|
sampai awal ari ni |
|
|
|
|
|
|
|
kerlasss uolsss, tahpi mcm kurang tasty jah kahnnnn
Gigolo hotel lima bintangOleh FATIMI NADIAH ZAINUDEEN
[email protected]
SHAH mengaku menggunakan ilmu hitam untuk menundukkan wanita yang kuat seks.
揝EKARANG saya hidup berpindah-randah. Tak pernah saya menyewa disebuah rumah untuk lebih sebulan. Saya terus 慸iburu |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1682 tapaksulaiman's post
ade gak org camni |
|
|
|
|
|
|
|
di midvalley kata nya noksss, mencuri buku gituh
Yusof tak campur tanganOleh Elrafaei Sapi
[email protected]
Rap | SAMBUTAN ulang tahun ke-10 siri Gerak Khas bukansaja mencatat sejarah peribadi buat produsernya, Datuk Yusof Haslammalah diiktiraf The Malaysia Book Of Records (MBR) sebagai dramabersiri terpanjang yang pernah disiarkan menerusi televisyen. | Dalam berkongsi kegembiraan pada majlis penyampaian sijil MBRsempena sambutan 10 Tahun Gerak Khas di Padang Semarak, AngkasapuriKuala Lumpur baru-baru ini, imej drama ini tercalar apabila seorangpelakonnya dihadapkan ke Mahkamah Majistret atas kesalahan jenayah.
Merujuk pada Farid Amirul Hisham Wu Abdullah yang membawakan watakDetektif Lim, dia didakwa mencuri dua buku di pusat beli-belah MidValley, Kuala Lumpur Mac lalu. Cerita ini pernah disiarkan dalamruangan Soseh-soseh mengenai pelakon panjang tangan.
Pada 14Mei lalu, Farid menukar pengakuan kepada tidak bersalah selepaspertuduhan terhadapnya dibacakan di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur.Pada 8 April lalu, Farid yang dituduh kali pertama atas pertuduhanmencuri dua buku berharga RM194.90 di kedai buku di Mid Valley, Faridmengaku bersalah.
Bagaimanapun, pada 14 Mei Farid sepatutnyadijatuhkan hukuman, tetapi menukar fikiran selepas melantik peguambeladan perbicaraan ditetapnya 18 Jun ini. Farid dikatakan mencuri bukuDecoding The Heaven dan The Sixtine Secrets masing-masing berhargaRM105 dan RM89.90 di MPH Bookstore, Mid Valley pada 27 Mac lalu.
Ini juga bukan pertama kali Yusof berhadapan situasi ini. Sebelum iniNorman Hakim yang memegang watak Inspektor Haris ditangkap khalwatbersama pasangannya, Suhaiza Suhaimi atau Memey.
Beberapa keslagi membabitkan keluarga Yusof juga sedikit sebanyak mencalarkan imejprogram kepolisan itu apabila masyarakat menganggap pelakon siri itutidak mencerminkan watak dan imej drama itu kerana mereka digambarkancekap menangkap penjenayah, tetapi dalam kehidupan peribadi, merekapula ditangkap polis.
Kata Yusof, dia menganggap kesmembabitkan Farid bersifat peribadi dan tidak mahu campur tangan dalamkes itu yang masih menunggu masa perbicaraan.
"Pada saya, apayang berlaku bersifat terlalu peribadi. Buat masa ini, sayaberpandangan kehadiran Farid dalam drama Gerak Khas tidak menjejaskankecuali jika dia sudah terbukti bersalah.
"Andai keputusanmahkamah nanti menyatakan dia bersalah, saya akan menilai semulakedudukannya dalam drama ini sama ada dikekalkan atau sebaliknya.Hingga kini, saya melihat dia tidak memberikan masalah pada sayamahupun sepanjang proses penggambaran drama ini.
"Dia pelakon yang sentiasa beri komitmen tinggi pada lakonan.Biarpun sebelum ini pelbagai kes membabitkan pelakon terjadi sepertikes Abby Abadi dan Norman Hakim tetapi itu adalah asam garam kehidupan.Saya percaya bermacam cabaran akan ditempuh pada masa akan datang.
"PDRM sendiri mahu pelakon yang membawa imej yang baik ditampilkanmenerusi drama ini. Bagaimanapun, mereka tidak terlalu kisah dengan kesrumah tangga seperti dialami Abby dengan Norman, tetapi mahu mengelakpelakon yang mempunyai kes jenayah," katanya.
Pada majlissambutan itu, Yusof menerima anugerah sijil MBR daripada pengasasnya,Datuk Danny Ooi. Acara diserikan dengan adegan pelakon drama inimengejar penjenayah serta ketangkasan anggota unit tindakan khas turundari helikopter.
Ia turut dihadiri Ketua SetiausahaKementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk KamaruddinSiaraf; Pengarah Pengurusan PDRM, Datuk Abd Razak Bokhari; KetuaPengarah Penyiaran RTM, Datuk Ibrahim Yahaya dan juga Senator Tan SriJins Shamsuddin.
Akui Yusof, kejayaan Gerak Khas turut memberisemangat kepada produser lain menerbitkan drama bermutu. Beliau jugatidak mudah melenting apabila dikatakan anak emas Polis Diraja Malaysia(PDRM) dan mempunyai hubungan baik dengan RTM hingga mudah mendapatslot.
Baginya, kejayaan drama itu adalah atas faktor skripserta dibantu pegawai polis. Sebelum ini, Yusof juga mengangkat siriini ke layar perak melalui filem Gerak Khas The Movie, Gerak Khas TheMovie 2 dan Gerak Khas 3. |
|
|
|
|
|
|
|
lagi uolsss
Saya tak hukum Farid - Yusof HaslamOleh NORLIZA MOHAMAD ZAKARIA
[email protected]
| Farid Amirul Hisham Wu Abdullah sebagai Detektif Lim.
|
DIAM tak diam, sudah satu dekad drama bercorak kepolisan popular Radio Televisyen Malaysia (RTM), Gerak Khas bersiaran menemui penonton setianya.
Sepanjang tempoh itu juga, pelbagai informasi tentang perjalanankerjaya polis didedahkan kepada umum sebagai maklumat dan prosespembelajaran.
Berbeza dengan drama-drama tempatan lain, siri Gerak Khas dilihatsebagai satu medium hiburan yang bukan sahaja menonjolkan kisah hidupruang lingkup mereka yang bekerja di balai polis malah, cabaran yangdihadapi dalam menyelesaikan sesebuah kes.
Membanggakan
Tentu sahaja menjadi sesuatu yang membanggakan apabila drama bersiri tersebut disenarai sebagai penerima Malaysian Book Of Record (MBOR) kerana menjadi satu-satunya drama bersiri paling lama bersiaran di kaca televisyen.
Bagaimanapun, kerancakan siri Gerak Khas yang memulakan siarannya pada 5 April 1999 itu selera penonton bagaikan direntap apabila reputasi siri yang berjaya mengekalkan rating antara 1.5 hingga 2 juta penonton itu tercalar berikutan beberapa masalah yang melibatkan pelakonnya.
Bermula kisah penangkapan khalwat pelakon Norman Hakim denganpelakon baru Memey Suhaiza Suhaimi pada 30 Oktober tahun lalumenyaksikan kontrak Norman dalam siri tersebut terpaksa dihentikan.
Ironinya, episod 'duka' itu tidak hanya terhenti di situ apabilajutaan peminat setianya dikejutkan dengan kisah kemelut rumah tanggayang akhirnya membawa kepada penceraian Abby dan Norman padapertengahan Disember tahun lalu.
Baru-baru ini, peminat siri itu sekali lagi dikejutkan denganlaporan yang menyatakan pelakon yang memegang watak sebagai DetektifLim, Farid Amirul Hisham Wu Abdullah yang didakwa atas tuduhan mencuridua buah buku The Sistine Secrets dan Decoding The Heavens yang harganya berjumlah RM194.90 di kedai buku MPH, pusat membeli belah Mid Valley pada 27 Mac lalu.
Pengarahnya, Datuk Yusof Haslam ketika ditemui pada majlis ulang tahun siri Gerak Khas ke-10di Padang Semarak, Angkasapuri baru-baru ini menyifatkan Farid sebagaimanusia biasa yang tidak terlepas daripada melakukan sebarang kesalahan.
"Perkara ini saya anggap terlalu peribadi. Bagi pihak saya memangtiada sebarang masalah sebab hal ini kalau boleh biarlah dia yangselesaikan sendiri.
"Kalau kita nak hukum dia sekarang sebelum diputuskan oleh pihakmahkamah memang saya rasa tidak patut. Tambahan pula dia antara pelakonyang saya suka kerana memberi komitmen 100 peratus terhadap lakonan.
"Perkara yang berlaku pada Farid saya anggap kecil, bagaimanapunjenayah tetap jenayah dan biarlah mahkamah yang tentukan keputusannya,"katanya.
Bercerita tentang siri Gerak Khas yang kini menjengah ketahun ke-10 ditayangkan, menurut Yusof pada awalnya dia langsung tidakmenyangka drama terbitan syarikatnya, Skop Productions boleh bertahandan masih diminati walaupun telah 10 tahun ditayangkan.
"Memang saya tak sangka sejauh ini Gerak Khas boleh pergi. Bagaimanapun, ada seorang yang berkata, dia yakin bahawa Gerak Khas boleh bertahan lama melebihi 10 tahun iaitu A. Galak.
"Memang A. Galak antara pelakon yang paling setia bersama saya. Bukan hanya Gerak Khas tetapi dia telah terlibat dalam drama-drama sebelumnya termasuk Roda-Roda Kotaraya," kata pengarah yang telah menerbitkan lebih 500 buah episod siri tersebut. |
|
|
|
|
|
|
|
buku pon x mampu nak bli ke nokssss
choyyyyyyyyy sgt kahnn |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #1686 nanie\ catat
dia saje nak rasa thril mencuri kot |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1687 kaeiri's post
ye kot. dlm gerak khas asik tangkap pencurik je |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #1688 nanie\ catat
nanie tanak mencuba ke? |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1689 kaeiri's post
xnakkkkkkkkkkk
wat pe plakk |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1691 kaeiri's post
ntah sape le hero tu |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #1692 nanie\ catat
kene la cuba dulu baru tau sapa yg dtg jd hero |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1693 kaeiri's post
|
|
|
|
|
|
|
Balas #1695 tapaksulaiman\ catat
sapa roslah shah ? |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1695 tapaksulaiman's post
roslah shah mane ni noksss? |
|
|
|
|
|
|
|
waktu makannn~~ |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|