|
Nora selesa hadir majlis ilmu bersama bekas suami
Kerap dilihat menghadiri majlis ilmu bersama Nedim, Nora selesa dan tidak melihat di mana salahnya jika mahu membuat kebaikan bersama.
KUALA LUMPUR: Kembali bersendirian menyambut Ramadan, Nora Danish tidak menolak terbitnya rasa sedih, namun bersyukur keluarga sentiasa menemaninya.
Nora atau nama sebenar, Nora Mohd Danish Hanif, 42, berkata dia dan bekas suami, Nedim Nazri selalu bertemu, justeru rasa kehilangan tidak terlalu dirasai.
"Saya dan bekas suami masih rapat, jadi kami selalu berjumpa. Namun, Ramadan ini terfikir-fikir juga apa Nedim makan, tapi sekadar itu sahajalah sebab kami biasa bersama.
"Saya tinggal berdekatan dengan emak, jadi tidak rasa kehilangan," katanya kepada BH Online.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|