CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Goldkey

Puisiku: Tinta Hati Menitip Kata

 Close [Copy link]
 Author| Post time 22-5-2011 04:04 PM | Show all posts
Jika saya ditertawakan
kerana menulis
saya tidak kisah
kerana mungkin saya dilahirkan untuk menulis
walau tidak sebaris dengan yang arif
saya akan tetap menulis.

Saya juga sedar
saya tidak tinggi ilmu menulis
jika saya tersalah tulis
betulkan saya jangan hanya tersengih
sesungguhnya memperbetulkan yang tidak betul
satu amanah yang sama-sama kita pikul.

~Goldkey, 22/5/11, 15.56 pm~

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 22-5-2011 05:10 PM | Show all posts
Dalam perahu rumahtangga
ingatlah walau ada satu kemudi
namun pengayuh ada dua
perimbangan antaranya
menghala perahu ke haluan yang didamba.

Jika dibiar pengemudi keseorangan
dikhuatiri perahu dibawa arus alpa
terperosok ke dalam pusaran noda
tenggelam sebelum tiba
menghancurkan dua jiwa.

Mengenali pasangan perkara utama
terima dia seadanya
tolak ansur pemangkin bahagia
kesabaran membawa damai sentiasa
jangan lupa sama-sama memanjat doa
pohon rahmat dan redha yang Esa.

~Goldkey, 22/5/11, 17.05 pm~

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-5-2011 07:06 PM | Show all posts
Jangan main-main
silap haribulan
kita kena main.

Jangan main-main
silap percaturan
kita jadi sasaran.

Jangan main-main
silap percakapan
kita kena saman.

Jangan main-main
silap pilihan
kita dikecewakan.

Jangan main-main
sila bermain
bukan main-main.

~Goldkey, 22/5/11, 18.34 pm~

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-5-2011 07:18 PM | Show all posts
Aku dan anak bujangku

Selalu habiskan waktu
dengan hobi baru
bola golek minat yang satu
tak perlu tunggu
ada masa belasah sampai lesu
kadang-kadang golek tak menentu
masuk longkang bukan isu
janji puas membaling bersemangat padu.

~Goldkey, 22/5/11, 19.12 pm~
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-5-2011 08:13 PM | Show all posts
Biar betul-betul
jangan buat tolol
nanti kena baling botol.

Biar betul-betul
jangan jadi bahalul
nanti kena lepuk kepala benjol.

Biar betul-betul
jangan buat lurus bendul
nanti kena buli dengan kaki pukul.

Biar betul-betul
jangan main sondol
nanti kena gelar pak tolol.

Biar betul-betul
jangan tonjol-tonjol
nanti kena rogol.

Biar betul-betul
jangan main tepi bendul
nanti tersadung bengkak berketul-ketul.

Biar betul-betul
baru kita unggul
bukan tunggul.

~Goldkey, 22/5/11, 20.08 pm~

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-5-2011 08:30 PM | Show all posts
Post Last Edit by Goldkey at 22-5-2011 20:33

Al-Fatihah
untuk mangsa tanah runtuh
kepada ahli keluarga
tabah menghadapi dugaan kehilangan
moga ada hikmah dari ketentuan.

Namun
kenapa perkara ini dibiar berulangan?
tidak belajar dari kesilapan silam
pada saya kita punyai pilihan
bina kediaman jauh dari lereng curam.

Pemimpin sibuk beri komen
konon tak berdaftar dengan kementerian
jadi apa tugas kamu sebagai menteri berkenaan?
tak boleh arah pegawai buat tinjauan?
hairan!!!

Yang jadi mangsa anak-anak tanpa perhatian
tak berlaku tak semesti tak perlu
rajin-rajinlah turun padang membantu
bukan hanya sekadar cakap atas bangku
berbulu!!!

~Goldkey, 22/5/11, 20.26 pm~

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 22-5-2011 11:05 PM | Show all posts
Sepohon kayu
kata dia tak tahu
peranan silaranya itu
baik tak usah jadi pohon kalau dungu
baik jadi kayu!

Sepohon kayu
kata dia tak tahu
peranannya menaungi rerumput itu
baik tak usah jadi pohon kalau tak mampu
baik jadi batu!

Pohon kayu
sifatnya membantu
bukan mengeliru
buat-buat tak tahu
tugas kamu.

~Goldkey, 22/5/11, 23.00 pm~

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-5-2011 01:24 PM | Show all posts
Nak ke tak nak

Nak ke tak nak
kalau nak cakap nak
jangan bertidak-tidak
mudah nak bertindak.

Nak ke tak nak
kalau nak cakap nak
jangan tolak menolak
mudah nak jadikan denak.

Nak ke tak nak
kalau nak cakap nak
jangan berdolak-dolak
mudah nak fikir kepala tak senak.

Nak ke tak nak
kalu nak cakap nak
jangan mengelak
mudah nak digasak.

Nak ke tak nak
kalau nak cakap nak
jangan menempelak
mudah nak digelak-gelak.

~Goldkey, 23/5/11, 9.45 am~

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 23-5-2011 06:25 PM | Show all posts
Cinta kontrak

Cinta 'fastrack'
dalam kalangan pekerja kontrak
di tapak projek
tak pelik
kalau ada yang tergolek
bahana cinta kontrak.

~Goldkey, 23/5/11, 18.20 pm~
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-5-2011 07:41 PM | Show all posts
Jika cinta mampu bersuara
nescaya cinta menolak 'adam' dan 'hawa'
kenapa?
'adam' dan 'hawa' yang salah memberi cinta
menongkah ketetapan yang Esa
kemaruk cinta sejenis
cinta ini cinta Iblis
sungguh jijik umpama najis
mengundang tragis.

~Goldkey, 23/5/11, 19.40 pm~
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-5-2011 07:45 PM | Show all posts
Aku tidak rebah dengan tiupan angin cerca
Aku tidak goyang dengan gegaran kata menghina
Aku tidak goyah dengan tusukan tajam bicara
Yang aku khuatiri aku tidak diredha Ilahi
Yang aku gusari aku tidak laksana syariat Ilahi
Yang aku bimbangi aku tersalah jalan menemui Ilahi
Ya Rabbi lindungi aku buat sekelian kali
Kupohoni.

~Goldkey, 22.5.11, 5.05 pm~
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-5-2011 09:06 PM | Show all posts
Aku dan dia
sering kali bersama
pakai baju senada
sama warna
satu jiwa
gelak tawa
terima kasih yang Esa
kurniaan-Mu sungguh berharga
dia permata
dia pengubat duka
dia pembawa bahagia
dalam hidup yang masih bersisa
akan aku jaga
tumpahkan kasih sayang setiap masa
selagi ada kudrat berbaki nyawa.

~Goldkey, 23/5/11, 21.00pm~
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-5-2011 09:23 PM | Show all posts
Tahukah kamu?
apa haruman yang sedang memukau kalbu
lantas membangkit nafsuku
sungguh gebu
dari kejauhan sudah kutahu
inilah saatku tunggu-tunggu
menghirup aroma bauanmu
uhhh!!! maggi jantan kegemaranku
terima kasih 'darling'ku
bikinkan santapan malamku
makan dulu.

~Goldkey, 23/5/11, 21.20 pm~
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-5-2011 09:49 PM | Show all posts
Anda bagus kalau:
anda lurus, bersifat telus
anda kurus, makan sayur rebus
anda tahu tadbir urus, tak terjerumus
anda terus menerus, tak jemu hadir kursus
anda mulus, memiliki sekeping hati yang tulus
ada bagus?
bagusssss.

~Goldkey, 23/5/11, 21.45 pm~
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-5-2011 10:33 PM | Show all posts
Wahai puok tino
ambo nak tanyo
bakpo gat wei
beghehi bena
paka baju ketat
dada tenganga
paka kain ketat
mace bagrot nako.

Wahai puok jate
ambo nak tanyo
bakpo gat wei
beghehi bena
hisat rokok dale keda
tok kesah ore rama
asap kepul bushuk banga
baju hangit bini naik mua.

~Goldkey, 23/5/11, 22.30 pm~

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-5-2011 03:01 PM | Show all posts
Gembleng
pernah dengar tak?
alah yang PM buat konsep 1 Malaysia tu
menyatu padu begitu
pernah ke kamu gembleng?
gemblengkan tenaga kamu
majukan diri ke mercu.

Hah kalau di ruang ini
mari kita gemblengkan ilmu
memartabatkan puisi melayu
jadi satu wadah membetulkan kalbu
berlandaskan ilmu wahyu
dari tuhan yang satu
faham ke konsep gembleng tu?

~Goldkey, 24/5/11, 14.56 pm~

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 24-5-2011 05:49 PM | Show all posts
Kembar 3G

Gelatah, Gelenyar, Gedik
satu ibu satu bapa
kembar serupa
suka beraksi menjolok mata
entah apa yang dibangga
tak takut dosa
menonjol benjol dada
menyelak gebu peha
adeh! sia-sia
macam tak ada agama
aku mohon doa
anugerahilah cahaya
penyuluh jalan diredha
kepada mereka.

~Goldkey, 24/5/11, 17.46 pm~
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-5-2011 06:30 PM | Show all posts
Male mari pulok
sie nak kelik gi doh
pah! gapo hok demo bulih hari ni
sekure-kure lagi molek dari semale
ko duk srupo tulo?
tak jadi gawa kalu lagu tu
keno beki diri
sebabnyo kito ni koho dekat denga mati
jange duk ghalik ha duniawi
tak sepat tobat nati.

~Goldkey, 24/5/11, 18.30 pm~
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-5-2011 10:23 PM | Show all posts
Kehidupan ini
bagai bumi yang beredar
terus berputar mengikut orbitnya
mengelilingi matahari
tanpa henti
namun
ada ketika
dalam lengkung edaran
titik yang sama diketemukan
cuma pada waktu dan masa yang berbeza
berapa ramai yang menyedari?

~Goldkey, 24/5/11, 21.21 pm~
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-5-2011 06:39 AM | Show all posts
Post Last Edit by Goldkey at 25-5-2011 06:45

Salam selamat pagi
salam seikhlas hati
mari kita ucap syukur kepada Ilahi
yang memberi satu lagi hari
mengucap salam dam selawat nabi
ambil kesempatan ini
menginsafi diri
memperbaiki kesilapan yang terjadi
agar tak tergolong kita dalam kalangan yang rugi
dirahmati diredhai
mendapat petunjuk ke jalan menemui
Ya Rabbi yang sedang menanti.

~Goldkey, 25/5/11, 6.35 am~
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-2-2025 09:50 PM GMT+8 , Processed in 0.166014 second(s), 38 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list