Nampak macam Perlis tenggelam.Sebenarnya inilah keadaan persisiran laut Kuala Perlis ketika musim air laut pasang dan musim tanam padi. Kanan air masin. Kiri air tawar. Jalan raya di tengahnya menjadi pemisah antara laut dan sawah padi.
Kalau datang Perlis, jangan lepaskan peluang meronda di persisiran laut Kuala Perlis. Pemandangan sangat cantik dan memukau. Terutamanya di waktu awal pagi dan ketika matahari terbenam.