|
Perlukah sembunyikan diri?
sedang kita tahu semua dalam proses
ya! proses belajar
belajar dari kesilapan
jadikan pengalaman sebagai guru
membentuk kemantapan diri
jadi,
lebih baik dari semalam
dan esok lebih baik dari hari ini
sia-sia,
jika hari ini lebih buruk dari semalam
dan esok lebih buruk dari hari ini.
~Goldkey, 16/5/11, 19.05 pm~ |
|
|
|
|
|
|
|
Salam selamat pagi
di hari cuti begini
sudah bangkitkah atau tidur lagi?
masih lena dalam dakapan bini/suami
hi, hi, hi!
ayuh bangkitlah sucikan diri
lihat apa yang patut dikemaskini
jangan lupa ambil sarapan pagi
rancang aktiviti
habiskan masa berkualiti
bersama keluarga yang sudah lama menanti.
ingat kembali
berapa lama keluarga tak diziarahi
apa kata lakukan hari ini
mengeratkan silaturrahim famili
moga hidup bertambah harmoni
cemerlang gemilang terbilang dimiliki.
~Goldkey, 17/5/11, 8.12 am~ |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
![](http://3.bp.blogspot.com/-k3JoqdtmTmw/TdHXrOKDOKI/AAAAAAAAFAo/UrkIJ5ZxbjA/s400/IMG_3227.JPG)
Rezeki yang di hadapan
pastikan bukan dari sumber haram
bukan hak orang.
Rajin-rajin terbang
rezeki akan terpandang
yang secupak akan jadi segantang.
Jangan sewenang-wenang
apa yang kita makan
akan jadi darah daging dan tulang
akan dipersoalkan Tuhan.
~Goldkey, 17/5/11, 9.45 am~ |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Hati yang terbelah
usah biar dikerumuni gundah
pasti ada jalan petunjuk membedah
kembalilah kepada pengajaran suruhan Allah.
Jika musibah datang mencelah
hadapi dengan tabah
tak rugi tenang dan berhemah
kesabaran membawa faedah.
Takdir datang tanpa helah
telah diperingat Rasulullah
dalam susah dalam senang InsyaAllah
berpegang teguh dengan tali Allah.
~Goldkey, 17/5/11, 11.20 am~ |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Setelah mentari menyinar
cahaya terpancar
andai pohon enggan membesar
apa lagi daya mentari
tunggulah hujan membasuh
sisa-sisa cemaran menyaluti
atau
angin meniup debu pergi
pepohon lekas menyerapi
menguatkan diri
mengapai impian dihajati
walau ketinggalan dek kerenah sendiri
kesedaran bermakna dari terus terlena bersama mimpi.
~Goldkey, 17/5/11, 10.43 am~ |
|
|
|
|
|
|
|
Izinkan saya terus menulis
bukan niat saya untuk menghiris
hanya ingin menyampai walaupun sebaris
moga ada yang manis
dalam mengejar kehidupan yang harmonis.
Jika saya tersalah tulis
maafkan saya ahli majlis
perbetulkan kesilapan yang tak manis
jadikan karya lebih dinamis
membawa mesej jelas lagi puitis.
Jika anda ingin menulis
tulislah biar habis
biar jelas walau sinis
yang memahami dengan kritis
menerima tanpa prejudis.
~Goldkey, 17/5/11, 11.45 am~ |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Jikapun kita ada sepasang sayap
yang boleh buat kita terbang
ke pelusuk dunia
bahagiakah?
jika,
sering berterbangan tanpa teman.
Jikapun kita ada sepasang mata
yang boleh buat kita melihat ke seberang
ke laman orang
bermaknakah?
jika,
laman sendiri penuh dengan lalang.
Jikapun kita ada sepasang telinga
yang boleh buat kita mendengar siang dan malam
ke serata alam
tenangkah?
jika,
apa yang kita dengar bukan impian.
~Goldkey, 17/5/11, 12.05 tgh~ |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Ada orang merasakan sedikit kegagalan
telah mematikan seluruh hidupnya
tiada lagi harapan
tiada lagi peluang
sedangkan
kegagalan itu
cuma setitis air dari lautan.
Jangan berputus ada
kejayaan tak pernah berselingkuh
setia menanti di mana jua
gapai dengan bersungguh
ambil sedikit masa
bina peribadi teguh
yakin kejayaan akan dirasa.
~Goldkey, 17/5/11, 12.20 tgh~ |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Pabila langit berdehem
awan bergumpalan mengumpul hujan
kilat memancar mengerunkan
petir sambar menyambar menakutkan
alam bersepakatan
menunjukkan atur permainan
sentiasa menuju keseimbangan
tanpa henti selagi ada kehidupan.
~Goldkey, 17/5/11, 17.17 pm~ |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by Goldkey at 17-5-2011 19:38
Sistem ciptaan manusia
macam mana bagus pun tak memuaskan semua
terimalah dengan redha
jika bukan rezeki kita
jangan rasa kecewa
keikhlasan dipandang yang Esa
moga kita ditakdirkan jadi jutawan di sisi-Nya
mungkin di dunia
pengujian menerima ketentuan-Nya
bertabah rakan semua.
~Goldkey, 17/5/11, 18.33 pm~ |
|
|
|
|
|
|
|
Siang cuma miliki mentari
malam miliki bulan dan bintang
mengapa?
adakah kerana perimbangan
gelita malam yang menghadkan pandangan
diimbalkan dengan keindahan kerlipan berjuta bintang
dipesonakan dengan cahaya bulan mengambang
sedang siang sudah cukup terang
mewarnai cakerawala alam
Subhanallah indahnya ciptaan-Mu.
~Goldkey, 17/5/11, 22.41 pm~ |
|
|
|
|
|
|
|
Rintik-rintik rindu
berenapan membasahi kalbu
menyubur tunas sendu
terkenang kisah lalu
saat indah bersama ibu.
Duhai ibu
kau ratu
tidak pernah lumu
ingatanku padamu
walau umurku ditelan waktu.
~Goldkey, 17/5/11, 23.23 pm~ |
|
|
|
|
|
|
|
Hujan membelai rasa
menerjah ke kamar tak berangin
membeku akal di ranjang khayalan
terkaku gerak bola mata
menelinga lagu tetes air
memukul atap
deruan yang jadi petanda
malam diselaputi dingin
tidak bisa menyembuh torehan hati
darahnya mengalir
bagai glasier menuruni kori.
~Goldkey, 18/5/11, 18.05 pm~ |
|
|
|
|
|
|
|
Gelabah monyet yang kau cipta
bukan apa-apa
sekadar diri kamu yang gagal
mengawal diri
menakuti hal-hal yang belum pasti
cuba tenangkan diri
tiada apa yang terjadi
banyakkan doa kepada Ilahi.
~Goldkey, 18/5/11, 18.55 pm~ |
|
|
|
|
|
|
|
Kita tidak bisa mencipta mimpi
andai terpejam lena sekalipun
jika mimpi enggan bertamu
usah mimpi untuk bermimpi
mimpi yang akan hadir
mewarnai
apa corak yang dilakarkan
selalunya
selari dengan akal sedar
yang diputar mainkan
dalam jaga
pada kelir minda.
~Goldkey, 18/5/11, 19.10 pm~ |
|
|
|
|
|
|
|
Kejelekitan!!!
hah! apa benda?
kejelekitan..
tidak pernah dengarkah?
tak pernah..
buka kamus
kamus bercetak ada
kamus elektronik ada
kamus online pun ada
sungguh tidak jelekit kamu dengan kamus
sia-sia usaha DBP.
Ni ha!!!
aku tulis banyak-banyak
ada ke yang baca?
tak jelekit kamu dengan puisi
sah-sah kamu melekit
ya, melekit dengan malas
malas nak baca
tapi aku tak rasa sia-sia
sekurangnya aku dah tulis bicara
dibaca atau tidak tak mengapa
kerana aku menulis tak minta diperharga
aku menulis untuk diredha.
~Goldkey, 18/5/11, 19.36 pm~ |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Saya bukan penulis yang hebat
tapi saya ada pasang niat
nak menulis sampai ke darjat
seperti penulis yang berbakat
siapa yang nak lihat?
karya-karya saya yang terpahat
untuk dapat nasihat
bagaimana meningkatkan kelibat
puisi dihambat
jika itu saya dapat
puisi saya ada tempat
di hati peminat
kemenjadiankah itu?
~Goldkey, 18/5/11, 20.10 pm~ |
|
|
|
|
|
|
|
Peluru kata
kubedil meliar
mensasarkan titik-titik dangkal
yang memejal di benak-benak nakal
dengan harapan akan menggelepar terpenggal
yang tinggal akal terajar
bangkit mencari asal
sebelum menyesal.
~Goldkey, 18/5/11, 2130 pm~ |
|
|
|
|
|
|
|
Gula-gula getah
pun tak mampu kau berikan kepada kami
coklat "ferrero Rocher" kepada mereka kau hidangkan
apa!!!, kami ini kasta mana?
kau bina jurang antara kami
kau humban kami ke lubuk kecewa
kau lemaskan kami dalam kolam kepalsuan.
Kau tak belajar adab ke?
kalau dalam satu keluarga
takkan abang long saja dilayan baik
bagaimana dengan angah, ucu, acik?
semua buat kerja rumah yang setara
jangan buat-buat buta
mengula-gula yang dah dewasa
buruk padahnya.
~Goldkey, 18/5/11, 21.48 pm~ |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Kau meneriak mendung pada hari yang jerebu
dengan penuh harapan jajahan takluk menunggu hujan menderu
tapi rupanya kabut dan kabus kau tiupkan ke dalam kelambu
jadi apa yang kau harapkan akan berlaku?
kau nak orang tersenyum sipu?
aku rasa orang akan berbulu
bulu yang tercipta dari besi padu
huh, perbuatanmu sungguh melucu
kalbuku
sukmaku
berkata tahukah kau semua itu
buat kami membisu
namun bukan jadi OKU.
~Goldkey, 18/5/11, 22.20 pm~ |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|