Kenyataan Akhbar YBMK 9 September 2021 – Pelancaran COVIDNOW dan Pemakluman Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia[size=0.8em]BY DG OF HEALTH ON SEPTEMBER 9, 2021
PELANCARAN COVIDNOW DAN PEMAKLUMAN SITUASI SEMASA JANGKITAN PENYAKIT CORONAVIRUS 2019 (COVID-19) DI MALAYSIA Pengurusan pandemik COVID-19 merupakan satu usaha yang sangat mencabar bukan sahaja kepada Kerajaan baik di peringkat Persekutuan ataupun Negeri, petugas barisan hadapan kesihatan dan keselamatan, tetapi juga kepada seluruh penduduk di Malaysia. Ini kerana bagi memastikan apa jua usaha yang sedang dijalankan untuk mengawal dan menguruskan pandemik ini berjalan lancar, selamat dan akhirnya berjaya, penglibatan secara menyeluruh oleh Kerajaan (Whole of Government) dan masyarakat (Whole of Society) sangatlah penting. This is what we have been constantly saying, the Whole of Government and Society approach to effectively manage the COVID-19 pandemic. We all need to work together to make this work. Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sedar bahawa untuk memastikan penglibatan yang menyeluruh oleh masyarakat termasuklah ahli akademik, pihak swasta dan NGO; dalam usaha melindungi diri, keluarga dan juga komuniti daripada jangkitan virus COVID-19, adalah dengan menyediakan data serta maklumat yang lengkap dan terperinci berhubung situasi semasa jangkitan virus tersebut di dalam negara. Penglibatan yang menyeluruh oleh masyarakat, dengan pemahaman yang betul mengenai situasi semasa jangkitan COVID-19 di dalam negara amatlah penting untuk memastikan proses peralihan ke fasa endemik dilakukan dengan lancar dan selamat. Kita harus menerima hakikat bahawa sekalipun kita berjaya mengawal pandemik ini, kita juga perlu bersedia untuk menerima kenyataan bahawa akan tiba masanya nanti COVID-19 akan menjadi endemik dan untuk itu, kita mesti hidup bersama virus ini. Maka untuk mencapai aspirasi tersebut, saya bersama pengurusan tertinggi KKM telah bersetuju untuk memastikan data dan maklumat berhubung COVID-19 di dalam negara dapat diakses oleh semua pihak. Sebelum ini pun KKM telah memuat naik data granular ke dalam GitHub di mana data yang dimasukkan sentiasa ditambah baik dari semasa ke semasa. Begitu juga dengan data bagi vaksinasi oleh JKJAV yang juga dimuat naik ke GitHub. Malaysia antara negara terawal yang berkongsi data secara terbuka. Namun begitu paparan data di GitHub dirasakan lebih sesuai untuk mereka yang mahir dengan sains data. Oleh itu, bermula hari ini, seiring dengan hasrat saya untuk lebih telus dalam perkongsian maklumat, KKM akan melancarkan laman web baru iaitu COVIDNOW. Anda boleh mula layarinya bermula jam 6 petang ini di https://COVIDNOW.moh.gov.my dan data harian terkini akan tersedia di COVIDNOW selepas jam 12 malam. Laman web ini akan memaparkan data utama yang lebih mudah difahami dan boleh diakses oleh masyarakat umum. Usaha membangunkan laman ini telah mengambil masa beberapa bulan dan saya ingin mengucapkan tahniah kepada pasukan yang telah bekerja keras membangunkannya. Saya berharap dengan data dan maklumat yang dikongsikan di GitHub dan juga COVIDNOW, masyarakat akan mempunyai pemahaman dan kesedaran yang lebih baik berkenaan situasi jangkitan COVID-19 di dalam negara. Di samping itu juga, usaha untuk melakukan perubahan tingkah laku (behavioural change) dan usaha untuk mengamalkan SOP-SOP dapat dipertingkatkan supaya kita boleh mula memasuki fasa baharu hidup bersama virus COVID-19. Saya juga ingin nyatakan di sini berhubung situasi terkini jangkitan COVID-19 di dalam negara. Secara amnya, kita dapat melihat sedikit penurunan jumlah kes COVID-19 yang dilaporkan di dalam negara di mana purata nilai Rt juga kini di bawah 1.0 iaitu 0.97. Beberapa negeri telah menunjukkan situasi yang lebih baik seperti negeri-negeri di Lembah Klang, Negeri Sembilan, Wilayah Persekutuan Labuan dan Melaka. Sementara itu terdapat tren mendatar dan kurang stabil di beberapa negeri seperti Perak, Perlis, Kedah, Kelantan, Pahang, Johor, dan Sabah. Beberapa negeri pula didapati menunjukkan peningkatan kes seperti negeri Sarawak dan Terengganu. Tindakan sewajarnya telah diambil bagi negeri-negeri yang memerlukan lebih perhatian ini agar bantuan sewajarnya dapat diberi oleh Kerajaan. KKM sememangnya berterima kasih terhadap bantuan pelbagai agensi dalam sama-sama peringkat kerajaan persekutuan mahupun di peringkat kerajaan negeri dan lokaliti agar kita dapat sama-sama memastikan keadaan segera pulih di negara kita. Sehingga 9 September 2021 (jam 12:00 tengah hari); - Kes sembuh : 24,855 kes (1,657,486 kes kumulatif, 86.3%);
- Kes baharu : 19,307 kes (1,919,774 kes kumulatif);
- Kes import : 6 kes (2 warganegara; 4 bukan warganegara);
- Kes tempatan : 19,301 kes [17,125 warganegara (88.7%); 2,176 bukan warganegara (11.3%)];
- Kes aktif : 242,802 kes;
- Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU): 1,310 kes ( 967 kes disahkan COVID-19 ; 343 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan);
- Kes memerlukan bantuan pernafasan: 737 kes ( 464 kes disahkan COVID-19 ; 273 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan)
- Kes kematian : 323 kes (19,486 kes kumulatif, 1.0%)
- Jumlah kluster : 5,022 kluster;
- Jumlah kluster baharu : 27 kluster;
- Jumlah kluster yang telah tamat : 3,572 kluster; dan
- Jumlah kluster aktif : 1,450 kluster.
Daripada 19,307 kes harian yang dilaporkan pada hari ini, - 302 kes (1.6 peratus) adalah kategori 3, 4, dan 5; dan
- 19,005 kes (98.4 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2.
Secara amnya, kita dapat melihat sedikit penurunan jumlah kes COVID-19 yang dilaporkan di dalam negara di mana purata nilai Rt juga kini di bawah 1.0 iaitu 0.97. Beberapa negeri yang telah menunjukkan situasi yang lebih baik seperti negeri-negeri di Lembah Klang , Negeri Sembilan, Wilayah Persekutuan Labuan dan Melaka, didapati terus menunjukkan tren yang positif. ![](https://kpkesihatan.files.wordpress.com/2021/09/screenshot-2021-09-09-164641.png?w=1024)
![](https://kpkesihatan.files.wordpress.com/2021/09/090921.png?w=1024)
Tindakan sewajarnya telah diambil bagi negeri-negeri yang memerlukan lebih perhatian ini agar bantuan sewajarnya dapat diberi oleh Kerajaan. KKM sememangnya berterima kasih terhadap bantuan pelbagai agensi dalam sama-sama peringkat kerajaan persekutuan mahupun di peringkat kerajaan negeri dan lokaliti agar kita dapat sama-sama memastikan keadaan segera pulih di negara kita. NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19 KKM ingin menasihati orang ramai termasuk individu-individu yang telah menerima vaksin COVID-19 agar terus mematuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan iaitu; - (elakkan kawasan yang sesak, sempit dan sembang dengan jarak yang dekat).
- (Amalkan Wash, Wear dan Warn).
- Pemakaian pelitup muka berganda adalah digalakkan.
Patuhlah kepada S.O.P sebagai norma baharu dan dapatkan vaksin COVID-19 bagi mengurangkan risiko jangkitan yang serius, bilangan kes kematian sekaligus membina imuniti kelompok. Dengan pengambilan vaksin, kita dapat melindungi orang di sekeliling daripada kemungkinan jangkitan COVID-19. Dengan imuniti kelompok yang terbentuk, kumpulan yang belum layak diberi imunisasi seperti kanak-kanak dapat dilindungi. Perlindungan untuk semua bermula daripada diri kita. KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak WHO. KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya dilaksanakan secara berterusan. Sekian, terima kasih. YB KHAIRY JAMALUDDIN MENTERI KESIHATAN MALAYSIA 9 September 2021 @ 5:00 PM
|