|
Liga Cari Xpert11 - Musim 5 bakal bermula !!
[Copy link]
|
|
menang nasib je kat tempat lwn dgn sajasaja yg hebat tu..![](static/image/smiley/default/sad.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Laporan Keputusan/Preview Match 10 LCX Premier Isnin jam 4.30 ptg -24/11
Untuk Pusingan II , 5 perlawanan lagi berlangsung bagi pasukan LCX Premier petang kelmarin
Keputusannya:
Saja Saja F.C 2- KaCak FC 3
Pasukan Saja Saja F.C dikejutkan oleh kebangkitan pasukan KaCak FC di pusingan kedua apabila rebah 2-3 digelanggang sendiri kelmarin. Biarpun mendahului pd minit 14 menerusi Jacques Raoux namun dua minit kemudian pasukan KaCak FC pantas bangkit menerusi sepakan percuma Rodolfo M醨mora yang memberi gol penyamaan buat pasukannya. Pada minit 24, pasukan pelawat pula di depan apabila Crist髒鉶 Lagartinho menanduk masuk hantaran Benedito Aires yang mengamamkan ribuan penyokong tuan rumah. Kecederaan pemain pertahanan pasukan pelawat Rodolfo M醨mora memberi peluang kepada pasukan Saja Saja F.C menyamakan kedudukan apabila pada minit 54 babak kedua Lennox Brosnan menanduk masuk hantaran lintang Jean-Paul Berthou yang kembali mengamatkan stadium tuan rumah. Namun pada minit 75 Benedito Aires meledakkan gol kemenangan pasukan KaCak FC hasil sepakan sudut Narciso Gra鏰. Empat kad kuning dilayangkan oleh pegawai perlawanan. Dua untuk setiap pasukan.
Pemain Terbaik pasukan tuan rumah: Vincent Privat
Pemain Terbaik pasukan pelawat: Crist髒鉶 Lagartinho
Khamis nanti pasukan Saja Saja F.C bakal berkunjung ke Giggsy Lane bagi menentang pasukan korr fc manakala pasukan KaCak FC pula akanmenanti kunjungan testiruFC di ol trapod.
pacubob united 3 - korr fc 0
Permulaan pusingan kedua yang baik bagi pasukan pacubob united apabila bergaya membenamkan pasukan korr fc 3-0 di padang majlis daerah kelmarin. Kesungguhan pasukan tuan rumah terbukti apabila pada minit pertama lagi mereka sudah di depan menerusi pemain pelapis mereka Ross Bracey yang mana boleh dianggap gol terpantas dalam liga ketika ini. Kecederaan penyerang Pau Hernandez pada minit 21 sedikit mengusarkan penyokong pasukan tuan rumah namun ianya meleset apabila di babak kedua pasukan tuan rumah meledakkan 2 gol lagi menerusi tandukan Patricio Tocho(54) dan sepakan percuma Gustavo Castellanos(56).
Hanya satu kad kuning dilayangkan oleh pegawai perlawanan dan ianya kepada pemain pasukan tuan rumah.
Pemain Terbaik pasukan tuan rumah: Patricio Tocho
Pemain Terbaik pasukan pelawat: Kjell-Ove Bramserud
Khamis nanti pasukan pacubob united bakal menanti kunjungan pasukan Saro FC di padang majlis daerah manakala pasukan korr fc pula akan menanti di Giggsy Lane kunjungan pasukan testiruFC.
Nasri Kawase FC 2 - testiruFC 1
Pasukan Nasri Kawase FC meneruskan aksi cemerlang di laman sendiriapabila menundukkan pasukan testiruFC 2-1 di HanJiHye Stadionkelmarin. Dua ayam tambatan pasukan tuan rumah Alexandre Fenillat dan Th閛dore Celle masing-masing menyumbangkan satu gol bagi memberi 3 mata mutlak buat pasukan mereka. Gol tuan rumah pada minit 14 hasil rembatan dalam kotak penalti sebelum pemain pertahanan pasukan testiruFC Zdravko Bogavac menyamakan kedudukan menerusi satu rembatan jauh. Namun 5 minit sebelum wisel penamat, Celle muncul wira dengan menjaringkan gol ketiga buatnya musim ini sekaligus memberi kemenangan keempat di tempat sendiri buat pasukan Nasri Kawase FC.
Tiada sebarang kad dilayangkan dalam perlawanan petang kelmarin.
Pemain Terbaik pasukan tuan rumah: Alexandre Fenillat
Pemain Terbaik pasukan pelawat:Ognjen Bare
Aksi khamis ini, pasukan Nasri Kawase FC bakal berkunjung ke padang UKK Changloon mennetang pasukan Changloon FC manakala pasukantestiruFC bakal berkunjung ke ol trapod bagi bertemu pasukan KaCak FC.
Rocky FC 2 - Saro FC 4
Enam gol tercipta di Sungai Penchala kelmarin bilamana pasukan Rocky FC dikejutkan oleh Saro FC apabila tewas dengan keputusan 2-4. Pasukan tuan rumah terlebih dahulu didepan menerusi tandukan Michael Murfin pada minit kedua sebelum tandukan Larry Calderwood minit 21 memberi gol penyamaan kepada pasukan Saro FC. Permainan agresif pasukan tuan rumah mebuahkan hasil apabila mereka sekali lagi di depan menerusi tandukan Lancelot Oakes pada minit 35. Di babak kedua pasukan pelawat berusaha mencari gol penyamaan dan usaha mereka membuahkan hasil apabila Joe Cole menanduk masuk hantaran Jack Davis bagi mengikat kedudukan 2-2. Seperti mana perlawanan terdahulu, sekali lagi Saro FC dianugerahkan sepakan penalti dan sekali lagi Jack Davis menewaskan penjaga gol pasukan tuan rumah pada minit 80. Jack Davis sekali lagi menghukum barisan pertahanan tuan rumah apabila merembat masuk hantaran Luis de Souza Deco pada minit 85 melengkapkan kemenangan bergaya di tempat lawan.
Satu kad kuning dilayangkan oleh pegawai perlawanan buat pasukan pelawat.
Pemain Terbaik pasukan tuan rumah: Michael Murfin
Pemain Terbaik pasukan pelawat: Ming-Hui Mu
Khamis nanti pasukan Rocky FC bakal berkunjung ke Anson Bay bagi bertemu pasukan CFC Koben manakala Saro FC bakal berkelana ke padang majlis daerah bagi menentang pasukan pacubob united.
CFC Koben 2 - Changloon FC 0
Pasukan CFC Koben meneruskan aksi cemerlang di laman sendiriapabila menundukkan pasukan Changloon FC 2-0 di Anson Baykelmarin. Tiada sebarang gol terhasil di babak pertama. Agak malang bagi pasukan pelawat apabila di babak kedua pemain pertahanan mereka Chris Chambers tertampan bola ke gawang sendiri pada minit 56 bagi memberi kelebihan buat pasukan tuan rumah mendahului dengan 1-0. Gol tersebut menyuntik kembali semangat pasukan tuan rumah untukmencipta beberapa peluang dan hasilnya mereka memperolehi gol kedua menerusi Harun Akinci pada minit 72 permainan. Kecederaan tonggak tengah pasukan Changloon FC Tufan Huluc pada minit 90 menambah duka pasukan pelawat dan dilaporkan berkemungkinan besar tersisih dari aksi liga selama 3 minggu. Tiada sebarang kad dilayangkan oleh pegawai perlawanan.
Pemain Terbaik pasukan tuan rumah: Barclay Mohan
Pemain Terbaik pasukan pelawat: Sait Ercan
Perlawanan berikutnya khamis ini, pasukan CFC Koben bakal menanti kunjungan penyandang juara Rocky FC di Anson Bay manakala pasukan Changloon FC pula akan menantikunjungan pasukan Nasri Kawase FC di padang UKK Changloon.
Semua pasukan pastinya akan memberi aksi terbaik dan saingan pastinya semakin menarik! |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
so camna cadangan 20 tim satu liga tu...
bleh ka dipertimbangkan?
aku setuju aja.. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by Don Henley at 26-11-2008 12:14 PM ![](http://forum.cari.com.my/images/common/back.gif)
so camna cadangan 20 tim satu liga tu...
bleh ka dipertimbangkan?
aku setuju aja..
![](http://img295.imageshack.us/img295/7280/r6veqrvxnz2.gif)
perbincangan masih dibuka......huhu!!!
meningkat lagi la ranking liga kita ekkk.....huhuhu
lih kalahkan ranking liga EPL....liga malaysia pun taklih kejor dah pehni |
|
|
|
|
|
|
|
keputusan 27112007
premier
2008-11-27 Korr FC - Saja Saja F.C 2 - 1 (1 - 0)
2008-11-27 pacubob united - Saro FC 1 - 1 (1 - 1)
2008-11-27 CFC Koben - Rocky FC 0 - 0 (0 - 0)
2008-11-27 KaCak FC - testiruFC 3 - 2 (2 - 1)
2008-11-27 Changloon FC - Nasri Kawase FC 2 - 3 (1 - 1)
dibisen 1
2008-11-27 sekulakitaFC - DonTough FC 1 - 3 (0 - 1)
2008-11-27 kg boy fc - K.B.M 2 - 2 (0 - 1)
2008-11-27 darulaman fc - Negro United 0 - 1 (0 - 1)
2008-11-27 asyik kalah fc - Team Kuku Cekam 2 - 2 (0 - 1)
2008-11-27 AtomiC FC - TrueBlue FC 1 - 2 (0 - 2)
dibisen 2
2008-11-27 Bitzam FC - kakarot fc 3 - 0 (2 - 0)
2008-11-27 dream f.c - Kiddo Kickers FC 0 - 3 (0 - 0)
2008-11-27 Pakok United - kundur united 0 - 0 (0 - 0)
2008-11-27 ToneJoule FC - sigit FC 0 - 0 (0 - 0)
2008-11-27 PerakMan United - Haku Power United 5 - 0 (5 - 0)
dibisen 3
2008-11-27 Tempoyak Hotspur - padang jawa FC 1 - 0 (1 - 0)
2008-11-27 Airod FC - LiVeRp00L GurRLzZ 1 - 0 (0 - 0)
2008-11-27 Dubai Red United - Bayangan Merah Jambu 2 - 1 (0 - 1)
2008-11-27 Tip Top FC - Acetylcholine FC 2 - 2 (2 - 1)
2008-11-27 Mucha Lucha FC - arsengal 7 - 0 (4 - 0)
aku menang judi...wahahaha...sori pakok...ko dok corot sekali tuh...kekek..![](static/image/smiley/default/titter.gif) |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
tahniah don..mng game dan mng pools ![](static/image/smiley/default/cry.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1752 ibujarikaki's post
tp kongsi ngan koben...:@
aku hengat nk bolot sorang2 jek...heheh..
pepe pon tim ko makin lama makin power...didier dogba ko still menyecore lg tuh..
susah la aku nk kejo...nampak gaya lepak dibisen 1 la jek...ko, negro ngan kbm dh terlalu jauh...![](static/image/smiley/default/sweat.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #1754 Don Henley\ catat
tim ko maseh ceum muntot team haku..haku lak ceum muntot negro...![](static/image/smiley/default/titter.gif) |
|
|
|
|
|
|
| |
|