|
haluuuuuuu kengkawan... menjejak kembali kat sini ..hehehhe |
|
|
|
|
|
|
|
Sudah-sudahlah Marsha
Bintang AF3 dikatakan 'terdesak' mencari cinta, mengaitkan dirinya dengan Yusry KRU
MEMANG teruja apabila Zubir mendapat undangan peribadi daripada diva tersohor Indonesia, Krisdayanti atau KD untuk menyaksikan showcase beliau sempena mengutip derma Tabung Gempa Bumi Padang, Indonesia pada malam 23 Oktober lalu. Jika ikutkan hati, Zubir sebenarnya malas nak pergi tambahan pula terpaksa berasak-asak bersama peminatnya. Zubir pun dah lama tak clubbing, jadinya memang malas tahap dewa!
Tapi, disebabkan KD, Zubir gagahkan juga meredah kesesakan lalu lintas selepas hujan menuju ke Borneo Baruk Club (BBC) di Jalan Kia Peng, Kuala Lumpur, lokasi berlangsungnya persembahan KD. Sekalipun seumur hidup Zubir tak pernah jejaskan kaki di BBC, tapi kerana ingin memenuhi undangan KD, Zubir tebalkan muka, rela bertanya kepada kawan-kawan di manakah lokasi kelab berkenaan.
Setibanya di BBC, Zubir disambut wakil daripada Tropic Jaya Entertainment, lalu di bawa ke tingkat atas yang dikhaskan hanya kepada wakil media massa dan artis jemputan saja. Namun, agak memeranjatkan, begitu ramai 憁anusia |
|
|
|
|
|
|
|
salam semua ..
tadi tertengok jugak marsha kat WHI .. baju dia biasa2 je .. muka pun cam org sakit je |
|
|
|
|
|
|
|
gud morning warga gojes ..
kat luar sejuk kat dalam ni laaaaaaaaaagi sejuk
esok pagi fly gi sabah ... marsha, jumpa kat jambatan tamparuli, ok !! |
|
|
|
|
|
|
|
ada sesiapa leh tepek kan gambar masa kat WHI tu tak..sebab aku tak tengok lar rancangan tu..keje lar..lagipun aku sebenarnya tak pernah tengok pun rancangan tu... |
|
|
|
|
|
|
|
lama tak masuk sini
wah sana sini marsha
paper lah MHI lah
tengok pic kat manggaonline nampak dah berisi sikit badan marsha
|
|
|
|
|
|
|
|
salam semua ..
tadi tertengok jugak marsha kat WHI .. baju dia biasa2 je .. muka pun cam org sakit je
bRaBus_23 Post at 2-11-2009 20:28
kalau nak masuk tv mmg kena makeup lebih sikit kan
kalu tak tu yg nampak pucat tu
my friend yg tak biasa makeup
tapi masuk tv sbb nak promote buku yg dia tulis pun
kena makeup dulu |
|
|
|
|
|
|
|
salam warga gojes ...
dah selamat balik JB semalam .. 4 hari kat sabah memang best. I'll come back for sure ...
niat untuk berjoget sambil menyanyi atas jambatan tamparuli terpaksa dipendamkan atas sebab2 cuaca ...
weese, aku dah tau apa sapa itu bobohizan ... memang best !!
sabah memang best. Pergilah melancong ke Sabah .. (khidmat masyarakat dari aku) |
|
|
|
|
|
|
|
salam hari selasa gojes ..
makin lama makin suram umah ni .. dah la skrg musim hujan bertambah beku lah suhu dalam ni ..
mana yg lain haaa ??? |
|
|
|
|
|
|
|
ada lar sekrang ni musim hujan...balik traffic jen..sampai rumah penat nak layan forum kekdang tak terlayan...kalau sempat masuk lar mana mana thread..
aku ada ni..still maintain dengan marsha..sampai bila bila..
*tapi yelah mkin suram rumah ni mkin lembab lar...yang lelain dah ada banyak urusan kot.. |
|
|
|
|
|
|
|
Akak masih setia di sini mengikuti perkembangan Marsha it's just that masa tu sometimes very limited.
Luv Marsha dulu kini dan selamanya. |
|
|
|
|
|
|
|
hai ahkak liv_tyler ..
kalo masuk tu tinggal la jejak sikit .. |
|
|
|
|
|
|
|
VC yang terbaik Marsha.. pergghhh..seksi siottt |
|
|
|
|
|
|
|
kenapa duk jauh ke belakang meh sini up sikit...
duk atas |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by sinchann at 20-11-2009 19:28
aku pun tgk gak masa WHI hari tu tapi yg tak best nye aku tak dengar pape pun yg dorang cakap sbb aku tgk kat kedai makan... bising jer. huhuu |
|
|
|
|
|
|
|
uhuuu warga gojes nak tinggal tapak ajeee |
|
|
|
|
|
|
|
halo warga gojes < dgn nada sore nak koma> |
|
|
|
|
|
|
|
Marsha belum terdesakOleh SHAZRYN MOHD. FAIZAL
[email protected]
| LAGU Yang Terbaik ternyata membuka lembaran baru dalam hidup pemilik nama penuh Marsha Milan Londoh ini.
|
ENTAH mengapa, cerita sensasi tentang Marsha tidak pernah kesudahan sejak dia muncul di persada seni tanah air empat tahun lalu.
Pelbagai kisah yang mengheretnya ke kancah kontroversi sering kalimenguliti dirinya sehingga ada yang berpendapat Marsha lebih selesamenjaja kisah sensasi daripada kerjayanya.
Sebaik sahaja kisah cinta bersama bekas teman lelakinya, Kefliterputus di pertengahan jalan, ramai yang beranggapan Marshaseolah-olah terdesak mencari cinta baru.
Masakan tidak, namanya sering kali dikaitkan dengan artis lelakipopular tanah air seperti Hans Isaac, Andy dari kumpulan Estranged danterbaru Yusry Abdul Halim atau lebih dikenali sebagai Yusry KRU.
Benarkah Marsha atau nama sebenarnya, Marsha Milan Londoh ini memang terdesak untuk mencari cinta bagi mengisi kekosongan hatinya itu?
Sebaik sahaja selesai sesi fotografi bersamanya di Studio Utusan baru-baru ini, soalan itu terus diajukan kepadanya.
Sambil menghela nafas panjang, dia menggeleng-geleng kepalanya sebagai tanda bahawa dia bukan wanita seperti itu.
Katanya, paparan di media tentang dirinya sebagai seorang wanitayang terdesak dan kemaruk cinta semuanya berpunca daripada salah faham.
Dia juga tidak menyangka gurauan pada mulanya akhirnya menjadiberita sensasi sehingga melabelkan dirinya sebagai seorang wanita yangtidak pandai menjaga harga diri.
Cerita Marsha, semuanya bermula sewaktu dia dan beberapa orang temannya duduk berkumpul di restoran.
Kebetulan pula, ketika itu juga ada seorang temannya membawa majalahhiburan dan mereka sama-sama membelek serta membaca majalah tersebut.
"Ketika itu, dalam majalah tersebut ada paparan tentang kisah Yusrydan secara spontan juga, saya memuji ketampanan serta menyatakankeinginan saya untuk bertemu dengannya dalam nada bergurau.
"Jujurnya, saya sendiri tidak pernah bertemu secara empat matadengan Yusry. Saya sendiri tidak menyangka gurauan itu akhirnyabertukar menjadi satu perkara yang kontroversi.
"Ingin saya tegaskan di sini, saya masih lagi ada maruah diri dansama sekali bukan seorang wanita terdesak untuk mencari cinta," kataMarsha penuh bersungguh mempertahankan prinsip dirinya.
Malah dengan penuh jujur Marsha menjelaskan dia sebenarnya sudahlelah dan penat dengan kisah palsu tentang dirinya yang sering dijaja.
Jelasnya, dia faham dengan senario dunia artis yang tidak dapat lari dari terkena tempias gosip.
"Saya tidak pernah melatah mahupun melenting tentang apa sahajacerita yang tidak benar tentang diri saya kerana saya ada penjelasantentangnya.
"Cuma, saya sesekali tidak akan berkompromi mahupun bertoleransidengan cerita yang membabitkan keluarga saya. Itu memang satukepantangan buat saya," luah Marsha lembut dalam nada yang cukup tegas.
Satu yang pasti, Marsha tidak menafikan bahawa dia mahu menikmatialam percintaan seperti mana yang pernah ditempuhinya sebelum ini.
Baginya, dunia cinta adalah satu kenikmatan yang tidak terhingga dansebagai seorang wanita, dia mahu memiliki keluarganya sendiri andaibertemu dengan seseorang yang layak dijadikan suaminya.
"Saya juga tidak menolak ketentuan takdir seandainya jodoh saya ituadalah lelaki Melayu," katanya ringkas sambil tersenyum manja.
Tidak mahu lagi dikaitkan dengan sebarang gosip selepas ini,jelasnya, dia kini mempunyai tanggungjawab yang lebih besar yang harusdifikirkannya.
Apatah lagi dengan kerjaya seninya yang mula kembali mengharumselepas menempuhi perjalanan seni selama lima tahun yang penuh liku.
Memang kini Marsha boleh tersenyum bangga dan puas apabila single terbarunya, Yang Terbaik mula menjadi perhatian ramai serta mendaki carta lagu-lagu popular.
Penerimaan meluas lagu itu bukan setakat di Malaysia sahaja bahkania juga sudah mula mencuri perhatian peminat muzik di Singapura danBrunei.
Ternyata lagu ciptaan sepenuhnya oleh Edry Abdul Halim itu telahmembuka lembaran baru dalam hidup Marsha yang cukup dikenali menerusilagu Untuk Terakhir Kali itu.
Lagu berentak pop progresif itu, kata Marsha, merupakan projekistimewa dan kolaborasi pertama di antara syarikatnya sendiri, MarshaLondoh Entertainment dan KRU Productions.
Apa yang membuatkan Marsha bangga dan puas hati dengan penghasilan lagu Yang Terbaik apabila Edry berjaya menterjemahkan idea dan konsep seperti mana yang dimahukan.
"Saya benar-benar bersyukur kerana lagu Yang Terbaik telah mempopularkan kembali nama saya dan sekali gus membuktikan bahawa kehadiran saya diterima dengan baik sekali.
"Mungkin tuah lagu ini kerana bunyinya yang segar dan berbeza dengan apa yang pernah saya bawakan sebelum ini.
"Ini adalah permulaan yang baik buat saya untuk terus memperkasakankedudukan saya di persada seni tanah air," ujar Marsha yang dilahirkandi Michigan, Amerika Syarikat pada 6 Disember.
Tidak cukup dengan itu, muzik video Yang Terbaik juga mendapat pujian apabila ia menampilkan aspek videografi dan teknik pengarahan yang berbeza serta unik.
Melihatkan sambutan hangat yang diberikan terhadap lagu Yang Terbaik,Marsha menjelaskan dia kini sedang merancang pembikinan albumpertamanya yang bakal diterbitkan oleh sebuah syarikat rakaman baru.
"Album ini kelak akan menyuntik elemen baru dan segar yang akanmenampilkan sisi saya yang berbeza tetapi konsepnya itu tidak akanberubah secara drastik.
"Saya masih akan mengekalkan imej saya seperti mana sebelum ini yangdikenali sebagai penyanyi lagu-lagu balada," katanya yang juga akankembali mengikuti kelas piano yang sudah lama ditinggalkan. Marsha akanmuncul dengan single keduanya pada bulan Februari depan.
Apa yang dimiliki Marsha hari ini katanya, merupakan berkatkesabaran dan ketabahannya meniti laluan berliku sepanjang bergelaranak seni.
Sepanjang tempoh itu juga, anak ketiga daripada empat beradik inimenjelaskan banyak pengalaman dan pelajaran yang diperolehinya dalammenjadikannya seorang wanita matang.
Dalam masa yang sama, Marsha juga mendapat kepercayaan daripadapengarah dan penerbit tempatan untuk berlakon di bawah produksi merekabaik untuk drama mahupun filem.
Antara drama yang menonjolkan bakatnya sebagai seorang pelakon adalah Korban 44 dan drama online, Kerana Karina.
Bukan itu sahaja, Marsha juga kini sibuk untuk menghabiskan baki rakaman drama komedi, Berita Hangit terbitan Afdlin Shauki yang bakal ditayangkan di TV9 tahun depan.
Dia juga bakal membintangi sebuah drama bersiri muzikal terbitan KRUStudios bersama-sama Dafi, Bob, Anding dan Wangi dari kumpulan TheFabulous Cats yang bakal ditayangkan di TV3 juga pada tahun 2010.
Filem terbarunya, Senario The Movie Episode 2: Beach Boys yang ditayangkan sejak 19 November lalu juga mencuri perhatian peminat apabila buat pertama kalinya dia membawakan watak tomboy.
"Berlakon dalam filem ini memang menguji saya kerana sentiasa tidak kering gusi dengan keletah kumpulan Senario.
"Memang seronok berlakon bersama mereka dan Ahmad Idham sebagaipengarah pula banyak membantu untuk mewarnakan lagi watak Zuraidah yangsaya bawakan ini.
"Menerusi filem ini, saya banyak belajar untuk menjadi lebih spontantanpa terlalu mengikut skrip," ujarnya yang pernah membintangi filem Saus Kacang bersama Bunga Citra Lestari dan Ashraf Sinclair selain menanti tayangan dua buah filem lagi iaitu Empat Madu dan Magika. |
|
|
|
|
|
|
|
Harap yang terbaikOleh Ramlah Zainal
[email protected]
Rap | | SEPANJANG empat tahun bergelar anak seni, namaMarsha tidak pernah sunyi dari dikaitkan dengan gosip panas dankontroversi yang sedikit sebanyak mengguris hatinya. | Namun, kata Marsha atau nama sebenarnya Marsha Milan Londoh dariTamparuli, Sabah, dia tabah dengan pelbagai ujian yang terpaksadilaluinya itu demi cintanya yang sangat mendalam pada bidang seni.
Katanya,dia tidak ingin cepat melatah apabila dikaitkan dengan gosip dankontroversi yang tidak berasas kerana menganggapnya sebagai asam garamdunia seni.
"Kalau saya tidak kuat, sudah lama saya tinggalkanbidang yang penuh mencabar ini. Terus terang, masih banyak lagi impianhidup yang belum tercapai lagi.
"Pada masa sama, saya inginorang kenal saya kerana bakat yang dipertaruhkan dan bukan keranagosip, kontroversi atau imej seksi yang sering dikaitkan dengan namasaya sejak kebelakangan ini.
"Impian saya juga untuk melihat kerjaya nyanyian dan lakonan bergerak seiringan tahun depan," katanya.
Justeru,kata Marsha, yang dikenali menerusi program Akademi Fantasia musimketiga (AF3), dia berharap semoga ada sinar yang menyinari kerjayaseninya tahun depan.
Kata Marsha, dia tidak mahu menoleh kebelakang lagi dan kini sampai masanya meletakkan seketika ceritaperibadi ke tepi bagi memberi fokus pada kerjaya seni.
Berkat kesabarannya selama ini, undangan menyanyi dan berlakon juga tidak pernah putus diterima tahun ini.
Buatpermulaan Marsha, yang bakal mencecah usia 24 tahun pada 6 Disemberini, mempertaruhkan single terbaru, Yang Terbaik ciptaan Edry AbdHalim.
Single terbitan KRU Studios dengan kerjasama Astro Entertainment SdnBhd (AESB) itu sudahpun diputarkan di radio sejak September lalu.
Filem lakonannya, Senario The Movie Episod Dua: Beach Boys jugaditayangkan di pawagam sejak 19 November lalu. Dia juga menantitayangan filem lakonannya Magika yang menyaksikan penampilan khasnya.Marsha juga terbabit dengan penggambaran filem Empat Madu arahanProfessor Madya Abd Razak Mohaideen.
Single terbarunya jugamendapat sambutan membanggakan, sekali gus membuatkan Marsha gembirakerana penantian empat tahun berbaloi.
"Saya juga dapat komenpositif menerusi laman facebook. Ramai memuji video klip saya itu. Laguitu juga segar dan 'catchy.' Saya juga menampilkan kelainan dari segikonsep, imej dan genre lagu. Apapun ia tiada kaitan dengan kisahperibadi saya dan kalau ada persamaan pun, mungkin hanya secarakebetulan saja," katanya.
Bercerita pengalamannya berkerja dengan Edry, Marsha berkata, ia kali pertama dia bekerjasama dengannya.
"Edrybanyak memberi bimbingan pada saya sepanjang proses rakaman single iniyang membabitkan tempoh dua jam di studio rakaman KRU Studios,Setiawangsa termasuk bersama penyanyi latar sekali.
"Pada mulanya, saya ingat Edry garang di studio, tapi sebaliknya dia seorang yang kelakar.
"Videoklip Yang Terbaik diarahkan pengarah muda KRU Studios, Abdul Azeez W Rdan lokasi penggambaran juga dijalankan di Saffron Condominium, SentulWest. Pihak KRU juga mempromosikan single ini ke Singapura dan Bruneipada awal Oktober lalu," katanya.
Mengenai album penuh pula, kata Marsha, dia merancang untuk merealisasikannya selepas ini.
"Sayatubuhkan syarikat sendiri, Marsha Londoh Entertainment (MLE) tahun laluapabila Maestro Talent and Management ditutup. Saya juga habis kontrakdengan Astro, lebih tiga bulan lalu.
"Saya putuskan untuktidak sambung kontrak kerana tidak ingin berharap pada perkara yangtidak pasti. Pada masa sama, saya juga ingin belajar hidup berdikaribersama MLE," katanya.
Tambah Marsha lagi, album penuhnya jugasudah siap 80 peratus ketika dia masih bersama Maestro dan merancanguntuk muncul dengan single terlebih dulu.
Selepas itu, Marsha akan kumpulkan semua single dalam satu album.
"Albumpenuh ini juga membabitkan kerjasama komposer seperti Hazami, Edry,Ajai dan ramai lagi. Saya juga berharap dapat bekerjasama dengan KRUlagi kerana serasi bekerja dengan mereka.
"Mengikutperancangan, saya akan buat sebanyak 50 peratus menerusi syarikatsendiri dan 50 peratus lagi dengan syarikat rakaman yang masih dalamperbincangan lagi," katanya.
Berkongsi cerita peribadi pula,selepas hampir setahun dia putus cinta dengan rakan seperjuangannyadalam Akademi Fantasia musim ketiga (AF3), Kefli atau Mohamed ZulkefliMohamed Idir, 25, Marsha dikaitkan pula dengan ramai artis lain.
Selepasdigosipkan dengan artis lelaki yang juga pemain dram kumpulanEstranged, Andy, Marsha dikaitkan menjalin hubungan dengan Hans Isaacpula.
Terbaru, namanya dikaitkan dengan Yusry KRU pula.
Hakikatnya, sampai sekarang, kekosongan hati Marsha masih belum terisi lagi.
Katanya, dia selesa dengan kehidupan sekarang.
"Semuagosip itu tidak betul. Sebenarnya, saya dan Kefli masih berkawan baikcuma kami terpaksa akur jodoh kami sudah tiada dan kami juga memutuskanuntuk teruskan kehidupan masing-masing seperti biasa," katanya.
Profil
NAMA SEBENAR: Marsha Milan Londoh
TARIKH LAHIR: 6 Disember 1985
ASAL: Tamparuli, Sabah (dilahirkan di Amerika Syarikat)
STATUS: Bujang
KELUARGA: Anak ketiga daripada empat beradik
PENCAPAIAN: Tempat keempat, Akademi Fantasia 3 (AF3) pada 2005
DRAMA ONLINE: Kerana Karina, Kerana Karina 2 dan Kerana Karina 3 di www.gua.com.my
DRAMA TV: Mega Sekeping Hati (RTM) dan telefilem Meriam Cinta Meriam Buluh
FILEM: Saus Kacang terbitan Sinemart, Indonesia dan Misi 15:11
LAGU RUNUT BUNYI: Sayang (duet bersama Ajai) dan Bila Aku Cinta (solo)menerusi filem Sayang You Can Dance |
|
|
|
|
|
|
| |
|