|
[Negeri Sembilan]
Rumah Borak/Meroyan N9 #38
[Copy link]
|
|
Tashu replied at 7-12-2021 08:44 AM
colek malah tu cucur udang la.
Ok nov dah pandai sikit nnt sng bila g KEL. |
|
|
|
|
|
|
|
musuh ketat ke
xleh mkn sama dgn nov la gini
|
|
|
|
|
|
|
|
google bukan selalu leh caye...kene tanya org jugak kadang2
|
|
|
|
|
|
|
|
nay pun byk tahu bahasa kelate, leh berguru dgn dia jugak
|
|
|
|
|
|
|
|
Ayam Penyet Wong Solo
1 ekor ayam – potong 8 bahagian, rebus selama 10 minit dan toskan (simpan air rebusan ayam untuk buat sup)-kite guna air nie jgk utk masak nasik
½ sudu besar Jintan Manis – goreng tanpa minyak hingga naik bau
½ sudu besar Jintan Putih – goreng tanpa minyak hingga naik bau
3 sudu besar Biji Ketumbar – goreng tanpa minyak hingga naik bau
1 sudu besar Serbuk Kari Ayam
1 sudu besar Serbuk Kunyit
½ sudu besar Serbuk Lada Putih
3 ulas Bawang Putih
1cm Halia
Sedikit Air
1 sudu kecil Garam
Minyak masak untuk menggoreng.
Untuk Sambal
Sedikit minyak masak
10 batang Cili merah (lebihkan jika mahu lebih pedas)
10 biji Cili padi
10 biji Bawang kecil/merah, hiris
3 biji Bawang putih, hiris
5 biji Tomato, potong 4
5 cm Belacan
2 sudu Ikan Bilis-kite lebihkan cikit
3 sudu gula merah/secukup rasa
Untuk Nasi
3 cawan beras dibasuh dan ditoskan
3 ulas bawang putih
satu btg kayu manis
4 biji buah pelaga
2 kuntum bunga lawang
sedikit butter
garam
kiub pati ayam/daging
6 cawan air rebusan ayam (yg disimpan td)
Cara-cara
Ayampenyet Untuk Ayam Penyet
Masukkan kesemua bahan (kecuali minyak masak) dalam pengisar, kisar hingga halus.
Lumur bahan yang telah dikisar pada ayam dan perap semalaman.-perap lama2 cenggini best.
(Simpan bahan kisar yang berlebihan untuk goreng tempe dan tahu.)- kite tadak tauhu/tempe. Tak buat.
Setelah perap semalaman, golek-golekkann pada tepung beras.
Panaskan minyak dan goreng hingga garing.
Sambal_ayam_penyetUntuk Sambal
Panaskan minyak. Goreng ikan bilis hingga garing/rangup. Angkat dan ketepikan.
Goreng belacan seketika Angkat dan ketepikan.
Masukkan bawang merah, bawang putih dan cili. Setelah layu, masukkan tomato. Gaul rata dan tutup api. Angkat dan ketepikan.
Sejukkan semua bahan yang telah digoreng pada suhu bilik.
Masukkan kesemuanya ke dalam pengisar atau lesung batu. Kisar atau tumbuk sehingga separa halus.
Masukkan semua bahan tumbuk ke dalam periuk dan panaskan.
Masukkan gula merah dan gaul rata.
Rasa sambal yang terhasil.
|
|
|
|
|
|
|
|
SOTONG PHAT PHET
BAHAN2
BAHAN A(KISAR/BLENDER KASAR)
Cili api/cili merah - ikut kepedasan sendiri
Bawang putih
Bawang merah
Kunyit hidup
Serai
Belacan
Lada hitam- letak sikit ja
*Kuantiti bahan bgantung kepada kuantiti sotong...
BAHAN B
Sotong
Asam keping
1batang serai (titik)
Sedikit garam dan gula
Daun limau purut
Bahan sayur ( kalu tak letak pun tak pe)
Kacang panjang
Carrot
Bunga kobis
Cara- cara penyediaannya
-panaskan minyak, tumis bahan kisar dan masukan serai yg di titik sehingga naik bau dan pecah minyak... setelah kering tumisan tadi, masukkan sedikit air(jgn terlampau bny)
-kemudian masukkan sotong, asam keping, daun limau purut dan garam serta gula...
-akhir sekali masukkan kacang panjang, carrot, bunga kobis... kacau rata dan biarkan layu sedikit, pastu angkat...
- siap dan hidangkan dgn nasi panas
|
|
|
|
|
|
|
|
biskut vanilla crunchy
Resepi:-
250gm butter
100gm gula perang
100 gm gula castor (sy letak 70gm shj)
- gaul sebati...guna senduk kayu je
Kuning telur sebiji
Esen vanila / butter oil
-kacau sebati dgn bahan diatas
350gm tepung gandum
1/2 sdt baking powder
1 sdt soda bikarbonat
-masukkan dlm adunan yg dh dicampur kuning telur n esen vanilla
250gm choc chip (guna yg import lagi sedap)
-gaul sebati dlm adunan..
Ikut resepi asal letak dlm peti dl.
Lepas tu cubit letak dlm dulang.
Bakar 15m suhu 160..atau pun ikut oven memasing..
|
|
|
|
|
|
|
|
Apam pisang
Bahan:
1 cawan pisang yg dilecek (pisang bantan)
1 cawan gula
2 cawan tepung gandum
1 cawan minyak jagung
3 biji telor saiz A
1sdk bikarbonat of soda
1sdk baking powder
1sdk esen pisang
secubit garam
.
Cara
Ayak tepung bersama bikarbonat of soda dn baking powder. Blend gula & telor hingga gula hancur..
Masukkan esen pisang.. masukkan pisang..blend skejap..masukkan tepung selang seli dgn minyak..
blend hingga sebati..kaub balik dgn spatula.
Masukkan dlm acuan yg telah disapu minyak. Boleh perap sekejap 20minit utk dapatkan kaler yg cantik.
Kukus selama 40 minit api sederhana.
|
|
|
|
|
|
|
|
Ayam Kukus Halia
BAHAN-BAHAN ;
500 gm ayam (bahagian paha )
4 sudu teh lada putih
1 sudu besar minyak bijan
2 sudu besar madu
150 gm halia (dikisar halus )
100 gm bawang putih (dikisar halus )
100 gm bawang merah (dikisar halus )
50 gm daun sup (dihiris halus )
50 gm daun bawang (dihiris halus )
garam secukup rasa
CARA MEMBUAT ;
1. Bersihkan ayam dan gaul bersama bahan-bahan yang telah dikisar
2. Masukkan dan gaul dengan lada putih ,minyak bijan dan madu
3. Biarkan seketika selama sejam
4. kemudian kukus ayam tersebut sehingga masak
|
|
|
|
|
|
|
|
Puding Batik
Resepinya
25gm agar - agar
1 tin susu cair*
4 1/2 cawan air
1 1/2 cawan* gula Nor kurangkan sikit sbb tak suka sgt terlalu manis.
2 sudu tepung kastard*
2 biji telur*
1 sudu butter*( Nor letak majerin je tapi tak sampai 1 sudu.
1/4 cawan serbuk koko
Cara - cara
Masak agar-agar dengan air hingga hancur dan masukkan gula.
Blend semua bahan bertanda *. Bila gula dah hancur masukkan bahan yg dah di blend tadi. Kacau adunan hingga menjadi pekat dan tutup api.
Asingkan pada 2 bhgian. 1 bahagian warna asal. Dan 2 bhgian dicampurkan dengan serbuk coklat yg dah di bancuh dgn sedikit air panas( air jgn terlalu byk. Fungsi air adalah untuk mencairkan serbuk coklat).
Tuang didalam loyang berselang seli.
Letak dalam peti sejuk. Siap
|
|
|
|
|
|
|
|
RENDANG TOK
BAHAN-BAHAN:
1kg daging
10 ulas bawang merah | dikisar halus
5 ulas bawang putih | dikisar halus
3sm lengkuas | dikisar halus
3sm halia | dikisar halus
5 batang serai | dikisar halus
5 sudu cili giling | dikisar halus
Kunyit sedikit | dikisar halus
2 helai daun kunyit | dihiris halus
1 sudu makan ketumbar | disangai dan dikisar halus
1 sudu makan jintan manis | disangai dan dikisar halus
1 sudu makan jintan putih | disangai dan dikisar halus
1kg santan pekat
50gm gula Melaka
3 sudu makan kerisik
15ml air asam jawa
Garam secukup rasa
BAHAN TUMIS:
2 batang kayu manis
4 kuntum bunga lawang
5 batang bunga cengkih
6 biji buah pelaga
CARA MEMASAK:
1. Gaulkan daging dengan ketumbar, jintan manis dan jintan putih yang telah dikisar, perap semalaman.
2. Setelah diperap, masukkan daging yang diperap ke dalam kuali. Masukkan sedikit air dan masak dengan api perlahan hingga daging empuk. Angkat dan ketepikan.
3. Kemudian, panaskan minyak dalam kuali dan tumis bahan-bahan yang dikisar bersama kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih dan buah pelaga hingga naik bau atau pecah minyak.
4. Selepas itu, masukkan daging dan gaul rata. Masukkan santan dan kerisik, kacau tanpa henti dengan api yang kecil.
5. Masukkan air asam jawa, gula Melaka, daun kunyit dan kacau hingga kering. Bila rendang sudah kering, baru tambah garam secukup rasa.
6. Hidangkan dan sedia dinikmati.
|
|
|
|
|
|
|
|
Pasta spiral goreng lada hitam
BAHAN-BAHAN:
1 peket spaghetti
1 peket daging kisar atau 1 peket daging burger Ramly
3 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
2 batang carrot
4 sudu besar sos tiram
1 sudu besar biji lada hitam - ditumbuk lumat boleh
tambah ikut selera sendiri 1
kiub perasa daging - boleh tambah
Garam secukup rasa
Daun bawang atau daun sup secukupnya * tambah
atau kurangkan bahan ikut pada selera sendiri ya .
Pastikan jangan letak terlalu banyak lada hitam nanti
pasta ni jadi pedas menyengit pula hehehe
CARA MEMASAK:
Kupas semua bawang dan dipotong kecil serta
ditumbuk sampai lumat. Rebus speghetti sampai
empuk dan ditos. Bersihkan carrot dan dipotong
menjadi kiub-kiub kecil.
Panaskan sedikit minyak dan tumis semua bawang dan
kacau sampai terbit bau wangi . Masukkan daging kisar
dan kacau semua bahan dan hancur-hancur daging
kisar kemudian masukkan sos tiram dan kiub daging .
Masukkan semua pasta tadi dan kacau mesra semua
bahan kemudian masukkan serbuk lada hitam dan
daun bawang/sup yang diracik nipis.
Jika kurang masin baru la ditambah garam dan bila
pasta dah masak boleh la ditutup api.
|
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|