan itu, dia terpaksa bekerja lebih keras untuk membantu ibunya, Fazilah Muhammad, 34, selepas kematian bapa tirinya.
"Setiap hari saya terpaksa pergi ke laut, tarik pukat, dapatlah RM20 sehari. Duit itu saya beri kepada emak saya buat belanja dapur.
"Selain saya, adik saya (Ismail) berusia lima tahun juga terpaksa membantu keluarga dengan mengutip ikan yang jatuh dari tong di jeti pendaratan ikan, selagi tidak dapat ikan, adik saya tidak balik ke rumah," katanya sedih.
Mohd. Azri memberitahu, dia juga terpaksa mencari duit untuk membayar sewa rumah RM80 sebulan.
"Saya mengharapkan terdapat pihak tertentu membantu keluarga saya yang kini dalam kesusahan,'' ujarnya.
|
|
|
|
|
|
|
|
|
.....SHAHIDAN KASSIM TERLEPAS PANDANG NI......DUIT ZAKAT NEGERI PERRELEIH HILANG PI MANA........... |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|