|
KPH - VILLA 100TH ~ DAPATKAN ALBUM KEDUA HAFIZ DI PASARAN SKRG!!!!
[Copy link]
|
|
bija posted on 4-6-2013 11:42 PM
ha ah...maybe perenggan yang ada suara perempuan bersajak tu dipotong kot..medley kan...kalau bb t ...
part yg last tu...."muda dan mudi"...dia tukar jadi "mudi dan muda"...tertukar kot?...hehe...takpelah...yg penting dia nyanyi sedap...aku harap satu hari nanti Hafiz akan rakam satu album khas utk lagu2 klasik...lagi best kalo buat secara akustik....baru bole dengar vokal dia yg merdu tu....
Last edited by blackberry90 on 5-6-2013 12:05 AM
|
|
|
|
|
|
|
|
blackberry90 posted on 4-6-2013 10:53 PM
yg tu mmg obvious sgt....
nampak sgt dia gementar...dia pun ada bagi tau masa interbiu kat G ...
hehe...hafiz needs to learn banyak lagi..tapi puas hati ngan performance dia so far, harap dia akan selalu membaiki kelemahan and will keep supporting him, insyaAllah...
|
|
|
|
|
|
|
|
blackberry90 posted on 4-6-2013 10:50 PM
part yg last tu...."muda dan mudi"...dia tukar jadi "mudi dan muda"...tertukar kot?...hehe...takpe ...
album klasik..setujuk....sora dia boyish dan dpt feel lrik lagu tu...kalau la aku kaya hafiz boleh la spon dia buat album hoho..*berangan
|
|
|
|
|
|
|
|
Mohammad Fakhruddin
Ngah dok makan kat pelita telawi~
Nampak mcm hafiz tp x sure~
Sekali btol daaa~
Steady la~
Sporting n x sombong~
|
|
|
|
|
|
|
|
blackberry90 posted on 4-6-2013 11:50 PM
part yg last tu...."muda dan mudi"...dia tukar jadi "mudi dan muda"...tertukar kot?...hehe...takpe ...
Salam bb & warga KPH. Sorry, saya mencelah. Hafiz nyanyi dah betul. 'Mudi dan muda' adalah lirik sebenar... bukan 'muda dan mudi'. Cer dengar penyanyi asal nyanyi...
Lagi satu... saya ada kat DFP (duk kat depan stage lagi) dan saya rasa persembahan hafiz keseluruhan tiada cacat celanya... kecuali terkeluar suara angsa sikit masa lagu kuakui... Tapi semuanya berjaya ditutupi oleh keseluruhan konsert yang sangat mantap. Rasanya masa tu dia sangat nervous, (walaupun saya tak nampak langsung kenervousannya) + tekak dia kering. Lepas habis lagu tu, terus dia mintak izin minum & lepas tu suara dia kembali ok...
Dari segi komunikasi dengan penonton, pada saya okey, tak nampak kekok... Sempat gak beberapa kali dia buat lawak. Tang stage yang dipenuhi teddy bear pula, saya tak rasa tergganggu langsung. Sebab mata asyik pandang hafiz dari awal sampai akhir persembahan. Memang tak puas dengar dia nyanyi... rasa macam nak suruh sambung lagi sejam. Naikkan harga tiket pun tak apa...
Pendapat saya, konsert tersebut amat berjaya jika mahu diukur dengan usia hafiz yang sangat muda dan tempoh hanya 3-4 tahun dia berada dalam industri seni tanahair...
Sekian, review daripada saya...
Last edited by invader97 on 5-6-2013 01:16 AM
|
|
|
|
|
|
|
|
Morning all!! He got good reviews so far pasal performance di DFP......kita2 ni jangan la terlalu berfikiran kritikal.....perlu juga berfikiran positive.....he did a good job so far and at that age.....it is rare la..... |
|
|
|
|
|
|
|
Along_XX posted on 5-6-2013 09:34 AM
Hahaha....it is normal la dgn Hafiz.....kalo x tgk dia perform live or kenal dia dgn cara face to ...
kann..ada kawan opis ni suka sangat ngan lagu international, lagu local tak pandang pun..tapi, tetiba pulak lagu BD menyelit dalam playlist dia...kira BD ni tarap international jugak la ye..hihi
|
|
|
|
|
|
|
|
bija posted on 5-6-2013 10:42 AM
kann..ada kawan opis ni suka sangat ngan lagu international, lagu local tak pandang pun..tapi, tet ...
Eh! Internasinal la jugak....Dr album Indon tu......hihihi
|
|
|
|
|
|
|
|
Along_XX posted on 5-6-2013 09:45 AM
Eh! Internasinal la jugak....Dr album Indon tu......hihihi
oh mai...betol tu ...so far dengar video kat kph channel memang puas hati lah ngan performance dia dan lagu dlm album dia pun best best belaka..
|
|
|
|
|
|
|
|
bija posted on 5-6-2013 10:50 AM
oh mai...betol tu ...so far dengar video kat kph channel memang puas hati lah ngan performance d ...
Aku dah boleh bayangkan Hafiz nyanyikan lagu2 dlm album baru ni kat DFP.....mmg sesuai sgt.....sumer best!
|
|
|
|
|
|
|
|
Hafiz Jayakan Konsert, Buktikan Dia Bukan Artis Mee Segera
Teks oleh Kheme Rosly
Foto oleh Dewan Filharmonik Petronas
KUALA LUMPUR, 5 JUN 2013: Sebagai salah seorang daripada graduan yang dilahirkan daripada program realiti Akademi Fantasia, Hafiz Suip atau Hafiz, juara bagi siri ketujuh pertandingan nyanyian tersebut turut bersetuju dengan kemunculan semua Akademi Fantasia yang pernah menjadi fenomena satu ketika dahulu.
Walaupun ramai yang menganggap artis kelahiran program realiti tidak berkualiti atau dilabel artis mee segera, namun Hafiz menyangkal persepsi tersebut dan menganggap Akademi Fantasia masih relevan untuk mencari bakat baru dalam dunia nyanyian.
Malah, Hafiz sendiri telah membuktikan apa yang dikatakan itu pada sidang media sejurus selepas penyanyi kelahiran Sarawak itu menghiburkan 900 hadirin yang memenuhi Dewan Filharmonik Petronas untuk konsert solo pertamanya di dewan berprestij tersebut.
"Industri muzik kita masih di kira kecil dan kekurangan penyanyi berbakat. Penganjuran program atau pertandingan seperti Akademi Fantasia boleh membuka jalan serta mencungkil bakat baru.
"Pada saya kemunculan semula Akademi Fantasia sangat relevan untuk memberi peluang kepada mereka yang berbakat tetapi tidak tahu bagaimana untuk bermula.Pasal jolokan artis mee segera yang diberikan terhadap peserta program realiti seperti saya, itu bergantung kepada cara artis itu sendiri mengatur langkah.
"Kalau saya artis "mee segera" seperti yang digelar, tetapi rasa- rasa sedap tak mee segera ini?"seloroh Hafiz sambil menyuarakan pendapatnya mengenai penganjuran semula Akademi Fantasia.
Sebagai artis kelahiran Akademi Fantasia, beraksinya Hafiz di atas pentas Dewan Filharmonik Petronas (DFP) untuk konsert solo pertama telah meletakkan dirinya sebaris nama-nama besar yang pernah diberikan peluang yang sama sekaligus menepis persepsi mengenai artis kelahiran realiti yang tidak berkualiti.
Bercerita mengenai persembahannya di DFP yang mana telah mendapat khidmat pengarah muzik Aubrey Suwito dan Pat Ibrahim selaku pengarah konsert, Hafiz akui pengalaman sepanjang sebulan membuat persiapan hingga ke saat penutup konsert tersebut adalah sesuatu yang baru buatnya.
Dia turut menyatakan perasaan yang sedikit kecewa kerana tidak dapat membuat yang paling terbaik kerana kepenatan serta perasaan gemuruh. Tetapi kekecewaan itu pada Hafiz terbalas kerana mendapat sokongan daripada ahli keluarga dan peminat yang hadir menyaksikan konsertnya malam tadi.
Hafiz turut menampilkan Alyah bergandingan bersamanya untuk lagu duet Muara Hati dan Ombak Rindu dan kedua mereka baru pertama kali mendapat peluang berduet.
"Alhamdulillah semua berjalan lancar. Terima kasih kepada semua orang yang datang antaranya semua keluarga saya, peminat dan media. Diharapkan terhibur dan maafkan saya kalau ada kekurangan. Saya sangat merasa bertuah dapat peluang seperti ini, terima kasih kepada DFP juga.
"Malam ini saya kumpulkan lagu yang dekat dengan diri saya dan mempunyai cerita disebaliknya. Pasangan duet saya, Alyah pun saya berterima kasih pada dia sebab sudi berduet dan menjayakan lagu Muara Hati dan Ombak Rindu.
"Konsert ini memberikan saya pengalaman baru dari semua aspek. Syukur semua datang menyokong saya hingga sold out, saya rasa sangat bertuah,"ucap Hafiz yang tampil segak pada malam itu dalam dua persalinan oleh pereka Fairuz Ramdan.
Hafiz telah dipilih oleh DFP sendiri setelah melihat kejayaan anak muda itu dengan pencapaian menerusi kehebatan vokalnya itu. Untuk slot DFP Spotlight, iaitu slot khas diwujudkan untuk mereka yang berbakat besar, Hafiz telah menyampaikan keseluruhan 13 lagu terdiri daripada cover version dan lagu hitsnya.
~~~ murai.com.my ~~~ |
|
|
|
|
|
|
|
invader97 posted on 5-6-2013 12:10 AM
Salam bb & warga KPH. Sorry, saya mencelah. Hafiz nyanyi dah betul. 'Mudi dan muda' adalah lirik ...
oh mudi muda..tq for the info invader
|
|
|
|
|
|
|
|
Along_XX posted on 5-6-2013 09:55 AM
Aku dah boleh bayangkan Hafiz nyanyikan lagu2 dlm album baru ni kat DFP.....mmg sesuai sgt.....sum ...
nanti booking awal2 flight ke kl...sanggup
|
|
|
|
|
|
|
|
blackberry90 posted on 5-6-2013 09:59 AM
Hafiz Jayakan Konsert, Buktikan Dia Bukan Artis Mee Segera
retis mee segera, retis realiti ke dorang pun ada usaha jugak nak jadi retis, bukan sekelip mata pun...tak suka term mi segera ni ..
|
|
|
|
|
|
|
| |
|