SITUASI SEMASA JANGKITAN PENYAKIT CORONAVIRUS 2019 (COVID-19) DI MALAYSIA 16 FEBRUARI 2022 KADAR PENGGUNAAN KAPASITI KATIL COVID-19 DI HOSPITAL DAN PKRC (DATA SEHINGGA 16 FEBRUARI 2022) Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa sehingga 5 petang 16 Februari 2022: - Khusus bagi penggunaan katil ICU bagi kes COVID-19, dua (2) negeri iaitu Johor & W.P Kuala Lumpur menunjukkan peratusan pengisian > 50%.
- Khusus bagi penggunaan katil bukan ICU bagi kes COVID-19, lapan (8) negeri iaitu Selangor, Kelantan, Perak, Perlis, Sabah, W.P. Putrajaya, Johor dan W.P. Kuala Lumpur menunjukkan peratusan pengisian > 50%.
- Bagi Katil PKRC, 10 negeri iaitu Selangor, Negeri Sembilan, Pahang, Terengganu, Kelantan, Sabah, Johor, Kedah dan Perak menunjukkan peratusan pengisian ≥ 50%.
- Pesakit COVID-19 yang memerlukan alat bantuan pernafasan (ventilator) adalah 4.05% bagi pesakit COVID-19 dan 37% jika termasuk kes bukan COVID-19, daripada kapasiti keseluruhan ventilator.
Rujuk kepada data di Jadual 1. Data terkini akan dikemaskini di laman COVIDNOW pada 11:59 malam.
Meskipun semasa kes diuji dan baharu didiagnosa kebanyakan pesakit adalah pada kategori yang rendah (hari ini, 99.65% kes dilaporkan adalah kategori 1 dan 2 semasa diagnosa), namun dalam hari-hari berikutnya, ada kes yg boleh merosot ke kategori yang lebih tinggi sehingga memerlukan kemasukan ke PKRC atau hospital. Sehingga 5 petang 16 Februari 2022, kes COVID-19 yang dimasukkan ke hospital adalah 1,269 kes. Daripada 1,269 kes ini: • 428 kes (33.7 peratus) adalah kategori 3, 4, dan 5; dan • 841 kes (66.3 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2. Jadual 3 menunjukkan keberadaan pesakit dalam ICU (average length of stay – ALOS) mengikut negeri di mana median tempoh pesakit COVID-19 berada di ICU adalah lapan (8) hari. Jadual 3: Average Length of Stay (ALOS) mengikut negeri Negeri | Bilangan Katil ICU | Bilangan Pesakit ICU | Peratus Penggunaan ICU | Purata ALOS | Perlis | 11 | 3 | 27% | 5 | Kedah | 130 | 15 | 12% | 8 | Pulau Pinang | 42 | 10 | 24% | 7-8 | Perak | 55 | 16 | 29% | 4-9 | Selangor | 74 | 33 | 45% | 6-7 | WP Kuala Lumpur | 22 | 3 | 14% | 9 | WP Putrajaya | 6 | 0 | 0% | 7-10 | Negeri Sembilan | 61 | 8 | 13% | 3-5 | Melaka | 24 | 5 | 21% | 7-10 | Johor | 46 | 26 | 57% | 7-9 | Pahang | 81 | 6 | 7% | 8-10 | Terengganu | 40 | 8 | 20% | 7-9 | Kelantan | 36 | 19 | 53% | 5-9 | Sabah | 122 | 41 | 34% | 6-17 | Sarawak | 71 | 1 | 1% | 9 | WP Labuan | 7 | 0 | 0% | 8-10 |
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia sehingga 16 Februari 2022 (jam 12:00 tengah hari); - Kes sembuh: 7,912 kes (2,876,450 kes kumulatif, 92.5%)
- Kes baharu : 27,831 (3,111,514 kes kumulatif);
- Kes import : 118 kes [60 warganegara (50.8%); 58 bukan warganegara (49.%)];
- Kes tempatan : 27,713 kes [27,049 warganegara (97.6%); 664 bukan warganegara (2.4%)];
- Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU): 204 kes (105 kes disahkan COVID-19; 99 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan);
- Kes memerlukan bantuan pernafasan: 116 kes (53 kes disahkan COVID-19; 63 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan);
KLUSTER COVID-19 - Jumlah kluster : 6,657 kluster;
- Jumlah kluster baharu :28 kluster;
- Jumlah kluster yang telah tamat : 6,190 kluster; dan
- Jumlah kluster aktif : 467 kluster.
KATEGORI KES COVID-19 Daripada 27,831 kes harian yang dilaporkan pada hari ini; - 97 kes (0.35 peratus) adalah kategori 3, 4, dan 5; dan
- 27,734 kes (99.65 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2.
Kategori 1 : 7,606 kes (27.33%) Kategori 2 : 20,128 kes (72.32%) Kategori 3 : 59 kes (0.21%) Kategori 4 : 28 kes (0.10%) Kategori 5 : 10 kes (0.04%)
Bagi kes kategori 3, 4 dan 5 yang dilaporkan: - 24 kes (24.7%) tidak divaksinasi atau belum lengkap divaksinasi;
- 51 kes (52.8%) telah menerima dua (2) dos vaksin COVID-19 namun belum menerima dos penggalak (kumpulan ini berisiko kerana kemungkinan tahap imuniti terhadap COVID-19 telah menurun);
- 5 (8.9%) kes adalah kes ibu mengandung
- 39 kes (40.2%) berumur 60 tahun dan ke atas;
- 31 (63.3%) kes mempunyai penyakit komorbid; dan
- 6 (6.2%) kes telah meninggal dunia
Dimaklumkan bahawa meskipun semasa kes diuji dan baharu didiagnosa kebanyakan pesakit adalah pada kategori yang rendah, (e.g hari ini 99.65% kes dilaporkan kategori 1 & 2 semasa diagnosa) namun dalam hari-hari berikutnya ada kes yang boleh merosot ke kategori yang lebih tinggi (atau sebaliknya) lalu dimasukkan ke PKRC/hospital. NILAI RT Perincian nilai RT mengikut negeri adalah seperti di Jadual 4. Maklumat terperinci lain berkenaan situasi semasa jangkitan dan penularan COVID-19 di Malaysia akan dimuatnaik ke laman web COVIDNOW di https://covidnow.moh.gov.my . Data akan dikemaskini pada jam 12:00 tengah malam setiap hari. Jadual 1: Nilai RT Mengikut Negeri Berdasarkan Kes Yang Dilaporkan Pada 15 Februari 2022 NEGERI | NILAI R[size=12.375px]T | WP Labuan | 2.08 | Sarawak | 1.57 | Sabah | 1.52 | Perlis | 1.41 | Pulau Pinang | 1.40 | Kedah | 1.40 | Terengganu | 1.36 | Kelantan | 1.33 | Pahang | 1.32 | Johor | 1.31 | Selangor | 1.29 | Perak | 1.28 | Negeri Sembilan | 1.27 | WP Kuala Lumpur | 1.24 | WP Putrajaya | 1.23 | Melaka | 1.21 | MALAYSIA | 1.33 |
NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19 KKM ingin menasihati orang ramai agar terus mematuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan iaitu; - Elakkan 3S: (elakkan kawasan yang sesak, sempit, dan sembang dengan jarak yang dekat);
- Amalkan 3W: (Amalkan Wash, Wear, and Warn);
- Sentiasa memakai pelitup muka di kawasan awam yang tertutup. Pemakaian pelitup muka berganda adalah digalakkan;
- Amalkan TRIIS (Trace, Report, Isolate, Inform, and, Seek) sebelum menghadiri aktiviti sosial atau sekiranya bergejala;
- Jalani segera ujian COVID-19 sekiranya anda bergejala;
- Individu positif COVID-19 kategori 1 dan 2A dan tidak berisiko tinggi (60 tahun ke bawah dan tidak mempunyai komorbid) tidak perlu hadir ke Pusat Penilaian COVID-19 (CAC), sebaliknya hanya perlumelakukan pemantauan kendiri melalui Health Assessment Tool (HAT) dalam aplikasi MySejahtera. SMS atau panggilan daripada perkhidmatan Automated Voice Recording (robocall) akan diterima sekiranya belum atau tidak menjalankan pemantauan kendiri setiap hari;
- Individu yang perlu hadir ke CAC (senarai penuh lokasi, nombor telefon dan waktu operasi boleh didapatkan di https://covid-19.moh.gov.my/hotline) terdekat untuk penilaian lanjut akan dimaklumkan melalui MySejahtera atau dihubungi CAC melalui SMS atau panggilan telefon;
- Individu yang positif COVID-19 kategori 2B dan ke atas (sama ada berisiko tinggi atau tidak) atau mempunyai gejala yang semakin teruk, dikehendaki hadir ke CAC atau hospital terdekat bagi pemeriksaan lanjut tanpa menunggu panggilan telefon daripada CAC ; dan
- Tempoh isolasi (pengasingan) bagi individu positif COVID-19 yang tidak bergejala dan telah lengkap vaksinasi adalah tujuh (7) hari, manakala tempoh isolasi bagi individu positif COVID-19, bergejala dan tidak lengkap vaksinasi atau tiada vaksinasi adalah selama 10 hari.
Individu yang belum menerima vaksin dan tidak pernah dijangkiti COVID-19 adalah kumpulan paling berisiko mendapat jangkitan COVID-19. KKM menasihatkan individu ini agar segera mendaftar dan mendapatkan vaksin COVID-19. Bagi yang telah mendaftar, KKM memohon agar anda hadir ke temu janji tersebut demi melindungi diri dan orang tersayang. KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak WHO. KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya dilaksanakan secara berterusan. Sekian, terima kasih. TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA 16 Februari 2022 @ 7:30 petang
Lampiran 1 Jadual 2: Perbandingan Gejala COVID-19 Kategori 2A (Ringan) dan 2B (Sederhana) Kategori 2A | Kategori 2B | Sakit tekak atau selesema tanpa demam atau sesak nafas | Demam berpanjangan [dua (2) hari dan lebih] atau demam semula selepas sembuh | Batuk tanpa demam atau sesak nafas | Kesukaran bernafas apabila melakukan aktiviti (exertional dyspnoea) | Hilang deria rasa tetapi masih mempunyai selera makan | Sakit dada | Hilang deria bau | Tidak boleh makan atau minum | Cirit-birit dua (2) kali atau kurang dalam masa 24 jam tetapi kekerapan dan pengeluaran air kencing seperti biasa (normal) | Kelesuan bertambah teruk terutamanya semasa melakukan aktiviti harian atau semasa baru bangun daripada tidur | Loya dan muntah tetapi kekerapan dan pengeluaran air kencing seperti biasa (normal) | Memerlukan bantuan untuk berjalan | Kelesuan tetapi masih boleh melakukan aktiviti harian | Gejala seperti batuk, loya, muntah atau cirit-birit semakin teruk atau berterusan | Sakit otot tetapi masih boleh melakukan aktiviti harian | Perubahan status mental seperti kekeliruan / kurang tahap sedar | | Kurang pengeluaran air kencing dalam masa 24 jam |
|