CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Goldkey

Puisiku: Tinta Hati Menitip Kata

 Close [Copy link]
 Author| Post time 19-5-2011 06:17 PM | Show all posts
Lorong waktu yang telah aku lewati
adakala selari dengan impian hati
terkadang menduri jejak yang kudaki
semuanya mendewasakan jati diri
mengenal simpang yang perlu dihindari
memilih denai yang harus diselusuri
menuju keredhaan Ilahi
sebelum mati.

~Goldkey, 19/5/11, 18.00 pm~
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 19-5-2011 06:40 PM | Show all posts
Cinta berduri
melukakan tangkai hati
menjerut sukma-sukma suci
setelah jiwa dan raga mengabdi.

Tusukan cinta berduri
membelah jantung hati
mematikan denyut kasih murni
hanyut ke pusaran tsunami benci.

Repih cinta berduri
sebelum mencacah ke taman hati
lontarkan ke laut mati
kuburkan di batu hampar memori.

Rintihan mangsa cinta berduri
menyayat hati beri simpati
tinggalkan impian ngeri
kejari pelangi di langit cinta Ilahi.

~Goldkey, 19/5/11, 18.31~

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-5-2011 07:01 PM | Show all posts
Jika aku diberi pilihan
antara berkata-kata
dan diam
aku akan pilih untuk keduanya
setelah berkata apa yang aku rasa benar
aku akan diam tanpa paksaan.

Jika aku diberi pilihan
antara hidup
dan mati
aku akan pilih keduanya
setelah hidup mengejar keredhaan Ilahi
aku akan pasrah menunggu mati.

~Goldkey, 19/5/11, 18.50 pm~

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-5-2011 07:18 PM | Show all posts
Saya bukan ahli nujum
yang mampu meramal masa depan
saya hanya mampu berpesan
kita tidak akan tahu apa bakal mendatang
namun kita boleh merancang
ketentuan Ilahi itu tak boleh dihalang
andai yang molek bertandang
jangan lupa ucapkan syukur
andai yang buruk menyusur
jangan pula kita rasa dihukum
semuanya pengujian kena ambil maklum.

~Goldkey, 19/5/11, 19.15 pm~
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-5-2011 09:48 PM | Show all posts
Tebat diri
dengan ayat-ayat suci
agar terhindar hasad dengki
kerja manusia iri
boleh sampai menyekutu Ilahi
memorandum persefahaman ditandatangani
dengan makhluk dilaknati
janji hajat dipenuhi
menyonsang ke dalam api
tak dipeduli.

~Goldkey, 19/5/11, 21.45 pm~
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-5-2011 10:42 PM | Show all posts
Saya rindu sekali
saat bersimpuh di bendul
menyisir rambut bonda
membelek-belek rambut putih
memerhati kerdip matanya makin lesu
lalu terlena menghilang lelah.

Tidak mungkin
saya lalui saat seperti itu
yang ada cuma lipatan kenangan
tersimpan dalam kabinet memori
tak pernah terusik dek anai-anai masa
kerana bonda saya tak pernah pergi dari sukma.

~Goldkey, 19/5/11, 22.35 pm~

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 19-5-2011 11:06 PM | Show all posts
Saat dada menyebak
saat mata bergenangan
tiada kata nak diluahkan
hanya perih memerap
diredakan titis ke pipi
tak tergenggam rasa di dada
pinta kepada Ya Rabbi
damaikan sanubari.

~Goldkey, 19/5/11, 23.05 pm~
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-5-2011 12:29 PM | Show all posts
Bila cinta menggigit
hati terjerit-jerit
meneriak rindu yang perit
tak tertahan gelora menghimpit
ingin sentiasa berkepit
melekit lekit
macam belangkas berdua merempit.

~Goldkey, 20/5/11, 12.35 tgh~
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 20-5-2011 08:09 PM | Show all posts
Jika ada dendam di hati
yang baik hanya terlihat keji
tiada manis berseri yang tinggal cuma benci
salah silap dicari
tak pernah nak menghargai
yang terpacul hanya caci maki.

Ya Rabbi
aku mohon berlindung dari Iblis ini
yang hanya tahu betul sendiri
tidak pernah melihat kesilapan diri
segala kehendak perlu diikuti
walau bercanggah dengan ketetapan Ilahi.

~Goldkey, 20/5/11, 20.03 pm~

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-5-2011 09:37 PM | Show all posts
Manusia yang faham bahasa
sekali dilaserkan akan terasa
lalu mengambil tindakan yang cakna
tapi
jika manusia yang jenis tebal telinga
andai bom jangka meletup di birai sukma
macam tiada apa-apa.

~Goldkey, 20/5/11, 21.34 pm~
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-5-2011 09:55 PM | Show all posts
Sepanjang tempuh kehidupan saya
telah saya jumpai pelbagai ragam manusia
anda mungkin jumpa yang sama.

Ada manusia yang cakap tak serupa bikin
cakap lain buat lain
suka pusing-pusing.

Ada manusia yang suka cakap tak suka buat
cakap macam hebat suruh buat lari tak cukup tempat
suka cakap besar.

Ada manusia suka komplen
banyak tak betul dari betul
orang macam ini dia yang kena diperbetul.

Ada manusia diam-diam tapi ada hasil
tak suka cakap banyak kerja yang penting
orang macam ini selalu dipermain.

Ada manusia apa pun tak mahu
suruh belajar tak mahu suruh kerja tak mahu
yang dia tahu nak makan selalu.

Kalau nak sebut semua tak cukup ruang
lain kali kita sambung karang
renung-renungkan.

~Goldkey, 20/5/11, 21.51 pm~

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-5-2011 10:10 PM | Show all posts
Kalau

Kalau tak pandai
cakap tak pandai
jangan nak memandai-mandai
terbarai!

Kalau tak tahu
cakap tak tahu
jangan buat-buat tahu
haru!

Kalau tak cinta
cakap tak cinta
jangan nak mengada-ngada
hampa!

Kalau tak rindu
cakap tak rindu
jangan nak tipu-tipu
hantu!

Kalau tak suka
cakap tak suka
jangan nak bela-bela
celaka!

Kalau!!!
tak akan habis kalau berkalau
sudahnya sasau
jangan marah, gurau je.

~Goldkey, 20/5/11, 22.05 pm~

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-5-2011 10:29 AM | Show all posts
Kalu nak ghoyat, ghoyat biar derah
biar ore bulih denga
jange bisik-bisik mace dale kelambu
pahtu kalu ore tak denga
mula nak moghih kat ore
paranga gapo lagu tu.

Kalau nak ghoyat, ghoyat molek
jange duk pese-pese
turun ghoyat sediri
biar jumpo pat mata
sene citer
bulih tahu air muko.

~Goldkey, 21/5/11, 10.06 am~

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-5-2011 02:03 PM | Show all posts
Wahai puok jate
puok tino suko bena
kalu duk bui puji
tesengih sapa napok gosi.

Wahai puok tino
puok jate suko bena
kalau duk bui senyung manih
tersengih sapa napok tak doh gigi.

Wahai puok jate
puok tino tak suko bena
kalu duk kecek pasa poligami
maghoh sapa tak seda tak kawin lagi.

Wahai puok tino
puok jate tak suko bena
kalu duk kecek sapa tengoh hari
laki balik nasik tak masok lagi.

~Goldkey, 21/5/11, 13.58 pm~

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-5-2011 03:26 PM | Show all posts


Zharif Aimran

Sungguh kuat kamu
lahir sebagai SD
pada usia dua bulan
hadapi sendiri
saat jantungmu dibedah
betapa abah dan ibu tak mampu berbuat apa
hanya doa tak putus dipanjatkan
Ilahi maha mengetahui betapa kami sayangkan kamu.

Membesarkan kamu
tuntut kesabaran bukan calang-calang
demi amanah yang Esa
abah dan ibu tabah dengan dugaan-Nya
tak jemu belajar dan belajar
memperbaiki diri mendidik kamu
syukur kepada yang Maha Penyayang
tiada rasa bosan menjengah.

Pada usia dua tahun setengah
kami diuji lagi Aimran
betapa diagnosis kamu hidapi leukimia
merentak jantung hati kami
pasrah dengan kententuan-Nya
abah dan ibu berikan rawatan terbaik buat kamu
hanya air mata dan doa sentiasa mengiringi
dan sekali lagi Ilahi maha mengerti kami teramat sayangkan kamu.


Kini hari-hari yang kamu lalui
nikmatilah dengan bahagia
abah dan ibu mencuba dan terus mencuba
memberi yang terbaik untuk kamu
pohon kami janganlah kami diuji lagi
tak tertanggung melihat kamu dalam kesakitan
moga ada sinar untuk kita habiskan sisa-sisa hidup ini
dengan gelak tawa tanpa duka.

~Goldkey, 21/5/11, 15.00 pm~

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-5-2011 04:25 PM | Show all posts
Pernahkah kamu disentapi
saat air mata mengalir
mengheret pedih di pipi rasa
sukma kaku bisu
yang terdengar
cuma degup jantung memecut laju.

Detik perih mencacah dinding dada
nafas terjerut dek gelora jiwa
suara tersepit di pintu kerongkong
kelu lidah dibelit bayu keliru
yang terdesit
cuma isak tak berlagu.

~Goldkey, 21/5/11, 15.55 pm~

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 21-5-2011 05:31 PM | Show all posts
Kalu doh saye
sie male wajoh terbaye-baye
tido tak lena
mandi tak basoh
make tak kenye.

Kalu doh lagu tu
hata rombonge memine
cepat-cepat jupo tok ime
baru terubat rindu dende
bulih gomo sie male.

~Goldkey, 21/5/11, 17.25 pm

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-5-2011 07:44 PM | Show all posts
Si remaja
dilihat leka
baju sendat tak tutup kepala
nampak pusat kain tak cukup ela
aduh siksa
ingat janji yang Esa
sekecil zarah akan dibalas-Nya.

Si tua
dilihat mengada-ngada
anak berderet ada hati nak kahwin muda
didik saja yang dah ada
aduh bala
ingat, mati tak kira masa
cukup tempoh tak tertangguh ia
yang tinggal merana.

~Goldkey, 21/5/11, 1941 pm~

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-5-2011 07:53 PM | Show all posts
Tinta hatiku menitis laju
mencoret suara ilham kalbu
resah gundah suka duka bercelaru
semua jadi inspirasi sukmaku
menyusun bait kata senada berlagu
buat tatapan semua tetamu
usah jemu bertandang ke ruang bisu
ini wadah berkongsi ilmu
dalam media tanpa bertemu
moga Ilahi merestu
pertemuan tanpa bersatu.

~Goldkey, 21/5/11, 19.51 pm~
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-5-2011 03:25 PM | Show all posts
Pada olak-olak rasa
terpantul cahaya sukma
mengiraskan warna jiwa
memberi tanda apa tersirat dalam dada.

Pada pelangi senyuman
terpancar emosi keriangan
mengimejkan wajah kebahagiaan
memberi tanda apa tersirat dalam minda.

~Goldkey, 22/5/11, 15.10pm~

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-2-2025 09:38 PM GMT+8 , Processed in 0.083565 second(s), 42 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list