CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: ibnur

Soal Jawab Agama

   Close [Copy link]
Post time 19-12-2011 01:20 AM | Show all posts
assalamualaikum

Baca Al-Quran: Masyaf Vs digital

1) Membaca al-quran dijanjikan pahala oleh A ...
kambeng_masam Post at 19-12-2011 00:10


Sila baca hasil kajian Dr. Husam Affanah, Prof Fiqh dan Usul Universiti al-Quds, Palestin di:

http://muis.ismaweb.net/2010/05/ ... -pda-dan-handphone/

AlQuran digital tidak sama dengan mushaf alQuran, jadi hukum mengendalikan mushaf tidak terpakai pada cara mengendalikan digital.  Kalau tidak dipaparkan (display) data yang disimpan adalah dalam binary digit (bukan teks asal arab) namun ianya mestilah dihormati sepenuhnya.

Hukum membacanya dan faedahnya adalah sama seperti membaca melalu mushaf di samping boleh menghasilkan syafaat di akhirat kelak...

Contoh alauran digital di http://www.quranflash.com/en/quranflash.html adalah 100% sama seperti mushaf yang ada dalam simpanan saya dirumah, diluluskan oleh pihak berkuasa Malaysia.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-12-2011 01:45 AM | Show all posts
Reply 1742# kupia


    terima kasih saudara kupia...pantas betul!
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2011 11:23 AM | Show all posts
Sila baca hasil kajian Dr. Husam Affanah, Prof Fiqh dan Usul Universiti al-Quds, Palestin di:

...
kupia Post at 19-12-2011 01:20



   ada yang beritahu saya, baca quran dari mushaf dapat pahala adab, kalau digital kurang pahala adabnya. Betulkah. Boleh terangkan?
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2011 05:05 PM | Show all posts
ada yang beritahu saya, baca quran dari mushaf dapat pahala adab, kalau digital kurang paha ...
kismis Post at 19-12-2011 11:23


bab mushaf ini lebih kepada fatwa dan kajian ulamak ia kan, sebab mushaf belum ujud pada zaman Rasulullah saw, mushaf diperkenalkan pada zaman Usman kalau tak silap...

bab pahala baca quran memang telah ada dalil nasnya dari Rasulullah saw, jadi membaca Quran dari punca mana sekalipun tentulah akan mendapat faedah yang sama juga... asalkan yang dibaca benar2 dari whayu yang diturunkan... WA
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2011 07:58 PM | Show all posts
Assalamualaikum. Ada kemusykilan sikit. Somi saya Ada amik satu exam. Saya pun nazar kalo dia pass saya nak posa 30 hari. Lepas tu dia pun pass, tapi lepas 7 hari saya posa, keputusan dia dipanggil balik, depa kata tak pass sebab kesilapan pemeriksa Dan perlu resit balik lagi sebulan. So confuse saya, perlukan saya habiskan nazar saya atau tidak? Harp dpt membantu. Tx.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-1-2012 09:51 PM | Show all posts
Assalamualaikum. Ada kemusykilan sikit. Somi saya Ada amik satu exam. Saya pun nazar kalo dia pass s ...
MrsMoshi Post at 30-12-2011 19:58

Tak jadi ler...  yang dah buat tu kira puasa sunat ajer ler ...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-1-2012 08:51 PM | Show all posts
Assalamualaikum. Ada kemusykilan sikit. Somi saya Ada amik satu exam. Saya pun nazar kalo dia pass saya nak posa 30 hari. Lepas tu dia pun pass, tapi lepas 7 hari saya posa, keputusan dia dipanggil balik, depa kata tak pass sebab kesilapan pemeriksa Dan perlu resit balik lagi sebulan. So confuse saya, perlukan saya habiskan nazar saya atau tidak? Harp dpt membantu. Tx.
MrsMoshi Post at 30-12-2011 19:58


ya tentulah nazar tu batal dengan sendirinya sebab rasmi tak lulus kan... macamanapun dah puasa 7 hari tu alhamdulillah besar ganjaran akan dapat tu insyallah...

janganlah nazar banyak2 hari sangat takut tak tertunai nanti...
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2012 01:56 AM | Show all posts
assalammualikum,nk tnya lah..lau kita lepas sembahyang,kita doa dalam buka doa 2 yg bahasa rumi 2 tak aper ke..tapi kita tak baca yg jawinya or yg tulisan dalam arab 2..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-1-2012 01:42 AM | Show all posts
assalamualaikum, aku hukum menjual pakaian yang tidak menutup aurat?

Klau pakaian tu dibeli utk dipakai isteri di depan suami, tiada masalah kan...tp kalau di pakai untuk mendedahkan aurat, bagaimana?

Apa status keuntungan perniagaan tersebut?
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2012 12:33 AM | Show all posts
assalamualaikum, aku hukum menjual pakaian yang tidak menutup aurat?

Klau pakaian tu dibeli utk dipakai isteri di depan suami, tiada masalah kan...tp kalau di pakai untuk mendedahkan aurat, bagaimana?

Apa status keuntungan perniagaan tersebut?
pinKy180 Post at 15-1-2012 01:42


Waalaikummussalam,

hukum kepada penjual adalah sah dan halal selagi menjalankan perniagaan mengikut aturan syariat.
Anda tidak bertanggungjawab tentang bila dan di mana pembeli mengenakan pakaian yang dibeli.  
Dosa orang yang tidak menutup aurat jatuh kepada tuan punya diri sendiri bukan kepada penjual di mana pakaian itu dibeli.  WA
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2012 04:14 PM | Show all posts
Post Last Edit by habibollah at 18-1-2012 16:27
assalamualaikum, aku hukum menjual pakaian yang tidak menutup aurat?

Klau pakaian tu dibeli utk dipakai isteri di depan suami, tiada masalah kan...tp kalau di pakai untuk mendedahkan aurat, bagaimana?

Apa status keuntungan perniagaan tersebut?


wa alaikum salam,

pendapat kedua selepas kupia, sebelum menjawap, apakah tujuannya anda menjual pakaian itu? sekiranya anda tahu pakaian itu mendedahkan aurat, apakah kesan yang terjadi kepada si pemakai dan yang memandang pakaian itu? kita tau arak itu haram, apakah hukum orang yang membuatnya?menjualnya?apa2 yang berkaitan dengannya?

saya tak berani untuk mengatakan sah jual beli atau halal haram menjual pakaian itu, tetapi kita lihatlah kesan dari penjualan dan pemakaian pakaian itu, sekiranya duit yang diterima itu memberi kesan buruk kepada diri, anak dan keluarga,
dan merosakkan:
1)sipembeli (menjurus kepada melakukan maksiat)
2)sipemerhati (tidak dapat menahan hawa nafsu , kesannya banyak kes rogol, anak luar nikah dll)

lebih baik meninggalkan perniagaan itu. Kita harus peka, kerana segala tindak laku kita kait mengait dengan orang lain (chain reaction). Take Note, Antara kerosakkan dimuka bumi ini adalah berpunca dari aurat. ALLAH tidak suka manusia yang banyak melakukan kerosakkan dimuka bumi. sekiranya barang itu menuju kepada maksiat, zina, sudah setentunya hukumnya adalah ? sekiranya pakaian itu untuk mengeratkan hubungan suami isteri, sudah tentu tidak haram. tetapi adakah suami sahaja yang melihatnya atau orang lain jugak?umpama kucing melihat ikan goreng dapan mata. itu kena jaga.
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2012 04:23 PM | Show all posts
Reply 1748# arel_ahmad


   
assalammualikum,nk tnya lah..lau kita lepas sembahyang,kita doa dalam buka doa 2 yg bahasa rumi 2 tak aper ke..tapi kita tak baca yg jawinya or yg tulisan dalam arab 2..


wa alaikum salam wbt.. ALLAH memahami doa kita walaupun apa sahaja bahasa yang kita gunakan. yang penting ikhlas.
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2012 12:49 PM | Show all posts
salam, saya nak tanya pasal hak harta.

5 tahun yg lalu, kami adik beradik telah sepakat utk membelikan ibubapa rumah.

adik saya C, telah meletakkan booking fee $500.

kakak saya M, telah membayar wang2 pendahuluan seperti duit lawyer, deposit air api ect sebanyak RM5k

adik beradik telah meminta saya menggunakan nama saya utk tujuan loan pinjaman selama 25 tahun dgn kadar bayaran RMx sebulan. Loan lulus dan diletakkan atas nama saya dan adik C.  NIAT saya pada ketika itu hanyalah MEMINJAMKAN NAMA sahaja. Loan tersebut mempunyai MRTA dimana, jika saya mati, maka loan tersebut akan dilangsaikan oleh pihak insuran.

adik beradik telah sepakat utk bersama2 menyumbang dlm pembayaran bulanan, tetapi setelah berfikir panjang dan utk mengelakkan sebarang complicated kemudian hari  - saya 100% bersetuju untuk membayar ansuran tersebut. Ayah menyumbang 30% setiap bulan dan saya pula membayar 70%. NIAT saya ketika membayar 70% adalah UNTUK MEMBANTU IBU BAPA dan of coz memohon ganjaranNYA disana kelak.

perjanjian dgn adik beradik adalah - rumah tersebut hanyalah sementara mak dan abah masih hidup, setelah mereka tiada, saya akan menjual hak rumah tersebut untuk mengelakkan apa2 kerumitan dikemudian hari.

Oleh krn rumah tersebut secara teknikal hanyalah menggunakan nama saya, suami dan anak telah bersetuju untuk tidak menuntut hak sebagai harta sepencarian atau pewaris, tetapi suami meminta saya meletakkan nama anak saya sebagai penama untuk menguruskan harta tersebut jika saya mati.

Saya ingin meletakkan semua ini diatas kertas, secara am - adik beradik dan suami setuju - tetapi saya mengalami kebuntuan berdasarkan niat yang telah saya pasang.

Jika saya menjual rumah tersebut - siapakan yang berhak keatas 100% hasil jualan.

1. suami menyuruh saya memulangkan hasil jualan 30% kepada abah semula. saya akan memaklumkan kpd abah semasa beliau masih hidup (sbb rumah hanya akan dijual jika mak abah telah tiada) - so saya akan minta abah fikirkan apa yg abah nak buat dgn 30% tersebut supaya mudah anak2 uruskan kemudian hari.

2. pemulangan 30% berdasarkan kpd niat saya untuk membayar 100% loan, dan abah hanya bayar sebab nak bantu.

3. siapakah yang berhak keatas baki 70%.

ada pendapat mengatakan ibu dan bapa sbb niat saya utk membantu so maknanya 70% tu kena halalkan pada mak dan abah.

suami pula mengatakan 70% itu hak saya - namun suami juga mengatakan beliau tidak dan anak tidak mahu harta tersebut dan meminta saya mewakafkan semua nya. (at this point anak saya belum mencapai 21 tahun dan keputusan itu dibuat oleh suami)

jika 70% itu hak saya - bermakna hak anak2 saya - WHAT IF semasa itu, anak2 saya dalam kesusahan - dan mereka hanya melihat harta2 itu diberikan kpd orang lain sedangkan mereka juga memerlukannya.

saya benar2 buntu - saya tidak mahu tamak, harta2 ini hak ALLAH, dan pada masa yg sama saya takut berlaku zalim pada anak, ibu bapa dan adik beradik yg lain.

buat masa ini alhamdullillah - harta suami mencukupi untuk saya dan anak2.
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2012 03:55 PM | Show all posts
salam, saya nak tanya pasal hak harta.

.....Jika saya menjual rumah tersebut - siapakan yang berhak keatas 100% hasil jualan.

1. suami menyuruh saya memulangkan hasil jualan 30% kepada abah semula. saya akan memaklumkan kpd abah semasa beliau masih hidup (sbb rumah hanya akan dijual jika mak abah telah tiada) - so saya akan minta abah fikirkan apa yg abah nak buat dgn 30% tersebut supaya mudah anak2 uruskan kemudian hari.

2. pemulangan 30% berdasarkan kpd niat saya untuk membayar 100% loan, dan abah hanya bayar sebab nak bantu.

3. siapakah yang berhak keatas baki 70%.

ada pendapat mengatakan ibu dan bapa sbb niat saya utk membantu so maknanya 70% tu kena halalkan pada mak dan abah.

suami pula mengatakan 70% itu hak saya - namun suami juga mengatakan beliau tidak dan anak tidak mahu harta tersebut dan meminta saya mewakafkan semua nya. (at this point anak saya belum mencapai 21 tahun dan keputusan itu dibuat oleh suami)

jika 70% itu hak saya - bermakna hak anak2 saya - WHAT IF semasa itu, anak2 saya dalam kesusahan - dan mereka hanya melihat harta2 itu diberikan kpd orang lain sedangkan mereka juga memerlukannya.

saya benar2 buntu - saya tidak mahu tamak, harta2 ini hak ALLAH, dan pada masa yg sama saya takut berlaku zalim pada anak, ibu bapa dan adik beradik yg lain.

buat masa ini alhamdullillah - harta suami mencukupi untuk saya dan anak2.


wa alaikum salam, begini...

adik awak byr =$500.
kakak = RM5k
awak= monthly 70% dari harga mortgage
bapa awak=30% harga mortgage
siapa lebih berhak memiliki hasil jualan rumah itu?

pendapat saya, yang membayar hutang (awak dan bapa awak )itulah yang berhak mendapat hasil jualan. yang lain tidak ada hak untuk mengclaim kerana semua pembayaran hasil itu adalah bulat2 dari pembayar.  tetapi untuk lebih adil lagi, kembalikanlah extra duit adik dan kakak awak tu, kerana itu bukan hak awak.
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2012 05:16 PM | Show all posts
Reply 1754# habibollah


   terima kasih.
antara menyempurnakan HAK dan HASRAT.

jika 70% itu HAK saya - dan suami dan anak2 tidak mahu harta tersebut, adakah bermakna saya bebas untuk membuat apa2 dgn harta tersebut (cth infak, sedekah ect)

jika 70% itu adalah HASRAT untuk membantu membayar loan - perlukah saya memulangkan semula 70% itu kepada ibu bapa saya (maknanya mereka lebih berhak kpd nilai tersebut)..

aduhhh... perlukah saya beristikarah...
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2012 10:50 AM | Show all posts
Reply  arel_ahmad


   

wa alaikum salam wbt.. ALLAH memahami doa kita walaupun apa sahaja b ...
habibollah Post at 18-1-2012 16:23



   terima kasih,,
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-1-2012 11:24 AM | Show all posts
Reply 1755# hazel23


   
terima kasih.
antara menyempurnakan HAK dan HASRAT.

jika 70% itu HAK saya - dan suami dan anak2 tidak mahu harta tersebut, adakah bermakna saya bebas untuk membuat apa2 dgn harta tersebut (cth infak, sedekah ect)

jika 70% itu adalah HASRAT untuk membantu membayar loan - perlukah saya memulangkan semula 70% itu kepada ibu bapa saya (maknanya mereka lebih berhak kpd nilai tersebut)..

aduhhh... perlukah saya beristikarah...


Antara memulangkan hak atau membayar jasa kedua ibubapa.

sekiranya itu adalah hak, tiada siapa dapat melarangnya asalkan menuju kepada kebaikan bukan menuju haram seperti judi dll.

hasrat untuk membantu itu adalah amalan baik tetapi duit yang anda gunakan itu adalah duit dari titik peluh anda. dalam hal ini, awak lebih berhak menerimanya. tetapi jika anda mahu membayar jasa kedua ibubapa, 70% atau berapa percent pun tidak akan cukup dan awak tidak akan mampu membayarnya sampai bila2.

saya syorkan, gunakan 70% duit itu untuk naik haji. bawa family.
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2012 12:49 AM | Show all posts
salam, maaf ye, kroit nak bertanya,

kroit baharu beli satu terjemahan Al-Quran kecik, tapi itu bukan ceritanya
boleh ke kalau membaca Al-Quran tanpa berwudhu? sebab kroit baharu terperasan hari ni, sebelum ni just tutup aurat, duduk terus baca. boleh ke?
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2012 10:23 AM | Show all posts
Reply 1758# kroit92


   
kroit baharu beli satu terjemahan Al-Quran kecik, tapi itu bukan ceritanya
boleh ke kalau membaca Al-Quran tanpa berwudhu? sebab kroit baharu terperasan hari ni, sebelum ni just tutup aurat, duduk terus baca. boleh ke?


rujuk link ini

http://soaljawab.wordpress.com/2007/07/05/sentuh-al-quran-tanpa-wudhu/

Alhamdulillah
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2012 11:09 AM | Show all posts
Reply  kroit92


   

rujuk link ini



Alhamdulillah
habibollah Post at 25-1-2012 10:23 AM



terima kasih habibollah, tapi saya tak fahamlah apa yang dia tulis saya kurang bab hujah-hujah agama ni maksudnya, boleh ke tidak?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-11-2024 06:58 PM GMT+8 , Processed in 0.832224 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list