Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia sehingga 11 September 2021 (jam 12:00 tengah hari); • Kes sembuh : 21,771 kes (1,700,733 kes kumulatif, 86.7%); • Kes baharu : 19,550 kes (1,960,500 kes kumulatif); • Kes import : 7 kes (5 warganegara; 2 bukan warganegara); • Kes tempatan : 19,543 kes [17,153 warganegara (87.8%); 2,390 bukan warganegara (12.2%)]; • Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU): 1,247 kes (936 kes COVID-19; 311 kes suspected, probable, dan kes dalam siasatan); • Kes memerlukan bantuan pernafasan : 667 kes (453 kes COVID-19; 214 kes suspected, probable, dan kes dalam siasatan); • Jumlah kluster : 5,087 kluster; • Jumlah kluster baharu : 28 kluster; • Jumlah kluster yang telah tamat : 3,641 kluster; dan • Jumlah kluster aktif : 1,446 kluster.
Daripada 19,550 kes harian yang dilaporkan pada hari ini, • 265 kes (1.4 peratus) adalah kategori 3, 4, dan 5; dan • 19,285 kes (98.6 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2.
Perincian jumlah dan purata kes mengikut negeri, kluster-kluster baharu, dan nilai RT mengikut negeri adalah seperti di Lampiran 1, 2, 3, dan 4 yang disertakan bersama kenyataan media ini.
Data kematian, data kes aktif, dan data-data lain bagi situasi semasa jangkitan COVID-19 di Malaysia akan dimuatnaik ke laman GitHub dan laman web COVIDNOW di https://covidnow.moh.gov.my. NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19 KKM ingin menasihati orang ramai termasuk individu-individu yang telah menerima vaksin COVID-19 agar terus mematuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan iaitu;
• Elakkan 3S: (elakkan kawasan yang sesak, sempit dan sembang dengan jarak yang dekat). • Amalkan 3W: (Amalkan Wash, Weardan Warn). • Sentiasa memakai pelitup muka di kawasan awam yang tertutup. Pemakaian pelitup muka berganda adalah digalakkan. Patuhlah kepada S.O.P sebagai norma baharu dan dapatkan vaksin COVID-19 bagi mengurangkan risiko jangkitan yang serius, bilangan kes kematian sekaligus membina imuniti kelompok. Dengan pengambilan vaksin, kita dapat melindungi orang di sekeliling daripada kemungkinan jangkitan COVID-19. Dengan imuniti kelompok yang terbentuk, kumpulan yang belum layak diberi imunisasi seperti kanak-kanak dapat dilindungi. Perlindungan untuk semua bermula daripada diri kita.
KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak WHO. KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya dilaksanakan secara berterusan. Sekian, terima kasih.
TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA
11 September 2021 @ 6:45 petang.
|