|
New Sabah Times - 21st Oct 2008
morning,tepek sat...
|
|
|
|
|
|
|
|
Berita Harian - 22 Oktober 2008
morning...tepek sat
bye...busy day,busy body |
|
|
|
|
|
|
|
takde tandatangan dalam kad raya komplen
itu komplen,ini komplen......kerja sentap memanjang |
|
|
|
|
|
|
|
meh ai tepek balik
from berita harian today>>>
Persembahan kelam kabutOleh Zaidi Mohamad
[email protected]
ANTARA artis yang menghiburkan orang ramai ketika Konsert Gemilang Mirza di Papar.
| Konsert Gemilang Mirza ini berjaya menghiburkan lebih 4,000 penonton walaupun berlangsung dalam suasana kurang teratur
IA sepatutnya majlis yang meriah, ceria dan menghiburkan kerana membabitkan ramai artis dan personaliti popular tanah air.
Bagaimanapun, keadaan sebaliknya berlaku. Suasananya sepertibergelora dan berserabut membuatkan rasa hati berkecamuk. Itulahgambaran dan pengalaman ketika menyaksikan Majlis Rumah TerbukaGemilang Mirza dan Konsert Aidilfitri Mirza, yang berlangsung di DewanMasyarakat Baru Papar, Sabah pada 18 Oktober lalu. Kedua-dua majlis iniadalah anjuran LFI Event & Entertainment.
Acara yang agak kelam kabut ini memberi gambaran tidakmanis kepada orang ramai, tetamu dan media yang diundang menghadiriacara ini. Tidak dapat dipastikan adakah ia berlaku disebabkanpenganjur kurang berpengalaman mengadakan acara seperti ini. Namun,dengan pelbagai masalah yang timbul sejak dari Kuala Lumpur lagimemperlihatkan seolah-olah mereka tidak cukup bersedia menganjurkanacara besar ini.
Majlis yang sepatutnya menjadi satu acara, akhirnyadipecahkan menjadi dua iaitu Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri GemilangMirza bersama Aznil Nawawi pada sebelah petang dan Konsert AidilfitriGemilang Mirza bersama Muzik FM (malam) kerana masalah tertentu.
Aznil seperti biasa tetap menjalankan fungsinya sebagaipenghibur serba boleh. Menghibur dengan pilihan lagu popular sepertiLagu Jiwa Lagu Cinta, Toyol, Aspalela, Jangan Cepat Marah dan dua laguraya iaitu Menjelang Hari Raya dan Aidilfitri.
| KONSERT anjuran Muzik FM dan Gemilang Mirza tetap meriah.
| “Terimakasih kepada masyarakat Papar yang sudi datang dan pihak penaja sertapenganjur yang sudi menjemput saya. Ia satu impian saya untuk bertemuanda semua di sini. Saya tidak akan melupakan kenangan pada hariini,” ungkap Aznil yang berjaya menggeletek hati tetamutermasuklah adik-adik kecil yang sangat meminatinya.
Mengambil masa selama sebulan untuk menyelenggara bentukpersiapan acara ini, ia adalah acara kedua terbesar yang dianjurkan LFIselepas konsert pertama yang berlangsung pada Jun lalu.
Menampilkan deretan nama artis tersohor dan popular sepertiAizat, Izwan Pilus, Ebi Kornelis, Mas Idayu, Farawahida, Fazli Zainal,Nubhan, Shila Abdul, Zainal Kugat, Rudy Santekee, Dean (Juara BintangNusantara RTM 2007) dan termasuklah dua artis Brunei, Fakhrulrazi danFairuzneezan, konsert itu berjaya menarik perhatian hampir 4,000 orangSabah yang jarang mendapat peluang berhibur seperti di Semenanjung.
Biarpun sistem audio agak mengecewakan, barisan penyanyi yangterbabit berjaya menghidupkan suasana sehingga di luar dewan masihdipenuhi penonton yang tidak dapat masuk. Pada keseluruhannya konsertini memang berjaya. Hanya cara konsert ini diuruskan saja yang dilihatagak lemah.
| AZNIL menghiburkan pengunjung. | Hampirsetiap minit pasti ada saja cerita yang tidak enak didengari gara-garamasalah komunikasi, apatah lagi ia membabitkan banyak‘kepala’.
Menurut Pengarah Urusan LFI Event & Management, JohariBuyong, dia ingin terus melihat syarikatnya menjadi satu jenama terbaiksebagai pengurus acara dan ia diperkuatkan lagi menerusi kerjasamasyarikat Gemilang Mirza dan Muzik FM. Untuk mengukuhkan lagi acara yangberlangsung di Sabah itu, LFI melantik Shila Lama sebagai perunding danpemudah acara secara sambilan menguruskan publisiti media, penajaan dankeseluruhan projek.
“Jika ada kesilapan dan kekurangan pada majlis ini,pihak kami ingin meminta maaf. Kami sedar banyak kekurangan yang perludiperbaiki lagi pada masa mendatang. Mengenai masalah audio, saya akuiia berlaku disebabkan bekalan tenaga elektrik tidak mencukupi sehinggamembuatkan suara penyanyi yang membuat persembahan tenggelam timbul.
“Insya-Allah kami akan cuba meneruskan beberapa siripersembahan lagi selepas ini termasuklah membuat konsert jelajah padaDisember ini. Pada permulaan tumpuan akan diberikan di Sabah apatahlagi Gemilang Mirza mempunyai lebih 30,000 ahli di Sabah,”katanya.
Corat-Coret:
Perjalanan ke Kota KinabaluSabah dari Kuala Lumpur hanya mengambil masa dua jam setengah denganmenaiki kapal terbang. Untuk sampai ke Borneo Dinawan Island Resort,hanya perlu menaiki bot atau feri selama 20 hingga ke 25 minit daripadapangkalan Sutera Harbour. Itupun terpulang kepada keadaan air laut samaada tenang ataupun bergelora.
Ada juga petugas LFI yang secara sinis menjawabpertanyaan pihak media dengan gurauan yang agak berbisa. Soalan yangbelum sempat ditanya, diusik dengan soalan daripadanya berbunyi“nak meja ke pula?”. Itupun sesudah pihak media bertanyauntuk meminta mendapatkan kerusi sebelum konsert bermula pada malamitu.
Anggota Rela yang bertugas juga tidak melepaskan peluang menonton persembahan konsert hingga menghalang penglihatan penonton.
Rombongan pihak media, artis juga turut disertai dengan krew Selamat Pagi Malaysia.
Nubhan antara artis yang kurang gemar bercampur dengan rombongan dan lebih selesa bersendirian.
Izwan Pilus juga turut mengedarkan kad rayanya padatahun ini kepada peminat sebagai tanda sokongan. Yang penting, Izwantidak lupa memberi tanda tangan istimewanya kepada peminat.
Rambut kerinting kembang penyanyi kumpulan Santekee, Rudy sering menjadi perhatian.
Ebi antara artis yang membuat persembahan di konserttetapi tidak menginap di lokasi rasmi rombongan iaitu di Borneo DinawanIsland Resort.
Perjalanan program tidak sekata mengikut program.Banyak slot program yang sudah diselit, akhirnya tidak dapat dilakukanantaranya seperti fotografi bersama artis dan barbeku.
Farawahida juga seperti Izwan Pilus sempatmengedarkan kad mempromosikan lagu terbaru yang bakal dimuatkan dalamalbum ketiganya berjudul Panah Asmara yang dijangka berada di pasaranpada awal tahun depan. Lagu Hilangkan Segalanya yang turut menjadi lagutema drama Kasih Iftitah menerusi slot Samarinda TV3 menjadi lagusingle pertama.
Ada juga kisah yang kedengaran mengatakan seorangartis berlagak diva dan kononnya meminta tiga buah bilik untuk dirinya.Khabar terbaru, artis itu kononnya sudah digam sebuah stesen radio.Lucunya seorang artis yang dilihat rapat dan sering bersama artis yangdikatakan diva itu juga turut digam.
Penyanyi lama, Zainal Kugat yang disangka pelakonPiee juga mendapat perhatian. LFI juga dalam rangka menyiapkan albumLatin Zainal tidak lama lagi.
Sewaktu tiba di LCCT, Kuala Lumpur, Fazli Zainal baru menyedari yang beg pakaiannya tertinggal di dalam bas di Sabah. |
|
|
|
|
|
|
|
((ulangtayang>>
persembahan ebi kat konsert ni))
[youtube]3xZnGD3g7lE[/youtube]
ai sukalah cara ebi berinteraksi ngan penonton masa nyanyi ni |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1692 crayzee's post
cray....biasalah tu....wartawan sentap manjang takpa....artis sentap sesaat berjela citer keluar |
|
|
|
|
|
|
|
dah si ebi kornelis tu anak tempatan.. kot he prefers to travel and back to Kg. Padas baru..
in fact as scheduled.. the next day tuh muzikfm ad arrangedkan meet the fans kat KK..
so. big issue ke ni ek..
[ Last edited by tweetytweety at 22-10-2008 10:30 AM ] |
|
|
|
|
|
|
| |
|