Tip Sebelum Membeli Kasut Kasut merupakan keperluan asas yang amat penting dalam hidup kiita seharian. Kasut digunakan untuk melapik kaki selain menjaga kaki daripada tercedera ketika kita berjalan. Namun kini kasut bukan hanya digunakan sebagai pengalas kaki,tetapi turut menjadi elemen keterampilan diri seseorang.
Namun, sering kali kita sering tersalah memilih kasut sehingga kadang kali kaki kita melecet atau kasut yang dipilih tidak sesuai atau mungkin mencederakan kaki. Maka sebab itulah kita perlu teliti semasa membeli sepasang kasut kerana jika tersalah pilih,anda bukan sahaja rugi wang tetapi anda mungkin melecet dikaki kerana keadaan kasut yang tidak selesa dengan kaki anda.
Ikuti beberapa tip berikut sebelum anda membuat keputusan untuk membeli sepasang kasut atau kasut itu tidak hanya disimpan dalam rak sahaja.- Pertama,ketika memilih kasut ,sebaiknya jangan terburu-buru. Biasanya apabila kita melihat model dalam Majalah atau Iklan televisyen memakai sepasang kasut,kita langsung terpesona dan membeli kasut itu tanpa berfikir panjang. Dalam kotak fikiran anda ketika itu adalah anda ingin mengikuti perkembangan terkini. Tetapi ketika kasut itu ketika dipakai, kasut itu menjadi kurang selesa dan fesyennya agak janggal dengan penampilan diri anda.
- Luangkan waktu anda untuk melihat dan membandingkan kasut sebelum membuat keputusan membeli kasut yang diperlukan.
- Belilah kasut pada waktu siang hari atau pada waktu petang dan jangan sesekali membeli kasut pada pagi hari. Sebab pada pagi hari, kaki kita belum mengembang dengan ukuran maksimum. Ini bagi membolehkan anda mendapatkan kasut dengan ukuran yang tepat dan selesa ketika dipakai.
nota : kaki sepasang tapi kasut berpasang2 |