|
Liga Cari Xpert11 - Musim 5 bakal bermula !!
[Copy link]
|
|
tim belasahan menang nasib lg ..![](static/image/smiley/default/shy.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Laporan Keputusan/Preview Match 11 LCX Premier Khamis jam 4.30 ptg -24/11
5 perlawanan lagi berlangsung bagi pasukan LCX Premier petang kelmarin
Keputusannya:
korr fc 2 - Saja Saja F.C 1
Pasukan korr fc mengutip 3 mata di laman sendiri apabila menewaskan pasukan Saja Saja F.C 2-1 di Giggsy Lane kelmarin. Pada minit 11, penyerang sensasi tuan rumah Al Morgan mengamatkan stadium apabila merembat masuk hasil sepakan sudut Ernie Sandford. Di babak kedua, pada minit 63 sekali lagi berpunca dari dari sepakan sudut, Maurice Beech memberi gol kedua buat pasukan korr fc menerusi satu rembatan kencang. Pasukan Saja Saja F.C cuba bangkit menerusi gol Zinedine Hochart pada minit 78 namun pasukan tuan rumah bertahan dengan baik bagi mengecewakan pasukan pelawat. Hanya satukad kuning buat pemain Saja Saja F.C dilayangkan oleh pegawai perlawanan
Pemain Terbaik pasukan tuan rumah: Maurice Beech
Pemain Terbaik pasukan pelawat: Jacques Raoux
Isnin nanti pasukan koff fc bakal berkelana ke stade de blueblanch bagi berdepan dengan pasukan testiruFC manakala pasukan Saja Saja F.C bakal menanti kunjungan pacubob united di Stadium Saja Saja.
pacubob united 1 - Saro FC 1
Permulaan pusingan kedua yang baik bagi pasukan pacubob united terus mengutip mata dan kali ini menambah satu mata apabila terikat 1-1 dengan pasukan Saro FC di padang majlis daerah. Pasukan Saro FC terlebih dahulu di depan menerusi tandukan penyerang muda mereka Kenneth van Gils pada minit 23. Permainan banyak terhenti ekoran kecederaan pemain dan layangan kad kuning oleh pengadil. Melalui satu serangan balas, Roberto Moises merembat kencang dari jauh bagi memberi gol penyamaan buat pasukan tuan rumah pada minit 39. Di babak kedua, ternyata taktik bertahan pasukan tuan rumah berjaya mengekang gerakan pasukan pelawat hingga tamat 90 minit permainan.
Empat kad kuning dilayangkan oleh pegawai perlawanan dan dua buat setiap pasukan.
Pemain Terbaik pasukan tuan rumah: Imanol Salinas
Pemain Terbaik pasukan pelawat: Ming-Hui Mu
Isnin depan pasukan pacubob united bakal berdepan dengan pasukan Saja Saja F.C di tempat lawan manakala Saro FCakan menanti kunjungan CFC Koben di Stamford Bridge.
CFC Koben 0 - Rocky FC 0
Tiada sebarang gol tercipta di Anson Bay kelmarin bilamana pasukan CFC Koben dan Rocky FCterikat 0-0. Aksi berhati kedua-dua pasukan bagaimana lebih kepada kecederaan serius yang mewarnai pemain kedua pasukan apabila Monty Stokoe dari pasukan Rocky FC mengalami kecederaan dan digantikan oleh Jarvis Colkin pada minit 27. Manakala Haggis McFadden dari pasukan tuan rumah juga terpaksa dikeluarkan ekoran kecederaan dan digantikan oleh Agnes Monica pada minit 35. Satu kad kuning dilayangkan oleh pegawai perlawanan buat Harun Akinci dari pasukan CFC Koben.
Pemain Terbaik pasukan tuan rumah: Barclay Mohan
Pemain Terbaik pasukan pelawat: Marlon Towler
Aksi Isnin nanti pasukan CFC Koben bakal berdepan dengan pasukan Saro FC di Stamford Bridge manakal pasukan Rocky FC bakal menanti kunjungan pasukan Nasri Kawase FC di Sungai Penchala.
KaCak FC 3 - testiruFC 2
Lima gol tercipta di ol trapod kelmarin apabila pasukan KaCak FC menundukkan pasukan testiruFC 3-2. Pada minit 23 pasukan tuan rumah sudah di depan menerusi rembatan Aur閘io Mota sebelum penjaring terbanyak pasukan testiruFC Ognjen Bare menyamakan kedudukan menerusi satu rembatan pada minit 35 babak pertama. Bagaiamanapun pada minit 45, Benedito Aires mengamatkan penyokong tuan rumah menerusi satu rembatan kencang yang menyaksikan pasukan tuan rumah mendahului 2-1 di babak pertama. Aksi babak kedua menyaksikan kedua-dua pasukan berbalas serangan namun Benedito Aires sekali lagi muncul bagi menjaringkan gol keduannya menerusi satu tandukan cantik yang menerjah jaring pasukan pelawat. Di masa kecederaan pasukan pelawat merapatkan jurang gol melalui Pedja Smiljkovic namun sudah terlambat bagi untuk menafikan 3 mata kepada pasukan tuan rumah.
Empat kad kuning dilayangkan dalam perlawanan petang kelmarin. Dua untuk setiap pasukan.
Pemain Terbaik pasukan tuan rumah:Crist髒鉶 Lagartinho
Pemain Terbaik pasukan pelawat: Zdravko Bogavac
Isnin depan, pasukan KaCak FC bakal berkunjung ke padang UKKChangloon menentang pasukan Changloon FC manakala pasukan testiruFCbakal menanti pasukan korr fc di stade de blueblanch.
Changloon FC 2 - Nasri Kawase FC 3
Aksi menarik di padang UKK Changloon apabila lima gol terhasil menyaksikan pasukan Changloon FC dikejutkan oleh pasukan Nasri Kaase FC dengan keputusan 2-3. Biarpun pada satu ketika pasukan tuan rumah kembali di depan setelah ketinggalan menerusi gol Christophe Ader pada minit 11 babak pertama namum pasukan Changloon bingkas menghasilkan 2 gol menerusi Ozan 謟tonga(30) dan Karpov Fogasi(52)namun pasukan Nasri Kawase FC menyamakan kedudukan menerusi tandukan Isaac Cartigny pada minit 64. Tiga minit kemudian pasukan pelawat kembali mendahului apabila Th閛dore Celle merembat bola kencang menewaskan penjaga gol psukan tuan rumah pada minit 67 bagi memberikan 3 mata penuh buat pasukan Nasri Kawase FC di laman lawan. Hanya satu kad dilayangkan oleh pegawai perlawanan buat pasukan pelawat.
Pemain Terbaik pasukan tuan rumah: Sait Ercan
Pemain Terbaik pasukan pelawat:Isak Ehrsson
Perlawanan berikutnya Isnin ini, pasukan Changloon FC bakal menantikunjungan pasukan KaCak FC di padang UKK Changloon manakala pasukan Nasri Kawase FC bakal berhadapan dengan penyandnag juara Rocky FC di Sungai Penchala.
Semua pasukan pastinya akan memberikan aksi yang terbaik nanti!
[ Last edited by srumut at 28-11-2008 12:21 PM ] |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
A'ah aku pun perasan ![](static/image/smiley/default/smile.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1768 Don Henley's post
naseb jer laa.. ![](static/image/smiley/default/tongue.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
semangat arsenal kini menjelma...hahaha.. |
|
|
|
|
|
|
|
harap2 petang ni pendahulu LCX premier beraksi macam pendahulu epl malam tadi..
harap2 tim aku beraksi macam asnel..![](static/image/smiley/default/shy.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
power tim Don..5 gol tuh!
aku tak nk jln beriringan dgn KBM ![](static/image/smiley/default/sweat.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
sekali pun tak kena pools ![](static/image/smiley/default/cry.gif) |
|
|
|
|
|
|
| |
|