baca betul2 u..
dia tak jadi harus.. dia jadi makhruh.. eloklah kt elak perkara makhruh
"pengecualian diberikan sekiranya terdapat mahram yang boleh menghalang daripada berlaku khalwat atau masing-masing tinggal di bilik atau tingkat berasingan, maka hukumnya makruh."
ni i quote kan kesimpulan akhir :
___________________________________________________________________________________________________________________________________
Pandangan dan Kesimpulan Setelah meneliti fakta soalan serta melihat perbahasan para ulama berkenaan hukum bekas suami tinggal bersama bekas isterinya pada waktu iddah, kami berpendapat seperti berikut: - Berdasarkan pendapat muktamad mazhab Syafie, lelaki hendaklah keluar daripada kediaman pelaminnya untuk membiarkan bekas isterinya beriddah dan tidak boleh tinggal bersamanya kerana itu adalah bentuk mudarat ke atas dirinya. Pengecualian diberikan sekiranya terdapat mahram yang boleh menghalang daripada berlaku khalwat atau masing-masing tinggal di bilik atau tingkat berasingan, maka hukumnya makruh.
- Berdasarkan maklumat daripada pihak Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), pihak penguasa JAWI memiliki kuasa untuk menangkap pasangan yang baru bercerai sekiranya didapati mereka berkhalwat kerana khalwat antara dua orang ajnabi adalah kesalahan syariah di Wilayah-Wilayah Persekutuan.
- Memandangkan hal ini adalah khilaf yang muktabar sejak zaman salaf, maka kami tidak mengingkari sekiranya terdapat pasangan yang berpegang kepada pendapat ini. Khususnya menurut pendapat yang membenarkan, agar hubungan perkahwinan dalam diselamatkan dengan rujuk dalam tempoh iddah.
- Namun begitu, pengamalan pendapat itu akan menimbulkan fitnah dalam masyarakat di Wilayah-Wilayah Persekutuan yang bermazhab Syafie. Hendaklah dijaga adab berbeza pandangan dengan tidak menimbulkan keresahan pada peringkat orang awam. Kaedah fiqh menyebut:
حُكْمُ الحَاكِمِ يَرْفَعُ الخِلَافَ Maksudnya: Keputusan hakim itu meleraikan khilaf Justeru, hendaklah pasangan yang bercerai lagi menetap di Malaysia, khususnya di Wilayah-Wilayah Persekutuan, untuk mengelakkan khalwat semasa dalam proses iddah.
|