“ Dan bersegeralah kepada keampunan dari Tuhan-mu dan syurga yang bidangnnya seluas langit dan bumi yang disediakan bagi orang-orang yang bertaqwa.” (Surah ali-Imran: 133)
Saudara-saudari yang dirahmati Allah,
Orang-orang yang bertaqwa akan memperolehi hidayah yang Allah turunkan di dalam al- Quran: “Alif, Lam, Mim. Kitab al-Quran ini tidak ada keraguan di dalamnya petunjuk bagi orang-orang yang bertaqwa. “ (Surah al-Baqarah: 1-2)
Orang-orang yang bertaqwa bukan sahaja mendapat kejayaan di akhirat bahkan layak mendapat bantuan Allah di dunia lagi. Firman Allah bermaksud: “Barangsiapa yang bertaqwa kepada Allah nescaya Dia akan menjadikan baginya jalan keluar dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangka.” (Surah at-Talaq: 2-3)
Orang-orang bertaqwa merupakan orang yang paling mulia di sisi Allah: “Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang bertaqwa dari kalangan kamu” (Surah al-Hujurat: 13)
|