|
[Tempatan]
PM umum harga petrol RON95 dan diesel naik 20 sen seliter. RON97 pun naik 15 sen
[Copy link]
|
|
genchi posted on 9-9-2013 10:36 AM
msti depa dtg dgn lori kan?? ishh teda sabar mau smbot beras jatuh dari lori
arap dpt beras ...
yup...kali ni ada je memana bg beras..i nak amik...bukan senang nak rasa kekayaan dr org lain kannn |
|
|
|
|
|
|
|
genchi posted on 9-9-2013 09:58 AM
iols dah 3 kali uols sejak nek rega uols... ase cam heaven sgt mcm nek conti car.. cpt je minya ...
aku ingat aku je yg perasan kenapa minyak cepat no susutnye.....
aku pon dah 3 kali isi minyak semenjak kenaikan harge......
kali pertama isik hari selase pagi rm 30 hengget....hari kamis pagi dah susut bebeno..padahal aku hanya ulang alik sungai mati je.....
hari khamis aku isik balik rm 50 sebab nak gi JB.....mak aiii mase nak balik umah...baru je sampai batu pahat minyak aku dah susut banyak.....tapi sempat lah sampai umah aku.....jumaat petang aku isik 50 hengget lagi....full lah minyak....aku balik kampong kat bkt gambir je...meter minyak dah susut suku....lama2 aku bangkrap woiiii
|
|
|
|
|
|
|
|
azie.dz posted on 9-9-2013 10:53 AM
yup...kali ni ada je memana bg beras..i nak amik...bukan senang nak rasa kekayaan dr org lain kann ...
yess yess.. beras gula garam.. misti mau amek hokeh.. jgn lepaskn pluang.. apa orang bg kita hamek
|
|
|
|
|
|
|
|
genchi posted on 9-9-2013 10:38 AM
ishh kita kan mmg kaya.. minyak naik pun boleh suping kt tesco ikea jasko dan pavi..
sapa kite me ...
wehh..soping harus la klcc..pavvi..mid valley...
baru ekonomi negara up gen ooi |
|
|
|
|
|
|
|
genchi posted on 9-9-2013 11:02 AM
yess yess.. beras gula garam.. misti mau amek hokeh.. jgn lepaskn pluang.. apa orang bg kita hamek ...
yup...mmg pasni saya nak amik je semua |
|
|
|
|
|
|
|
genchi posted on 9-9-2013 11:05 AM
ahhahaha taw pun.. bese isi 20 tahan sminggu pg keje hokeh.. kali neh baru keje sminggu plus ade l ...
abessss kita sebagai rakyat marhaen kene buat ape arh?.....aku tak nak ikot fatwa ustadz bengong tu.....
aku dah jimat banyak dah...aku dah tak beli keropok lekor lagi walhal tu le peberet aku anak beranak.....aku petik pucuk ubi kat umah mak aku jadikan lauk buat makan....ayam seko aku potong comel2...nampak banyak sikit........nak makan burger pon aku buat sendiri....pisang goreng pon aku goreng sendiri....
tensionnnnn gilaaa
|
|
|
|
|
|
|
|
azie.dz posted on 9-9-2013 11:06 AM
wehh..soping harus la klcc..pavvi..mid valley...
baru ekonomi negara up gen ooi
tapi tingin tak suping kt ostolia weh?? nak gak suping dpt sekontena pun jadik la...
makin up lagik ekonomi taww.. |
|
|
|
|
|
|
|
azie.dz posted on 9-9-2013 11:08 AM
yup...mmg pasni saya nak amik je semua
bak kata aerosmith dont want to miss a thing hokeh
|
|
|
|
|
|
|
|
genchi posted on 9-9-2013 11:17 AM
tapi tingin tak suping kt ostolia weh?? nak gak suping dpt sekontena pun jadik la...
makin ...
tingin nak soping kat aussie..tp seplastik dua jahhhhh..
sekontena tu kak mah je mampu uolsss |
|
|
|
|
|
|
|
genchi posted on 9-9-2013 11:25 AM
bak kata aerosmith dont want to miss a thing hokeh
curlastttttttttttt...ada lagu for this..ai laikeeeeeeeee |
|
|
|
|
|
|
|
airiscomei posted on 9-9-2013 11:12 AM
abessss kita sebagai rakyat marhaen kene buat ape arh?.....aku tak nak ikot fatwa ustadz bengong t ...
kita ada byk hak.. tp kita biar je hak tu bersawang kt tepi.. tak reti guna hohoho..
dok biar dipijak2 dan di lenyek2 mcm cekodok pisang..
mmg jimat abeh skunk neh... berjln pun kuar dulu ekon je skunk bukak tgkp ujan renyai2 pun bkk tgkp
jmat ekon jimat minyak huhu.. mkn pun mi ngan smbl aje.. takot nak mkn ayam goreng dah
deme mengedera kita dlm keadaan spara sedar.. kita smakin susah dlm keadaan senang...
|
|
|
|
|
|
|
|
azie.dz posted on 9-9-2013 11:25 AM
tingin nak soping kat aussie..tp seplastik dua jahhhhh..
sekontena tu kak mah je mampu uolsss : ...
aihh splastik dua?? kmah suping berkontena okeh.. kita sekontena pun dah cukup bagoih la..
tanda rakyat malaya kaya raya dan tak terbeban dgn rege minyak yg naik
|
|
|
|
|
|
|
|
azie.dz posted on 9-9-2013 11:26 AM
curlastttttttttttt...ada lagu for this..ai laikeeeeeeeee
ahhaha jgn memain.. tribute khas hokeh
|
|
|
|
|
|
|
|
genchi posted on 9-9-2013 11:44 AM
ahhaha jgn memain.. tribute khas hokeh
ai laike u la gen....meh jd gerpren ai ahakssss ekekekekekekekekkeke |
|
|
|
|
|
|
|
genchi posted on 9-9-2013 11:32 AM
aihh splastik dua?? kmah suping berkontena okeh.. kita sekontena pun dah cukup bagoih la..
tanda ...
seplastik dua je i mampu...tu pon sebab minyak naik 20sen...kalo naik 50sen...tak ada plastik kot
kak mah jugak hebat kan...naik la minyak cemana pon..sekontena dia angkut...kukuh ekonomi negara la sgt |
|
|
|
|
|
|
|
dah sampai 70 page nii .... |
|
|
|
|
|
|
|
PENTING : KESAN KENAIKAN HARGA MINYAK 20 SEN YANG HARUS ANDA TAHU!
KESAN DOMINO KENAIKAN HARGA MINYAK 20 SEN |
Kesan domino adalah satu frasa kata yang mendefinisikan kesan berangkaian dan saling kait mengait di antara satu perkara kepada perkara yang lain.
Sekeping domino yang dijatuhkan akan menjatuhkan domino-domino lain yang tersusun secara satu persatu sehingga selesai kesemuanya. Begitu juga dengan apa yang akan terjadi kepada sesuatu perkara yang dikaitkan dengan kesan domino.
Kenaikan harga petrol ron 95 dan diesel sebanyak RM 0.20 adalah merupakan domino pertama yang terjatuh dan akan memberi kesan kepada harga barangan-barangan lain yang terlibat terutama yang memerlukan pengangkutan dari satu tempat ke tempat yang lain. Peningkatan kos bagi input kepada sesuatu pengeluaran secara langsungnya akan meningkatkan kos kepada produk yang akan dihasilkan.
Sebagai kesudahan, pengguna akhir akan menerima peningkatan kos secara inklusif dan kesan berganda ke atas kesemua barangan yang digunakannya.
Ambil Kesempatan
Selain itu, harga barangan juga akan meningkat disebabkan oleh adanya mereka yang menangguk di air yang keruh.
Tiada siapa yang dapat memberi jaminan bahawa keseluruhan peniaga adalah merupakan mereka yang beretika dan amanah sungguhpun tidak semua mereka adalah celaka dan punah.
Tetapi secara makronya, akan ada mereka yang mengambil kesempatan untuk mengaut keuntungan dengan menaikkan harga walaupun peningkatan petrol tiada kaitan di dalam penghasilan produk atau servis yang dikeluarkan olehnya.
Yang teraniaya adalah pengguna akhir dan mereka yang tidak mempunyai pilihan selain daripada membeli dengan harga yang tinggi ini.
Peningkatan petrol ini secara tidak langsung akan menyebabkan berlakunya peningkatan harga secara global di peringkat lokal.
Peningkatan harga yang tidak sejajar dengan pendapatan akan menyebabkan nilai permintaan dalam bentuk wang ringgit akan lebih tinggi berbanding kuasa beli yang setara.
Keadaan ini akan meningkatkan inflasi nasional dan secara tidak langsung dan membantu kepada peningkatan produk-produk lain.
Kesan Berganda (multiplier effect)
Kesan domino ini adalah konsisten dengan kesan berganda (multiplier effect) di mana setiap jatuhan domino akan dibawa bersamanya momentum jatuhan yang meningkat di antara satu domino dengan domino yang lain.
Peningkatan harga yang bermula sebanyak 20 sen pada petrol akan dipindahkan kepada peningkatan kos pengangkutan di mana ia melibatkan hampir semua peringkat pengeluaran.
Peningkatan kos pengeluaran akan memberi kesan kepada marjin keuntungan dan semestinya syarikat tidak akan menanggungnya secara sendirian.
Sebaliknya, mereka akan memindahkan kos tersebut kepada pelanggan. Kombinasi kos-kos di semua peringkat ini semestinya memberi kesan berganda kepada pengguna akhir.
<img>http://1.bp.blogspot.com/-owEsazbwdsQ/UiwOpxoEF9I/AAAAAAAAgaQ/vcMe5tJmyaQ/s640/harga+minyak+naik+20sen_billyinfo3.jpg</img>
Bayangkan, sekiranya kos pengangkutan bagi setiap barangan dinaikkan sebanyak 3 peratus bagi setiap peringkat dan sesuatu proses pengeluaran itu akan mengambil minimum 4 peringkat, maka jangkaan nilai berganda adalah sekitar 12 peratus (3 peratus x 4 peringkat = 12 peratus).
12peratus ini adalah merupakan nilai jangkaan peningkatan harga akhir kepada sesuatu barangan. Nilai ini dikira konservatif kerana peningkatan sebenar bagi setiap liter petrol ialah 10.53% berbanding harga sebelum ini.
Solusi
Penulisan ini bukan bermaksud untuk mewujudkan perasaan amarah kepada mereka-mereka yang terlibat tetapi ia bertujuan untk melihat apakah kesan-kesan yang telah dan akan terjadi kepada pengguna akhir.
Pada masa yang sama, solusi di peringkat individual, masyarakat dan negara cuba diselusuri.
Kita tahu bahawa pengurangan subsidi bagi petrol dan diesel ini adalah antara proses realisasi di mana negara perlu untuk mengurangkan defisit terutama apabila negara berada di ambang kegawatan.
Sokongan semua pihak di dalam menghadapi cabaran kegawatan ekonomi adalah amat diperlukan. Di dalam senario kegawatan yang tidak dapat dijangka, pelbagai keadaan boleh berlaku.
Untuk itu, persediaan negara perlu tuntas umpama Nabi Yusuf AS mempersiapkan Mesir dengan simpanan-sipanan stok bekalan di dalam menghadapi kegawatan ekonominya pada masa tersebut.
Namun, adakah dengan mengurangkan subsidi kepada masyarakat ramai adalah merupakan perancangan menghadapi kegawatan yang betul-betul bijak?
Adakah di sana terdapat kaedah-kaedah lain yang boleh difikirkan bagi menangani perkara-perkara ini?
<img>http://3.bp.blogspot.com/-ka3uS3zfTZA/UiwOqf-pzsI/AAAAAAAAgac/gQqWl5sio6o/s1600/harga+minyak+naik+20sen_billyinfo4.jpg</img>
Alternatif
Orang ramai, syarikat-syarikat kebanyakkan dan institusi-institusi kerajaan dan bukan kerajaan adalah bukan satu-satunya golongan yang menggunakan sumber tenaga petrol, diesel dan gas yang disubsidikan.
Akan tetapi, syarikat-syarikat pengeluar penjana bebas (IPP) juga turut mendapat manfaatnya. Kemanfaatan harga rendah berbanding harga pasaran yang ditawarkan kerajaan adalah bagi memastikan kadar elektrik yang dikenakan kepada pengguna akhir adalah rendah.
Kaedah yang dilaksanakan kerajaan ini adalah amat baik di mana ianya turut mengengkang daripada penularan peningkatan harga secara berganda.
Namun demikian, harga yang rendah ini telah memberi peluang kepada IPP untuk menikmati keuntungan yang cukup lumayan dengan pasaran yang tetap dan kos yang stabil.
Di dalam senario sekarang, di mana orang ramai terpaksa berdikit dan syarikat-syarikat IPP terlebih untung, maka penulisan mencadangkan agar usaha-usaha kajian kembali ke atas Perjanjian Pembelian Kuasa (APP) dengan syarikat-syarikat IPP perlu dipercepatkan dan diperhalusi dengan sebaik mungkin.
Ini bagi membolehkan kerajaan tidak hanya menjadi sebagai ‘absorber’ ke atas naik turun harga bahan api demi menjaga keuntungan syarikat-syarikat IPP.
Berdasarkan falsafah ‘utilitarian’, hak orang kebanyakan perlu diutamakan berbanding hak-hak minoriti. Dengan itu, peningkatan sedikit harga kepada IPP yang mungkin dapat menurunkan sedikit keuntungan syarikat adalah lebih utama berbanding peningkatan kos bahan api kepada orang ramai yang melibatkan keseluruhan 28.3 juta rakyat Malaysia.
Kaedah kedua yang ingin diutarakan ialah penaiktarafan mutu dan kawalan kewangan negara di semua peringkat baik Kerajaan Pusat mahupun kerajaan negeri.
Penaiktarafan kawalan yang amat berhati-hati dan ketat dipercayai akan menjadi elemen penting di dalam mengawal segala pembaziran yang boleh berlaku. Saban tahun, negara didedahkan dengan pelbagai ‘financial leakage’ di semua peringkat yang mana jumlah kebocoran tersebut adalah amat besar.
<img>http://3.bp.blogspot.com/-_TqyIuNdq18/UiwOqtSZoEI/AAAAAAAAgag/bzncboUfZyo/s640/harga+minyak+naik+20sen_billyinfo2.PNG</img>
Bagaimanapun, ianya seolah-olah mencurah air ke daun keladi tanpa adanya apa-apa kesan kepada mereka yang terlibat.
Untuk itu, penulis percaya bahawa peningkatan jimat cermat dan berhati-hati di dalam perbelanjaan di peringkat kerajaan adalah amat penting bagi memastikan kewangan negara berada di dalam paras stabil.
Sebagai simpulnya, penulisan percaya tindakan kerajaan untuk mengurangkan subsidi adalah bukan tindakan yang dibuat secara sambil lewa bahkan ianya melibatkan kajian yang terperinci yang telah dilaksanakan.
Namun pemilihan mangsa pengurangan subsidi nampak sedikit tempang di mana masyarakat umum sepatutnya tidak menjadi pilihan utama untuk dikorbankan.
Pihak kerajaan perlu mencari alternatif-alternatif lain sebagai perisai sebelum tubuh dan jasad menjadi pilihan.
http://www.mazeermohamad.com/2013/09/kesan-kenaikan-harga-minyak-20-sen-yang.html |
|
|
|
|
|
|
| |
|