CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: ariex

JALAN2 CARI MAKAN [HOTEL, RESTORAN, KAFE, GERAI & WARUNG]

[Copy link]
Post time 18-3-2009 12:28 PM | Show all posts
Originally posted by dianaris at 4-3-2009 14:02
yg lain aku tak pernah try lagi.. yg roti john tu.. tak tau lah ok ke tak sbb dah tawar hati nak beli kat situ lagi.. sanggup lagi aku pi kat carrefour wangsa maju punya claypot kat foodcourt dia..



kalau nak makan roti john best + sedap area putrajaya, cuba yg di tmn warisan.
walaupun nampak comel, tapi... peerghhh.... sedap!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-3-2009 03:13 PM | Show all posts
sapa ada ctc muara seafood tanjung harapan, klang? tolong....dh google x jumpa la..
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2009 03:37 PM | Show all posts
baru pergi restoran cheng ho hari sabtu lepas (yg amy search punya tuh)... bg i, i recommend lah...

sedap... price ok lah... kalau amik ala carte mungkin mahal lah sikit.. tp amik set dia pun ok... sedap... bg i berbaloi lah... husband i pun kata ok... tp ada kawan i cakap, kalau awal bulan, smpi beratur lah nak masuk makan... mungkin sbb  i pergi akhir bulan, walaupun ramai tp takde lah smpi nak kena beratur...
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2009 03:41 PM | Show all posts
Originally posted by me_one at 23-3-2009 15:13
sapa ada ctc muara seafood tanjung harapan, klang? tolong....dh google x jumpa la..


kenapa tak pegi hm sri bagan kat bagan lalang..lagi sedap
http://www.hmsribagan.com/
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2009 04:18 PM | Show all posts
jumaat lepas aku makan ikan bakar n len2 kat tasik idaman....pergggghhh sedappp...lokasi depan insitut atom, kalu ikut salak tinggi tuh amik kiri masa jumap simpang 4...terus lalu sekolah jenderam hilir, lalu bukit unggul...haaaa depan jer skit lagi jumpa institut atom..masuk kiri....restoran atas tasik...luas...makanan aku pesan ikan kembung n pari bakar...air asam mmg marveles.  sayur aku ambik asparagus, sotong goreng, tomyam...tomyam dia mmg bestt!!.... tak rugi ler makan kat sini
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2009 08:04 PM | Show all posts

Reply #1745 choclatemousse's post

restoren tu buka mlm ke siang??
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-4-2009 02:42 PM | Show all posts
Johnny's OU













Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2009 03:49 PM | Show all posts
Ikan bakar keramat tu yg dekat food court AU2 Keramat..  memang best mkn kat situ pilihan lauk pauk pun lbh meriah dr jalan bellamy..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-4-2009 06:40 PM | Show all posts

Reply #1747 Achik-Yaya's post

achik amik gambo tak pokesssss
grrrrrrrrrr....
:@




hihihihi
Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2009 04:30 PM | Show all posts
setujukkkkkkkkkkkkkkkkkkk
Originally posted by boocik04 at 18-3-2009 12:28



kalau nak makan roti john best + sedap area putrajaya, cuba yg di tmn warisan.
walaupun nampak comel, tapi... peerghhh.... sedap!
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2009 09:43 AM | Show all posts
Originally posted by ninoZ at 3-4-2009 18:40
achik amik gambo tak pokesssss
grrrrrrrrrr....
:@
hihihihi


ninoZ - cam biasa laaa...parkinson part 2...

hari tu my sister teringin nak makan mentarang...
so i bawak dia pi makan kat food court pantai remis
(10km dari kapar town)..
seafood dia not bad..tapi environment, kedai makan...tak berapa menarik!
siap ada karoake..yang saya rasa tak berapa sesuai sampai
nak makan pun tak berselera..




tapai ubi


otak-otak



mentarang tiga rasa


udang sweet sour


kangkung belacan


kerang bakar



lupa nak snap - ikan bakar
8 pax =  RM168.

[ Last edited by  Achik-Yaya at 6-4-2009 10:46 ]
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2009 07:50 PM | Show all posts
JOM SINGGAH
kosmo online

Berpeluh hirup sup

Oleh MEGAT LUTFI MEGAT RAHIM

Rebusan selama empat jam rahsia keenakan Sup Urat Keting UK.




--------------------------------------------------------------------------------



SUP memberi Shahdan 'kuasa' tambahan.

--------------------------------------------------------------------------------




SABUL menunjukkan urat keting mentah.

--------------------------------------------------------------------------------




SATE restoran Sabul tidak kurang sedapnya.

--------------------------------------------------------------------------------



SEBELUM ini, Sabul Ismail, 38, merupakan seorang penjual jam tangan di Jalan Chow Kit, Kuala Lumpur.

Namun kini dia merupakan seorang usahawan berjaya dengan memiliki Restoran Sup Ketin UK bertempat di Seksyen 7, Bandar Baru Bangi, Selangor.

Restoran anak kelahiran Terengganu itu menyediakan pelbagai jenis masakan kampung, moden dan juga Barat. Satenya juga tidak kurang sedapnya.

Tidak hairanlah jika ia menerima lebih 500 orang pelanggan setiap hari.

Dijana oleh 20 orang pekerja serta 30 buah meja makan, restoran itu dibuka dari pukul 8 pagi hingga 1 pagi setiap hari. Suasana di restoran itu sahaja sudah cukup membuatkan pelanggan teruja.

Seakan-akan sebuah kopitiam yang diselangi potret gambar menarik di dinding, hidangan masakannya dibuat secara terbuka.

Mengapa namanya Restoran Sup Urat Ketin?

“Sebenarnya buntu saya memikirkan nama restoran ini. Tiga hari saya tidur lewat kerana ingin mencipta kelainan untuk menarik pelanggan.

“Setelah puas berfikir akhirnya datang ilham. Saya rasa sup keting (‘ketin’ dalam dialek Kelantan) merupakan nama terbaik. Anda pelik mendengar namanya, bukan? Sebenarnya yang pelik itulah yang menjadikan orang tertarik,” katanya ketawa.

Sup keting merupakan salah satu menu makanan popular yang terdapat di restoran milik Sabul.

Keting ialah urat kaki lembu berwarna putih dan disaluti lemak. Ia perlu direbus untuk mengasingkan lemaknya. Menu ini amat popular di negeri Kelantan terutama pada Hari Raya Haji.

Malah keting juga boleh dimasak gulai lemak, kerabu dan goreng.

“Saiz keting yang sesuai untuk dibuat sup ialah tiga sentimeter panjang dan satu sentimeter tebal.

“Stok diambil daripada pembekal yang mengimportnya dari New Zealand dan Australia. Sebanyak 30 kilogram urat keting boleh dimasak di dalam sebuah periuk besar,” katanya.

Menurut Sabul, dalam sehari beliau dapat menjual lebih 100 mangkuk sup keting yang berharga RM6 setiap satu.

Antara pelanggan yang selalu datang untuk menikmati sup keting Sabul ialah pakar motivasi Datuk Dr. Mohd. Fadzilah Kamsah dan Kid (Hamzah Mohd. Taib), bekas anggota kumpulan Search.

“Mereka datang sekurang-kurangnya seminggu sekali. Tetapi saya tidak pula bertanya pada Dr. Fadzilah mengenai rahsia makan sup khususnya bagi orang lelaki,” katanya sambil ketawa.



KONSEP hidangan terbuka merupakan satu lagi tarikan restoran milik Sabul.

--------------------------------------------------------------------------------


Sabul juga berkongsi rahsia menyediakan sup keting yang lazat.

“Ramuan untuk membuat sup keting sama seperti membuat sup tulang, sup ekor dan sup gearbox.

“Rempah ratusnya termasuk jintan, kayu manis, bunga lawang, bawang putih, bawang besar, halia dan kayu manis. Semuanya perlu diadun dan direbus bersama selama empat jam.

“Jangan pelik kerana untuk membuatnya perlu ada dua rebusan berbeza, satu rebusan tulang lembu dan satu lagi urat keting bagi membuang lemaknya.

“Apabila telah cukup tempoh rebusan, kedua-dua air rebusan tadi digabungkan sebelum ditambah gula dan garam. Sup ini juga digemari ramai orang Cina,” katanya.

Shahdan Yusof, 29, seorang kontraktor, berpendapat sup keting dapat memberikan beliau tenaga tambahan.

“Saya kerap berpanas di tapak projek, jadi sup keting dapat memberikan saya ‘kuasa’ tambahan. Kebiasaannya saya makan sup ini tiga kali seminggu di sini,” ujarnya.



KIRA-KIRA 500 orang mengunjungi restoran ini setiap hari.

--------------------------------------------------------------------------------


Dengan peluh mengalir di dahi ketika dia menghirup sup dan mengunyah urat keting. Syahil Siadan, 28, ada pendapat sendiri mengenai sup itu.

“Saya berasal dari Kota Bahru, Kelantan. Kebiasaannya sup keting hanya menjadi menu utama ketika Hari Raya Haji. Kini ia dapat dinikmati setiap hari.

“Saya tidak perlu lagi pulang ke Kelantan kerana di Selangor pun ada sup keting,” katanya berjenaka.
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2009 08:16 PM | Show all posts
Originally posted by ummiaqeel at 25-2-2009 11:26
Bangi byk tempat makan yang best2? Leh tolong listkan x tpt makan yang best2 kat Bangi untuk lunch? Aku tgk Bangi ni byk Kopitiam kebelakangan ni, ada Bangi Kopitiam, OldTimer, OldTown,CatFarish  ...





Bangi tu jap lagi mesti membangun nya mcm Subang Jaya or USJ kan? Dulu hutan jer, skg punye laa byk housing project & kedai2 baru tumbuh mcm cendawan lepas ujan hehehehe sori mod off topic jap

Aku heranlah pehal org suka sgt chills kat kopitiam.. Aku pegi 2x kat Bangi kopitiam tuh.. skali kakak ipar aku blanja, skali lagi member lak belanja.. Tp tak kena laa kat taste aku.. Kat KopiCat tpt Cat Farish tu pulak mahal sedebak tapi tak sedap mana ponn.. Aku gi sekali jer pastu tak penah gi dah padahal umah aku dekat2 situ jer..

Ada 2 tpt aku berani nak rekemen korang kat Bangi.. Aku penah makan yee mee sizzling mushroom kat Bangi Food Court Seksyen 7 Bangi tu.. kuah dia pekat, mushroomnye pun lembut emmm nyum nyum...

Satu tempat lagi kat Restoran Selatern & Western Seksyen 9 sebelah JM Bariani House tu (sederet Bangi Kopitiam).. Kat Restoran S&W tu mi bandung dia punye laaa melekat ngan selera aku, sebijik mcm aku mkn kat muar tp yg bestnya rasa udang kering dia tak kuat sgt... Western Food dia pun sedap.. Semlm aku lalu kat chopboard dia aku tgk ada announcement kedai tu dah start jual nasi campur.. menunya ada masak lemak cili api telur itik + bacang, daging salai, ikan keli goreng bercili lagi apa ntah tp mcm syok gak.. Esok lusa kalau ada member aku nak try lah...
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2009 11:46 AM | Show all posts
off topic..: aja.. are you the same aja yang kat U*A tu...
saja tanyer.. sebab dah lama tak contact.. heheh..

kalau salah orang sory yer dear..
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2009 11:03 PM | Show all posts
myMetro » Variasi » Ekspresi
Mi udang utara
Oleh NORAINON OTHMAN





BAGI penggemar udang, kunjungan ke Restoran Mee Udang D’ Tanjung di Sunway Batu Caves pasti membuka selera kerana kebanyakan menu berasaskan hidupan yang mempunyai keenakan rasa tersendiri itu.

Selain menu istimewanya Mi Udang yang dijadikan nama restoran dan digabungkan D’Tanjung membawa maksud di Pulau Pinang, masakan lain mengandungi hidupan laut bertubuh melentik itu ialah cucur udang, char kuetiau, nasi goreng istimewa D’Tanjung dan nasi goreng makanan laut.


Menggunakan udang laut yang dijamin kesegarannya, mi udang ini adalah air tangan Azimah Abdul Rahman, 52.

Pemilik restoran itu berkata, mi udang sememangnya popular di utara Semenanjung, terutama di kalangan masyarakat Cina Pulau Pinang.

Bagaimanapun, katanya, cara masakan mi udang di restorannya tidak sama dengan gaya masakan Cina iaitu kuah sup udang yang turut diletak sos cili.

“Mi Udang di sini dimasak mengikut selera Melayu menggunakan kuah seperti mi rebus tetapi tidak dibubuh daging kerana ada kaum bukan Melayu tidak makan daging. Antara bahan yang digunakan ialah stok udang dan udang laut segar.

“Bila sebut mi bandung, mi rebus atau mi Jawa, ramai mengetahuinya tetapi di Kuala Lumpur, masih ramai belum kenal mi udang, khususnya mereka yang bukan berasal dari utara. Jadi, pembukaan restoran ini adalah satu cara mempopularkan menu berkenaan,” katanya.

Menurutnya, mi udang Sungai Dua antara yang terkenal di Utara seperti kehebatan mi bandung Muar atau sate Kajang, namun antara satu kedai dengan kedai lain, rasa masakan tidak sama kerana bergantung kepada resipi yang digunakan serta air tangan pembuatnya.

“Resipi ini saya peroleh daripada ibu (Datin Aishah Bakar, 73). Kalau balik ke Pulau Pinang dan berkumpul bersama keluarga, emak akan memasak resipi istimewa ini, terutama pada Aidilfitri,” katanya.

Harga semangkuk mi udang ialah RM6, manakala mi udang istimewa mengandungi lebih banyak udang ialah RM9.

Selain mi udang, Ayam Tok Dah antara resipi istimewa bagi lauk nasi campur di restoran itu. Masakan berkenaan adalah resipi ibu mentuanya yang popular dengan panggilan Tok Dah (sudah meninggal dunia) dan digemari ahli keluarganya.

Masakan berkenaan kelihatan seperti resipi tradisional masakan Melayu, rendang. Bagaimanapun, ia sebenarnya campuran bahan masakan kari dan rendang yang turut dienakkan dengan campuran kacang tanah, lengkuas dan serai.

Biasanya cucur udang dimakan dengan kuah sos sebagai pencicah, namun di restoran Mee Udang D’Tanjung, kuahnya adalah kuah kacang dan dilengkapi tauhu dan timun. Cucur udang dan mi udang disediakan untuk hidangan petang.

Restoran selera utara itu menyajikan nasi goreng istimewa D’Tanjung mengandungi tiga ekor udang goreng tepung, keropok ikan dan sos cili Siam.

“Bagi penggemar udang, mungkin timbul kebimbangan jika makan terlalu banyak hidupan laut itu, kolesterol dalam tubuh tinggi hingga menjejaskan kesihatan.

“Untuk itu, kami menawarkan air jus sihat yang dicipta sendiri bagi ‘memotong’ kolesterol akibat banyak makan udang. Jus ini dibuat daripada batang saderi, epal dan timun,” katanya.
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2009 02:25 PM | Show all posts
jom jamu selera di alam maya...

http://eblog.cari.com.my/?43336/spacelist-blog.html
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-4-2009 12:14 AM | Show all posts
Originally posted by white pearl at 15-4-2009 11:46
off topic..: aja.. are you the same aja yang kat U*A tu...
saja tanyer.. sebab dah lama tak contact.. heheh..

kalau salah orang sory yer dear..



Pearl......  Sangat tepat tekaan tu...  Tapi kita dah tak keja situ lagik... Dah keja tpt lain...

Hik hik tak sangka jumpa balik... PM laa kalau free.. tokleh jejak kasih kat sini nanti mod marah.
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2009 02:10 PM | Show all posts
VARIA
KOSMO ONLINE
Resipi donut tujuh dekad
Krispy Kreme Doughnuts And Coffee akan menemui peminat donut dengan 15 jenis perisa bermula 27 April ini di kedai pertamanya di Berjaya Times Square.



TERDAPAT 15 perisa ditawarkan kepada pelanggan menerusi kedai pertama di Berjaya Times Square.

--------------------------------------------------------------------------------


PEMINAT donut kini berpeluang menikmati sajian kegemaran mereka apabila rangkaian kedai donut popular Krispy Kreme Doughnuts And Coffee melebarkan sayap perniagaannya di Malaysia.

Krispy Kreme yang wujud sejak tahun 1937 itu mula diperkenalkan di Carolina, Amerika Syarikat. Di cawangan pertamanya di Malaysia, terdapat 15 perisa ditawarkan kepada para penggemar donut di Berjaya Times Square yang akan dibuka pada 27 April ini.

Antara perisa itu adalah original glazed, chocolate iced glazed, chocolate iced kreme filled, powdered strawberry filled dan chocolate iced with sprinkles.

Peminat donut juga boleh memilih untuk mencuba perisa glazed vanilla cake, green tea twist, hershey's dark chocolate, New York cheesecake, hershey's cookies & cream, chocolate iced cake dan almond all over.

Kesemua perisa yang disediakan itu masih mengekalkan keunggulan resipi turun temurun sejak 72 tahun lalu. Krispy Kreme menjadi kegemaran ramai di seluruh dunia kerana hidangannya sentiasa segar dan berkualiti.

Dianggarkan kira-kira 18,000 donut sehari mampu disediakan di kedai tersebut dan dijual pada harga antara RM2.50 hingga RM2.80 sebiji.

Ia mula dikenali menerusi perisa original glazed yang boleh dinikmati terus selepas dimasak. Sekali cuba, pastinya anda mahu mencubanya lagi dengan perisa yang lain pula.

Lebih menarik lagi, sempena pembukaan cawangan pertama di Malaysia, peminat donut boleh melihat dengan lebih dekat proses menyediakan donut Krispy Kreme yang dilakukan dari awal sehinggalah siap untuk dijual.

Sementara itu, hiasan premis masih mengekalkan konsep sejarah awal penubuhannya dan cawangan Krispy Kreme tersebut juga mendapat sentuhan dekorasi berunsurkan moden.

Bagi peminat Krispy Kreme, mereka bukan hanya dapat mencuba kelembutan donut itu, malah anda juga tidak perlu berfikir panjang untuk melegakan tekak dengan hirupan kopi yang menyegarkan.

Sempena pembukaan pertama cawangannya itu, pelbagai tawaran bakal menemui pengunjung yang tentunya sanggup beratur di premis tersebut tepat pukul 10 pagi, 27 April ini.

Pelanggan pertama yang berjaya membeli satu dozen Krispy Kreme Original Glazed akan memenangi hadiah 52 dozen donut percuma selama setahun.

Bagi pelanggan yang berada di tangga kedua dan ketiga, mereka tidak akan pulang dengan tangan kosong. Mereka yang bertuah itu akan menerima The Silver Ticket iaitu donut percuma selama enam bulan.

Bagi pemenang ketiga pula, anda akan membawa pulang Bronze Ticket untuk menikmati donut percuma selama tiga bulan.

Dalam pada itu, bagi pelanggan yang tidak bernasib baik untuk menerima tawaran tersebut, mereka berpeluang meraih hadiah donut percuma selama sebulan dan cawan Krispy Kreme Doughnuts And Coffee.
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2009 07:36 AM | Show all posts
tempat  makan thai yg paling best
kat krabi thailand
kat malaysia, satu gerai siam kat dengkil
depan sekolah
bangkok ekspress,
entahlah, kureng sikit
kalau barat
yg mahal tgi friday
kalau murah ckit kat food court tepi bangsar village
kalau masak2 melayu
suka kat restoren yusof haslam jer
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2009 11:42 AM | Show all posts
Bubble Gum Shrimp tuu ok ke?? HALAL ke??
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-2-2025 10:55 AM GMT+8 , Processed in 0.096959 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list