uols ada sesaper pernah pg guangzhou time bulan march & april? masih sejuk lagi ke keadaan kat sana? tanya kat google katanya agak sejuklah juga ... agak sejuk tu nak tau jg cemana .. kang tersalah melaram plk
Kalau dah penghujung march awal April tu dah masuk summer. Hanya kalau awal March pun ada le sejuk sikit2 lagi tapi tak le sesejuk winter pakai light sweeter dah cukup kalau nak.
Requirements for tourism,
1) 1 set visa Form = (V2013) = you may fill in online or manually.
2) 2 recent (effective 25 th July 2016) photo color passport size against a white back drop or a blue back drop. (Photograph taken not more than 3 months) Colour of clothing and background must be different.
3) Flight Itinerary
4) Original Passport and 2 photocopies of data page of passport.
kena standby gambar 2 keping utk Visa pulak sekarang
Byk je boleh check kat booking.com ke agoda ke etc. Tapi kalau hanya nak cari bag ok le duduk situ sebab area tu hanya jual bag je. Tapi kalau nak cari benda2 lain juga elok duduk tengah bandar. Nak gi mana2 naik metro subway je murah teksi pun murah kat sana kalau malas naik train. Tapi kalau nak naik teksi pastikan naik dari teksi stand utk elakan penipuan.
Post time 4-9-2016 08:27 AMFrom the mobile phone|Show all posts
illa replied at 30-7-2016 06:24 AM
kitab abah ni pebendanya?
Kitab Guangzhou Abah ni saya buat semasa saya nak ke Guangzhou pada tahun 2008. Ianya adalah compilation nota nota yang saya rasa berguna untuk dijadikan bekalan semasa kami sekeluarga di guangzhou. Anak saya Fariz, yang ditugaskan untuk jaga nota tu yang namakan ia Kitab Guangzhou Abah. saya ada buat yang baru "Kitab Guangzhou Abah 2011 - Follow My Footstep" tapi sampai sekarang tak upload lagi.
OK je tak ada masaalah kalau nak bawak budak2 sesilap boleh leka kat One Link Plaza area toys tu. Sistem subway metro dia pun senang sebab stop kat tourist area dan tambang teksi pun murah.
Apa2 yg 3 bintang ke atas should be OK hotel rate pun tak mahal kat sana. Most of the area kat sana ada je jual halal food sama ada kedai chinese muslim atau indian restaurant. Bab apartment Art jarang guna bila kat sana sebab makan tak susah dah harga pun OK asalkan tak memilih. Airbnb pun ok kalau nak apartment. Kalau cari dekat2 area Beijing Lu pun ok jugak sebab malam kedai2 masih bukak area tu, nak naik river cruise malam2 nak tengok tower pun dah dekat.
how about HK? hotel area mn yg easy access? senang nk ke disneyland ,HK tour & nk blk G ...
Kat HK cari area Kowloon boleh check thread HK utk more info. Nak gi Disney pun senang sebab ada MTR Train utk kesana. HK ni senang nak gi mana2 naik MRT je dan train akan stop kat main tourist attraction.
BTW nak gi berapa hari. Kalau gi HK - Ghz - HK agak jauh sikit nak jalan tu. Ghz kalau gi few days je cam rugi sebab tak banyak boleh cover nak2 area shopping area borong. Area shopping kat Ghz ni lain product lain tempat kena gi, bukan semuanya setempat macam kita ke HCM. Kalau tak ada byk hari utk trip ni elok buat route HK - Shz - HK sebab shenzen sebelah je dgn HK jimat hari sikit kalau kesana. Naik mtr train je dah sampai. Buat day trip ke ulang alik ke pun boleh kalau nak repeat shopping.
cukup x? budget 1st day di Guangzhou(flight 5.30am), next day tu pagi2 g HK trus ke disneyland. 3rd day HK tour, ptg blk Guangzhou..sambung la shoping smp last day tu.. flight 8.50pm
cukup x? budget 1st day di Guangzhou(flight 5.30am), next day tu pagi2 g HK trus ke ...
Terkejar2 juga tu nanti lepas tu buang masa sebab kena berpatah balik. Patut buat sampai ke HK dan balik dari Ghz. Memang tak sempat nak cover byk area kat Ghz juga nampaknya nanti. Apa pun dah apply for visa ke belum dan bila nak perginya. Sebabnya dah kedengaran sejak kebelakangan ni susah sikit nak dapat visa approval utk year end holidays nak2 buat yang baru pertama kali nak gi sana. Kedua sebab sampai Ghz - HK - Ghz nampaknya kena buat double entry visa sebab Malaysia nak kena ada visa setiap kali masuk China.