CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: RatuDunia94

[ALL ABOUT AF2014 - V12] - Debaran KONSERT AKHIR Live Dari Sekolah Abang Jamil!

 Close [Copy link]
Post time 6-11-2014 10:12 PM | Show all posts
santubung posted on 6-11-2014 10:03 PM
noni dan syawal hehe!!!

byk giler gambarku bersama noni dan syawal. noni chantek bangat. baik d ...

Bila ko mention Noni baru aku recall
aku pernah tgk ewal ( Iqwal) perform kat Lanai apaentah depan panggung wayang Coliseum kat Jln TAR
masa tu aku pergi support si Noni,
ada Sahri n penyanyi veteran
tap dalam semua Ewal suara paling best.... Dia kecik lagi,  masa tu tahun 2007 ke 2008
he hehe... Siapa sangka kita ketemuin lagi
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-11-2014 10:12 PM | Show all posts
abahma27 posted on 6-11-2014 10:04 PM
Vc paling bnyak gnti pakaian agaknya???filem industan kah??..sape pngarahnya nih yep...huwaaaa..

Ada konspirasi dalaman tak nak kasi nuha juara.
meols langsung tak suka lagu kali pertama tu. Lagi best kali pertama asmidar tu kot
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2014 10:13 PM | Show all posts
elamor posted on 6-11-2014 10:11 PM
mila nyanyi persis mutiara live masa final meremang bulu roma iols

yesszaaa... memang sheolss lagak sang juara sgt time tu... takde siapa yg layak...
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2014 10:15 PM From the mobile phone | Show all posts
santubung posted on 6-11-2014 10:07 PM
mudah2an. sore dia bercakap sgt2 lunak. kenapa la baru sekarang aku kenal ewal

ada rezeki ada l ...

Mudh2an San. Ewal buat kputusan yg btul bila myertai AF. Ramai dah lihat bakatnya. Klu tk sendu ja walau vokal taraf AJL. Cemas pula  dua tiga hari ni. Mcm tk sanggup tgok ja konsert akhir nnti. Nebes sangat.
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2014 10:15 PM | Show all posts
elamor posted on 6-11-2014 10:10 PM
persembahan pelajar af1 yg tersingkir kat final iols ingat adi & nana jah... adi sebab rasa sedih  ...

Masa tu aku tgk Nana memang ada aura
betul pun, dia agak menyerlah sekejap
Liza tu terus disappear lepas jadi tukang buka kotak Roda Impian
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2014 10:15 PM | Show all posts
sepitsiput posted on 6-11-2014 10:11 PM
haruslah...setiap season mesti ada sorg pelajar lemah yg meols root masuk final...masuk final akhi ...

heliza lemah ke chuolss ? dia ok jgk ....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-11-2014 10:16 PM | Show all posts
Chuolss cuba dgr thr gegar channel 863!! Kenapa suara dj mcm sengau tambah pelat rohingya??

Suara mcm ni pon boleh jd dj kah.
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2014 10:16 PM | Show all posts
Chuolss cuba dgr thr gegar channel 863!! Kenapa suara dj mcm sengau tambah pelat rohingya??

Suara mcm ni pon boleh jd dj kah.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-11-2014 10:16 PM | Show all posts
kula22 posted on 6-11-2014 10:12 PM
suka sangat couple ni dlm diari.....romantik sgt....

tapi sayang noni keluar awal sangat... ...

Samalah kita



Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2014 10:17 PM | Show all posts
fredbok87 posted on 6-11-2014 10:10 PM
meol sokong shawal okeh time tu.... mila ni ala2 pandang sebelah mata jek... minat time separuh ak ...


tgk shawal mcm kim rae won oppa  masa tu .....kpop saja kan....

time tu ada majalah af....majalah aksi.....x miss tu....



Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2014 10:17 PM | Show all posts
kula22 posted on 6-11-2014 10:12 PM
suka sangat couple ni dlm diari.....romantik sgt....

tapi sayang noni keluar awal sangat... ...

meolssss perembes tegar shawal no 1 okerh... kan time tu siap boleh vote line telefon biasa... gigih vote sampai bil melambung... kena penampor jepun dengan mama meols....
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2014 10:17 PM | Show all posts
sepitsiput posted on 6-11-2014 10:11 PM
haruslah...setiap season mesti ada sorg pelajar lemah yg meols root masuk final...masuk final akhi ...

iols lak

AF1 - Khai (suka sbb nemo)
AF2 - Zahid & Farah (sbb sore sedap & lawak)
AF3 - tak ade
AF4 - tak ade
AF5 - Syawal (sbb Korea look)
AF6 - tak der
AF7 - Aril (sbb asyik kena kutuk)
AF8 - tak der
AF9 - tak der
AF10 - EWAL (sbb sore sedap)

hanya 6 orang jah sepanjang AF1 - AF2014
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2014 10:18 PM | Show all posts
af_mania posted on 6-11-2014 09:16 PM
Chuolss cuba dgr thr gegar channel 863!! Kenapa suara dj mcm sengau tambah pelat rohingya??

Suara ...

chuowls neh hattan kah dengar thr gegar malam2 buta sebeginieh?
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2014 10:18 PM | Show all posts
santubung posted on 6-11-2014 09:17 PM
iols lak

AF1 - Khai (suka sbb nemo)

motif tak faham konsep? EWAL ituh weak student kah?
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2014 10:18 PM | Show all posts
kula22 posted on 6-11-2014 10:12 PM
suka sangat couple ni dlm diari.....romantik sgt....

tapi sayang noni keluar awal sangat... ...

saya pun suka noni,,dia ada tengok konsert af kan baru baru ni... cantik sangat cam japanese girl

Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2014 10:19 PM | Show all posts
datinamanda posted on 6-11-2014 10:02 PM
milah memang best. mula2 meols pun sumpah seranah. suara sengau macam ni boleh masuk. paling kurang  ...

pelajar yg bermula dengan teruk dan sgt naif... dan tetiba menjadi seperti sebutir bintang yg tiada nilai giturh... MILA the best..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-11-2014 10:19 PM | Show all posts
harap Aman x jadi mcm ni

Apa Ceritanya: 'Saya seperti anak tiri!'2010/10/17 - 14:34:30 PM Oleh Zubir Mohd YunusCetakEmel Kawan

[url=]
[/url]
[url=][/url][url=]
[/url]




Iwan

Bintang AF8 dakwa AESB tidak rancang kerjaya seni, digantung tidak bertali

SEKALIPUN hanya menduduki tempat kelima menerusi program realiti popular, Akademi Fantasia musim kelapan (AF8) Mei lalu, nama Emirza Azwan Zulazrin Chew atau Iwan, 20, tiba-tiba menjadi sebutan sejak kebelakangan ini gara-gara artikel disiarkan beberapa akhbar mendakwa dirinya bermasalah apabila dia dikatakan berdepan masalah disiplin, selain menghilangkan diri sehingga menyukarkan pihak pengurusan, Astro Entertainment Sdn Bhd (AESB) menghubungi beliau.

Desas-desus mendakwa, pihak produksi terpaksa menggugurkan nama Iwan sebagai pelakon utama drama bersiri, Kau Dan Aku yang kini memasuki musim kedua apabila dia dikatakan sering ponteng kelas latihan vokal dan tarian sebagai persiapan sebelum penggambaran bermula. Difahamkan, juara AF7, Hafiz mengambil alih kekosongan ditinggalkan Iwan.

Khabar angin juga memaklumkan, Iwan sudah ditamatkan kontraknya bersama AESB serta merta, sekalipun dia masih lagi artis naungan mereka, namun dirinya kini ibarat digantung tidak bertali, apabila tiada sebarang pengesahan rasmi daripada syarikat pengurusannya itu. Dikatakan AESB gagal menghubungi Iwan untuk membincangkan masalah itu apabila panggilan telefon tidak berjawab, kiriman SMS pula tidak dibalas!

Baru-baru ini, B*POP berjaya menjejaki Iwan apabila dia memaklumkan baru saja menukar nombor telefon bimbitnya. Kehadirannya di Balai Berita merungkai pelbagai persoalan, selain menjawab tuduhan ke atasnya.

Ternyata, Iwan amat kesal dengan pelbagai cerita negatif yang dikaitkan dengan dirinya dan Iwan juga mengaku pernah tidak berpuasa pada Ramadan lalu, namun dia ada alasan.

“Setahu saya, saya masih lagi bernaung di bawah pengurusan AESB kerana ada kontrak selama enam bulan selepas meninggalkan AF8 sejak Mei lalu. Desas-desus mengatakan saya disingkirkan dari AESB, saya sendiri tak pasti status diri saya dengan mereka. Namun, sejak kebelakangan ini, saya perhatikan diri saya seolah-olah tidak pernah wujud di bawah pengurusan itu, AESB tak ambil tahu pun.
“Saya seperti anak tiri! Saya pernah semak jadual aktiviti baru-baru ini, nama saya kosong, tak ada persembahan langsung! Yang ada pun nama Shahir dan Adira saja. Sekarang saya tak ada apa-apa kerja, macam mana saya nak hidup? Saya hidup sendiri, ibu bapa pula di kampung, perihal makan minum, sewa rumah macam mana?

“Nak buat persembahan luar yang kami cari sendiri, tak boleh. Kalau kami buat juga ‘persembahan haram’ tanpa pengetahuan AESB, kami boleh disaman! Tapi, apabila kami dapat show, maklumkan kepada AESB, dia orang pula ambil keuntungan sebanyak 40 peratus. Banyak tu, kami nak makan apa? Nak cari show bukan senang.

“AESB tak beritahu apa-apa pun. Pernah mereka beritahu nak jumpa, berbincang, tapi ketika itu saya tak ada kenderaan nak datang ke pejabat. Saya maklumkan kepada pihak pengurusan, boleh tak kita jumpa hari ini, namun tiada maklum balas, terus diam sampai sekarang. Kini, saya dah tukar nombor telefon, kami pun terus terputus hubungan. Namun, saya harap kami dapat bertemu sedikit masa lagi untuk selesaikan masalah ini,” kata Iwan.

Bayaran tak berbaloi

Bagi Iwan, kemelut dirinya bersama AESB bermula apabila dia mendapat tawaran berlakon drama bersiri Kau Dan Aku musim kedua. Namun, belum sempat dia memulakan penggambaran, dirinya digugurkan dengan alasan tidak berdisiplin apabila didakwa sering kali ponteng kelas latihan vokal dan tarian, selain kedegilannya apabila tidak mahu mendengar arahan pihak produksi.

“Saya dibayar dengan jumlah ini, penggambaran tiga bulan sebanyak 26 episod, saya pula mendukung watak utama. Saya juga perlu menghadiri kelas vokal dan tarian. Memang saya tak boleh buat kerja lain, fokus 100 peratus kepada pembikinan Kau Dan Aku saja. Apabila dikira semula, dengan bayaran ditawarkan, selepas ditolak 40 peratus, selain komitmen yang bakal diberikan, memang tak berbaloi.

“Sekiranya saya tak terima tawaran berlakon tu, saya khuatir AESB anggap saya berlagak, justeru untuk menjaga hati banyak pihak, saya terima tawaran berkenaan. Apabila dah terima, timbul pula masalah lain, produksi yang menerbitkan drama berkenaan tidak menjaga kebajikan artis. Bayangkan, ketika Ramadan lalu, artis seperti kami diminta menari di tengah panas terik, berlakon untuk pembikinan montaj dan sebagainya. Pihak produksi seolah-olah tidak menghormati kami yang berpuasa.

“Saya akui, artis yang terbabit ketika itu memang ‘terbabas’, kami tak mampu meneruskan ibadat puasa termasuklah saya. Ketika itu, nafsu memang untuk minum saja. Penggambaran lama lagi nak habis, waktu berbuka puasa lambat lagi, tekak pula dah kering sangat, saya tak mampu bertahan lagi. Saya terpaksa membatalkan puasa.

“Saya dan beberapa lagi artis AF turut merokok dalam kereta. Alang-alang dah tak berpuasa, sebab itu saya curi-curi hisap rokok. Saya tak berpuasa, itu antara saya dengan Tuhan, tapi saya mengaku salah apabila perbuatan minum air, merokok dapat dilihat oleh orang ramai. Perbuatan kami tidak sopan apabila tidak menghormati sensitiviti orang lain. Saya minta maaf atas kealpaan itu,” kata Iwan berterus-terang.


Sedia pakaian macam badut

Tambah Iwan, perkara yang paling tidak digemarinya ialah soal pemilihan pakaian ketika menjayakan pembikinan Kau & Aku.

“Bagi saya, pihak produksi seperti memperlekeh saya. Saya diminta mengenakan pakaian yang menampakkan saya seperti badut! Apabila saya tawarkan diri pakai baju sendiri, mereka tak benarkan. Saya malu apabila pakaian saya paling selekeh! Saya pernah minta pandangan daripada Pengetua AF8, Cikgu Norman, saya maklumkan soal bayaran dan masalah lain, dia menasihatkan saya supaya tidak teruskan penggambaran.

“Saya bukannya lahir daripada program Raja Lawak, jadi saya tak mahu imej saya terjejas. Namun, saya tetap meneruskan pembabitan bersama produksi itu apabila memikirkan kembali tawaran yang sudah diberi. Namun, saya akui ada beberapa siri kelas vokal dan lakonan yang saya tak dapat hadir kerana berdepan masalah pengangkutan.

“Namun, apabila saya gagal hadiri kelas sekali dua, pihak produksi terus kirimkan e-mel kepada AESB memaklumkan saya ada masalah disiplin, tidak bertanggung jawab, kurang ajar dan macam-macam lagi. Padahal, ada lagi beberapa artis AF, langsung tak datang kelas, namun tidak pula diambil tindakan ke atas mereka!

“Saya harap selepas ini dapat bertemu dengan pihak pengurusan AESB dan berbincang. Sekiranya mereka dah tak boleh terima saya, biar saya keluar cara baik. Tapi, jangan gantung saya tak bertali. Saya juga mohon maaf sekiranya pendedahan ini menyinggung perasaan banyak pihak terutama AESB. Apabila wartawan mencari saya, saya luahkan segala yang terbuku di hati selama ini,” kata Iwan.

Info Iwan

NAMA PENUH: Emirza Azwan Zulazrin Chew
TARIKH LAHIR:21 April 1990
KELUARGA: Anak kedua daripada empat beradik
ASAL: Seremban, Negeri Sembilan
PENCAPAIAN: Tempat ke-5, Akademi Fantasia 8 (AF8)
SINGLE: VIP


Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2014 10:19 PM | Show all posts
Incanto posted on 6-11-2014 10:15 PM
Masa tu aku tgk Nana memang ada aura
betul pun, dia agak menyerlah sekejap
Liza tu terus disappe ...

apa cite dia skg... dulu2 iols suka vince+liza
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2014 10:20 PM | Show all posts
Long0372 posted on 6-11-2014 10:01 PM
iols pn sama..
nuha the only one...
kannn..

meols pon. hahaha , belum pernah lagi vote giler2 ni. last masa mila je meols vote habis habisan. fina meols suka jugak tapi tak undi sangat. undi gitu2 je. nuha ni lain sangat. mmg giler2 vote
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2014 10:20 PM | Show all posts
bungaros posted on 6-11-2014 10:04 PM
Hishhh....choyy la bebudak nih. Tak pepasal meleleh airmata tgk depa nyanyi kau ilham ku.
Ni yg mal ...

sedih kan... nasib baik tak nyanyi lagu Teman Sejati... melelehhh airmata...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-2-2025 04:57 PM GMT+8 , Processed in 0.245668 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list