CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Amandaminaj96

BORAK KOSONG CHAT GOSIP ULASAN LUAHAN DAN BERSANTAI VOLUME 34

 Close [Copy link]
Post time 21-4-2021 04:05 PM | Show all posts
keypochino replied at 21-4-2021 03:54 PM
smlm berbuka msk pucuk ubi masak lemak cili api, ayam goreng dgn ikan kerisi goreng

yuhuuuu buka apa today ?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-4-2021 04:09 PM From the mobile phone | Show all posts
adila39 replied at 21-4-2021 04:01 PM
hi kim...nape tak tanya kat tag dr ipes tu...

bau darah ikan mati? how do we differentiate the  ...

Tag mana..i dah tag Dr kat atas. Tak sempat follow bod banyak2 kakdila huhu

I dah tidur lebih 18 jam..bangun sesegar vampire dah ni. Ready to strike again *kiss


Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2021 04:16 PM | Show all posts
KIM.K replied at 21-4-2021 04:09 PM
Tag mana..i dah tag Dr kat atas. Tak sempat follow bod banyak2 kakdila huhu

I dah tidur lebih 1 ...

maknanya kim dah bertukar jadi vampire heh heh heh

anyway while tgu our dear dr @ipes2  your discharge bau normal? pakai pad jenis biasa or yg jenis ada scents?




Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2021 04:22 PM From the mobile phone | Show all posts
keypochino replied at 21-4-2021 02:54 PM
smlm berbuka msk pucuk ubi masak lemak cili api, ayam goreng dgn ikan kerisi goreng

JJCM dgn kolig- nasi Arab kambing, sambal jering, tempoyak patin, laksa, butir nangka & ayo nyo

Menu hari ni?

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2021 04:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Amandaminaj96 replied at 20-4-2021 01:43 PM
Alhamdulillah.. kak sb pun mewah rezeki hehehe.. sama la cuaca harini.. camne audit?

tak dipanggil langsung...
Celebrate dengan butir nangka

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2021 04:26 PM From the mobile phone | Show all posts
hazfy replied at 20-4-2021 10:20 AM
Oh semoga dipermudahkan ka seri kerja i pun selalu je audit dtg cek itu ini so paham lah macamana

Selamat....fail2 ikut prosedur
Borong nasi Arab kambing dan tempoyak patin ...

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-4-2021 04:31 PM From the mobile phone | Show all posts
noor2 replied at 28-3-2021 01:41 PM
Kume gashe nk order musang king lagi le...

Order tak Musang King? Kelmarin sahur doyan, kome
Hari ni selamat diaudit beli laksa & patin tempoyak, nak mkn dgn nasi Arab...
Menu pe tu?

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2021 05:05 PM | Show all posts

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-4-2021 05:07 PM | Show all posts
Ringkasan Status Terkini COVID-19 Di Malaysia, 21 April 2021
Kes sembuh= 1,910
Jumlah kes sembuh= 358,726
Kes baharu positif= 2,340 (2,328 tempatan, 12 import)
Jumlah positif= 381,813
Kes kematian= 11
Jumlah kes kematian= 1,400
Kes dirawat di ICU= 248
Bantuan Alat Pernafasan= 101

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2021 06:35 PM From the mobile phone | Show all posts
adila39 replied at 21-4-2021 04:05 PM
yuhuuuu buka apa today ?

Mkn kat luar je.. xdan nak msk la
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2021 06:35 PM From the mobile phone | Show all posts
seribulan replied at 21-4-2021 04:22 PM
JJCM dgn kolig- nasi Arab kambing, sambal jering, tempoyak patin, laksa, butir nangka & ayo nyo  ...

Wah.. meriah sgt tu.. ayo nyo x tinggal
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2021 06:56 PM From the mobile phone | Show all posts
seribulan replied at 21-4-2021 04:31 PM
Order tak Musang King? Kelmarin sahur doyan, kome
Hari ni selamat diaudit beli laksa & patin t ...

Dah order beberapa kali dah sblm posa....hari ni x posa....
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2021 07:03 PM From the mobile phone | Show all posts
keypochino replied at 21-4-2021 06:35 PM
Mkn kat luar je.. xdan nak msk la

kat manaaaaa? selamat berbuka
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2021 07:16 PM From the mobile phone | Show all posts
.   .    .    .   .

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2021 07:17 PM | Show all posts
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia sehingga 21 April 2021 (jam 12:00 tengah hari);
  • Kes sembuh : 1,910 kes (358,726 kes kumulatif, 94.0%);
  • Kes baharu : 2,340 kes (381,813 kes kumulatif);
  • Kes import : 12 kes (1 warganegara, 11 bukan warganegara);
  • Kes tempatan : 2,328 kes [2,136 warganegara (91.8%); 192 bukan warganegara (8.2%)];
  • Kes aktif : 21,687 kes;
  • Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) : 248 kes;
  • Kes memerlukan bantuan pernafasan : 101 kes;dan
  • Kes kematian : 11 kes (1,400 kes kumulatif, 0.37%; 9 warganegara; 2 bukan warganegara).
Pada hari ini, Selangor melaporkan kes harian baharu tertinggi iaitu sebanyak 526 kes (22.5peratus). Daripada jumlah ini, sebanyak 382kes (72.6 peratus) adalah daripada kluster-kluster dan saringan kontak rapat kes positif COVID-19 yang aktif dijalankan di lapangan. Ini diikuti oleh Sarawak  sebanyak 429 kes (18.3 peratus) dan Kelantan sebanyak 370 kes (15.8 peratus).
Sebanyak 40 kes (1.7 peratus) yang dilaporkan pula adalah berkaitan kluster-kluster di lokap, penjara, dan Depot Tahanan Imigresen (DTI) yang membabitkan Kluster Pagar Siput Dua (36 kes), Kluster DTI Lenggeng (3 kes), dan Kluster Tembok Pengkalan Chepa (1 kes).
Terdapat 11 kes kematian pada hari ini yang melibatkan enam (6) kes di Sabah, empat (4) kes di Sarawak, dan satu (1) kes di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Sebanyak sembilan (9) kes melibatkan warganegara dan dua (2) bukan warganegara. KKM mengucapkan takziah kepada ahli keluarga mereka.
Perincian penuh jumlah kes mengikut negeri adalah seperti di Lampiran 1 dan 2, manakala ringkasan kes kematian mengikut negeri adalah seperti di Lampiran 3 yang disertakan bersama kenyataan media ini.
MAKLUMAT TERKINI BERKAITAN KLUSTER-KLUSTER
Berikut adalah maklumat terkini berkaitan kluster-kluster di Malaysia sehingga 21 April 2021:
  • Jumlah kluster : 1,552kluster;
  • Jumlah kluster baharu : 11 kluster;
  • Jumlah kluster yang telah tamat :1,209 kluster [termasuk lapan (8) kluster yang tamat pada hari ini iaitu Kluster Sungai Berumbung, Kluster Jalan Asuhan, Kluster Jalan Wawasan Sembilan, Kluster Jalan Tun Mutalib Tiga, Kluster Tapak Bina Lembah Selatan,  Kluster Solar Ria, Kluster Tapak Bina Persiaran Setia, dan Kluster Kayu Gading];
  • Jumlah kluster aktif : 343 kluster;
  • Jumlah kluster dengan pertambahan kes baharu pada hari ini : 67 kluster; dan
  • Kluster-kluster dengan pertambahan kes baharu tertinggi pada hari ini adalah Kluster Kok Lanas (78 kes), Kluster Jalan Khidmat (72 kes), dan Kluster Sungai Lemayong (65 kes).
KLUSTER BAHARU
KKM juga ingin memaklumkan terdapat 11 kluster baharu yang telah dikenal pasti pada hari ini yang melibatkan empat (4) kluster pendidikan termasuk tiga (3) kluster sekolah / institusi pendidikan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), tiga (3) kluster komuniti, dua (2) kluster tempat kerja,  serta masing-masing satu (1) kluster keagamaan dan kluster pusat tahanan.
Perincian kluster-kluster baharu adalah seperti di Lampiran 4 yang disertakan bersama kenyataan media ini.
No.Nama KlusterNegeriKategori Kluster
1Jalan Anggerik 21JohorSekolah / Institusi Pendidikan KPM
2Pengkalan BatikMelakaSekolah / Institusi Pendidikan KPM
3Anggerik CempakaKedahSekolah / Institusi Pendidikan KPM
4Jalan Langat CeriaSelangorPendidikan
5Sungai LemayongSarawakKomuniti
6Duranda EmasSarawakKomuniti
7Taman Mesra BakoSarawakKomuniti
8Pintasan Kampung JawaPulau PinangTempat Kerja
9Putra TigaWP PutrajayaTempat Kerja
10Pagar Siput DuaJohorPusat Tahanan
11Jalan Perai JayaPulau PinangKeagamaan
NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19
KKM ingin menasihati orang ramai termasuk individu-individu yang telah menerima vaksin COVID-19 agar terus mematuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan iaitu;
Elakkan 3S: (elakkan kawasan yang sesak, sempit dan sembang dengan jarak yang dekat).
Amalkan 3W: (Amalkan Wash, Wear dan Warn).
Patuhlah kepada S.O.P sebagai normal baharu. KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak WHO. Orang ramai akan sentiasa dimaklumkan sebarang perkembangan terkini mengenainya. Begitu juga, KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya adalah dilaksanakan secara berterusan.
Sekian, terima kasih.
TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH
KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA
21 April 2021 @ 5.30 petang.
LAMPIRAN 1
BILANGAN KES COVID-19
MENGIKUT NEGERI DI MALAYSIA
(SEHINGGA 21 APRIL 2021, JAM 12:00 TENGAH HARI)
NEGERIBILANGAN KES BAHARU *(    )BILANGAN KES KUMULATIF
SELANGOR526 (6)125,111
SABAH17257,164
JOHOR17043,703
WP KUALA LUMPUR291 (5)40,880
SARAWAK42925,558
PULAU PINANG11118,578
NEGERI SEMBILAN2418,047
PERAK3814,176
KELANTAN  3709,537
KEDAH559,228
MELAKA637,011
PAHANG814,825
TERENGGANU13,919
WP LABUAN2 (1)2,436
WP PUTRAJAYA61,286
PERLIS1354
JUMLAH KESELURUHAN2,340 (12)381,813
*(   ) adalah merujuk kepada kes-kes import
LAMPIRAN 2
Perincian 2,340 kes positif COVID-19 baharu yang dilaporkan di Malaysia pada 21 April 2021 adalah seperti berikut:
  • Selangor: 526 kes
    • 54 kes daripada kluster-kluster, termasuk dua (2) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Putra Tiga dan Kluster Jalan Langat Ceria;
    • 328 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
    • Enam (6) kes import dari luar negara; dan
    • 138 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Sarawak: 429 kes
    • 96 kes daripada kluster-kluster, termasuk 67 kes daripada kluster-kluster baharu iaitu Kluster Duranda Emas, Kluster Sungai Lemayong, dan Kluster Taman Mesra Bako;
    • 273 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
    • 60 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Kelantan: 370 kes
    • 132 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 167 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 71 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur: 291 kes
    • Tiga (3) kes daripada kluster sedia ada;
    • 183 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
    • Lima (5) kes import dari luar negara; dan
    • 100 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Sabah: 172 kes
    • 94 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 50 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 28 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Johor: 170 kes
    • 85 kes daripada kluster-kluster, termasuk 49 kes daripada kluster-kluster baharu iaitu Kluster Pagar Siput Dua dan Kluster Jalan Anggerik 21;
    • 60 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 25 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Pulau Pinang: 111 kes
    • 54 kes daripada kluster-kluster, termasuk 10 kes daripada kluster-kluster baharu iairu Kluster Jalan Perai Jaya dan Kluster Pintasan Kampung Jawa;
    • 21 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 36 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Pahang: 81 kes
    • 23 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 33 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 25 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Melaka: 63 kes
    • 36 kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Pengkalan Batik;
    • 18 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Sembilan (9) daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Kedah: 55 kes
    • 29 kes daripada kluster-kluster, termasuk lima (5) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Anggerik Cempaka;
    • 10 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 16 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Perak: 38 kes
    • Lapan (8) kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 21 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Sembilan (9) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Negeri Sembilan: 24 kes
    • Empat (4) kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 12 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Lapan (8) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Wilayah Persekutuan Putrajaya: Enam (6) kes
    • Dua (2) kesdaripada kluster baharu iaitu Kluster Putra Tiga; dan
    • Empat (4) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19.
  • Wilayah Persekutuan Labuan: Dua (2) kes
    • Satu (1) kes import dari luar negara; dan
    • Saru (1) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Terengganu: Satu (1) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Perlis: Satu (1) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19.
LAMPIRAN 3
Ringkasan 11 kes kematian pada 21 April 2021 adalah seperti berikut:
No. KematianNegeriJantina (warganegara)Umur (tahun)Hospital / Tempat KematianLatar Belakang
1390WP Kuala LumpurPerempuan (WN)81Hospital SerdangPenyakit darah tinggi, jantung, dan hati kronik
1391SarawakLelaki (WN)61Hospital SibuPenyakit kencing manis, dislipidemia, dan buah pinggang kronik
1392SarawakLelaki (WN)82Hospital SibuPenyakit darah tinggi, tuberkulosis, gout, buah pinggang kronik, dan paru-paru kronik
1393SarawakLelaki (WN)73Hospital SibuPenyakit jantung, paru-paru obstruktif kronik, dan hati kronik
1394SabahLelaki (WN)68Hospital Lahad DatuPenyakit kencing manis, darah tinggi, dan jantung
1395SabahLelaki (WN)64Hospital Lahad DatuPenyakit kencing manis, darah tinggi, dan strok
1396SabahPerempuan (WN)80Jenazah dibawa ke Hospital Tawau
1397SabahLelaki (WN)79Jenazah dibawa ke Hospital TawauPenyakit kencing manis, darah tinggi, dan dislipidemia
1398SarawakLelaki (WN)72Hospital SibuPenyakit darah tinggi
1399SabahPerempuan (BWN)68Hospital Tawau
1400SabahPerempuan (BWN)75Jenazah dibawa ke Hospital TawauPenyakit kencing manis dan darah tinggi
*WN merujuk kepada warganegara dan BWN merujuk kepada bukan warganegara
LAMPIRAN 4
Perincian 11 kluster baharu yang telah dikenal pasti pada hari ini iaitu:
  • KLUSTER JALAN ANGGERIK 21
Kluster sekolah / institusi pendidikan KPM ini melibatkan daerah Johor Bahru di Johor. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 21 April 2021 hasil saringan bersasar melibatkan pelajar-pelajar sebuah sekolah yang terletak di Jalan Anggerik 21, Taman Johor Jaya, Johor Bahru. Sehingga 21 April 2021, sejumlah 651 individu telah disaring, di mana 13 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
  • KLUSTER PENGKALAN BATIK
Kluster sekolah / institusi pendidikan KPM ini melibatkan daerah Alor Gajah di Melaka. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-372827) dilaporkan positif COVID-19 pada 17 April 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan pelajar-pelajar sebuah pusat pendidikan yang terletak di Jalan Pengkalan Batik, Alor Gajah. Sehingga 21 April 2021, sejumlah 196 individu telah disaring, di mana 37 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
  • KLUSTER ANGGERIK CEMPAKA
Kluster sekolah / institusi pendidikan KPM ini melibatkan daerah Baling di Kedah. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-376762) dilaporkan positif COVID-19 pada 19 April 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan pelajar-pelajar sebuah sekolah yang terletak di Jalan Kulim-Baling, Baling. Sehingga 21 April 2021, sejumlah 87 individu telah disaring, di mana enam (6) kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
  • KLUSTER JALAN LANGAT CERIA
Kluster pendidikan ini melibatkan daerah Hulu Langat, Petaling, Klang, Kuala Langat, Gombak, dan Sepang di Selangor. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-373114) dilaporkan positif COVID-19 pada 18 April 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan pelajar-pelajar sebuah institusi pendidikan yang terletak di Jalan  Langat Ceria 4, Taman Langat Ceria, Hulu Langat. Sehingga 21 April 2021, sejumlah 144 individu telah disaring, di mana 50 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
  • KLUSTER SUNGAI LEMAYONG
Kluster komuniti ini melibatkan daerah Meradong  di Sarawak. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 12 April 2021 hasil saringan bersasar komuniti yang menetap di Sungai Lemayong, Sarikei. Sehingga 21 April 2021, sejumlah 151 individu telah disaring, di mana 69 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
  • KLUSTER PINTASAN KAMPUNG JAWA
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Barat Daya, Timur Laut, dan Seberang Perai Tengah di Pulau Pinang. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 6 April 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di Pintasan Kampung Jawa 1, Kawasan Perindustrian Bayan Lepas, Barat Daya. Sehingga 21 April 2021, sejumlah 982 individu telah disaring, di mana 30 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
  • KLUSTER PUTRA TIGA
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Putrajaya di WP Putrajaya, daerah Petaling dan Sepang di Selangor serta daerah Seremban di Negeri Sembilan. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-379526) dilaporkan positif COVID-19 pada 21 April 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan kakitangan di sebuah pusat pentadbiran yang terletak di Persiaran Perdana, Presint 3, Putrajaya.Sehingga 21 April 2021, sejumlah 33 individu telah disaring, di mana lapan (8) kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
  • KLUSTER DURANDA EMAS
Kluster komuniti ini melibatkan daerah Serian di Sarawak. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-363232) dilaporkan positif COVID-19 pada 13 April 2021 hasil saringan rentas daerah. Nama kluster merujuk kepada lokaliti penularan kes-kes yang dilaporkan berlaku iaitu di Taman Duranda Emas, Siburan, Serian. Sehingga 21 April 2021, sejumlah 75 individu telah disaring, di mana 19 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
  • KLUSTER TAMAN MESRA BAKO
Kluster komuniti ini melibatkan daerah Kuching dan Samarahan di Sarawak. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-357058) dilaporkan positif COVID-19 pada 9 April 2021 hasil saringan individu bergejala. Nama kluster merujuk kepada lokaliti penularan kes-kes yang dilaporkan berlaku iaitu di Taman Mesra Bako, Jalan Bako, Kuching. Sehingga 21 April 2021, sejumlah 721 individu telah disaring, di mana 50 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
  • KLUSTER PAGAR SIPUT DUA
Kluster pusat tahanan ini melibatkan daerah Kota Tinggi di Johor. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 21 April 2021 hasil saringan bersasar tahanan melibatkan sebuah pusat tahanan yang terletak di Jalan Sungai Siput, Pekan Kota Tinggi, Kota Tinggi. Sehingga 21 April 2021, sejumlah 169 individu telah disaring, di mana 36 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
  • KLUSTER JALAN PERAI JAYA
Kluster keagamaan ini melibatkan daerah Seberang Perai Utara, Seberang Perai Tengah, dan Seberang Perai Selatan di Pulau Pinang. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-365378) dilaporkan positif COVID-19 pada 14 April 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan sebuah aktiviti sosial yang diadakan pada 8 April 2021 di Jalan Perai Jaya, Bandar Perai Jaya, Seberang Perai Tengah. Sehingga 21 April 2021, sejumlah 14 individu telah disaring, di mana 11 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2021 07:18 PM | Show all posts
keypochino replied at 21-4-2021 05:35 PM
Wah.. meriah sgt tu.. ayo nyo x tinggal

Hari2 ayo nyo...menu ape Iftar tu? Sahur?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-4-2021 07:19 PM | Show all posts
noor2 replied at 21-4-2021 05:56 PM
Dah order beberapa kali dah sblm posa....hari ni x posa....

Ooo. ABC ye? Menu apa dinner?
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2021 07:49 PM From the mobile phone | Show all posts
seribulan replied at 21-4-2021 07:19 PM
Ooo. ABC ye? Menu apa dinner?

Beriani...hehe..,.
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2021 07:56 PM | Show all posts

Dah dpt tarikh dpt vaksin?
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2021 07:58 PM | Show all posts

Laaaa...

SEPANJANG bulan Ramadan, azan Maghrib menjadi detik yang paling ditunggu-tunggu kerana ia menandakan masuknya waktu untuk berbuka puasa.

Pada Isnin lalu, pihak Masjid Al-Khairiyah Taman Seri Gombak, Batu Caves, Selangor tersilap melaungkan azan tiga minit lebih awal sebelum waktu yang sebenar.

Dalam satu kenyataan rasmi, pihak pentadbir masjid berkenaan turut memohon maaf atas kesilapan itu.

Menurut Nazir masjid, Wan Nawawi, kesilapan berpunca akibat masalah teknikal pada paparan digital waktu azan di rumah ibadah itu.

“Assalamualaikum. Saya mewakili seluruh pentadbir Masjid Al-Khairiyah Taman Seri Gombak memohon maaf atas kesilapan kami melaungkan azan Maghrib tiga minit sebelum masuk waktu sebenar pada hari Isnin, 7 Ramadhan 1442 atau 19 April 2021 disebabkan oleh masalah teknikal paparan digital waktu azan di masjid,” ujarnya.

Ujar beliau, pandangan jumhur ulama menyatakan puasa mereka yang terlibat dalam insiden itu terbatal dan ia perlu diganti semula.

“Jemaah yang bergantung semata-mata kepada laungan azan Maghrib dari Masjid Al-Khairiyah untuk berbuka puasa, sila maklum bahawa puasa tuan puan telah terbatal pada hari tersebut dan perlu diganti atau diqada.

Kesilapan berpunca akibat masalah teknikal pada paparan digital waktu azan di rumah ibadah itu.

Pandangan jumhur ulama’ menyatakan puasa mereka yang terlibat dalam insiden itu terbatal dan ia perlu diganti semula.

“Begitulah pandangan jumhur ulama dalam kalangan Hanafi, Maliki, Syafie dan ramai di kalangan ulama Hambali menyatakan bahawa puasa tersebut batal dan wajib diqada.

“Sekali lagi kami mohon maaf dan InsyaAllah perkara sebegini tidak akan berlaku lagi,” ujar beliau dalam kenyataan itu.

Sementara itu, rata-rata pelayar Facebook khususnya menerusi page Asal Gombak turut menceritakan pengalaman mereka yang terlibat dalam insiden berkenaan.

“Ya saya perasan juga pada waktu itu. Masih ditempat niaga (pasar malam Sri Gombak) memang akan dengar azan Maghrib seakan cepat daripada biasa.

“InsyaAllah ganti puasa bersama sunat Syawal, Isnin dan Khamis. Triple pahala.

“Untuk mengelakkan keadaan sebegini berlaku lagi, orang ramai perlu lebih cakna bila masuknya waktu solat sekaligus waktu berbuka di kawasan masing-masing,” tulis netizen.Tersilap Berbuka

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Kesihatan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-1-2025 09:20 AM GMT+8 , Processed in 1.217101 second(s), 41 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list