CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: ilahkhatibrani

Pengalaman Mistik Ilahkhatibrani IV

 Close [Copy link]
Post time 20-11-2009 10:12 PM | Show all posts
1678# kroit92

erkk..ntah??
scan kowt...
dah boleyh taw smda orang 2 buat slh ke x, afta tgk muka diorang
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-11-2009 10:36 PM | Show all posts
lame tak bace cite antu ilah..
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2009 11:54 PM | Show all posts
salam semua
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2009 11:54 PM | Show all posts
ada owang ke nie ?
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2009 12:32 AM | Show all posts
1681# jie_kumiko

banyak kali kroit terkantoikan kawan kroit kat sekolah.. especially yang baik2 ni..
"Kau ada buat apa2 kerja jahat tak time cuti sekolah aritu?"
"Kenapa?"
"Takde ape.. Saje tanya.. Ada tak?"
(terdiam, merenung, berfikir)
"So?"
"Err, ada.."
"Apa dia?"
"Aku.. Aku ikut percutian dengan saudara-mara, lepas tu, tidur hotel. Orang tua-tua ada bilik sendiri, budak2 kena tidur bilik lain, aku tidur bilik budak laki lar.."
"astu?"
"Malam tu diorang pasang "CD".. Tu first time aku tengok.."
"Ohh.. Aku harap kau bertaubat, jangan dok ingat2 lagi.. Dosa! Allah Maha Mengetahui, Allah Maha Melihat. Insaf!"
"Aku pun rasa bersalah ni, takut.."

salah satu dialogue kroit dengan kawan kroit..
ada tu dah terlanjur bila ditanya..
ada tu yang dah berbulan tak pernah solat..
tapi yang tu bukan kawan baik lah, lebih kepada kenalan sahaja..
takut nak tanya dah, terkejut-terkejut dengar jawapan..

btw, dah update, bacalah kalau nak.
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2009 12:54 AM | Show all posts
ahhaaha..
nakal jerk kroit neh...
kantoi kan deyrang
esh..kecik2 da pndai layan mende2 cm 2 da ek??

oo0o dah hapdet???
esshh....jgn sbb jie yg nk bc sdh...
sian kroit nk xm g...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-11-2009 01:02 AM | Show all posts
1683# w_md_harris

salam harriss..

konbanwa
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2009 08:49 AM | Show all posts
[quote]kroit kadangkala kalau pandang muka seseorang, kroit nampak muka dia akan menjadi lebam atau hitam%2
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-11-2009 08:55 AM | Show all posts
aduh awatnya posting hird jadi seperti itu?

salam adik kroit, hird nak tanya tentang wajah yang kroit nampak hitam tuh,kroit kata disebabkan org itu notty2. tapi ada yang bagi tahu hird itu mungkin disebabkan org itu byk masalah, berpenyakit dan pakai susuk. jadi macam mana nak bezakan?

salam ilah aka mak buyung (ikut halim)

alhamdulillah dah sembuh, tapi yang best dengar sebab ilah bertambah tambun
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2009 05:20 PM | Show all posts
ahhaaha..
nakal jerk kroit neh...
kantoi kan deyrang
esh..kecik2 da pndai layan mende2 cm 2 da ek??

oo0o dah hapdet???
esshh....jgn sbb jie yg nk bc sdh...
sian kroit nk xm g...: ...
jie_kumiko Post at 21-11-2009 00:54


alaa, dulu ye lar slalu soal siasat jap, sekarang dah tak dah.. tak nak kacau tepi kain orang..
yang buat2 benda2 tak senonoh tu mostly diorang dari kampung, asal dari keluarga bermasalah ler, etc..
takpe, kroit tak kisah.. lagipun kroit online sekejap time rehat dari ulangkaji..
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2009 05:26 PM | Show all posts
aduh awatnya posting hird jadi seperti itu?
salam adik kroit, hird nak tanya tentang wajah yang kroit nampak hitamtuh,kroit kata disebabkan org itu notty2. tapi ada yang bagi tahu hirditu mungkin disebabkan org itu byk masalah, berpenyakit dan pakaisusuk. jadi macam mana nak bezakan?

salam ilah aka mak buyung (ikut halim)

alhamdulillah dah sembuh, tapi yang best dengar sebab ilah bertambah tambun
hird Post at 21-11-2009 08:55


salam hird.
tak taulah, kroit tak de banyak pengalaman pasal benda ni. kroit kalau nak tau sebab pon kena tanya diorang, kalau takat pandang je tak tau puncanya ape..
pastu yang muka hitam tu, bukan hitam cam kena cat ke ape, dia macam err, dalam kulit tu ada hitam2, pastu kadang2 lebam and lebam tu cam kejap ada kejap takde, kelip2 ar kata orang..
setiap perkara ada hikmahnya, kroit redha dengan Qada dan Qadar..
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2009 06:33 PM | Show all posts
salam ilah...

lama bebenor tak masuk thread ni..sejak pindah umah baru n preggy, mmg elakkan baca kisah2 mistik..nanti terbayang2..huhuu

Ilah dah preggy gak ek? bila due nya? isma awal bln tiga..doakan semuanya selamat, sihat n sempurna..

rindu giler kat benang ni..lepas bersalin, nak merempit dari umah kedua...huhuu
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2009 12:05 AM | Show all posts
salam.....
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2009 08:47 AM | Show all posts
salam semua sahabat..

alhamdullilah ilah sihat serta tembam melampau....
terima kasih kerana mendoakan ilah....
aduihlah! baru jer abis settlekan kerja nie...masih penat nie...
...
ilahkhatibrani Post at 20-11-2009 16:00


lega rasanya bila dgr ilah sihat walafiat..
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2009 11:07 AM | Show all posts
Ilah,

Rasanya elok stop kejap dari bercerita ni.. especially now abah and cik abang Ilah dah warning kan.. takpelah.. kita sembang2 dulu kat sini.. bila semua dah ok.. boleh la sambung cerita..

P/S: Something interesting - setiap kali sampai rumah antara pukul 7 - 7:30pm, malam tu mesti anak meragam.. tapi kejap ajelah, lepas tu ok je.. kalau sampai sebelum pukul 7pm atau lepas pukul 7:30pm.. ok je.. anak macam restless, imagine la kita sakit perut takleh tido.. camtu ler dia.. benda ni start rasanya sejak musim tengkujuh ni, bila petang2 kan hujan.... sejuk??
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2009 11:11 AM | Show all posts
1695# duquesne
setuju ilah take easy dulu...
kang ter pressure plak dia, kesian plak kan..

apa khabar ilah ...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 23-11-2009 11:54 AM | Show all posts
Post Last Edit by ilahkhatibrani at 23-11-2009 11:56

salam semua

hadiah untuk semua sahabat yang sabar dengan karenah ilah di umah nie...

p/s: terima kasih

KISAH PENGALAMAN MISTIK ILAH DENGAN BUNIAN MENOLONG MENCARI CINCIN YANG HILANG
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2009 12:00 PM | Show all posts
salam ilah n semua...
ilah, ade citer baru ek...
xsabar nk baca kisah ilah dgn bunian tu...

p/s: hope ilah sentiasa sihat2 walafiat...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-11-2009 12:26 PM | Show all posts
Post Last Edit by ilahkhatibrani at 25-3-2011 10:57

KISAH PENGALAMAN MISTIK ILAHKHATIBRANI DENGAN MAKHLUK HALUS / BUNIAN MENOLONG MENCARI CINCIN YANG HILANG.
Kisah ini bermula semasa ilah pergi membeli barang keperluan rumah di pasaraya..di mana pada masa ini ilah pergi sendirian…hmm banyak juga barang yang ilah beli..termasuk dua kotak air mineral…..jadi tak cukup tangan jugaklah menjingjit plastic…..dan nasib baiklah ada seorang hamba Allah tu menolong ilah mengangkat barang yang berat dan meletakkan di dalam kereta ilah…..alhamdullilah….semoga Allah membalas jasa beliau….

Dan tanpa disedari cincin  ilah melurut daripada jari ilah tanpa disedari oleh ilah…..
manakala ilah hanya menyedari kehilangan cincin tersebut setelah mengemas dan menyimpan barang yang dibeli...aduihlah! punyalah ilah sedih sangat sebab cincin tersebut merupakan cincin pemberian daripada orang umah dan tambahan pula nama org umah terukir di cincin tersebut ..tanda kami telah bersatu ...dengan sah..

jadi terus ilah keluar dan mencari cincin di dalam kereta..namun gagal.........setelah itu ilah kembali semula ke pasar raya yang telah ilah pergi.....terbongkok2 ..terkuis2 sampai berpeluh ilah menunduk mencari cincin kesayangan ilah...sedih pun ada ..rasa kesal pun ada ....walaupun ilah tahu orang umah tak mungkin memarahi ilah semata2 kerana kehilangan cincin tersebut tetapi bagi ilah cincin tersebut terlalu bernilai buat ilah......( orang yang lalu lalang ramailah jugak..tapi ramai chineselah..ada jugak yang bertanya tapi ilah hanya mengangkat tangan tiada apa2..sebab MALU sebenarnya   )
sampailah tetiba ada suara lelaki menyapa ilah dengan memberi salam ....terus ilah menoleh ..rupa2nya lelaki yang sama ..iaitu hamba Allah yang menolong mengangkat barang berat di pasaraya.....alamak! ilah dah tersipu2 malu..sebab masa nie ilah tengah mencangkung sambil tangan menguis kat rumput .....he.....he....
terus ilah berdiri sambil tersenyum dan mengatakan tiada apa2....tetapi lelaki tersebut hanya tersenyum sahaja dan terus berkata ngan ilah....."cari barang hilang ker"  " kalau tidak keberatan boleh saya tolong saudari..sebab dari tadi saya tengok saudari macam mencari sesuatu"...ujarnya dengan nada yang lembut serta sopan...


terus ilah terdiam ...dengan muka merah padam sebab baru perasan kelakuan dan gelagat  ilah telah lama diperhati ngan org yang tiada dikenali.....Ya-Allah malunya!!!!!!!!! sementara tu ilah sempat melihat dua orang wanita India berjalan dan melintasi dihadapan ilah memandang ilah dengan pelik ...hmm siap berbisik sesama sendiri....dan kemudiannya berlari menjauhi ilah ......hmmm masa nie tak fikir apa2...sebab anggap mungkin dorang jeles ilah tengah berbual ngan mamat hensem....

bila melihat lelaki terbabit bersungguh ingin menolong ilah ..hmm ilah pun setuju memandangkan hampir sejam juga ilah mencari tak jua berhasil..jadi apa salahnya jika kita menerima tangan yang ingin membantu ..tanpa syak wasangka..malahan ketrampilannya seperti seorang muslim..   cuma rambutnya panjang melepasi bahu tersisir rapi.dan berwarna hitam kecoklatan..raut wajahnya bersih....memakai baju berkain kapas berlengan panjang dengan seluar panjang hmm macam jean pun ada ..tetapi bukan jeans kerana material kain seluar tersebut lain sedikit..dan sebelah telinganya ilah lihat ada bertindik dengan anting2 bulat..berwarna kuning

dipergelangan tangan terdapat gelang yang berwarna timah atau silver ..berkilat bila disinari matahari.....hmm peliklah...sedikit...sementara pemuda tersebut tersenyum girang apabila ilah setuju menerima pertolongannnya....terkejut ilah apabila melihat secara tetiba pemuda tersebut duduk bersila ...dan menyuruh ilah jangan menyampuk dan menegur apa yang akan ilah lihat sebentar lagi....dan sambil memberi isyarat kepada ilah agar berdiri disebalah kanannnya...dan ilah menurut dan melihat gelagatnya dengan penuh minat.

pemuda terbabit duduk bersila dengan meletakkan kedua belah tangannya di kedua belah ujung peha dimana tapak tangannya di biarkan terbuka ke atas ....iaitu hujung ibu jari dan jari telunjuk bertemu atau disentuh diantara satu sama lain sementara jari yang lain didirikan setakat tinggi mengikut ruas yang pertama....
kemudian pemuda tersebut mengubah kedudukan dengan mengangkat kedua belah tangan dan meletak di dahinya seperti seorang rakyat menyembah hormat kepada sultan ...dan pada masa ini tetiba ilah tidak lagi mendengar bunyi kereta yang lalu lalang yang kedengaran hanya bunyi deruan angin hening...dan serta merta badan ilah menjadi kaku.

kemudiannya pemuda tersebut bersuara dengan bahasa asing....dan terus ilah berderau..Ya-Allah camner mamat nie tahu bahasa nie....getus ilah dalam hati kebimbangan....sebabnya kalau tak silap ilah ni bahasa alam bunian ..aduihlah! mamat nie makhluk halus ker.....dalam kegelisahan tersebut ilah terpandang bebayang sekumpulan kecil manusia berdiri dihadapan pemuda tersebut ...dimana terdapat salah seorang yang agak berusia sedikit berdiri di hadapan dengan memeluk tubuh sambil menyarut janggungnya yang panjang sedikit..( ujung janggutnya  hampir mnencecah dada)menakala yang lain berdiri dibelakangnya...dan ilah agak yang berdiri dihadapan sekali adalah ketua kumpulan tersebut....(hmmm pernah nampak org kerdil tak.atau dengar pasal awang kerdil.....kalau kengkawan nak tahu beginilah susuk tubuh kumpulan tersebut )..

ketua kumpulan tersebut berbalas pertuturan bersama pemuda tersebut dengan menggunakan bahasa asing .. dan sesekali ketua kumpulan tersebut menjeling ke arah ilah dengan pandangan bengis seolah2 tidak suka dengan kehadiran ilah disitu....ilah dah mulai gelisah....sesekali ilah membaca surah Insyirah untuk menenangkan diri dan debaran di dada...
namun begitu ..setelah pemuda tersebut memujuk dan berkata dengan lembut ...akhirnya ketua kumpulan tersebut mulai tersenyum dan mengangguk sambil menggengam tangan kanannya sambil menhulurkan tangan yang digenggam ke arah pemuda terbabit...dan tanpa membuang masa terus pemuda tersebut menundukkan kepala sedikit dan menghembuskan nafasnya dengan perlahan ke arahnya...menakjubkan dan pelik ..keluar cahaya kecil kuning terbang seperti burung kecil .daripada hembusan nafasnya dan terus ketua kumpulan tersebut melompat lalu menangkap dengan tangkas cahaya burung tersebut  dan terus dimasukkan kedalam karung kecil yang disisipkan ditepi pinggangnya.

..dan terus berpaling ke belakang dan berkata sesuatu kepada anak buahnya..dengan sekelip mata semua anak buahnya berlari seiringan dan terus menuju ke kawasan rumput yang berhampiran...
sementara ketua tersebut terus duduk ditanah sambil sesekali membelek isi karung di pinggangnya dengan senyuman yang lebar...dan sesekali tersenyum memandang ilah ..sementara pemuda tersebut terus memperkenalkan dirinya kepada ilah tanpa diminta...
menurutnya ...dia pernah bertemu dengan ilah sekali iaitu di sungai perak....terkedu ilah..arghh! alamak mamak bunian tu...(sila refer kisah ilah di sungai perak...)dan bagi yang mengikuti umah ilah yang lama pasti masih ingat kisah yang berlaku..diperhentian sungai perak..dan menurutnya lagi...selepas perjumpaan kali pertama terus diutuskannya seseorang untuk mencari ilah tetapi terhalang sebab terputus kerana ada sesuatu yang telah memutuskan jejak deria baunya menjejaki ilah...dan tanpa disangka pada hari ini utusannya telah berjaya menjejaki ilah tetapi malangnya sudah terlambat kerana ilah sudah dipunyai dan dimiliki oleh manusia dengan sah disisi agama islam....dan semua diketahui semasa menolong ilah mengangkat barang berat ke dlm kereta...dan pada masa ini bila dia memandang wajah ilah..sudah tergambar di dahi ilah yang ilah ini sudah dimiliki....ujarnya dengan nada sedih....


alamak! betullah dia nie lelaki bunian yang pernah ilah terserempak dahulu bila diamati betul2..cepat2 ilah menarik tudung ilah agar menutup sebahagian daripada dahi ilah .....manakala pemuda tersebut hanya tersenyum sahaja dan meminta maaf kepada ilah kerana membaca memori ilah tanpa kebenaran ilah..
menurutnya lagi..sebenarnya selepas dia mengetahui ilah sudah berpunya terus dia melupakan hasratnya untuk menegur dan ingin berkawan dgn ilah namun dia terkejut bila melihat ilah berpatah semula ke pasaraya tersebut untuk mencari sesuatu yang hilang..pada mulanya dia tidak ingin mencampuri urusan ilah tetapi kesian melihat ilah berpeluh2 mencari  barang yang hilang dengan sebab itu dia munculkan diri sekali lagi dihadapan ilah dengan tujuan untuk menolong ilah...dan di dalam alam dunianya iaitu alam bunian terdapat satu kaum yang pintar mencari barang yang hilang dan mereka adalah makhluk kecil yang berada dihadapan ilah tadi....menurutya lagi pada mulanya ketua kaum tersebut enggan menolongnya kerana melibatkan urusan dgn manusia tetapi setelah dipujuk dengan jaminan bhw ilah nie sahabatnya serta diberikan hadiah burung emas peliharaanya terus ketua kumpulan tersebut setuju untuk menolong dengan ilah dimana kebetulan pula ketua kumpulan tersebut memang 'gila'dan taksub  sedikit dgn species burung emas tersebut.
terkedu ilah bila mendengarnya....tetiba ilah terdengar bunyi org berdehem dengan kuat..terus ilah menoleh kearah bunyi tersebut...rupa2nya bunyi berdehem tersebut drpd ketua makhluk kerdil tersebut sebagai tanda anak buahnya sudah kembali ...Ya-Allah ! langsung tidak kedengaran kelibat bunyi mereka kembali tetiba jer sudah muncul kembali..patutlah manusia susah nak mengesan kehadiran dan tempat tinggal mereka..hmm bijak dan tangkas makhluk Allah nie
untuk sambungan sila ke page69
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2009 12:40 PM | Show all posts
salam........

wah-wah.... ada ceta baru....
thanks ilah....
ilah dah sarat kan....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-2-2025 09:53 AM GMT+8 , Processed in 0.529402 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list