|
BORAK KOSONG CHAT GOSIP ULASAN LUAHAN DAN BERSANTAI VOLUME 32
[Copy link]
|
|
Perdana Menteri berangkat ke Mekah tunai umrah sebelum menghadap Raja Salman
Oleh MALAYSIA DATELINE
March 6, 2021 12:07 pm 0
Tan Sri Muhyiddin Yaasin hari ini berangkat ke Mekah untuk lawatan rasmi sulung beliau ke Asia Barat, bagi memenuhi jemputan Yang Teramat Mulia Raja Salman bin Abdulaziz Al-Saud, Raja Arab Saudi yang juga Penjaga dua masjid suci umat Islam.
“Insya-Allah, saya akan menunaikan umrah di tanah suci Mekah dan melakukan ziarah di Madinah terlebih dahulu, sebelum memulakan program rasmi di Istana Al-Yamamah di Riyadh, pada 9 Mac ini,” maklum beliau di Facebooknya.
Selain menghadap Yang Teramat Mulia Raja Salman, beliau dijadualkan mengadakan pertemuan dengan Yang Mulia Putera Mahkota Mohammed bin Salman bin Abdulaziz Al-Saud, yang juga Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan Kerajaan Arab Saudi.
“Lawatan saya ini cukup signifikan kerana antara lain akan membincangkan pelbagai usaha untuk memperkukuh hubungan dua hala dan meneroka kerjasama baharu dalam bidang perdagangan, pelaburan dan hal ehwal Islam yang mampu melonjakkan hubungan baik sedia ada ke tahap yang lebih tinggi.
“Sudah pasti soal kuota haji dan urusan umrah juga tidak ketinggalan akan dibincangkan dalam pertemuan itu kelak,” katanya.
Dari Arab Saudi, insya-Allah beliau akan terus ke Emiriyah Arab Bersatu (UAE), untuk bertemu dengan YM Putera Mahkota Abu Dhabi Sheikh Mohamed bin Zayed Al Nahyan dan Perdana Menteri UAE yang juga Pemerintah Dubai, YM Sheikh Mohammed bin Rashid Al Maktoum.
“Doakan agar perjalanan saya ini dipermudahkan dan segala urusan demi kemaslahatan ummah mendapat barakah oleh Allah SWT. Amin,” tulis beliau |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Scheherazade replied at 6-3-2021 02:55 PM
Sb penah p working holiday kt mana? Kena apply working visa kan? Mcmana rate upah sana? Sewa bilik ...
Oh. Hatyai-Songkhla-Satun & Riau...lupa lak. |
|
|
|
|
|
|
|
seribulan replied at 6-3-2021 04:15 PM
No prob...tunggu dia jawab
Okay kak sb. |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by seribulan at 6-3-2021 05:14 PM
Ringkasan Status Terkini COVID-19 Di Malaysia, 06 Mac 2021
Kes sembuh=2,548
Jumlah kes sembuh=289,452 kes
Kes baharu positif=1,680 kes (1,677 tempatan, 3 import)
Jumlah positif=311,777
Kes kematian=7
Jumlah kes kematian=1,166 kes
Kes dirawat di ICU=172 kes
Bantuan Alat Pernafasan=84 kes |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Amandaminaj96 replied at 6-3-2021 04:53 PM
Okay kak sb.
Bengong CARI tetiba susah aplod gambo... |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
seribulan replied at 6-3-2021 04:01 PM
Moh moh...nak rasa laukpauk keypo yg menggiurkan
Haha tp keypo bukan rajin sentiasa.. mcm sb lain la hari2 mcm2 lauk.. |
|
|
|
|
|
|
|
seribulan replied at 6-3-2021 04:05 PM
Stop bila kenyang...tapi SG xboleh stop...cam bocor perut...haha....
Haha sbb mkn pelan2..sambil cook2 |
|
|
|
|
|
|
|
Selangor melaporkan kes harian baharu tertinggi iaitu sebanyak 826 kes (49.2 peratus). Daripada jumlah ini, sebanyak 737 kes (89.2 peratus) adalah daripada kluster-kluster dan saringan kontak rapat COVID-19 yang aktif dijalankan di lapangan. Ini diikuti oleh Sarawak sebanyak 221 kes (13.2 peratus) dan Johor sebanyak 139 kes (8.3 peratus).
Sebanyak54 kes (3.2 peratus) yang dilaporkan pula adalah berkaitan kluster-kluster di penjara yang membabitkan Kluster Penjara Jalan Harapan (17 kes), Kluster Tembok Tapah (15 kes), Kluster Tembok Pengkalan Chepa (13 kes), Kluster Tembok Taiping (4 kes), Tembok Mempaga (3 kes), Kluster Penjara Jalan Sungai Jelok (1 kes), dan Kluster Tembok Sungai Udang (1 kes).
Kes-kes kematian pada hari ini melibatkan tiga (3) kes di Selangor, tiga (3) kes di Sarawak dan satu (1) kes di Sabah. Kesemua kes melibatkan warganegara. KKM mengucapkan takziah kepada semua ahli keluarga mereka.
Perincian penuh jumlah kes mengikut negeri adalah seperti di Lampiran 1 dan 2, manakala ringkasan kes kematian mengikut negeri adalah seperti di Lampiran 3 yang disertakan bersama kenyataan media ini.
MAKLUMAT TERKINI BERKAITAN KLUSTER-KLUSTER
Berikut adalah maklumat terkini berkaitan kluster-kluster di Malaysia sehingga 6 Mac 2021:
Jumlah kluster : 1,191 kluster;
Jumlah kluster baharu : 4 kluster;
Jumlah kluster yang telah tamat : 713 kluster (termasuk 14 kluster yang tamat pada hari ini iaituKluster Industri Kampung Baru, Kluster Jalan Bayu Satu, Kluster Jalan Jelutong, Kluster Bandar Lama, Kluster Desa Tun, Kluster Kampung Tualang, Kluster Bukit Emas, Kluster Tapak Bina Jalan Digital, Kluster Jalan Kiara, Kluster Mandin Jaya, Kluster Kampung Perani, Kluster Bintang, Kluster Jalan Tun Mutalib dan Kluster Tapak Bina Jalan Sungai Besi);
Jumlah kluster aktif : 478 kluster;
Jumlah kluster dengan pertambahan kes baharu pada hari ini : 72 kluster; dan
Kluster-kluster dengan pertambahan kes baharu tertinggi pada hari ini adalah Kluster Tapak Bina Jalan Zamrud (64 kes), Kluster Jalan Muhibbah (31 kes), dan Kluster Jalan Pelabuhan (31 kes).
KLUSTER BAHARU
KKM juga ingin memaklumkan terdapat empat (4) kluster baharu yang telah dikenal pasti pada hari ini, yang melibatkan tiga (3) kluster berkaitan tempat kerja dan satu (1) kluster yang melibatkan komuniti.
Perincian kluster-kluster baharu adalah seperti di Lampiran 4 yang disertakan bersama kenyataan media ini.
No. Nama Kluster Negeri Kategori Kluster
1 Lagoon Selatan Selangor Tempat kerja
2 Jalan Firma Dua Johor Tempat kerja
3 Jalan Haji Malek Melaka Tempat kerja
4 Bukit Tunggal Sarawak Komuniti
NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19
KKM ingin menasihati orang ramai agar terus patuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan iaitu;
Elakkan 3S: (elakkan kawasan yang sesak, sempit dan sembang dengan jarak yang dekat).
Amalkan 3W: (Amalkan Wash, Wear dan Warn)
Patuhlah kepada S.O.P sebagai normal baharu. KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak WHO. Orang ramai akan sentiasa dimaklumkan sebarang perkembangan terkini mengenainya. Begitu juga, KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya adalah dilaksanakan secara berterusan.
Sekian, terima kasih.
TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH
KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA
6 Mac 2021 @ 6.00 petang.
LAMPIRAN 1
BILANGAN KES COVID-19
MENGIKUT NEGERI DI MALAYSIA
(SEHINGGA 6 MAC 2021, JAM 12:00 TENGAH HARI)
NEGERI BILANGAN KES BAHARU *( ) BILANGAN KES KUMULATIF
SELANGOR 826 103,908
SABAH 74 53,387
JOHOR 139 37,843
WP KUALA LUMPUR 81 (3) 35,594
NEGERI SEMBILAN 89 16,372
PULAU PINANG 84 12,309
PERAK 68 11,842
SARAWAK 221 10,895
KEDAH 11 7,710
MELAKA 10 6,053
KELANTAN 35 5,133
PAHANG 17 3,903
TERENGGANU 22 3,271
WP LABUAN 1 2,256
WP PUTRAJAYA 2 1,086
PERLIS 0 215
JUMLAH KESELURUHAN 1,680 (3) 311,777
*( ) adalah merujuk kepada kes-kes import
LAMPIRAN 2
Kes positif 1,680 kes COVID-19 baharu yang dilaporkan di Malaysia pada 6 Mac 2021 adalah seperti berikut:
Selangor: 826 kes
238 kes daripada kluster-kluster, termasuk tiga (3) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Lagoon Selatan;
499 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
89 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
Sarawak: 221 kes
54 kes daripada kluster-kluster, termasuk 10 kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Bukit Tunggal;
122 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
45 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
Johor: 139 kes
75 kes daripada kluster-kluster, termasuk 27 kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Jalan Firma Dua;
38 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
26 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
Negeri Sembilan: 89 kes
58 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
23 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
Lapan (8) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
Pulau Pinang: 84 kes
17 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
30 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
37 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur: 81 kes
16 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
36 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
Tiga (3) kes import dari luar negara; dan
26 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
Sabah: 74 kes
10 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
53 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
11 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
Perak: 68 kes
58 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
Satu (1) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
Sembilan (9) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
Kelantan: 35 kes
14 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
17 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
Empat (4) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
Terengganu: 22 kes
Lima (5) kes daripada kluster sedia ada; dan
17 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19.
Pahang: 17 kes
10 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
Tiga (3) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
Empat (4) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
Kedah: 11 kes
Empat (4) kes daripada kluster-kluster sedia ada;
Tiga (3) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
Empat (4) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
Melaka: 10 kes
Dua (2) kes daripada kluster-kluster; termasuk satu (1) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Jalan Haji Malek; dan
Lapan (8) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19.
Wilayah Persekutuan Putrajaya: Dua (2) kes
Satu (1) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
Satu (1) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
Wilayah Persekutuan Labuan: Satu (1) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
LAMPIRAN 3
Ringkasan tujuh (7) kes kematian pada 6 Mac 2021 adalah seperti berikut:
No. Kematian No. Kes Negeri Jantina (warganegara) Umur (tahun) Hospital / Tempat Kematian Latar Belakang
1160 175413 Sarawak Perempuan (WN) 59 Hospital Sibu Penyakit darah tinggi dan dislipidemia
1161 273211 Sabah Perempuan (WN) 84 Hospital Tawau Penyakit darah tinggi, dan gout.
1162 293562 Sarawak Lelaki (WN) 43 Hospital Miri Penyakit kencing manis, darah tinggi, jantung, dislipidemia, dan gout
1163 300922 Selangor Perempuan (WN) 46 Hospital Ampang Penyakit kencing manis, darah tinggi, jantung, dan buah pinggang kronik
1164 305624 Sarawak Lelaki (WN) 53 Hospital Bintulu Penyakit kencing manis, jantung, dan obesiti
1165 306026 Selangor Perempuan (WN) 73 Hospital Sungai Buloh Penyakit kencing manis, darah tinggi, jantung, buah pinggang kronik, dislipidemia, dan strok
1166 308191 Selangor Lelaki (WN) 74 Hospital Sungai Buloh Penyakit kencing manis
*WN merujuk kepada warganegara.
LAMPIRAN 4
Perincian empat (4) kluster baharu yang telah dikenal pasti pada hari ini iaitu:
KLUSTER LAGOON SELATAN
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Petaling di Selangor. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 27 Februari 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah syarikat pembersihan yang terletak di Jalan Lagoon Selatan, Bandar Sunway, Subang Jaya, Petaling. Sehingga 6 Mac 2021, sejumlah 34 individu telah disaring, di mana 12 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
2. KLUSTER FIRMA DUA
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Johor Bahru di Johor. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-306828) dilaporkan positif COVID-19 pada 4 Mac 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di Jalan Firma 2/1, Kawasan Perindustrian Tebrau 1, Johor Bahru. Sehingga 6 Mac 2021, sejumlah 139 individu telah disaring, di mana 28 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
3. KLUSTER JALAN HAJI MALEK
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Jasin di Melaka. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-283506) dilaporkan positif COVID-19 pada 21 Februari 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan pekerja-pekerja sebuah pasar raya yang terletak di Jalan Haji Malek, Taman Kelubi, Jasin. Sehingga 6 Mac 2021, sejumlah 23 individu telah disaring, di mana 11 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
4. KLUSTER BUKIT TUNGGAL
Kluster komuniti ini melibatkan daerah Julau di Sarawak. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke- 300649) dilaporkan positif COVID-19 pada 28 Februari 2021 hasil saringan individu bergejala. Nama kluster ini merujuk kepada lokaliti di mana penularan kes-kes dilaporkan berlaku iaitu di Bukit Tunggal, Julau. Sehingga 6 Mac 2021, sejumlah 139 individu telah disaring, di mana 29 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
keypochino replied at 6-3-2021 05:14 PM
Haha tp keypo bukan rajin sentiasa.. mcm sb lain la hari2 mcm2 lauk..
Xde juga WFH je...Khamiscke Ahad...bawa ke weekend...
WIO xsempat ..tunjuk je... |
|
|
|
|
|
|
|
keypochino replied at 6-3-2021 05:14 PM
Haha sbb mkn pelan2..sambil cook2
Kdg heran berjam2 hadap hotpot tu
Mendung gelap tapi x hujan pulak... |
|
|
|
|
|
|
|
seribulan replied at 6-3-2021 06:18 PM
Xde juga WFH je...Khamiscke Ahad...bawa ke weekend...
WIO xsempat ..tunjuk je...
Kan.. kalau masuk opis xdan atau penat nak cook2 |
|
|
|
|
|
|
|
seribulan replied at 6-3-2021 06:20 PM
Kdg heran berjam2 hadap hotpot tu
Mendung gelap tapi x hujan pulak...
Sini jerebu teruk |
|
|
|
|
|
|
|
keypochino replied at 6-3-2021 05:24 PM
Sini jerebu teruk
Oh...jerebu le ni...patut ke...huhu... |
|
|
|
|
|
|
|
keypochino replied at 6-3-2021 05:24 PM
Kan.. kalau masuk opis xdan atau penat nak cook2
Pehtu ada pilihan nak tunjuk2 je haha... |
|
|
|
|
|
|
|
Amandaminaj96 replied at 6-3-2021 04:53 PM
Okay kak sb.
Nonton Miss Monte Cristo heroin dah makeover & mulakan revenge...huhu... |
|
|
|
|
|
|
|
seribulan replied at 6-3-2021 06:29 PM
Oh...jerebu le ni...patut ke...huhu...
Area tanah gambut.. bila cuaca panas senang tebako.. |
|
|
|
|
|
|
|
keypochino replied at 6-3-2021 05:57 PM
Area tanah gambut.. bila cuaca panas senang tebako..
Gunung berapi meletup kn baru2 ni... |
|
|
|
|
|
|
|
keypochino replied at 6-3-2021 03:55 PM
Haha meh2.. I pun nak rasa your cake
den x terer la mod, kekekeke |
|
|
|
|
|
|
| |
|